Beri salam: "assalamu'alaikum".
Jawab salam: "wa'alaikumussalam warahmatullah hiwabarakatuh".
Apabila kita berkirim salam kepada orang lain melalui orang lain, hendaklah kita berkata, "Kirim salam 'assalamu'alaikum' kepada Hj. Azman, ye". Sekadar contohnya adalah sebegitu, bukannya: "Kirim salam kat Hj. Azman, ye".
Semoga ada manfaatnya.
Untuk renungan bersama : Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamu'alaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan Assalamu'alaikum itu agak panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamu'alaikum.
Bersama2lah kita saling ingat mengingatkan sesama kita terutamanya yang selalu menggunakan kata ringkas "A'kum" atau "Akum" atau "Semekom" dalam sms ataupun email.
Perkataan 'AKUM' adalah gelaran daripada orang2 Yahudi untuk orang2 bukan Yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani. 'AKUM' adalah singkatan daripada perkataan 'AvdeKokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Mungkin apa yang sewajarnya kita lakukan mulai sekarang ialah... jika ada orang yang menghantar kata ringkas seperti... "A'kum" atau "Akum" atau "Semekom", maka sewajarnyalah kita mengingatkannya agar menggunakan kata... "Salam" ... kerana salam adalah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.
... suatu kisah yang telah dikisahkan oleh seorang sahabat yang mungkin boleh disampaikan pula kepada sahabat lain...