Saturday, February 02, 2008

:: Power



Orang yang mengaku dirinya hebat... dan yang cuba menjadikan dirinya hebat serta dilihat hebat oleh para pengikut dan juak2nya... biasanya terlalu terikut2 dengan cadangan Robert Greene dalam bukunya "The 48 Laws Of Power" ... begitulah adanya...

Namun... orang sebegini biasanya juga akan dilihat dan diakui punya kuasa yang hebat... ditakuti dan digeruni... tapi di akhirnya... orang ini akan tidak dihirau... tidak dihormati... malah dibenci... oleh juak2nya... oleh para pengikutnya... oleh orang yang dipimpinnya selama kesemua mereka ini berada di bawah kepimpinannya... selama berada di dalam cengkamannya.

Pemimpin2 sebegini hanya menyedari diri... apabila tempoh perkhidmatannya sebagai pemimpin telah berakhir... dan banyak contoh ketara berlaku di sekeliling kita dan berlaku di mana2...

Namun... pilihan ada di tangan kita... kita punya akal... pergunakanlah sebaik mungkin... dan contoh terbaik ialah pemimpin2 hebat telah jatuh tersungkur selepas berakhir perkhidmatannya... dan apabila melalui tempoh persaraannya... tiada lagi anggukan... tiada lagi ketaatan... tiada lagi ampuan... tiada lagi bodekan... dan begitulah kita sebagai pemimpin atau sebagai pengikut...