Perutusan Tahun Baru 2010 Oleh Setiausaha Agung UMNO
Syukur kepada Allah SWT atas kurnia dan rahmat yang diberikan lantas kita dapat terus bersama-sama menikmati kesejahteraan dan perpaduan dalam negara dengan melaksanakan tanggungjawab dan amanah dalam kehidupan seharian.
Berlalunya 2009 meninggalkan pelbagai suka duka dalam arena kehidupan kita apatah lagi dunia politik tempatan yang diwarnai dengan aneka macam peristiwa ekoran daripada pelbagai spekulasi, provokasi dan propaganda pihak tidak bertanggungjawab dalam cubaan menghancurkan kerajaan.
Mengimbas semula peristiwa yang terjadi, pakatan pembangkang bukan hanya mencalarkan Perlembagaan dengan prinsip Rukun Negara gagal dihormati tetapi juga titah Sultan turut disanggah, keputusan mahkamah dipertikai, Dewan Rakyat huru-hara, demonstrasi jalanan dan persidangan bawah pokok dijadikan satu permainan dengan rakyat sebagai alatnya. Lebih buruk lagi pembangkang turut mencanang kononnya UMNO telah ditolak sedangkan realitinya tidaklah seburuk yang diperkatakan.
Justeru, sewajarnya apa yang berlaku sepanjang tahun 2009 akan menjadi pedoman bagi meneruskan kesinambungan perjuangan kesekian kalinya lantas memikul amanah bangsa untuk terus menjadi wadah kepada generasi akan datang.
Apa yang pasti, berdasarkan kejayaan dan kecemerlangan dalam proses mengembalikan kekukuhan UMNO pada dua persidangan yang lalu iaitu Pemilihan UMNO peringkat pusat yang berjalan lancar dan juga persidangan khas meminda perlembagaan parti Oktober lalu menjadi bukti bahawa provokasi dan manipulasi pembangkang untuk menghancurluluhkan UMNO gagal.
Sebaliknya, suntikan semangat baru dengan perpaduan dan keteguhan di samping kebersamaan untuk memastikan keutuhan parti semakin membara. Sesungguhnya, kekuatan inilah yang telah menakutkan pihak lawan!
Menilai kepada masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum adalah satu kekuatan dan kelebihan yang ada pada negara untuk terus mencapai ke tahap lebih tinggi.
Fikirkanlah bagaimana kesungguhan yang dilakukan oleh para pemimpin, bukan setakat hari ini atau sehari dua sebaliknya nilailah bagaimana pelaksanaannya dibuat sejak UMNO bersama-sama BN menerajui kerajaan memasuki usia 53 tahun.
Bukalah minda dengan kewarasan akal fikiran untuk menilai bahawa jika sekiranya setiap kata-kata yang diucapkan hanya sekadar pemanis mulut sahaja sudah pastilah kesejahteraan tidak ada, keamanan akan musnah dan lebih teruk lagi, keseimbangan yang diusahakan tidak akan tercapai.
Kita sedia maklum bahawa para pemimpin terdahulu telah menggariskan apa yang perlu dilaksanakan bagi mencapai negara maju dan masyarakat cemerlang seperti yang termaktub dalam Wawasan 2020 dan juga Misi Nasional. Untuk itu, dalam mencapai apa yang telah digariskan, kerajaan tidak pernah meminggirkan apatah lagi untuk menidakkan hak rakyat sama ada untuk memiliki, memilih atau menyuarakan hasrat yang tersirat.
Lantaran kebersamaan untuk satu perkongsian, harapan satu Malaysia telah dilakarkan dengan gambaran indah yang tentunya mencapai pengakhiran sempurna sekiranya ia mampu dilaksanakan dengan lancar tanpa sebarang kecacatan. Namun kita sedar, sememangnya bercakap tidak semudah untuk melakukannya apatah lagi telah pasti bahawa halangan yang mendatang tentunya amat mencabar.
Dengan kebijaksanaan dan matlamat yang menekankan objektif jarak jauh, BN berfungsi dalam arena politik tempatan sebagai penerus kesinambungan untuk sebuah Negara merdeka.
