Friday, February 22, 2008

:: Kisah lama

Ini merupakan kisah lama. Kisah berkaitan amalan... kebiasaan... dan tanggapan. Ketika mula2 bertugas di Sarawak dulu... terdapatlah sorang staf yang ucapan2... "alhamdulillah... subhanallah... masyaAllah... bismillah... dll..." sentiasa tak kering dari bibirnya apabila kita berbual bersamanya. Peramah dan ceria adalah sifatnya. Musa namanya.
Terasa sedikit hairan... apabila ucapan salam daripadanya tak pernah dibalas dan disambut oleh rakan lain. Bukan alang2 ucapan salamnya... lengkap... "assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..." apabila bersua dengan kita... tapi seolah2 dibiar berlalu begitu sahaja... walaupun kekadangnya ada yang menjawab balik secara menyoal... "kamu sihat...?"
Walaupun punya tanda nama "MUSA" terpampang di dadanya... rupa2nya beliau bukanlah penganut agama Islam... dan kini masih bertugas sebagai penjawat awam di bahagian tengah negeri Sarawak.
Entri kali ini... berkaitan dengan entri terbaru arsaili... rakan maya kita...