Tuesday, November 27, 2007

:: Kenduri kendara

gambar hiasan...
berlabun sakan nampaknya...


Wajib hadir majlis kenduri kahwin

SOALAN: Dalam kehidupan bermasyarakat, kita selalu mendapat jemputan kenduri kahwin. Kadang-kadang dalam sehari, dua atau tiga jemputan diterima terutama pada musim cuti sekolah. Apakah hukum menghadiri kenduri kahwin?

JAWAPAN: Dalam ajaran Islam, menghadiri majlis kenduri perkahwinan, jika dijemput, adalah satu kewajipan. Berdasarkan hadis Rasulullah, kalangan ulama menghuraikan dengan panjang lebar mengenai jenis kenduri dan hukum menghadirinya sama ada wajib, makruh, haram atau harus.

Pada umumnya, kenduri terbahagi kepada dua jenis, iaitu kenduri kahwin dan bukan kenduri kahwin seperti kenduri atau jamuan kesyukuran atau jamuan hari raya. Menghadiri jemputan dan undangan kenduri kahwin adalah fardu ain, iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim bermaksud: "Apabila seorang daripada kamu diundang menghadiri kenduri kahwin, maka hendaklah dia menghadirinya." Imam Muslim juga meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Seburuk-buruk makanan (hidangan) ialah hidangan walimah (kenduri) yang dijemput orang kaya sahaja, sedangkan orang miskin tidak dijemput. Dan sesiapa tidak memenuhi jemputan (undangan), maka dia menderhakai Allah dan Rasul-Nya."

Berdasarkan hadis sahih itu, jelas menunjukkan bahawa menghadiri jemputan dan undangan kenduri perkahwinan hukumnya wajib.

Bagaimanapun, kalangan ulama berpendapat bahawa hukum wajib itu bergantung kepada syarat-syarat tertentu.

Pertama: Yang menjemput atau mengadakan kenduri perkahwinan itu orang Islam.

Kedua: Orang yang dijemput adalah me-nyeluruh tanpa mengira bulu atau kedudukan, yakni tidak membeza-bezakan yang kaya dan miskin.

Ketiga: Jemputan ke majlis perkahwinan itu dibuat secara khusus kepada setiap orang bukan secara umum, sama ada dengan cara menemuinya, melalui kad jemputan atau melantik wakil untuk menjemputnya. Sekiranya jemputan dibuat secara umum seperti berkata atau membuat iklan menjemput penduduk sesuatu tempat itu ke majlis itu, maka tidak wajib menghadiri jemputan berkenaan.

Keempat: Pada lahirnya segala perbelanjaan untuk mengadakan majlis itu daripada wang yang halal.

Kelima: Tidak terdapat di majlis itu orang yang menyakiti orang yang dijemput.

Keenam: Tidak ada di majlis itu sesuatu yang mungkar seperti arak atau majlis tari menari yang haram.

Ketujuh: Tidak ada jemputan yang lebih awal daripada itu.

Kelapan: Tiada sebarang keuzuran yang menghalangnya hadir.

Kesimpulannya: hukumnya wajib atas setiap orang yang mendapat jemputan ke majlis kenduri perkahwinan untuk menghadirinya jika tidak terdapat satu daripada perkara yang bercanggah dan bertentangan dengan syarat-syarat yang disebutkan. Dengan menghadiri jemputan itu, kita dapat mengeratkan hubungan silaturrahim serta dapat menambah serta memupuk kemesraan, kerjasama, bantu membantu dan mengukuhkan perpaduan sesama kita. Kalau dalam sehari ada dua tiga jemputan, seboleh-bolehnya hendaklah menghadiri jemputan itu. Kalau tidak, hendaklah hadir ke majlis jemputan yang lebih awal diterima.

Monday, November 26, 2007

:: Kuching/JB/Grik

nak menghala ke GRIK ke niii...
semoga yang dirancang... terlaksana...


InsyaAllah.. pagi ni akan ke Johor Bharu ada sedikit tugas rasmi... kemudian akan ke Grik (Nenering) melalui KLIA/Ipoh... dan telahpun memohon cuti selama dua hari iaitu pada hari Jumaat (30.11.2007) dan Isnin (03.12.2007).

Dalam perancangan... habis je urusan di JB tu... akan terus ke KLIA pada 29.11.2007 (petang)... dan mungkin sempat "mencekup" bas TRITON dari KLIA ke IPOH yang bertolak jam 8.00 malam... jika tidak perlu menunggu lagi untuk "trip" yang berikutnya... dan akan lewatlah tiba di IPOH nanti... apa2pun akan dimaklumkan kepada Ilah apabila dah beli tiket bas TRITON tu nanti.

