Friday, November 02, 2007

:: Koma

gambar hiasan je...

:: Tengahari tadi... sekitar jam 12.39... terima mesej dari Pak Ndak Yan... ringkas dan padat... hal Pak Lang Jet Tok Su Mat Ali Ketoi Arang yang terkemalangan...
" Pk lg jed toksu mt ali ketoi accident - hosp ipoh "

:: Manakala petangnya pula... jam 6.56... dapat pula mesej daripada Pak Teh... juga berkaitan dengan Pak Lang Jet...
" Aslkm. PL Jit kritikal di wad 2A, HBI. Koma dari mlm td.
Dr kata 50:50 & dicdg bc yasin. Sama2 kita doa moga
Tuhan mngampuni & mrahmati bliau. Salam tlh disampaikan
pd Maklang Nab & anak2. "

:: Akhirnya Pak Ngah hantar mesej ringkas... " Eksiden? Bleh crita sikit? ". Lantas Pak Teh call balik... diceritakan yang Pak Lang Jet terkemalangan ketika menaiki motor untuk membeli minyak... dilanggar oleh motor lain... sama2 jatuh... yang melanggar dibantu oleh rakan2nya... tapi Pak Lang Jet terlantar tanpa dibantu oleh sesiapa... dengan dada ditimpa tong minyak... dan sedang menghidapi asma... akhirnya dibawa ke hospital Ipoh... apabila klinik Pantai Remis tolak ke hospital Manjong... dan akhirnya tertolak pula ke hospital Ipoh... dimasukkan ke ICU malam tadi... dan hari ini berada di wad biasa... dengan pesanan doktor kepada anak2 Pak Lang Jet... sebagaimana yang terpapar dalam mesej daripada Pak Teh di atas tu...

:: Pak Lang Jet adalah anak lelaki kedua kepada Tok Su Mat Ali Ketoi Arang dan Tok Su Nah. Beliau adalah adik kepada Pak Ngah 'Aq. Punya adik... Mak Ndak Kerah (meninggal)... Pak Njang Mat (meninggal)... Pak Tam Din dan punya adik bungsu iaitu Mak Teh yang bersuamikan Pak Teh Ali (meninggal)... iaitu mantan suami Mak Ndak Kerah. Mendiami tanah pusaka ibu bapa mereka yang bersempadanan sebelah utara tanah pusaka Tok Wan Lin...kecuali Pak Tam Din seorang bekas askar yang tinggal di Bumi Hijau, Pengkalan Bharu.