Monday, August 31, 2009

:: Harga minyak naik lagi?


Harga minyak naik?
31/08/2009 11:32am

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Harga bagi minyak jenis RON95 dan RON97 dijangka naik berkuat kuasa tengah malam ini.

Minyak jenis RON95 dijangka dinaikkan 5 sen iaitu daripada RM1.75 seliter kepada RM1.80 seliter.

Sementara itu, RON97 pula akan dinaikkan daripada RM1.80 kini kepada RM2.00.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan kenaikan itu pada petang ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati beberapa portal berita seperti Malaysia-instinct.com telah pun mula memaparkan mengenai peningkatan harga minyak itu sejak semalam.

- Utusan

:: Kemerdekaan Malaysia ke-52?

warga muda yang bakal menentukan masa depan negara tercinta

betulkah paparan di atas ini?


Hari ini, 31 Ogos 2009 kita menyambut kemerdekaan ke-52 bagi Persekutuan Tanah Melayu... dah melewati setengah abad usianya... manakala usia Malaysia ke-52 akan disambut pada 16 September 2009 nanti, insyaAllah. Apakah pengisian hari ini? Ada yang sekadar bercuti, sebagai tambahan cuti hujung minggu... ada yang berkurung di rumah bersama ahli keluarga... ada yang melipat gandakan keuntungan perniagaan di pasar ramadhan... ada yang ligat memikirkan ke mana arah negara akan dibawa oleh para pemimpin... ada yang memikirkan keadaan ekonomi negara yang kelihatannya semacam semakin gawat... ada yang berusaha membesarkan isu2 yang kecil... ada yang sedapat mungkin berusaha menutup isu2 besar dari terserlah... dan pelbagai cara gaya kita dalam mengisi hari kemerdekaan ini... di samping mungkin ada juga di kalangan kita yang hari ini sama sahaja sebagaimana hari2 biasa sebelum ini dan selepas ini... dan mungkin juga ada yang sudi mengibarkan bendera pada kenderaan masing2 walaupun tidak mengibarkannya di rumah atau di premis perniagaan masing2... dan begitulah kita.

Tahniah diucapkan kepada sesiapa yang lahir pada hari ini... 31 Ogos... terutama yang usianya seusia Persekutuan Tanah Melayu... dah berusia 52 tahun tuuu... dan punya nilai sejarah tuuu...

Sunday, August 30, 2009

:: Apa ertinya menjadi orang Melayu

Apa ertinya menjadi orang Melayu! oleh Zin Mahmud

Artikel ini disalin daripada ARKIB Utusan Malaysia pada 28 Ogos 2009

Pelbagai pihak membuat bermacam-macam komen terhadap orang Melayu. Ada yang mengkritik sikapnya, budayanya dan juga bahasanya. Orang Melayu bersifat perkaumanlah. Bahasa Melayu juga dikecam dengan pelbagai pendapat, termasuklah bahasa Melayu itu tidak sesuailah dengan zaman. Oleh sebab itu orang Melayu hendaklah menguasai bahasa Inggeris supaya selamat.

Biarlah mereka mengemukakan bermacam-macam komen, tetapi sudah ditakdirkan orang Melayu dilahirkan Melayu. Bukan pilihan mereka menjadi Melayu. Tetapi semenjak lahirnya dia sudah menjadi Melayu. Tidaklah juga menjadi persoalan bahawa ada antara Melayu itu yang keturunannya bukan Melayu, malah ada yang tidak miliki darah setitik pun keturunan Melayu, tetapi mereka mahu menjadi Melayu.

Hakikatnya Melayu bukannya kaum yang berdasarkan darah keturunan. Melayu adalah bangsa yang berasaskan budaya tersendiri. Sesiapa mengamalkan budaya berkenaan, jadilah dia Melayu. Tetapi menjadi Melayu mempunyai keseronokannya tersendiri.

Walaupun orang Melayu banyak ketinggalan, dan ramai daripadanya jahil dan miskin, tetapi tidak pula mereka mahu bertukar menjadi bangsa lain; menjadi bangsa Amerika umpamanya, atau China, Arab dan lain-lain. Mereka tetap mahu menjadi Melayu.

Ciri utama orang Melayu Malaysia adalah agamanya. Walaupun banyak orang Melayu lemah dalam amalan agamanya, atau jahil tentang agamanya tetapi mereka tetap mahu berpegang pada Islam. Tetapi bukan sebarang Islam. Agama yang diamalkan oleh orang Melayu adalah Sunnah wal Jamaah, jenis mazhab Syafii. Kecuali Perlis.

Walaupun ada orang Melayu yang mempunyai fahaman liberal tentang agama, tetapi pada asasnya dalam kehidupan masyarakat mereka mahu mengamalkan agama seperti yang digariskan oleh ulama-ulama Melayu.

Golongan ulama inilah yang antaranya bekerja dengan pihak berkuasa negeri-negeri yang mentafsirkan agama supaya diikuti oleh orang Melayu. Ulama ini antaranya adalah seperti mufti; mufti itu dilantik oleh Raja-Raja Melayu di negeri masing-masing dan Yang di-Pertuan Agung bagi negeri yang tidak beraja.

Agama

Maka agama di negara ini dikaitkan pula dengan Raja-Raja Melayu. Inilah juga ciri-ciri orang Melayu, iaitu meletakkan kedaulatan raja-raja mereka. Mungkin segelintir orang Melayu bersifat antifeudal dan republikan, tetapi umumnya orang Melayu tetap mempertahankan raja mereka.

Daripada istana-istana ini, mengalirlah budaya bagi adat-adat istiadat Melayu, baik di peringkat pertabalan raja-raja hinggalah kepada amalan masyarakat. Orang Melayu menganut dua sistem adat iaitu; Adat Temenggung dan Adat Perpatih. Adat Perpatih hanya berlaku di Negeri Sembilan. Walaupun orang Melayu sudah moden dan kurang memerhati adat tetapi apabila mereka bertunang dan berkahwin, terserlahlah bahawa mereka masih mahu mengikut adat Melayu.

Bila hari raya pula, mereka bersungguh-sungguh menyambutnya mengikut adat Melayu. Mereka seronok menjadi orang Melayu. Mereka menggunakan bahan-bahan kraf tangan Melayu. Mereka pakai pakaian Melayu. Mereka makan kuih Melayu dan makanan tradisional lainnya. Di atas segala-galanya ini, mereka suka mendengar lagu Melayu, menonton konsert dan teater Melayu. Klasik Nasional menjadi rakaman jiwa Melayu.