Konon dikhabarkan bahawa setiba je di Ipoh... Ilah akan terus bawa PakNgahnya ke Nenering... sebab Ilah dahpun mengambil cuti pada hari Jumaat tu... sehari awal dari tarikh kenduri kendara adiknya (Sabtu)... yang memberi makna... bahawa MakLong Azizah dan PakLong Ismail akan mengadakan majlis "menyambut menantu" setelah seminggu mereka mendapat menantu kedua... orang Taman Meru, Ipoh itu... seperti paparan entri sebelum ini... :: "Akim dan Ida....."

Sunday, November 25, 2007

:: Kpg Abdullah Hukum

Haji Abdullah Hukum... nama asalnya Muhammad Rukun...
... berasal dari Kerinci, Sumatera, Indonesia...
...datang ke Malaya pada usia 15 tahun...
... sekitar tahun 1800-an.

Kampung yang hanya tinggal nama... bagai diserang garuda


mungkinkah nama Abdullah Hukum akan kekal...
sebagai antara stesyen LRT nanti...


Sunday, November 25, 2007

Satu kampung Melayu tinggal sejarah demi pembangunan
Artikel aOleh Abdul Razak Ismail
klpos
KUALA LUMPUR: Kampong Haji Abdullah Hukum merupakan salah sebuah penempatan awal orang-orang Melayu di Kuala Lumpur telah diruntuhkan pada awal November baru-baru ini bagi memberi laluan kepada apa yang kononnya dikatakan "pembangunan". Sumber-sumber mengatakan bahawa perkampongan Melayu 'tengah bandar' yang berusia 200 tahun yang terletak bertentangan dengan ibupejabat TNB di Jalan Bangsar tersebut, akan dibangunkan bagi pembinaan kondominium, blok-blok bangunan pejabat dan komplek membeli belah. Ada maklumat mengatakan sebuah hub transit LRT/ monorail / tren komuter juga akan dibina di kawasan tersebut.
Kampong tersebut mengambil sempena nama Haji Abdullah Hukum (gambar), yang nama asalnya Muhammad Rukun, berasal dari Kerinchi, Sumatera, Indonesia dan datang ke Malaya pada usia 15 tahun bersama bapanya pada tahun 1800-an. Beliau telah diberi izin oleh Raja Laut pada masa itu merupakan Raja Muda Selangor untuk membuka tanah pertanian dan kampong-kampong baru di Bukit Nanas dan sebuah kampong di Sungai Putih (kemudiannya dinamakan Kg Hj Abdullah Hukum di Jalan Bangsar) seperti yang ada sekarang. Beliau menetap di kampong tersebut hingga menghembuskan nafas terakhir sekitar tahun 1930-an.
Pada era Allahyarham Tun Razak menjadi Perdana Menteri sekitar 1960-an, kerajaan telah mengalakkan orang-orang Melayu luarbandar untuk berhijrah dan bekerja di bandar-bandar besar terutamanya di Kuala Lumpur. Lantaran itu ramailah rakyat luarbandar telah bermastautin ke kawasan-kawasan setinggan yang berselerak dipinggir-pinggir pusat bandar Kuala Lumpur ketika itu. Dari masa ke semasa ekoran dari pembangunan pesat bandaraya Kuala Lumpur kawasan-kawasan setinggan tadi akhirnya terletak ditengah-tengah kawasan 'urban' perbandaran, dan inilah yang terjadi ke atas Kampong Haji Abdullah Hukum, perkampongan Melayu Pantai Dalam, Kampung Kerinci dan kampong-kampong lain dipersekitarannya.
Lebih 300 orang penduduk kampong telah dipindahkan oleh DBKL ke rumah-rumahpangsa miliknya di sekitar Kuala Lumpur. Mengikut kata Md. Zaman Md. Tasi Ketua Angkatan Muda Wilayah Persekutuan (juga bekas Ketua AMK Bahagian Lembah Pantai) bahawa ramai penduduk merasa kecewa kerana sebelum ini mereka telah 'dijanjikan' oleh beberapa orang wakil-wakil rakyat UMNO yang silih berganti sebelum ini untuk mendapati hakmilik lot-lot tanah di kampong tersebut. Sebaliknya apa yang terjadi ialah mereka 'tertipu' dan perkampongan tersebut di 'rampas' dari mereka dan kemudiannya diberikan kepada towkey-towkey komplek membeli-belah, pemaju-pemaju kondomium dan hartanah.
Hari ini nama Haji Abdullah Hukum kekal dalam kenangan sebagai antara orang Melayu terawal yang terlibat dalam membangunkan Kuala Lumpur. Penempatan orang Melayu 'dalam bandar' yang diasaskannya 200 tahun lalu sudah lenyap. Yang kekal hanyalah papan tanda ' Abdullah Hukum' di stesen LRT untuk tatapan anak cucu masa mendatang.