Persefahaman yang utuh di kalangan masyarakat terserlah berdasarkan kepada sikap saling bertolak ansur dan hormat menghormati bukan sahaja dalam setiap sambutan perayaan sebaliknya ia juga terserlah dalam hubungan seharian juga.
Apa yang pasti, inilah harapan baru yang lahir untuk masyarakat dan ahli-ahli UMNO keseluruhannya dalam kesinambungan menikmati kesejahteraan, keamanan dan perpaduan bersama.
Akhir kata, saya menyeru kepada semua ahli-ahli UMNO, BN dan masyarakat keseluruhannya agar terus memelihara kedaulatan negara lantas semua peristiwa pahit lalu dijadikan tauladan bukan sahaja kepada pemimpin tetapi juga kepada masyarakat semua.
Lantaran semboyan perubahan telah berbunyi, bangkitlah menyahutnya dengan satu semangat untuk kepentingan agama, bangsa dan negara pada masa hadapan!
Selamat Menyambut Tahun Baru 2010!
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Assalamualaikum
Sepanjang 2009, macam-macam yang berlaku dalam negara. Dari awal tahun sampai la hujung tahun arus politik tak tenang kerana asyik ada pilihan raya kecil. Walaupun UMNO dan BN tak jadi jaguh tapi apa yang dapat ditimba adalah pengajaran daripada apa yang berlaku. Baik jadi tauladan dan buruk jadi sempadan.
Sepanjang tahun ini juga dapat dilihat apa yang tersirat, macam mana tingkah laku pembangkang apabila mendapat kuasa…lebih sudu dari kuah, ibarat beruk dapat bunga… bukan sahaja Perlembagaan tercalar, titah Sultan disanggah, keputusan mahkamah dipertikai malahan demonstrasi jalanan dijadikan satu permainan dengan rakyat sebagai alatnya.
Namun demikian, UMNO membawa perubahan dan perubahan inilah yang memberi harapan baru kepada rakyat. Dengan barisan kepimpinan baru dan pentadbiran yang tersusun UMNO kembali kukuh mengebarkan sayapnya untuk terbang tinggi laksana helang di awan biru….
Apa yang pasti dan tak perlu dinafikan bahawa sesungguhnya hanya UMNO yang benar-benar berjasa, membawa rakyat Malaysia daripada bangsa yang mundur kepada bangsa yang maju, daripada negara yang tidak dikenali menjadi negara contoh kepada negara-negara lain, daripada rakyat yang miskin telah melepasi garis kemiskinan hari ini.
Untuk itu, sempena tahun baru ini, semestinya menjadi harapan rakyat agar UMNO dapat terus bersama-sama membina impian dan amanah bangsa, bersikap sederhana tanpa tinggi diri dan berakal cerdik tanpa huru-hara dengan meneruskan perjuangan UMNO; meletakkan UMNO ditempat yang sepatutnya.
Selamat Tahun Baru
Syukur Hashim
Perutusan Tahun Baru 2010
Kita menyambut kedatangan tahun 2010 dengan penuh harapan, agar keadaan menjadi lebih baik buat diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Tahun yang baru, secara simboliknya, menandakan, satu permulaan kepada yang lebih baik dan berusaha menyingkirkan segala kelemahan dan keburukan. Sudah tentu semua ini tidak bermakna sekiranya kita hanya berpeluk tubuh dan gagal melakukan sesuatu. Pendek kata, iltizam untuk melakukan Perubahan sahaja tidak lah mencukupi, ianya memerlukan satu tindakan yang jitu berasaskan kefahaman terhadap Perubahan yang ingin dilaksanakan. Rakyat sesungguhnya bijak serta berkemampuan untuk membezakan di antara intan dan kaca. Mereka sedar yang manakah program perubahan palsu serta satu agenda Perubahan berhasrat untuk membawa kemaslahatan kepada rakyat. Namun sekiranya kita gagal untuk menunaikan hasrat dan cita-cita baik tersebut untuk dikecapi rakyat, ianya akan kekal sebagai satu laungan kosong semata-semata.
