Saturday, November 03, 2007

:: Alfatihah

gambar hiasan je...

:: Pagi ni perlu ke pejabat... ada sedikit tugas yang perlu dibereskan... sebab minggu depan perlu pulak ke Pulau Pinang... ada sedikit tugas di sana... hari isnin dan selasa... ada seminar.

:: Mak Ngah sibuk bersiap2 nak ke hari keluarga sekolahnya... berkumpul di Santubong Resort... menumpang kereta kawan... sebab Angah guna Wira ke kuliahnya... dan Pak Ngah pulak nak guna Kembara untuk urusan lain selepas habis kerja nanti. Dah minta maaf kat Mak Ngah kerana tak dapat bersama hari keluarga sekolahnya... dan Mak Ngah amat memahami tentang itu.

:: Sebentar tadi... jam 07.46 pagi dapat mesej daripada Pak Ndak Yan... " pklg jit mnggal dunia 4.30 am " ... alfatihah untuknya... jangkaannya mungkin akan dikembumikan di tanah perkuburan Islam Pantai Remis jika tidak di Sg. Batu.
:: Pak Ngah balas mesej tu... " TQ. Alfatihah utknya. Salam takziah kpd maklang nab & anak menantunya. Dah tiba masanya... Masa kita bila? Dah bersediakah kita? "