Bahasa

Namun begitu, ciri utama yang menjadikan Melayu istimewa adalah penggunaan bahasa Melayu. Walaupun ada pihak menghina bahasa Melayu yang tersiar dalam akhbar-akhbar bahasa Inggeris, tetapi bahasa Melayu mempunyai keindahannya tersendiri yang tidak akan dilepaskan oleh orang Melayu.

Mereka mungkin bertutur dalam bahasa rojak. Atau, mereka sudah menguasai bahasa Inggeris bagi memajukan kerjaya mereka. Tetapi bahasa Melayu akan mereka pertahankan dan kembangkan juga. Mereka akan menjunjung sastera Melayu. Buku-buku dalam bahasa Melayu akan terus ditulis dan diterbitkan walaupun ia tidak tersebar ke seluruh dunia.

Mengapa pula orang Cina mempertahankan bahasa China dan orang India mempertahankan bahasa Tamil tidak dihina sebegitu rupa berbanding dengan apabila orang Melayu mempertahankan bahasanya sendiri?

Agama, raja, adat istiadat, budaya dan bahasa mencirikan orang Melayu. Tetapi bukan itu saja. Ada dua lagi yang menjadikan kehidupan orang Melayu menyeronokkan. Pertama adalah negara dan kedua usaha memajukan diri.

Seringkali disebut bahawa perjuangan orang Melayu adalah mempertahankan agama, bangsa dan tanah airnya. Walaupun orang Melayu bersedia untuk berkongsi tanah air dengan kaum lain yang menjadikan Malaysia negara mereka, tetapi orang Melayu tetap menganggap negara ini asas dan asalnya adalah Melayu. Biarlah orang menamakan Tanah Melayu itu Malaya. Tetapi ia tetap asal dan asasnya negeri-negeri Melayu. Malaysia hanyalah sebuah persekutuan tetapi entiti sebenar adalah negeri-negeri yang bergabung di dalamnya.

Dari Perlis hingga ke Sabah, inilah tanah air orang Melayu yang hidup bersama dengan kaum-kaum lain. Walaupun ada antara mereka merantau ke seluruh dunia, tetapi jika diberi pilihan, kebanyakannya mahu kembali bermastautin di Malaysia, terutama di kampung-kampung. Apabila setelah bersara, kebanyakan orang Melayu akan menghabiskan masa hidupnya berkisar kepada surau dan masjid yang berhampiran dengan rumahnya. Dan jikalau dia mampu, hendak rasanya mereka membina rumah berseni bina Melayu.

Akhir sekali, ciri penting orang Melayu adalah kesediaannya untuk berubah bagi mencapai kemajuan dalam pendidikan dan ekonomi untuk diri dan bangsanya.
Sejarah pendidikan orang Melayu dan usaha untuk memajukan diri dalam ekonomi sentiasa menjadi tema para cendekiawan Melayu, baik dari kalangan agama mahupun sastera dalam tahun-tahun 1920-an. Orang Melayu sentiasa sedar tentang kelemahan bangsanya dan dari situ akan terus berusaha untuk maju.

Saturday, August 29, 2009

:: Ramadan in Indonesia's tent city


In pictures: Ramadan in Indonesia's tent city
Photo 7 of 8

Residents sleep adjacent to the railways,
but many say the sound of passing trains
does not wake them anymore.

(Aljazeera)
.............................................................................................
Renungan: Bersyukurkah kita dapat mendiami bumi bertuah ini, negara ini, negara yang bernama Malaysia berbanding negara jiran kita?

:: Relocation of temple: A cow head






Some of the residents of Section 23, protesting againts
the temple relocation, demonstrsted in front
of the Selangor State Goverment Secretariat
in Shah Alam today. Bernama pic.

Residents protest relocation of temple
2009/08/28
V. Shankar Ganesh

SHAH ALAM: About 50 people gathered at the gates of the State Secretariat building here carrying a cow head and warned of further action if a temple is constructed in Section 23 here.
The group marched from the State Mosque about 300 metres away after Friday prayers. Once at the gates of the building, they unfurled several banners calling for the temple to be moved and also on the beer issue. They were at the gates for only 15 minutes before being dispersed by the police.

The group, who claimed to be residents from Section 23, shouted the names of Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim and executive councillor Dr Xavier Jayakumar, and said the cow head was for them. The new temple in Section 23 was supposed to be the relocated Sri Maha Mariamman temple currently in Section 19. The Section 19 temple is about 150 years’ old and originally located in a plantation, but when the State Economic Development Corporation decided to develop the area into a housing estate, it left the temple there. It was supposed to be relocated, but the problem had been left idle for many years. Initially the temple was supposed to be relocated in an industrial area in Section 22 but it was moved to Section 23 to make it more accessible for devotees. However a group of people in the area have protested against it, saying it is a Muslim majority area and no temples should be allowed to be built there. About 40 per cent of the population in the area are believed to be Hindus. Meanwhile in an immediate response, MIC president Datuk Seri S. Samy Vellu strongly condemned the action by the group. “The cow is a sacred animal of the Hindus, and for this group to resort to such action, is intolerable and tantamount to challenging the freedom of religion as enshrined in the Malaysian Constitution.

He said nobody can be allowed to challenge or ridicule any religion in this country.
“I worry that this action may lead to retaliation from the Hindu community. However, I wish to urge the Hindus to be calm and let the authorities deal with it. “The MIC is calling on the Government and the police to take action against the organisers of this group and their followers. They must be punished according to the law for endangering the racial harmony in this country.” Meanwhile Human Resources Minister Datuk Dr S. Subramaniam said while Prime Minister Datuk Seri Najib Razak was promoting the 1Malaysia concept and racial unity, this kind of action would hinder the process and turn back the clock. Dr Subramaniam said he had spoken to Prime Minister Najib Razak on the incident.
End.

Friday, August 28, 2009

:: Kartika Sari Dewi Shukarno: Caning



NEWS ASIA-PACIFIC
Malaysia woman gets caning reprieve

Kartika was taken into custody briefly before being abruptly released [AFP]

A Malaysian Muslim woman who had been sentenced to be caned for drinking beer in a hotel has been granted a reprieve until after Ramadan, religious official have said.

Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, had been expected to face six strokes of the rattan cane after her conviction by an Islamic sharia court.

Early on Monday she was taken from parent's her home in Malaysia's Pahang state in preparation for the sentence to be carried out.

But in a surprise announcement, hours later an official from the state of Pahang's Islamic Affairs department said Kartika had been freed on orders from "higher authorities".

"The warrant cannot be executed," Sharafuddin Zainal Ariffin, head of enforcement for the state of Pahang's Islamic Affairs Department, told reporters after Kartika was returned home.

"I'm afraid that people will make fun of the religion. Don't make my daughter a toy to play with"

Shukarno Mutalib,
Kartika's father

However officials later confirmed that the sentence had not been cancelled, but would be carried out after the Islamic fasting month of Ramadan, which ends in the third week of September.

"The punishment has not been cancelled, it was postponed because of Ramadan," said Pahang state Executive Councillor for Religion, Missionary Work and Unity, Mohamad Sahfri Abdul Aziz.

Kartika had earlier been taken into custody for transportation to a prison near Kuala Lumpur, where she had been expected to be lashed six times with a rattan cane.

But after moving a short distance the vehicle halted for at least half an hour before turning around and returning to the house.

Badaruddin Ahmad Bustami, an Islamic department official, said prison representatives had suddenly informed department authorities who took custody of Kartika that they "cannot accept her", without giving any reason.

'Speechless'

The former part-time model, who had earlier told Al Jazeera that she had accepted the sentence and asked to be caned in public as an example to other Muslims, had at first refused to get out of the van when told she was being released.

"I am speechless but I'm not getting out of the vehicle, I want to know what my status is. I want a black and white statement from them," she told reporters from inside the van.

Her father, Shukarno Mutalib, said the about-face could reflect badly on Islam.

"We had already accepted the punishment," he said. "My daughter wants the sentence to be done. I'm afraid that people will make fun of the religion.

"Don't make my daughter a toy to play with."

Human rights group Amnesty International had condemned the sentence, and Malaysian pressure group Sisters in Islam told Al Jazeera that the caning was "still unjust" despite the decision to postpone the sentence until after Ramadan.

"We are hopeful that the whipping sentence will be withdrawn," said Hamidah Merican, executive director of Sisters In Islam.

Nightclub raid

Kartika was convicted in July by a sharia court after state religious authorities caught her drinking alcohol when they raided a hotel nightclub.

The former nurse turned part-time model would have been the first woman in Malaysia to be caned by the authorities.

Malaysia, which has large Chinese and Indian communities, uses a dual-track legal system where sharia courts can try Muslims for religious and moral offences under Islamic law.

Alcohol is widely available in the country but is forbidden for the majority Muslim community, who make up just over half the population.

Muslims can be fined, jailed for up to three years or given six strokes of the cane for drinking alcohol, but prosecutions are extremely rare.

Source:Agencies

Thursday, August 27, 2009

:: Senator Prof. Datuk Dr Ismail


Senator, profesor OKU terhebat meninggal
Ogos 27, 09 11:45am

Pakar ekonomi Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura awal hari ini. Menurut pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Prof Dr Ismail disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura sebaik tiba di hospital itu pada kira-kira pukul 8 pagi.

Hospital itu kini dalam proses bedah siasat untuk mengetahui punca kematian, katanya ketika dihubungi Bernama. Allahyarham Dr Ismail, 61, mencipta sejarah sebagai senator pertama yang dilantik daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan di Malaysia. Beliau juga ialah bekas timbalan ketua pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS). Bapa kepada enam orang anak itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech. Beliau dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 Sept, 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian, antaranya, anugerah Guiness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat ijazah Doktor Falsafah.

Wednesday, August 26, 2009

:: Renungan: Komen jiran kita

Public Blog Kompasiana
Didedikasikan untuk publik. Anda bisa bergabung menjadi penulis Kompasiana dengan terlebih dahulu registrasi. Cantumkan nama dan identitas jelas, bukan anonim. Pergunakan bahasa Indonesia yang benar dan sopan. Mohon tidak mempertentangkan SARA, memfitnah atau mendiskreditkan orang/lembaga, pornografi, dan beriklan. Para penulis disarankan menanggapi komentar pembaca. Tulisan atau opini yang bermanfaat dan mencerahkan akan tampil setelah dimoderasi.

Malaysia, What Kind Of Government Is That?
Oleh Opini Publik - 26 Augustus 2009 - Dibaca 1632 Kali -

Mas Abdi dan yang lainnya, saya ingin menyampaikan pemikiran saya sebagai WNI, mohon maaf kalo terlalu panjang. Menurut saya pribadi, negara MalasYa ini adalah negara teroris terselubung. Mereka selalu melakukan aksi teror kepada Indonesia. Mungkin jiwa induk koloninya penjajah Inggris sangat mengalir deras dalam darah Maloners.

Malaysia, di depan rakyat Indonesia, mulut mereka sangat manis dengan stigma “SERUMPUN” yang didengung-dengungkan sendiri oleh mereka. Pemerintah Malaysia seolah mau cuci tangan dengan iklan Enigmatic Malaysia, padahal iklan itu membawa nama negara. Kalo iklan itu berhasil mengelabui dunia, toh pemerintah Malaysia yang meraup untung. Jadi kalo ada warganya yang menginjak negara Malasya, kerajaan malesya akan diam juga? What kind of government is that?! Dimanakah tanggung jawab sebagai aparat negara yang mengatur negaranya? hahaha…

Dari keseluruhan iklan enigmatic, hanya berisi pembenaran-pembenaran klaim budaya. Yang lucunya mereka pede sekali menampilkan wayang kulit dan tari pendet. Hey come on, use your brain. Suku Jawa dan Bali bukan MELAYU yang kalian dengung-dengungkan serumpun itu. Dan perlu kalian ingat, pusat kerajaan melayupun di Indonesia, jadi jelas kalian hanya diwariskan nama Melayu saja tanpa ada peninggalan budaya! Budayawan Melayu Indonesia saja terheran-heran dengan aksi kalian malings. Malaysia sudah semakin kalap dengan krisis identitasnya, melayu malaysia mulai terpojok oleh ras Cina dan India yang memang lebih maju dan lebih cerdas dari bumi putera mereka.

