Friday, February 29, 2008

:: 100 tahun ke atas

BERITA UTAMA

8,666 pengundi berusia 100 ke atas
Oleh Shamshul Azree Samshir

PUTRAJAYA: Seramai 8,666 pengundi berusia 100 tahun ke atas tersenarai dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) 2007 yang diwartakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 5 Februari lalu dan akan diguna pakai pada Pilihan Raya Umum Ke-12. Pengundi berkenaan paling ramai didaftarkan di Sabah iaitu 2,096 orang; diikuti Sarawak (1,458); Johor (976); Perak (959); Selangor (549); Pulau Pinang (442); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (367), Kedah (356) dan Wilayah Persekutuan Labuan (46). Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor, berkata SPR menerima pakai pendaftaran pemilih berkenaan kerana tiada pengesahan daripada agensi berkaitan bahawa mereka yang berusia lebih 100 tahun itu sudah meninggal dunia.
Beliau juga menjelaskan, nama pengundi yang meninggal dunia selepas daftar pemilih disahkan, akan tetap tersenarai sehingga dikeluarkan selepas tamat suku pertama 2008 pada 31 Mac ini dan dipamerkan April depan.
"Parti politik riuh kata daftar pemilih ada orang mati. Memang ada orang mati sebab daftar pemilih yang diguna pakai ini sehingga 31 Disember 2007. "Sudah tentu pada 1 Januari lalu ada orang mati, 1 Februari lalu ada orang mati malah pagi tadi (semalam) sebelum awak datang sini pun ada orang mati," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.
[ Cuba kita semak senarai daftar pemilih berdasarkan no. IC ini... mungkin merekalah antara yang dimaksudkan itu... dan ini memberi makna bahawa tahap kesihatan mereka semakin baik... akan dapat mengundi pada 8 Mac ini... itupun jika mereka masih bernafas... ]
800311086231
811028045577
830416610017
841207065917
851222740019
850513106435
851117106729