::Traffic light

jenis ini... belum ada di Malaysia



:: Lampu isyarat biasanya dipasang dan digunakan untuk memudahkan laluan kenderaan dan untuk kesenangan pengguna jalan raya... biasanya begitu. Kekadangnya masalah timbul apabila lampu isyarat tu rosak... tidak berfungsi... tetapi lambat dibaiki oleh mana2 pihak... dan pihak2 tersebut mungkin punya sebab yang kukuh apabila bertindak sedemikian... iaitu lambat membaiki kerosakan.
:: Kekadangnya kemalangan berlaku betul2 di persimpangan lampu isyarat itu... iaitu di petak kuning... yang menjadikan sedikit sibuk... sesak dan kelamkabut... terutama apabila melibatkan kemalangan yang serius... dan pihak polis pula lambat tiba ke kawasan kemalangan. Laluan dan pergerakan lalu lintas serta pergerakan kenderaan akan terganggu... malah menimbulkan "stress" dan "tension" kepada yang berkenaan... tambahan pula apabila berlaku ketika waktu puncak... dan jika ada yang kurang sabar... bunyi "hon" akan bertalu2 bunyinya dan bersahutan serta berterusan bunyinya... yang pastinya akan memekakkan telinga.
:: Tetapi jika lampu isyarat seperti paparan di atas itu dibangunkan... mungkin akan menambahkan kekelamkabutannya... terutama jika para pengguna jalan raya tidak memahami fungsi dan peranannya... khasnya peraturannya... dan pastinya akan semakin naiklah tekanan darah yang sememangnya dah sedia tinggi itu...

:: Akim dan Ida

dah sah sebagai suami isteri


kenapa "merpati sejoli" dan "bagai pinang di belah dua"
yang acapkali digunakan bagi pasangan pengantin yang bersanding...
mungkin... tiada istilah lain yang sesuai barangkali...

antara "orang2 kuat" dan "waris keras"
yang tak melepaskan peluang untuk "bergambo" sama
....kenanganlah katakan....




"Akim dah slmt nikah jam 11.05 td dgn Suhaila bt Aziz"
... mesej daripada Azilah... sorang pensyarah di Politeknik Ungku Omar, Ipoh... kakak Akim...
...yang diterima jam 11.11 pagi...
(24 November 2007)


"Dah selamat jd suami isteri :)"

... mesej ni diterima daripada pengantin lelaki sendiri... Azizul Hakim Ismail ...
... sorang cikgu yang mengajar di SK Sg. Kapit, Kapit, Sarawak ...
... yang diterima jam 11.48 pagi...
(24 November 2007)


...kepada kedua2 pengirim mesej tu...
...PakNgah balas balik dengan mesej ringkas...
"Alhamdulillah"

:: Luahan hati



" Kenapa saya dimalukan... kenapa saya ditinggalkan.. kenapa saya dikecewakan... kenapa... kenapa? Saya jujur... saya betul2 jujur... saya betul2 jujur padanya. Ikhlas cakap... saya akui saya amat mencintainya... saya amat jujur padanya... cinta saya mutlak padanya... tiada dua tiga... hanya padanya saya tumpukan. Tapi... kenapakah orang macam saya ni... insan macam saya ni... insan yang jujur macam saya ni dikecewakan? "Sakit" betul saya ni... betul2 "sakit"... "sakit" yang tiada ubatnya... tiada... tiada. Geram betul saya. Kenapa saya yang harus lalui semua ini... kenapa bukan orang lain?"
"Kenapa saya yang terpaksa lalui semua ini... lalui detik2 ini... lalui pengalaman yang amat menyakitkan ini... kenapa... kenapa... sedangkan saya tidak pernah menyakiti hati orang lain... apatah lagi untuk mengecewakan mereka... eiiii... geramnya!!! 5 tahun bersamanya... menyintainya sepenuh jiwa... sepenuh jiwa raga saya... terbuang masa rasanya sebab cinta tak ke penghujung... putus berderai di pertengahan jalan... saya ni pompuan... usia bukannya belasan tahun lagi... dan kalau saya ni lelaki... lain le... senang memilih... tapi saya ni pompuan...POMPUAN..."