Mereka mengatakan bahwa seolah-olah seluruh suku di Indonesia ini Melayu? Ini adalah pembenaran atas pencurian dan penjarahan mereka ataukah memang otak para malingsia ini yang seperti otak udang. Ntahlah… Tidak mengertikah kalian definisi rumpun? Cina, Jepang, Thailand, Korea adalah negara serumpun, dan lucunya tidak pernah Jepang mengatakan budaya barongsai adalah milik mereka, ato Thailand mengklaim tari Talchum korea sebagai budayanya meskipun ada warga korea di Thailand yang bermukim!

Mendengar komentar budaya melayu busuk Ummu Hani Abu Hasan mengenai klaim Tari Pendet: Sudah sewajarnye budaya Indonesia dilestarikan oleh MalesYa, kerana kite ni serumpun??? Kalo bukan kite, siape lagi nak menjage??? Kite liat bangsa barat sudah mulai tertarik dengan budaye Indonesia dan nak ambil????

Menganalisa komen busuk ato bodoh Ummu, yang jadi pertanyaan saya adalah kok mereka merasa sekali bagian Indonesia sehingga wajib menjaga budaya orang. Istilah perlukah kita menjaga rumah tetangga kita??? Hei Malaysia, kalian bukan Indonesia! kalian benci sekali terhadap orang Indonesia yang kalian beri sebutan konotasi dengan INDON dan yang sering kalian lecehkan dan aniaya di negara kalian terutama TKI, tetapi mengapa kalo bicara soal pencurian budaya Indon, kalian merasa kalian satu dengan Indonesia?

Kalo kita artikan lebih luas, pernyataan Ummu semakin jelas tersirat kalo mereka sudah mulai ketakutan dengan ketertarikan turis asing dengan budaya Indonesia terutama dengan Bali yang dinobatkan sebagai pulau nomer satu di dunia! Saya juga mengaitkan klaim ini dengan 2 kali pengeboman di Bali yang didalangi oleh 2 orang warga malasya! Kita bisa menarik benang merah dari runutan-runutan kejadian ini. Dan ingat bom Bali 1 itu terjadi tahun 2002, itu bersamaan dengan klaim Malasya atas sipadan-ligitan Indonesia. Untuk memecah konsentrasi pemerintah mengenai upaya mempertahankan sipadan-ligitan. Dan sekarang tahun 2009, di kala Malesya lagi-lagi mengklaim blok perairan Ambalat, marak lagi aksi bom dan terorisme oleh kawanan Nurdin Mat Top.

Saya semakin yakin bahwa Nurdin M Top dan Dr Azhari adalah intelijen ato utusan Malesya untuk mengobrak-abrik Indonesia. Dulu pada masa Soekarno, saat Malesya mulai coba-coba dengan perbatasan di kalimantan, Bung Karno menyerukan “Ganyang Malaysia” dan para TNI sudah mulai menyerbu Malaysia, tiba-tiba meletus pemberontakan PKI sehingga pasukan kita ditarik mundur untuk membereskan negara yang kacau, saya yakin juga gerakan PKI ini ulah Malaysia dan kroninya.Bung Karno bapak bangsa kita sangat peka dan saya yakin dia tahu wujud asli Malaysia apakah kawan ato lawan.

Kita juga tidak boleh melupakan aksi militer Militer Malesya yang merekrut ribuan WNI d perbatasan untuk menjadi Askar Wataniah yakni untuk tentara cadangan yang melindungi aksi-aksi pencurian kayu dan ikan dari Indonesia serta untuk menggeser tapal batas negara. Jika suatu hari terjadi konflik fisik maka Askar Wataniahlah yang akan diadu dengan TNI yang adalah sodaranya sendiri sesama rakyat Indonesia. Jika ada korban jiwa toh yang mati bukan WN malesya melainkan orang Indonesia. Politik adu domba ini juga yang dilakukannya dalam kegiatan terorisme, dengan merekrut bomber LUGU Indonesia untuk mati demi sesuatu yang diajarkan mereka sebagai pemahaman ‘Jihad’ yang keblinger itu. Kalo memang ‘jihad ala nurdin’ itu bisa langsung masuk surga bertemu dengan 7 bidadari, mengapa si nurdin ga jadi ‘pengantin’ duluan. Jelas-jelas si nurdin ini tukang kawin kok! masakan ga tergiur dengan 7 bidadari.Ini juga bukan salah rakyat Indonesia di pedesaan yang pengetahuannya minim sehingga mudah dikecoh. Ini juga meminta perhatian pemerintah agar pendidikan gratis benar-benar menjangkau seluruh pelosok Indonesia dan mulailah untuk desentralisasi pembangunan fasilitas umum di daerah-daerah, jangan hanya Jakarta saja yang semakin sumpek!

Mohon anggaaran pertahanan, pendidikan dan kebudayaan benar-benar dinomersatukan dan benar-benar digunakan dengan bijak supaya manfaat. Proporsi 3 departemen ini harus lebih besar dari yang lain.

Saya sangat setuju dengan Bapak Yusron Ihza Mahendra yang juga orang asli Melayu bahwa bangsa Malasya ini adalah bangsa umang-umang. Dia gak punya baju, terus ngeliat baju/rumah orang lain bagus, pake akh, ketemu lagi bagus lagi, caplok lagi!

Harapan saya pribadi, pemerintah Indonesia sudahlah tidak usah lagi percaya dengan mulut manis malaysia yang setiap ketahuan berbuat culas selalu saja meminta maaf tetapi keesokan hari melakukan kesalahan itu kembali. Putuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia karena negara malaysia adalah musuh dalam selimut yang selalu menggerogoti kita secara sembunyi-sembunyi. Boikot produk-produk Malaysia, seperti Air Asia yang jelas-jelas melesukan maskapai dalam negeri dengan harga tiket murahnya! Dephub, tolong dikaji regulasi Air Asia yang sudah merajalela dengan membuka jadwal penerbangan ke seluruh wilayah Indonesia, saya rasa ini juga ada kepentingan khusus berkenaan dengan catut budaya dari mereka.

Untuk masalah TKI, ini tantangan depnaker memang besar, tapi justru di sanalah kredibilitas depnaker dipertaruhkan. mari kita galakkan lagi program transmigrasi dengan membangun lahan pertanian. Menggalang usaha kecil dan menengah. Semuanya pasti bisa kita lakukan, jika kita memang MAU jika ada niat, apapun pasti bisa dengan disertai dengan Ridho Allah.
Jayalah Indonesia.

