Friday, July 08, 2011

:: Konvokesyen ke-12 IPG Kampus Tun Abdul Razak...07.07.2011




Rapatkan jurang teknologi

by Jessica Jawing. Posted on July 8, 2011, Friday

TAHNIAH: Taib menyampaikan sijil kecemerlangan kepada graduan, Betty Satu yang menerima Anugerah Keseluruhan dan Anugerah Akademik. Turut kelihatan Rijeng (kanan). — Gambar Jeffery Mostapa

KM saran guru guna teknologi untuk mengajar khasnya kepada pelajar luar bandar

KOTA SAMARAHAN: Para guru di negeri ini disaran memperluaskan pendekatan mengajar dengan menggunakan sistem teknologi komunikasi seperti Wi-Fi kepada pelajar terutama di luar bandar.

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, ia bagi merapatkan jurang teknologi dalam kalangan pelajar bandar dan luar bandar yang disifatkan masih berlaku ketika ini.

“Namun perkara ini sedang diatasi apabila kerajaan Sara-wak telah mengambil keputusan untuk mempelopori rangkaian Wi-Fi di kawasan luar bandar tanpa perlu menunggu penyedia sektor swasta ke pedalaman.

“Antaranya pendekatan guru menggunakan Wi-Fi dengan perisian lebih baik menerusi sistem yang dibuat untuk mengajar anak-anak sekolah melalui Internet,” kata-nya berucap merasmikan Majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak dan IPG Kampus Sarawak Miri yang turut dihadiri isteri beliau, Puan Sri Ragad Kurdi Taib di Dewan Sri Samarahan di sini, semalam.

Menurut Taib keputusan kerajaan negeri itu yang telah dilaksanakan lima tahun lalu telah memilih bahagian Mukah untuk menggunakan sistem berkenaan.

“Saya berharap jika pelaksanaan ini menampakkan hasil, kita akan perluaskan ia ke seluruh kawasan di luar bandar dan ia merupakan salah satu dasar kerajaan bagi menjamin anak-anak luar bandar tidak ketinggalan,” tegasnya.

Beliau berkata, melalui pendekatan Internet yang mempunyai perisian bahan pengajaran yang amat baik, ia memberi banyak manfaat dengan mempercepatkan proses pelajaran kepada anak-anak khasnya dalam sains dan teknologi.

Katanya, selain itu kerajaan persekutuan kini dalam usaha membangunkan sistem pelajaran prasekolah termasuk di Sarawak.

“Kerana dengan membangunkan prasekolah ia membantu mempercepatkan proses belajar anak-anak kita di peringkat lebih awal.

“Dan pada majlis hari ini saya mendapati ramai kalangan graduan kita mengkhusus dalam bidang prasekolah.

“Dengan itu saya berharap anda nanti dapat menjadi guru yang berkualiti selain membantu menyumbang dengan memperkemaskan pelaksanaan pendidikan prasekolah sedia ada di negeri ini dengan lebih baik,” tegasnya.

Dalam pada itu beliau turut meminta masyarakat keseluruhannya supaya menyedari bahawa soal pendidikan anak-anak bukan hanya tanggungan guru sahaja sebaliknya tanggungjawab semua pihak termasuk ibu bapa dan pemimpin masyarakat.

“Guru bukan setakat mengajar tetapi mereka merupakan ibu bapa kedua kepada anak-anak kita dan saya berharap masyarakat dapat memberi sokongan sepenuhnya kepada guru-guru kita,” ujar beliau.

Sementara itu mengenai peratusan penembusan jalur lebar termasuk WiFi di negeri ini, Taib yang ditemui pemberita selepas majlis berkata lebih tiga suku daripada kawasan di Sarawak berjaya diliputi rangkaian berkenaan.

Namun ujarnya satu perkara mengenai WiFi, ia tidak dapat merangkumi semua kawasan terutama kawasan tanah tinggi atau pergunungan tetapi berbeza dengan kawasan tanah rendah yang hampir diliputi.

Apa pun, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan pusat akan meningkatkan usaha menggunakan teknologi baru dalam jalur lebar yang hampir sama dengan WiFi tetapi dengan kelajuan lebih tinggi.

“Sarawak boleh menjadi penyedia perkhidmatan jalur lebar tetapi secara berperingkat dan ia perlu selaras dengan kemampuan kita kerana kita tidak dapat mengembalikan pembiayaan begitu cepat.

“Sebab itu sektor swasta telekomunikasi telah membuat perancangan begitu tinggi untuk kawasan luar bandar,” tegasnya.

Majlis konvokesyen yang melibatkan seramai 412 graduan itu turut dihadiri Pengarah IPG TAR Rijeng Jahet dan Pengarah IPG Kampus Sarawak Miri Nuri Udin.





NEW TEACHERS: Graduates of Tun Abdul Razak (TAR) Teachers Institute Samarahan campus and Teachers Institute Miri celebrating after their convocation at Kota Samarahan yesterday. — Photo by Jeffrey Mostapha


Taib rejects idea of a ministry to resettle people affected by dam construction

KOTA SAMARAHAN: Chief Minister Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yesterday said there is no need to set up a ministry or an agency to take charge of resettlement of people affected by major hydroelectric dam projects in the state.