Saturday, November 24, 2007

:: Bebas

Letaklah di mana sahaja mereka ini... pengalaman mereka akan mereka pamerkan. Kebolehan mereka akan ditonjolkan... tambahan pula demi menyaingi sesama mereka... dan itulah yang menariknya... itulah yang mungkin berakhir dengan sedikit perkelahian... tidak bertegur sapa sehari dua... tapi akhirnya rapat semula... bertegur sapa semula... intim semula... dan tingkahlaku inilah yang menceriakan zaman mereka. Rugi besarlah kita yang tidak banyak terdedah dengan persekitaran sebegitu... dan pastinya kanak2 kini punya persekitaran dan pengalaman yang mungkin sedikit berbeza dengan persekitaran dan pengalaman yang dimiliki oleh kanak2 yang bukan seangkatan mereka.


Mana mungkin kanak2 yang kaya dengan pengalaman dan persekitaran kampung akan mendiamkan diri... apabila berada di dalam keadaan yang membenarkannya untuk bersantai dan menggunakan segala pengalaman dan kreativitinya. Cara mereka adalah mengikut kreativiti masing2. Itulah kanak2 yang punya alamnya yang tersendiri... suatu alam biasa bagi kita... tapi alam luar biasa bagi mereka... suatu alam yang sentiasa dipenuhi keseronokan dan kegembiraan... lupa makan... lupa minum... dan selalunya lupa akan perkara2 lain... hanya yang diingati hanyalah main... main... main... sebagaimana yang PakTeh nyatakan di dalam blognya berkaitan ikan sepilai.

Lihatlah betapa riangnya "adik kecil" ini menggunakan kesempatan dan peluang yang ada dalam ruang lingkup yang membenarkannnya untuk bergembira. Kanak2 yang berbeza latarbelakang sosio ekonominya jarang yang mempunyai pengalaman yang sama... dan kreativiti mereka selalunya juga turut berbeza... dan kesemua itu dinyatakan dalam bentuk permainan bagi mereka yang cuma2nya mengikut tahap pemikiran dan jangkauan tanggapan mereka. Mungkinkah "adik kiut" ini dibesar dan dididik dalam persekitaran kampung?

Kanak2 yang seusia begini jarang yang mampu mengawal hasrat dan keinginan mereka. Mereka masih berada di dalam alam mereka... suatu alam yang dipenuhi dengan kesukaan, kegembiraan dan keriangan... yang tiada masalah suatu apapun bagi mereka. Namun yang mungkin membezakan antara mereka cuma pengalaman masing2... dan pengalaman ini pula akan menentukan corak aktiviti dan pengisian masa senggang mereka... dan kekadangnya masih berbeza antara mereka apabila ada campurtangan mana2 pihak dalam menentukan bertambah dan berkurangnya pengalaman2 tersebut.

:: UPSR... Padah

keadaan... menjadikannya membuat "pilihan" sendiri










Sabtu 24 November 2007 14 Dzulka'edah 1428 Hijrah

Ghairah budaya 'A' dalam pelajaran mengundang padah, salah siapa?
Ali Bukhari Amir Wed Nov 21, 07 9:37:56 am MYT


Salahkah memasang niat mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan? Hal ini tentu tidak menyalahi moral dan bercanggah dengan akhlak sejagat. -->

Tapi, di mana silapnya sehingga membawa padah ke atas Subashini yang tidak mencapai 4A dalam UPSR baru-baru ini?

S Subashini, 12, pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sempah Nibong Tebal menjangka dia mendapat 4A sehinggalah keputusan adalah sebaliknya.

17 November lalu, beliau dijumpai tergantung di jeriji tingkap bilik tidur dengan sehelai kain selimut oleh kakaknya. Menurut bapanya, G. Sivakumar, 36, anaknya menunjukkan sikap seperti biasa termasuk makan bersama dan menonton televisyen bersama adik-adik.
"Kira-kira pukul 1.40 petang, kakak dia masuk bilik dan nampak dia tergantung dengan kain selimut di tingkap. Tapi masa itu dia masih bernyawa lagi lalu kami terus bawa dia ke Hospital Sungai Bakap," kata Sivakumar.

