Saturday, January 02, 2010

:: Nak jadi guru ?

Saturday, January 2, 2010

Pelajar Pendidikan Perlu Terima Hakikat

Assalamualaikum,

Kepada semua pelajar jurusan pendidikan di semua universiti awam (IPTA) perlu menerima hakikat masa kini bahawa lulusan pendidikan tidak lagi dijamin oleh kerajaan untuk dilantik sebagai guru atau pegawai pendidikan selepas mereka tamat belajar kelak.

Ini hakikat yang mesti diterima oleh pelajar jurusan pendidikan, mereka tidak seharusnya terlalu manja dalam menentukan masa depan hidup mereka. Kementerian Pelajaran Malaysia tidak mampu lagi memberi jaminan kerana universiti sekarang mengambil pelajar jurusan pendidikan melebihi had diperlukan.

Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) tidak sepatutnya dipersalahkan atas lambakan guru ini kerana KPLI hanya diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran bagi menampung kekurangan guru dalam subjek-subjek tertentu. Sebagai contoh, tiada universiti pun yang menawarkan jurusan Pendidikan Seni, Kemahiran Hidup....maka KPLI diwujudkan bagi menampungnya.

Begitu juga dalam bidang Pendidikan Perakaunan, Sains Kimia, Fizik. Tidak ramai pelajar jurusan pendidikan yang mengambil major perakaunan, Kimia, Fizik maka KPLI diwujudkan bagi menampungnya. Namun, KPLI Kimia dan Fizik telah pun dimansuhkan pada 2008.

Pihak universiti yang bersalah dalam hal ini kerana mengambil pelajar jurusan Pendidikan melebihi had yang diperlukan...yelah..universiti sekarang berorientasi keuntungan maka pengambilan pelajar sudah tidak terkawal lagi.

Tambahan pula KPLI sebenarnya telah wujud sejak berpuluh tahun dulu dengan pelbagai jenis nama dan bentuk serta telah banyak melahirkan guru berkualiti. Ini kerana KPLI dilatih oleh pihak Maktab Perguruan/Institut Perguruan yang sudah tentu menjaga kualiti dalam melahirkan guru baru. Berbanding universiti yang bebas dan sosial.

Lihat sahaja Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Guru MRSM semuanya lulusan KPLI. Tiada graduan Pendidikan yang mengajar di MRSM. Namun, prestasi MRSM jauh lebih hebat daripada Sekolah Elit Kementerian Pelajaran.

Adil kepada pelajar jurusan lain

Pelajar jurusan Agama tidak dijamin oleh kerajaan apabila tamat nanti untuk dilantik sebagai Pegawai Agama, begitu juga pelajar jurusan Sains tidak dijamin untuk dilantik menjadi Pegawai Sains....maka, sudah tiba masa pelajar jurusan Pendidikan tidak dijamin untuk dilantik menjadi Pegawai Pendidikan (guru).

Tambahan pula perpisahan Kementerian Pendidikan yang mewujudkan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi telah menjadikan dua entiti yang sangat berlainan. Kementerian Pengajian Tinggi yang sepatutnya bertanggungjawab memastikan graduan lulusan universiti awam dibawah Kementerian Pengajian Tinggi memperoleh pekerjaan dan bukan Kementerian Pelajaran.

Kementerian Pelajaran sudah tentu akan menjaga graduan lepasan institusinya sendiri iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) dan KPLI keluaran Institut Pendidikan Guru (IPG) yang terjamin melahirkan guru berkualiti berbanding universiti.

Barulah adil dan saksama......sekian..Wallahualam.