He added as construction of dams were periodic there would not be enough jobs for the ministry to handle after their construction.

“It is not necessary to form it (the ministry). There will be no jobs for them to handle,” he told reporters.

He said this after attending a joint convocation ceremony of Tun Abdul Razak (TAR) Teachers Institute Samarahan campus and Teachers Institute Miri campus held at the hall of the teachers institute here yesterday.

Taib was responding to a call by Minister of Land Development Tan Sri Dr James Masing to set up a ministry to look after the esettlement of communities displaced by the construction of dams in the state.

Masing had proposed that a ministry be set up as a permanent agency to replace the current ad-hoc committees looking after the elfare of communities affected by the construction of dams.

Masing was reported to have brought up his proposal to the chief minister on several occasions.

So far four areas, Batang Ai, Bakun, Bengoh and Murum, have been affected by construction of dams.

Except for Bengoh which is being built as a reservoir, the others are hydro-power dams.

Earlier in his speech, Taib said the state government was speeding ICT penetration in the state to improve teaching facilities through WiFi and narrow the rural and urban digital gap. Education through WiFi was adopted from Cambridge University and widely used in Massachusetts Institute of Technology (MIT).

“The state government will ensure that, if not all, two thirds of Sarawak will be fully covered by the WiFi network,” he said.

Taib disclosed that a pioneer WiFi teaching programme had been implemented in Mukah.

“If the system works well, the state government will extend its usage to the other divisions.”

He added that the state government could not wait for the profit-motivated private sector to run the programme.

Among those present were Tun Abdul Razak (TAR) Teachers Institute Samarahan campus director Rijeng Jahet and Teachers Institute Miri campus director Nuri Udin.



Ibu dua anak dinobat Graduan Cemerlang Anugerah GERKO

Posted on July 8, 2011, Friday

KOTA SAMARAHAN: Pengorbanan dengan meninggalkan anak-anak berjauhan demi menuntut ilmu ternyata tidak sia-sia bagi Linda Kasa, apabila dinobatkan Graduan Cemerlang Anugerah GERKO pada Majlis Konvokesyen IPG TAR dan IPG Kampus Sarawak, Miri 2011.

Linda yang merupakan salah seorang daripada 412 graduan berkata, beliau turut tidak menjangkakan dirinya akan mendapat anugerah yang diberikan.

“Saya memang tidak menjangkakan akan mendapat anugerah ini kerana saya tahu banyak persaingan, apa pun saya gembira dengan hasil usaha saya selama ini,” katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Konvokesyen Bersama Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak (TAR) dan IPG Kampus Sarawak Miri yang dirasmikan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di sini, semalam.

Bagi graduan yang berasal dari Sri Aman itu, beliau terpaksa berkorban dengan meninggalkan dua orang anaknya bersama ibu di kampung sepanjang menuntut di IPG Miri dan kini ditempatkan mengajar di SK Rancangan Sepupok di Niah.

“Saya hanya dapat balik dalam sebulan sekali kerana banyak program dilakukan di sekolah,” katanya yang berusia 31 tahun.

Selain Linda, seorang lagi penerima anugerah cemerlang, Betty Satu turut melahirkan rasa syukur dan gembira kerana segala usahanya selama ini menunjukkan hasil.

“Saya berharap dengan ini saya dapat menjadi guru yang lebih baik untuk mendidik anak bangsa kita,” katanya dengan nada gembira ketika ditemui pemberita.

Betty yang menerima Anugerah Keseluruhan dan Anugerah Akademik merupakan pelajar yang mengkhusus dalam bidang Kajian Sosial.

Betty, 33, berkata, minatnya dalam bidang mengajar mendorong beliau melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan.

Kata graduan IPG TAR itu, beliau kini telah ditempatkan mengajar di SK Pelaman Baki di daerah Serian sejak enam bulan lepas.

Sementara itu, Pengarah IPG Kampus TAR dalam ucapannya berkata, majlis konvokesyen itu membabitkan graduan IPG TAR daripada kumpulan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) ambilan Jun 2009, ambilan Januari 2010 dan ambilan Jun 2010.

Selain itu penganugerahan itu juga melibatkan kumpulan KPLI j-QAF ambilan Jun 2009 dan Kumpulan Diploma Pendidikan Malaysia (KPDM) dan KDC (Kursus Dalam Cuti) KEMAS/Perpaduan ambilan Mei 2007.

“Bagi IPG Kampus Sarawak, Miri seramai 31 graduan menerima Diploma Pendidikan masing-masing iaitu daripada kumpulan KPLI ambilan Jun 2009, KPLI j-QAF ambilan Jun 2009 dan kumpulan KPLI ambilan Jun 2010,” tegasnya.

Beliau berkata, peranan pendidik adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi ilmu serta akhlak agar segala ilmu yang diperolehi dapat disalurkan kepada kebaikan demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

“Justeru, di sinilah pentingnya watak-watak murni dibentuk dalam diri pelajar agar hasrat untuk mencapai produk yang berkualiti menjadi realiti.

“Semua ini hanya akan dapat dilakukan sekiranya warga pendidik dapat melaksanakan peranan mereka terutama dalam usaha memperkukuhkan perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan menghadapi globalisasi,” katanya.


http://www.theborneopost.com/2011/07/08/rapatkan-jurang-teknologi/