Selepas keputusan UPSR, dikeluarkan 15 Nov lalu, menurut bapanya, Subashini murung kerana tidak mendapat keputusan seperti yang diharapkan iaitu sekurang-kurangnya 4 A. "Saya beritahu dia keputusan itu sudah cukup baik kerana dia ambil tujuh mata pelajaran dan saya berjanji untuk beri dia tuisyen Bahasa Malaysia tahun depan. Saya berjanji akan beri satu cincin untuk setiap A yang dia dapat sebagai semangat untuk dia berusaha.
"Selepas hari itu dia nampak normal dan ceria macam biasa tetapi tidak sangka dia boleh ambil tindakan nekad dengan menggantung dirinya, saya cukup sedih dan terkejut dengan tindakannya," kata Sivakumar.

Sikap membunuh diri dalam kalangan pelajar kerana tidak mencapai keputusan terbaik ini dibimbangi akan merebak jika tidak dibendung sejak awal. Sebenarnya, ada masalah yang mungkin lebih berat daripada itu.

Dalam realiti pendidikan di Malaysia misalnya tuntutan kecemerlangan akademik dalam pendidikan boleh dikatakan terlalu kuat dengan pengaruh media yang lazim menfokuskan persoalan ini dari segi sekolah terbaik sehinggalah kepada kecemerlangan akademik itu.
Tapi, masalah yang dihadapi oleh para pelajar ini ialah kesukaran memahami ilmu dalam bahasa ibunda menyekat perkembangan pembelajaran termasuklah para guru sendiri yang turut menghadapi tekanan yang sama untuk mengajar pelajar tersebut.

Sikap pihak atasan yang menagih kecemerlangan dan dalam masa sama menutup peluang dengan menyukarkan pelajar untuk berjuang mendapat ilmu adalah suatu tekanan juga.

Di Singapura, jumlah individu yang membunuh diri meningkat dari 346 pada tahun 2003, kepada 419 tahun lalu. Namun, perangkaan ini tidaklah membabitkan pelajar. Sebaliknya, kebanyakan mereka adalah lelaki berusia 40-an dan wanita berusia 50-an. Sebuah badan Melayu menyatakan bahawa golongan ini tidak boleh diwawancarai kerana takut mereka kembali kepada kecenderungan mereka. Orang yang pernah membunuh diri menurut sesetengah ahli psikologi sukar dipulihkan kerana mereka akan terus mencuba membunuh diri setiap kali ada masalah besar. Golongan terhimpit ini tertekan akibat tanggungjawab menanggung ibu-bapa yang sudah tua, sakit-sakit, ditambah dengan kos kerana kos perubatan yang tinggi, termasuklah kos pendidikan anak-anak sekolah yang juga mahal.

Menurut Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 2006 di negara pulau itu, jumlah Melayu Muslim yang membunuh diri adalah 5.5%. Perangkaan ini dianggap masih kecil. Namun, ia tetap membimbangkan bukan kerana kuantitinya kecil, malah sikap membunuh diri itu sendiri sudah menunjukkan amalan yang parah!

Hal membunuh diri itu kebanyakannya bermotifkan ekonomi selain daripada putus cinta. Di Kuantan, seorang wanita menelan racun tikus kerana keinginannya memiliki pinggan mangkuk berjenama Leno tidak dipenuhi suaminya. Menurut laporan, si suami menolak permintaan itu kerana mereka sudah memiliki banyak pinggan mangkuk. Walaupun berjaya diselamatkan, tapi kes itu tetap disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan atas cubaan membunuh diri. Maknanya, pesakit kejiwaan dalam kes ini bukan lagi dirawat, tetapi dihukum kerana dilihat sebagai suatu jenayah.

Tekanan ke atas pelajar untuk mendapat kecemerlangan juga memiliki unsur bermotifkan ekonomi. Lazimnya dibisikkan kepada pelajar melalui ucapan menteri, guru dan ibu bapa bahawa akademik adalah 'lesen' mendapat pekerjaan. Kerjaya adalah aset ekonomi. Jadi, sememangnya tindakan membunuh diri ada kaitan rapat dengan ekonomi.

Akhir-akhir ini, fenomena pengangguran menyebabkan kita perlu fikirkan semula adakah benar tanggapan ini. Hal tekanan ini menjadi-jadi dengan kebanjiran pekerja asing yang menutup ruang pekerjaan rakyat di Malaysia.

Suatu kemujuran di negara ini, kerana setakat ini masih belum dijumpai kes pengganggur yang tertekan, membunuh diri kerana sulit mencari kerja atau dibuang kerja. Tapi, sampai bilakah ucapan ini boleh bertahan? Iaitu, ucapan menyatakan ilmu sebagai aset kerjaya?