Gelar Komentar Riza –>Abdi Dharma untuk postingan Kejahatan Malaysia Terhadap Indonesia, Paling Lengkap Di Seluruh Dunia

:: Permatang Pasir: Reaksi 3



Permatang Pasir jadi momentum perubahan PRU13
Dzulfikar Mashoor
Tue | Aug 25, 09 | 10:50:07 pm MYT

BUKIT MERTAJAM, 25 Ogos: Pakatan Rakyat berkeyakinan kemenangan calon PAS Mohd Salleh Man di Dun Permatang Pasir dengan 4,551 majoriti mengalahkan calon Umno, Rohaizat Othman akan memperkukuhkan momentum untuk mengambil alih kerajaan persekutuan dalam pilihanraya umum ke-13 kelak.

Iklan

Naib Presiden PAS yang juga Pengarah pilihanraya ini, Datuk Mahfuz Omar, menganggap Umno semakin sukar memadamkan momentum perubahan rakyat bersama Pakatan sejak pilihanraya umum 8 Mac tahu lalu lagi.

"Umno sudah kalah 7 (kali) dan menang di Batang Ai sahaja. Kalau main bola, secara kebiasaannya itu (kekalahan berterusan) menandakan bahawa Umno akan kalah dalam permainan keseluruhannya...pilihanraya ke-13 kelak.

"Hari ini (25 ogos) adalah hari jadi saya (dan) saya kira ini hadiah hari jadi saya. Pilihanraya ke-13 kelak, rakyat pula dapat hadiah kemenangan peringkat persekutuan, insyaAllah."

Bagi beliau, Umno tidak boleh lagi kata ini (kemenangan) sama dengan kemenangan mereka di Manik Urai, kononnya berjaya kurangkan majoriti (sehingga) 65 undi.

"Najib (Perdana Menteri) boleh katakah Umno berjaya di Permatang Pasir, sedangkan Pakatan dapat empat ribu lebih (4,551 undi)."

ImageNada yang sama turut disampaikan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng.

Menurut Lim Guan Eng, Pakatan Rakyat bukanlah seperti yang digembar-gemburkan oleh Umno sebagai Pakatan yang 'rapuh'.

Sebaliknya, Pakatan Rakyat mampu menggantikan BN dalam pilihanraya umum akan datang berdasarkan kekalahan berterusan parti-parti pemerintah.

"Ini (Dun Permatang Pasir) bukan sahaja kemenangan bagi kerajaan negeri dan rakyat seluruh Pulau Pinang, tapi suatu terjemahan perasaan rakyat bahawa Umno sedang ditolak berterusan dalam setiap kali pilihanraya (kecil) yang diadakan."

"Ini (kemenangan) menunjukkan sokongan kuat pada kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat (iaitu) DAP, PAS dan PKR. Bukan seperti Umno katakan, Pakatan kita (adalah) pakatan yang rapuh."

"Bukan seperti Umno (dan) Barisan Nasional yang mengabaikan rakyat. Pakatan (rakyat) yang kukuh ini boleh memenangi pilihanraya (ke-) 13 nanti, sebab rakyat mahu sebuah (kerajaan) persekutuan yang ada 'jiwa' Malaysia, bukannya perkauman sempit."

Timbalan Ketua Menteri 2, Dr. P. Ramasamy yang ditemui kemudian mengganggap kemenangan berterusan Pakatan Rakyat ini boleh menjadi 'gelombang perubahan' yang besar di Dun Seputeh, jika berlaku pilihanraya kecil; dan nasional.

"Memanglah (benar). Saya tidak perlu sebutlah (soal kemenangan). Kemenangan ini sudah jadi gelombang...tentu jadi gelombang di (Dun) Seputeh jika jadi pilihanraya."

"(Dun Permatang Pasir) sudah jadi gelombang perubahan yang berterusan Pakatan ke peringkat nasional juga."

ImageBercakap di luar tempat perjumlahan pengundi IKBN kemudian, Salleh menganggap kemenangan tersebut bukan kejayaan peribadinya sahaja, tetapi kejayaan Pakatan Rakyat peringkat negeri dan federal.

Ujarnya, Permatang Pasir mampu menjadi 'pembakar semangat' sekurang-kurangnya di Dun Seputeh, di samping pilihanraya ke-13 kelak.

"Ini (kemenangan) bukan untuk saya, biarpun saya mewakili PAS bertanding di Permatang Pasir. Ini (kemenangan) untuk Pakatan Rakyat negeri (Pulau Pinang) dan semua kepimpinan pusat."

"Kalau boleh, kemenangan ini jadi 'pembakar semangat'...sekurang-kurangnya di Kuala Seputeh jika jadi pilihanraya... pilihanraya ke-13 lebih-lebih lagilah."

Daripada 14,832 atau 73.1% pengundi yang turun mengundi, Salleh memperoleh 9,618 undi, manakala Rohaizat mendapat 5,067 undi.

Pada Mac tahun lalu, bekas penyandang Allahyarham Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat 5433 undi majoriti; dari 20,350 atau 82.5% undi keseluruhannya.

Disebabkan peratusan turun mengundi berkurang sebanyak 9.4% dari piliharaya sebelumnya, bermakna undi tradisi PAS dan Umno juga masing-masing turut menyusut sebanyak 12.6% (1386 undi) dan 9.5% (504 undi).

Tuntas bagi PAS/Pakatan adalah berjaya mengekalkan status quo mereka di 'kubu kuat' PAS tersebut.

Manakala, Umno tidak boleh lagi menjadikan pilihanraya kali ini sama seperti Manek Urai - bukti rakyat mula menerima mereka dan menolak Pakatan Rakyat lagi.

Selain kalah di Dun Permatang Pasir, Umno BN pernah kalah berterusan di Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang; dan Dun Bukit Selambau serta Penanti sebelum ini.

_

:: Permatang Pasir: Reaksi 2


Ada faktor sumbang kekalahan

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui terdapat faktor tertentu menyumbang kepada kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan negeri (DUN) Permatang Pasir.

Beliau berkata, kesemua faktor itu perlu dikaji dan diperbaiki bagi memastikan usaha menghadapi sebarang pilihan raya pada masa depan akan lebih berjaya.

