Wednesday, February 06, 2008

:: Esok... raya

Limau sahaja yang banyak di mana2... selain kekacang... manisan dan kuih bakul... sempena kaum Cina nak beraya ni. Jadi... jemputlah makan... jangan malu jangan segan... siap dikopek kulitnya tu. Kenapa limau berkulit kuning keemasan itu yang disedia dan dihidangkan... ada kisahnya... ada sejarahnya.
Apa2pun kita tumpang seronok... kerana limau ni banyak... bersepah2 dan murah harganya berbanding sebelum kaum Cina ni nak beraya.
Duit dah di masukkan ke dalam sampul ni. Orang Cina kata... paling lekeh RM2.00 bagi setiap sampul... selalunya RM5.00 ke atas. Hanya orang tertentu yang akan diberi sampul merah ni... iaitu yang belum kahwin... jadi semua rakan maya yang belum kahwin tu... ada peluang memperolehinya. Pagi tadi ada sorang rakan maya kita... dia bertanyakan "angpau" ni... tapi dia kata jauh... macamana nak datang... dan tempatnya tiada... "dung2 cey... dung2 cey... dung2 cey"... iaitu muzik iringan tarian naga atau tarian singa. Semua ini menceriakan keadaan... cuma yang tak tahannya ialah mercun yang bunyinya... mengalahkan bunyi bom... bergegar rumah dibuatnya. Peraturan melarang penggunaan mercun... tapi macam biasa... bunyi mercun dan bunga api akan berlaku di mana2... mulai malam ini sebelum jam 12.00 tengah malam.
Kad2 lain banyak... tapi banyak yang bertulisan Cina... dibimbangi ramai yang tak faham nanti.
Ni je le kad yang ada... yang tulisannya dapat difahami oleh kebanyakan rakan maya yang tak pernah ke sekolah Cina. Kalau tak tumpang beraya pun... kita tumpang bercuti... kat Malaysia dapat cuti 4 hari paling kurangnya... mulai esok (Khamis) hingga hari Ahad. Tapi IPTAR... bercuti sakan... 9 hari mulai hari Sabtu lepas hingga Ahad akan datang. Pensyarah dan guru pelatih jenuh bercuti... tapi kuliah ganti telah dibuat sebelum ini selama dua hari bagi setiap hari Sabtu dan ambil cuti peristiwa selama sehari.