Singapura mempunyai gejala membunuh diri dalam kalangan pelajarnya yang agak tinggi berbanding negara jiran di rantau Asean ini. Tidak mustahil gejala ini akan merebak ke Malaysia kalau sikap terlalu mengejar kecemerlangan ini tidak ditampung ucapan positif melalui media dan menteri: "Tapi, kalau tidak berjaya pun tak apa, teruskan kehidupan."

Kurangnya kata-kata tampungan ke atas seruan yang ghairah menyeru ke arah cemerlang akademik ini mungkin antara hal yang menyebabkan mereka akhirnya berasa tiada guna lagi meneruskan kehidupan jika terkandas dalam peperiksaan.

Mengulas masalah bunuh diri dalam kalangan pelajar ini, seorang pakar kaunseling dari Fakulti Pendidikan UM, Dr Mariani Mohd Nor dalam Selamat Pagi Malaysia kelmarin menyimpulkan bahawa hal ini berpunca daripada keghairahan seluruh ahli masyarakat.
"Sebenarnya, kita mahukan individu yang mempunyai sahsiah yang seimbang, jadi bukan cemerlang akademik saja. Semua yang terlibat dalam dunia pendidikan itu perlu tahu apa semangat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
"Kalau kita cuma sebut A pada akademik, tapi sosial dan emosinya tidak A, ini bukanlah budaya A yang kita mahukan. Apa yang terjadi sekarang ialah, apabila keputusan keluar, kita mula menyebutkan bahawa sekolah ini terbaik kerana ramai mendapat A.
"Akhirnya, kita sebut bahawa ini negeri terbaik kerana ramai pelajarnya dapat A. Adakah negeri lain tak baik? Ini menyebabkan guru sekolah dan guru besar cenderung menyusun pelbagai aktiviti semata untuk mengejar nama. Akhirnya, semua pihak tension," katanya.

Ringkasnya, budaya A atau ghairah mencari A ini terbina melalui ucapan pimpinan serta diikuti guru-guru sekolah termasuklah ibu bapa murid-murid itu. Bermula sekarang, kita perlu membiasakan diri melafazkan ucapan semangat menagih A ini yang kemudiannya ditampung, diikuti dan diiringi ucapan positif jika ditemukan kecacatan dalam usaha.

Dalam konteks yang lebih luas, pengajaran yang ditemui di sini antaranya - kaum menteri jangan hendaknya kerap menyebut cemerlang-gemilang-terbilang sebab ia mendatangkan ketegangan menyeluruh jika kerajaan sendiri gagal memenuhi hasrat dan cita-cita menuju Wawasan 2020 dan Misi 2057.

Bertambah tegang lagi rakyat jika mereka ingin menuntut kecemerlangan di dalam politik tetapi hakikatnya apa yang ditemukan ialah pilihan raya yang tidak bersih, tidak adil serta berat sebelah. Inilah yang menyebabkan mereka tegang di jalanan.

Jikalau gejala ucapan "bekerjalah bersama saya", "Cemerlang, Gemilang dan Terbilang", "mengangkasa bangsa", "mengglokalkan Malaya" tidak dibendung, tidak juga ditampung ucapan tawaduk, "Saya ingin bertaubat", "Maafkan daku Altantuya" dan lain-lain ucapan bersifat merendah diri, makin membuak-buaklah tension dan ketegangan di pihak rakyat.

Maka, luapan ketegangan ini meruap ke serata negeri, merebak ke jalan raya melalui aksi hadhari polis FRU dan lagak ngeri para demonstran kuning pula adanya. - mks.

-->

Friday, November 23, 2007

:: Karakatau

mula menjengah

Anak Krakatau mula mengamuk
Oleh Ziauddin Sharuddin

ANAK Krakatau di Sunda mula memuntahkan lava pada 11 November lalu. 36,417 terbunuh ketika letupan paling dahsyat berlaku 124 tahun lalu SELEPAS menyepi diri sekian lama, Anak Krakatau, mula melaungkan amaran kepada dunia bahawa amarah dalam dirinya ingin diluahkan. Asap dan batuan panas dimuntahkan beratus-ratus meter ke udara menyebabkan kebimbangan bahawa gunung berapi di perairan Selat Sunda yang memisahkan Pulau Sumatera dan Jawa mungkin bertambah ganas.