Meskipun begitu, tambahnya, BN berjaya mengurangkan majoriti parti lawan pada pilihan raya kecil kawasan itu.

“Dari satu segi kita dapat kurangkan majoriti undi parti lawan dan satu segi lain kita dapati terdapat faktor-faktor yang telah menyebabkan kekalahan kepada BN.

“Faktor-faktor ini harus diteliti dan diperbaiki supaya usaha kita pada masa depan akan lebih berjaya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Wanita Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini malam ini.

Sementara itu, menjawab soalan lain mengenai faktor kekalahan tersebut, Najib berkata: “Saya tahu apa sebabnya.”

Beliau mengulas kekalahan BN di dalam pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir hari ini.

Calon Pas, Mohd. Salleh Man, 52, hari ini memenangi pilihan raya kecil tersebut dengan majoriti 4,551 undi.

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang itu memperolehi 9,618 undi mengalahkan calon BN, Rohaizat Othman, 38, yang mendapat 5,067 undi.

:: Permatang Pasir: Reaksi 1


Barisan Nasional tidak patah semangat

Muhyiddin Yassin bersama Zahid Hamidi pada sidang akhbar mengenai keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Permatang Pasir di Bukit Mertajam, malam tadi.


BUKIT MERTAJAM 25 Ogos - Keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir tidak akan mematahkan semangat Barisan Nasional (BN) untuk terus bekerja keras melakukan yang terbaik bagi meraih sokongan rakyat.

Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN menerima keputusan pengundi di kawasan itu dengan hati yang terbuka atas semangat amalan demokrasi.

''Kita anggap ini sebagai satu takdir dan berlapang dada menerima keputusan dengan hati yang terbuka.

''Bagaimanapun, kita akan terus bekerja dan lakukan yang terbaik selepas ini," katanya kepada pemberita di Pusat Operasi BN di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas keputusan pilihan raya kecil itu yang menyaksikan calon Pas, Mohd. Salleh Man menang dengan majoriti 4,551 menewaskan calon BN, Rohaizat Ismail.

Salleh Man yang juga Pesuruhjaya Pas negeri memperolehi 9,618 undi manakala Rohaizat, Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh mendapat 5,067 undi.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata, keputusan pilihan raya kecil itu menunjukkan penduduk di Permatang Pasir tidak mahukan perubahan yang cuba dibawa BN ke kawasan tersebut.

Sehubungan itu katanya, tidak wajar untuk menyalahkan mana-mana pihak atas kekalahan BN di dalam pilihan raya kecil itu.

''Saya fikir jentera kita adalah yang paling kemas tetapi nampaknya inilah yang penduduk Permatang Pasir mahukan, jadi kita kenalah terima.

''Penduduk memberi mesej bahawa mereka tidak mahukan perubahan, jadi kita jangan salahkan calon, jangan juga salahkan jentera," ujarnya.

Ditanya sama ada jentera BN menerima kerjasama sepenuhnya daripada parti komponen dan UMNO di peringkat bahagian, Ahmad Zahid berkata, secara keseluruhannya prestasi jentera BN sangat memuaskan.

''Begitu juga (kerjasama daripada UMNO) di peringkat bahagian, tapi nampaknya yang di bawah tidak mahukan perubahan, jadi kena terima ini sebagai satu hakikat cara mereka berpolitik," jelasnya.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, BN perlu optimis untuk mendapatkan sokongan daripada penduduk di kawasan itu pada masa depan walaupun ia merupakan kubu kuat pembangkang.

BN kata beliau, akan tetap memberikan cabaran sengit kepada pembangkan dalam mana-mana pilihan raya akan datang berdasarkan prinsip untuk membawa perubahan kepada nasib rakyat.

''Dalam pilihan raya ini misalnya, kita (BN) memperolehi lebih 5,000 undi dan bagi saya jumlah ini bukan kecil kerana kita bertanding di kawasan kubu kuat mereka.

''Apa yang penting kita kena pastikan pengundi yang menyokong akan terus bersama-sama kita dan bersedia memberi cabaran kepada mereka (pembangkang) pada masa akan datang," ujarnya.


Tuesday, August 25, 2009

:: Permatang Pasir


Permatang Pasir: Pas menang majoriti 4,551 undi
Oleh Zef Othman


BUKIT MERTAJAM: Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, selepas calonnya, Mohd Salleh Man, 52, menang dengan majoriti 4,551 undi. Mohd Salleh memperoleh 9,618 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman, 38, yang mendapat 5,067 undi. Keputusan pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya di pusat penjumlahan undi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam, di sini pada jam 7.30 malam tadi.

Seramai 14,832 pengundi atau 73.1 peratus daripada 20,290 pemilih mengundi. Sebanyak 83 undi rosak.

Sunday, August 23, 2009

:: Kemerdekaan : IPGM KTAR sambut awal

DSC_2249
DSC_2193
DSC_2196
DSC_2230
DSC_2239
DSC_2249
DSC_2254
DSC_2258
DSC_2269
DSC_2272
DSC_2284
DSC_2286
DSC_2305

Bulan Ogos adalah bulan sambutan kemerdekaan. Ada yang menyambutnya secara besar2an dan ada yang hanya secara kecil2an. Apa2pun, acara sambutan tetap diadakan samaada sebelum atau selepas tarikh kemerdekaan... 31 Ogos.

IPGM Kampus Tun Abdul Razak tidak ketinggalan untuk mengadakan perhimpunan khas sempena Hari Kemerdekaan ke-52 pada 21 Ogos 2009 yang lalu. Pengendalian majlis tersebut yang diusaha sama oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar amat terasa akan kehebatannya, walaupun tanpa kehadiran Y.Bhg. Datin Pengarah. Pengisian dan acara majlis amat memberi makna akan pencapaian objektif pengendalian majlis tersebut.

Antara acara yang dijalankan ialah nyanyian lagu patriotik dan persembahan koir daripada para pelajar. Selain itu, majlis juga diserikan dengan deklamasi sajak oleh Tn. Hj. Abg Mohamad Daud Abang Taha, pensyarah dari Jabatan Pengajian Melayu serta persembahan tarian yang diwakili oleh pelajar dari pelbagai kaum.

Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang bertungkus lumus demi kelangsungan majlis tersebut...

:: Salam kemerdekaan...