Tahun 2009 menyaksikan Pakatan Rakyat berjaya melahirkan satu dokumen penting yang dikenali sebagai Agenda Bersama Pakatan Rakyat. Kita menyediakan suatu rencana dasar untuk membawa bangsa dan negara keluar dari kemelut yangmencengkam. Dokumen tersebut merupakan penzahiran kepada satu permuafakatan yang bukan otoritarian sifatnya. Ianya adalah permuafakatan berasaskan kepercayaan dan benar-benar jujur untuk membawa Perubahan. Kita akui sebagai satu permuafakatan yang muda, dalam proses pembentukan kepada satu permuafakatan yang lebih utuh, sudah tentu kita berhadapan dengan pelbagai pertanyaan. Ini adalah lumrah, kerana kita menuju kepada yang lebih baik, kita menawarkan satu yang baru buat rakyat dan kita berhasrat mahu sentiasa bersama mereka memastikan kesejahteraan negara ini terjamin.
Alhamdulillah rakyat menyambut baik kehadiran dokumen bersejarah tersebut. Mereka sedar untuk mengembalikan negara ini ke persada negara-negara yang sudah jauh meninggalkan kita seperti Singapura, Taiwan, dan Korea Selatan agenda pembangunan yang selama ini berasaskan perkauman sempit dan hanya membawa keuntungan kepada segelintir yang dekat dengan pemerintah mestilah diketepikan. Kini tibalah waktu untuk kita mendakap satu agenda Perubahan yang terperinci, cermat dan menyegarkan. Pakatan Rakyat menawarkan satu agenda yang seimbang; tidak hanya tertumpu memulihkan kembali ekonomi negara, akan tetapi juga berusaha mengembalikan hala tuju negara ini sebagai satu negara yang berasaskan Demokrasi Raja Berperlembagaan.
Pakatan Rakyat yakin untuk mengemudi negara ini ke taraf negara maju dengan memastikan pertumbuhan ekonomi yang sihat, agenda pembangunan yang adil untuk semua, institusi kehakiman yang bebas dari cengkaman pemerintah dan pembinaan sebuah masyarakat demokratik yang berteraskan kemuliaan insan. Dengan kepercayaan rakyat yang kita perolehi, kita akan menggembeling seluruh tenaga dan keringat untuk memastikannya terlaksana. Keyakinan terhadap semangat rakyat, faith in the power of the spirit of the people, akan menjadi satu lagi sumber kekuatan kita, rakyat Malaysia.
Moga tahun 2010 merupakan tahun yang lebih baik buat semua dan negara ini. Inshaallah kita semua berusaha menjayakannya. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua rakyat Malaysia.
Ubah sebelum parah, ubah demi maruah.
ANWAR IBRAHIM
Posted Date 31/12/2009: |
Press Release by Tan Sri Dr Koh Tsu Koon Gerakan National President & Minister in the Prime Minister’s Department (National Unity and Performance Management) Dr Koh wishes all Malaysians a Happy New Year |
Gerakan National President, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon extended New Year greetings to all Malaysians. He said all Malaysians must look forward to the New Year with greater vigour and anticipation as we seek to transform and renew Malaysia.
“The coming of a New Year brings hope for better things to come. However, we must not overlook our shortcomings and the experiences learned in the past. We must build on our strength and rectify our shortcomings as we seek to build a nation that is more prosperous and united,” said Dr Koh who is also Minister in the Prime Minister’s Department in charge of National Unity and Performance Management.
Dr Koh also said that he is eagerly anticipating 2010, as the government moves towards implementing the 6 National Key Results Areas (NKRA) to improve the standard of living, the quality of life and the quality of education of all Malaysians, as well as to combat crime and corruption. He called on all Malaysians to support the government in implementing the Government Transformation Plan or (GTP).
Dr Koh added “In the coming New Year, as we seek to promote greater mutual respect and understanding in line with the spirit of 1Malaysia, we must accept and celebrate our diversity as our asset and strength; and build a stronger foundation for harmony and unity as we move into the new decade”.
