Monday, September 24, 2007

:: Pilihan

23 September 2007: Ahad


:: sambungan dari... "Cemerlangkah kita..."



:: Persoalan demi persoalan akan timbul... kenapa kita biarkan diri kita dihasut oleh syaitan... dan membiarkan diri kita terus menerus dan secara berterusannya dipermainkan oleh syaitan itu... dan adakah di hati kita tidak terasa langsung bahawa syaitan itu telah berjaya menghasut kita ?
:: Kenapa kita tidak terus membina kecemerlangan dalam kelangsungan berumah tangga kita... bersama pasangan kita... yang merupakan pilihan kita... yang rela merelakan untuk diijab kabulkan... diakad nikahkan sebagai syarat untuk mengesahkan kita adalah pasangan suami isteri ? Kenapa kita gagal untuk menepis tipu muslihat syaitan itu ?
:: Kita perlu mempunyai pendirian... punya keyakinan diri... punya kemantapan hati... untuk menerima kenyataan bahawa pasangan kita adalah pasangan yang terbaik berbanding mana2 pasangan lain... dan semestinya tiada orang lain yang sebaik pasangan kita. Berikan sepenuh perhatian kepada pasangan kita. Berikan sepenuh kasih sayang kepada pasangan kita. Jika begitu juga yang dilakukan oleh pasangan kita terhadap kita... iaitu memberikan sepenuh kasih sayang dan perhatian kepada kita... tidakkah ini memberi makna bahawa kecemerlangan dan kebahagiaan adalah jaawapan kepada kehidupan selanjutnya... dan itulah yang kita dambakan.
:: Acapkali yang berlaku ialah bilamana isteri menyangka ada ramai lagi lelaki/duda/teruna di luar sana yang lebih baik dari suaminya... atau menyangka ramai lagi lelaki yang masih tertarik kepada dirinya... atau menyangka alangkah baiknya jika dia memilih lelaki lain berbanding suaminya. Demikian juga bagi suami yang sering beranggapan sedemikian... yang sering merasakan dirinya telah melakukan kesilapan dalam memilih pasangan... sering jugak menganggap bahawa masih ramai lagi wanita/janda/gadis yang bersedia memberikan layanan yang lebih baik daripada yang diterimanya kini. Keadaan2 sebeginilah yang sering dapat kita lihat... yang berlaku di sekeliling kita... yang dapat kita dengar kisah yang dikisahkan kepada kita... dan bukan sedikit insan sebegini yang terjebak dan terjelepuk di dalam situasi yang amat kalut ini. Mengapakah begitu jadinya ?
:: Sampai bila kita akan berterusan dengan khayalan untuk "menikmati rumput di seberang sungai yang pada anggapan kita adalah lebih hijau dan lebih subur... berbanding rumput yang tersedia di depan mata ?" Sampai bila kita harus berterusan mengangankan sesuatu yang di luar jangkaan dan jangkauan... sedangkan yang pasti sudah tersedia di sisi ? Sampai bilakah kita mahu menipu diri untuk menafikan yang isteri kita atau suami kita... yang kita kahwini selama ini adalah lebih baik berbanding wanita/janda/gadis lain atau lelaki/duda/teruna lain yang baru kita kenali... malah jauh sekali untuk mengenali hati budinya. Alangkah baiknya... alangkah bijaknya... jika kita terus meyakinkan diri untuk menganggap bahawa pilihan asal kita itulah yang terbaik untuk kita dan untuk membina kecemerlangan dan kebahagiaan rumah tangga kita.