Saturday, August 22, 2009

:: Anak bulan



Kita berpuasa lagi, apabila diumumkan sebegitu, berpandukan hisab dan rukyah. Alhamdulillah, kesihatan yang baik diperolehi dan umur dipanjangkan lagi olehNYA. Marilah kita laksanakan apa yang patut di bulan Ramadhan al-Mubarak ini. Alhamdulillah, kita masih diizinkan untuk bernafas di bulan ini pada tahun ini...

Friday, August 21, 2009

:: Nujum Pak Belalang




Belalang kayu di Wonosari, Gunung Kidul, DI Yogyakarta, ditangkap lalu dijual untuk makanan. Selama 20 tahun, Eko melakoni pekerjaan menjual belalang tersebut. Ia ditemui ketika merapikan ikatan belalang, Jumat (1/5). Belalang dijual Rp 10 ribu per ikat. Dalam sehari dia bisa menjual 10 ikat.

Monday, August 17, 2009

:: Minda Mufti: Kembara merentasi benua kehidupan


Isnin Ogos 17, 2009

Kembara merentasi benua kehidupan
Oleh Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin


SAYA tidak suka menulis tentang diri sendiri di ruangan ini. Namun izinkan saya mencoret kali ini seperti mana saya pernah coretkan hari terakhir saya menjadi Mufti Perlis.

Tulisan ini adalah tulisan terakhir saya selama berada beberapa bulan di United Kingdom. Ketika ini, bilik asrama kecil lagi usang yang hampir berusia 200 tahun, yang saya tinggal dalamnya beberapa bulan sebagai ‘orang bujang’, berselerakan dengan barang-barang yang sedang dikemas.

Bilik ini terletak dalam bangunan yang dinamakan Old Building, University Of Wales, Lampeter. Kenapa saya sampai ke sini? Hanya Allah Yang Maha Tahu. Dahulu, saya memang sering berdoa untuk dapat buat sabatikal di UK. Hanya kerana saya sudah pernah tinggal di Negara Arab, harapnya ada sedikit pengalaman baru di negara Barat. Saya tidak pula terbayang di mana universiti saya akan pergi. Sehinggalah saya ‘tercampak’ ke cerok Lampeter yang tenang dan nyaman ini. Memang, tidak pernah satu hari saya terbayang akan sampai ke daerah yang seperti ini. Namun, saya syukur dan akur atas segala kurnia, kerna hikmah kehidupan menjelma dalam pelbagai rupa dan ruang.

Insya-Allah, pada hari ini (Ahad), hari artikel ini diterbitkan adalah hari saya sampai ke Malaysia. Saya membaca semula tulisan lepas saya yang bertajuk Hari Terakhir Saya Sebagai Mufti Perlis.
Artikel itupun diterbitkan pada Ahad, hari terakhir saya sebagai Mufti Perlis. Terus selepas itu, saya ke UK. Ahad yang bermaksud satu adalah hari pertama dalam bilangan hari. Ia sering menjadi hari terakhir saya dalam tugasan. Baik juga, kerana sering memberi saya peluang membuat kesimpulan di ruangan ini.

Apapun, Allah mengingatkan kita: (maksudnya) “..dan demikian itulah hari-hari Kami jadikan ia bersilih ganti antara sesama manusia” (Surah Ali ‘Imran: ayat 40). Ya! Hari berganti, manusia berubah kedudukan, keadaan dan berbagai lagi. Allah mengubah iklim dan warna kehidupan kita dengan berbagai cara. Kesemua itu menerusi hari-hari dalam perjalanan apa yang dinamakan al-hayat al-dunya atau kehidupan dunia.

Maka kita pun sedar, kita adalah kembara yang merentasi benua kehidupan untuk sampai ke satu perhentian yang bernama ‘kematian’. Di sanalah akan bermula alam baru dan cerita baru.
Namun cerita baru itu berkait sepenuhnya dengan diari kembara kita merentasi benua kehidupan ini.

Bak kata Nabi s.a.w: “Ada apa aku dan dunia ini! Tiadalah dunia dan aku ini melainkan seperti seorang pengembara yang berlindung dari panas di bawah sepohon pokok, kemudian pergi meninggalkannya”. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Bicara Untuk Semua

Ramai yang bertanya, “selepas ini nak bertugas di mana?”. Saya kata: “di mana sajalah”. Semua orang tahu, sebelum saya menjadi Mufti Perlis, saya pensyarah USM dan saya datang sabatikal pun di bawah USM. Saya hanya jadi Mufti dalam masa dua tahun sebulan. Sebelum itu saya telah hidup tanpa sebarang jawatan yang ‘gah’. Saya orang kampong, dari keluarga yang teramat sederhana. Sekian lama hidup sebagai rakyat ‘marhaen’ maka persoalan jawatan amat kecil untuk difikirkan. Apa yang utama bagi saya, bagaimana agar pendapat dan pandangan boleh disampaikan.

Saya pohon perlindungan dengan Allah dari pena dan lidah saya tidak dirampas orang. Jika pena saya ‘dipatahkan’ atau lidah ‘dipotong’ sehingga saya tidak dapat menulis dan berbicara, saya berharap saya masih mempunyai kekuatan untuk menggerakkan kepala bagi menyatakan tanda setuju atau bantah. Namun, jika dirampas semua, apa lagi yang tinggal bagi sebuah kehidupan ini, melainkan jantung hati yang redha pada yang baik, dan engkar pada yang buruk?!

Dua bulan lepas, saya pulang seketika. Itulah kali pertama saya berada di Malaysia selepas melepaskan jawatan Mufti kerana hari pertama saya meninggalkan jawatan tersebut saya terus terbang ke UK. Saya bersyukur, dalam masa beberapa hari itu, kedua-dua bekas Perdana Menteri kita masih sudi menjemput saya bersembang di pejabat mereka masing-masing. Demikian juga YAB Timbalan Perdana Menteri. YAB Ketua Menteri Pulau Pinang pun mengajak saya ke kediaman rasminya. Sahabat saya, Ketua Pemuda PAS dan timbalannya juga datang berbual panjang dengan saya. Banyak perkara dan isu dapat kami bertukar-tukar pandangan. Juga YB Penasihat PKR, ada bercakap dengan saya melalui telefon memberitahu beliau akan pulang ke Pulau Pinang dan mengajak saya bersembang jika ada ruang. Namun, nampaknya masa ketika itu tidak mengizinkan.