Di sebalik tanda yang muncul itu, ada pakar gunung berapi meramalkan bahawa Anak Krakatau hanya akan meletup dalam tempoh lapan tahun lagi. Ada yang berpandangan bahawa gunung yang muncul pada 1927 hanya akan meletus pada awal abad ke-24. Keterbatasan ilmu manusia menyebabkan pakar gunung berapi hanya mampu meramal. Isunya adalah mengapa Anak Krakatau mendapat perhatian istimewa sedangkan pada masa sama, gunung berapi lain di Indonesia juga menunjukkan tanda akan meletus. Sejarah Anak Krakatau menyebabkan kemarahannya digeruni. Siapa boleh lupa bahawa gunung berapi ini adalah warisan hasil letupan gunung berapi paling dahsyat di dunia, Krakatau pada 26 dan 27 Ogos 1883.

Letupan 124 tahun lalu memuntahkan lebih 25 kubik kilometer batuan dan debu serta menghasilkan bunyi letupan paling bingit pernah direkodkan dalam sejarah. Bayangkan penduduk sejauh Perth di Australia, iaitu kira-kira 3,110 kilometer dan Pulau Rodrigues dekat Mauritius, kira-kira 5,000 kilometer boleh mendengar letupan itu. Mengikut rekod rasmi, 165 kampung dan pekan musnah, manakala 132 rosak teruk. Jumlah kematian pula seramai 36,417 orang, manakala ribuan cedera akibat letupan, diikuti gelombang ombak besar atau tsunami. Kejadian itu memusnahkan dua pertiga Pulau Krakatau dan di tempat yang sama, Anak Krakatau muncul 44 tahun kemudian. Sebelum 1883, Pulau Krakatau mengandungi tiga pulau utama, iaitu Lang (sekarang Rakata Kecil atau Panjang), Verlaten (Sertung) dan Krakatau sendiri, sebuah pulau sepanjang sembilan kilometer dan lima kilometer lebar.

Beberapa tahun sebelum meletup, aktiviti seismik gunung berapi itu mula menunjukkan tanda aktif dengan beberapa gempa bumi berlaku yang boleh dirasai hingga Australia. 20 Mei 1883, iaitu tiga bulan sebelum letupan terakhir, wap muncul dari gunung itu dan letupan debu setinggi enam kilometer serta bunyi letupan boleh didengar hingga ke Batavia (sekarang Jakarta) sejauh 160 kilometer. Aktiviti ini berhenti pada akhir Mei, tetapi meletup semula pada 20 Julai menyebabkan laut bergelombang dan merbahaya kepada kapal. Pada 11 Ogos, letupan lebih kuat berlaku dan bertambah hebat pada 24 Ogos. Kira-kira jam 1 petang pada 26 Ogos, gunung berapi memasuki peringkat paroksisme yang jika dibandingkan dengan manusia ibarat kemarahan yang tidak dapat ditahan lagi. Sejam kemudian, pemerhati di situ melihat debu membentuk kepulan awan hitam setinggi 27 kilometer. Letupan semakin tidak berhenti-henti dan boleh didengar setiap 10 minit. Kapal yang berada dalam lingkungan 20 kilometer ditimpa hujan debu dan ketulan batu panas sebesar 10 sentimeter mendarat di atas kapal. Pantai Pulau Jawa dan Sumatera mula dilanda tsunami kecil antara jam 6 petang hingga 7 malam. Peringkat katalisme atau bencana berlaku pada 27 Ogos dengan empat letupan kuat berlaku antara jam 5.30 pagi hingga 10 pagi dengan letupan terakhir adalah paling kuat. Setiap letupan dituruti tsunami dengan gelombang setinggi 30 meter, manakala banyak kawasan pantai Sumatera dilanda aliran lahar. Debu pula berterbangan setinggi 80 kilometer. Antara kawasan yang menjadi mangsa Krakatau ialah penduduk sekitar Ketimbang di Sumatera apabila pada petang 27 Ogos, hujan debu panas menyebabkan ribuan penduduk di daerah malang ini terbunuh. Selepas dua hari kejadian dahsyat ini, letupan kecil berterusan hingga Februari 1884. Hasil letupan menyebabkan Krakatau hampir hilang sepenuhnya dan puluhan tahun kemudian meninggalkan keadaan fizikal yang dapat dilihat pada hari ini. Ketika ini hanya ramalan dapat dibuat, tetapi persoalan lebih besar adakah Anak Krakatau akan mengamuk seperti Krakatau?