Posted on Thursday, December 31 @ 16:33:38 PST
Dilulus untuk paparan oleh AbuJihad
Oleh: talikasutkayu
"Berakhir sudah tahun 2009 masihi. Apakah hasrat yang sudah tertunai dan ditunai. Masihkah tahun baru membawa seribu harapan pada kita sebagai khalifah dimuka bumi ini.
Kini usia kita semakin meningkat. Jauh usia kita pergi, semakin dekat ajal mendekati. Kita sering bertanya pada rakan-rakan apa azam tahun ini dan begitu juga sebaliknya. Apa yang ada pada azam kalau ianya sekadar lafaz dibibir untuk seketika sementara bahang sambutan tahun baru masih terasa. Sebulan berlalu lafaz azam tidak lagi kedengaran, malah semua sibuk dengan urusan masing - masing.
Kita sering terlalai pada azam meningkatkan ketakwaan kita pada Allah, semakin murah rezki semakin jauh diri kita pada Allah. Bila ditimpa ujian barulah kita cari dimana masjid untuk menyeru memohon keampunan dan mencari penyelesaian. Adakah cara begini boleh mendekatkan diri kita pada Allah. Inilah yang dikatakan hipokrit. Allah menjadikan kita bukan sekadar tempat memohon sesuatu malah kita dijadikan untuk mengabdikan diri padaNya.
Kita sebagai umat manusia harus bersyukur kerana kita secara tidak langsung dilahirkan dalam komuniti islam. Kita masyarakat melayu islam di Malaysia harus berterima kasih pada pedagang arab ditika zaman kegemilangan Melaka tahun sebelum merdeka. Keazaman yang ditunjukkan oleh pedagang arab tika itu menjelajah pelusuk dunia hingga ke Tanah Melayu menjalankan aktiviti perniagaan dan menyebarkan syiar islam. Kasihnya mereka pada islam, sayangnya pada perjuangan Rasullullah dan ketaatan pada suruhan Allah menjadikan mereka bersemangat kental serta menaruh keazaman yang jitu. Kalau tidak kerana mereka (pedagang arab) sudah tentu masyarakat melayu kini masih menganut hindu.
Tahun kini bersilih ganti, adakah keazaman kita sama dengan keazaman pedagang arab (pendakwah). Ramai melayu mengaku islam tapi islam mereka hanya dibulan ramadhan saat menyambut hari raya, berpusu-pusu ke masjid menunaikan solat sunat hari raya dengan berpakaian serbba indah tapi malang bila tiba detik 12.00 malam menjelang sambutan tahun baru masihi melayu-melayu ini berlegar di dataran, shopping kompleks dan pusat hiburan meraikan sambutan tahun baru sambil tangan menggenggam erat botol, gelas minuman haram.
Jangan dinafikan kenyataan ini. Saban tahun ianya terpapar didada akhbar sebagai bukti melayu yang mengaku islam ini adalah hipokrit.
Hanya segelintir saja masyarakat islam dinegara ini yang masih meneruskan dakwah Rasulullah demi mempertahankan islam tercinta. Namun dinegara yang mengaku negara islam ini masih ada tangan tangan yang mengaku islam menentang perjuangan menegakkan islam oleh golongan yang sayangkan islam.
Tidak mustahil generasi akan datang akan menyalahkan generasi kini kerana tidak mendaulatkan islam seperti mana yang terkandung didalam alQuran dan hadis.
Dinegara yang mengaku islam ini terlalu ramai yang hanya islam pada nama. Tahun silih berganti golongan ini tetap bertambah seperti mana usia tahun bertambah.
Apa yang ada pada tahun baru.
PUTRAJAYA: Mulai pukul 12 tengah malam ini, harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram iaitu RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak, demikian pengumuman Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom.
Beliau berkata kerajaan turut membuat keputusan tidak akan memberi subsidi bagi roti putih mulai esok (1 Jan 2010) dan barangan tersebut akan ditarik keluar dari skim kawalan harga.