Apapun, saya bersyukur, saya masih dapat berbicara dengan semua sahabat dan insan-insan ‘utama’ ini. Juga syukur mereka tidak melihat apa jawatan saya, tetapi melihat saya sebagai seorang rakyat dan ‘sahabat’.

Saya harap saya dapat kekal atas landasan ini, berbicara untuk semua tanpa kepentingan diri atau parti. Saya akan menyokong apa yang saya yakin baik, dan mengkritik apa yang saya rasa tidak benar atau tidak wajar. Jiwa kita akan merasa lapang dan bahagia apabila kita bebas dari ketaksuban atau fanatik.

Tawakkal

Hidup ini bagaikan lautan yang luas. Kita hanyalah perahu kecil yang sedang menongkah gelombang. Lihatlah betapa ramai yang ‘gah’ dengan kedudukan dan jawatan mereka semalam, hari ini tiada lagi kemegahan itu. Siapa yang dapat memastikan kedatangan hari esok membawa bahagia kepadanya?! Sebagai muslim, untuk merentasi benua kehidupan ini, tiada lain yang dapat kita bertaut melainkan ‘at-tawakkal ‘ala Allah’ atau bergantung harapan kepada Allah. Jiwa apabila benar-benar bergantung dan merintih harapan kepada Allah, keajaiban hidup akan berlaku tanpa diduga. Setiap mereka yang melalui hakikat tersebut akan dapat merasai kebenaran kata-kata ini.

Itulah sebabnya mengapa begitu banyak ayat al-Quran dan Sunnah menyuruh kita di samping usaha hendaklah bertawakkal. Cumanya, tawakkal adalah perkataan yang mudah disebut, tapi sukar untuk dihayati dalam ruh dan kehidupan. Ramai yang menyebutnya, tidak ramai yang diresapinya dalam merentasi perjalanan ini.

Bacalah ayat-ayat al-Quran berkaitan tawakkal, ia akan membawa kita ke suatu alam yang penuh keyakinan dan kelapangan jiwa dan perasaan.

Bekalan

Saya datang ke UK untuk sabatikal seperti mana kebanyakan pensyarah universiti lakukan. Saya tinggalkan jawatan mufti.

Saya cuba memahami apa yang barangkali saya belum lalui sebelum ini. Bak kata penyair, Abu Firas al-‘Amiri yang dikenali dengan Majd al-‘Arab: “Berpisahlah, nescaya kau dapati ganti orang yang kau tinggalkan. Mengembaralah di bumi, nescaya kau temui petunjuk dalam perjalanan itu.
Singa jika tidak meninggalkan hutannya, tidak akan garang. Anak panah jika tidak meninggalkan busarnya tidak akan mengena sasaran”. (Fawat al-Fawayat 3/87, Beirut: Dar al-Sadir). Setiap kali kita mengembara, kita melihat sesuatu yang baru yang jika pun tidak mengubah hidup, ia pasti memberi kesan. Bahkan dalam sejarah al-Imam al-Syafi’i, beliau mengubah banyak fatwanya semasa di Iraq, apabila melihat situasi dan perkara baru di Mesir. Sehingga pandangan beliau dibahagikan kepada qaul qadim (pendapat lama) dan qaul jadid (pendapat baru).

Beberapa tokoh revivalist Mesir berubah ketika melawat Negara Barat dan begitulah berbagai sejarah manusia berubah disebabkan kembara. Seorang muslim pastinya tidak berubah prinsip Islamnya, tetapi mungkin akan berkembang beberapa tafsiran dan ruang wacananya. Apa yang lebih penting, saya sudah merentasi satu tempoh waktu yang direncanakan, saya harap saya memperolehi sesuatu.

Hidup adalah kembara. Semua kita pasti kita akan sampai ke satu destinasi yang bernama kematian. Cumanya, dalam kembara di benua yang luas ini, setiap kita melalui denai, lurah, lorong, lembah, jalan dan dataran yang mungkin tidak sama.

Namun perhentiannya hanya satu, kita akan mengadap Tuhan Yang Maha Adil. Perjalanan pasti akan berakhir. Cuma yang kita sedang runsingkan, bagaimana ia berakhir. Berbagai tempoh dan detik kita akan tempuhi, namun tiada yang lebih indah daripada perasaan bergantung harap kepada Allah. Benua kehidupan terlalu luas dan menakutkan. Banyak kejahatan, juga berbagai kebaikan. Moga Allah selamatkan kita semua dalam meneruskan kembara hidup.

Sunday, August 16, 2009

:: Salam: Lisan dan "SMS"

Pernah dikisahkan tentang sunnah Rasulullah S.A.W., antaranya adalah tentang bab memberi salam. Baginda memberi salam dengan lafaz "assalamu'alaikum" dan menjawab salam daripada para sahabat dengan salam yang penuh iaitu... "wa'alaikumussalam warahmatullah hi wabarakatuh". Begitulah yang dikisahkan. Semoga dapat dikongsi bersama dan beroleh manfaat darinya.

Beri salam: "assalamu'alaikum".
Jawab salam: "wa'alaikumussalam warahmatullah hiwabarakatuh".

Apabila kita berkirim salam kepada orang lain melalui orang lain, hendaklah kita berkata, "Kirim salam 'assalamu'alaikum' kepada Hj. Azman, ye". Sekadar contohnya adalah sebegitu, bukannya: "Kirim salam kat Hj. Azman, ye".

Semoga ada manfaatnya.
Untuk renungan bersama : Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamu'alaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan Assalamu'alaikum itu agak panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamu'alaikum.

Bersama2lah kita saling ingat mengingatkan sesama kita terutamanya yang selalu menggunakan kata ringkas "A'kum" atau "Akum" atau "Semekom" dalam sms ataupun email.
Perkataan 'AKUM' adalah gelaran daripada orang2 Yahudi untuk orang2 bukan Yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani. 'AKUM' adalah singkatan daripada perkataan 'AvdeKokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Mungkin apa yang sewajarnya kita lakukan mulai sekarang ialah... jika ada orang yang menghantar kata ringkas seperti... "A'kum" atau "Akum" atau "Semekom", maka sewajarnyalah kita mengingatkannya agar menggunakan kata... "Salam" ... kerana salam adalah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.
... suatu kisah yang telah dikisahkan oleh seorang sahabat yang mungkin boleh disampaikan pula kepada sahabat lain...