Sunday, November 11, 2007

:: Nasihat

ada kaitannya



:: anak lelaki berbeza dari anak perempuan... banyak aspeknya yang berbeza... dan selalunya kita menganggap bahawa semua anak kita boleh ditegur... dinasihat... dibimbing... diasuh dll melalui cara dan kaedah yang sama... tanpa kita ambilkira jantinanya... usianya dan masa yang digunakan.

:: selalunya jugak kita beroperasi melalui "dengar apa yang dikata... bukan tumpukan pada siapa yang berkata"... menjadikan kadang2 kita terbabas malah kadang2 boleh terkedu... sebab anak2 melihat kita... mendengar tutur bicara kita... dan kesemua ini tersimpan kukuh di dalam kotak fikirannya... di dalam "hard disk"nya... dan kadang2 kebijaksanaan kita hanyalah sekadar tutur kata atau tutur bicara... bukannya diterjemahkan dalam bentuk tindakan... dan dihayati atau diamalkan oleh kita... maka akan berkata2lah anak2 kita di dalam hatinya... betulkah ini... cakap mak bapak lain... tindakan mak bapak lain... ertinya "cakap tak serupa bikin".

:: kadang2 ada masalah yang boleh diselesaikan oleh kedua2 pihak... oleh mak dan oleh bapak... tapi kadang2nya hanya oleh salah seorang daripadanya... samada oleh mak atau oleh bapak... dan sebenarnya banyak faktor penyebabnya yang menjadikannya sebegitu...

:: apa komen anda...