FAKTA

Kesan letupan Krakatau

Angka kematian rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Belanda ialah 36,417 orang. Pulau Sebesi yang terletak kira-kira 13 kilometer dari Krakatau kehilangan semua penduduk seramai 3,000 orang.

Kawasan sejauh Afrika Selatan turut dilanda tsunami dan mangsa dijumpai terapung di lautan selama seminggu selepas kejadian itu.

Aliran larva mengalir sejauh 40 kilometer dan melanda beberapa kawasan pantai Sumatera.

Kira-kira 18 hingga 21 kilometer batuan terangkat membentuk lembangan sekitar Krakatau.

Tanah Pulau Verlaten dan dan Lang melonjak sedikit dengan debu lahar membentuk ciri geologi pulau ini.

Suhu dunia jatuh hingga 1.2 darjah Celsius beberapa tahun berikut. Keadaan cuaca menjadi kelam kabut dan suhu hanya kembali biasa pada tahun 1888.

Letupan itu memuntahkan jumlah gas sulfur dioksida yang besar ke udara dan merebak ke seluruh dunia.

:: Sakit jiwa... 3 juta

::TERKINI
SUNGAI PETANI 22 Nov. - Sebanyak 16 peratus atau tiga juta daripada 26 juta penduduk di negara ini disahkan mengalami sakit mental dan jumlah ini adalah sesuatu yang membimbangkan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.


- Bernama

Thursday, November 22, 2007

:: Dua hati disatukan

Azizul Hakim Ismail... Suhaida Azis



(sabtu... 24 November 2007: di IPOH: pengantin perempuan)

(sabtu... 1 Disember 2007: di NENERING, GRIK: pengantin lelaki)

dua hati menjadi satu

dua jiwa saling merindu

cinta dan sayang telah bertemu

terjalin ikatan kasih berpadu



selamat diakadnikahkan
menghalalkan yang diharamkan
semoga kekal seperti yang diharapkan




daripada:


PAKNGAH SERTA KELUARGA
kuching, sarawak

:: Berbeza

berbeza... punya had dan takat

:: cangkir dan cawan mungkin punya makna yang sama... cuma untuk mengisi air dan apa sahaja kegunaannya... masukkan apa sahaja ke dalamnya... tidak menolak sama sekali... akur, taat dan patuh... menerima bulat2... tiada bantahan... inilah hal dan perihal akan cangkir atau cawan ini... yang saban hari kita gunakan... kita tatapinya. Biasanya digunakan sebagai bekas minuman... dan biasa untuk mengisi air teh atau kopi... dan itulah yang selalu diisi ke dalamnya. Air teh atau air kopi atau air2 lain yang dimasukkan pastinya tidak akan bercampur... pastinya tidak akan sebati dengan susu yang dimasukkan... dan pastinya ada had... ada takat yang membezakan antara keduanya... dan kita memerlukan sudu biasanya untuk tujuan mencampuradukkan antara keduanya.
:: adakah analogi mudah ini... juga berkaitan dengan kita... dengan kehidupan harian kita... sebagai insan yang juga punya sifat dan sikap yang berbeza... ?

:: Hebatnya dia

hebatnya dia...


:: lelaki ini punya kehebatan sendiri... solat di mana2 saja apabila tiba masanya... berbanding kita yang mungkin mendirikan solat di tempat2 tertentu... bukan sebarangan tempat... dan mungkin kurang berjamaah... walaupun surau atau masjid bertemu pagar dengan rumah kita.
:: sikap sebegini belum membudaya dalam masyarakat kita... kita lebih gemar melaksanakan solat di tempat khas seperti di rumah, di surau dan di masjid... paling tidak di hentian lebuh raya ketika dalam perjalanan... jarang kedapatan kes2 seperti paparan di atas.

Wednesday, November 21, 2007

:: Betapa sayang

sampai gitu jadinya...



:: orang kata... sayangkan anak tangan2kan... sayangkan isteri tinggal2kan... dan selalunya apabila melibatkan hal2 dan persoalan kasih... sayang... cinta... rindu dendam ini... maka lain insan... akan lainlah keadaannya... akan berbeza duduk perkara dan segala yang berkaitan.
:: hal "abang" kita yang "sekor" tu... lain dari yang lain... amat berbeza sikapnya... perangainya... tabiatnya... berbanding orang lain.
:: apa2pun... jika beginilah keadaannya... barulah orang akan kata... " inilah cara orang sayangkan harta benda"... " inilah cara orang berbini... berbinikan motosikal" ... mujur "abang" kita tu meniarap atas motosikal... bukannya motosikal meniarap di atasnya... dan jika itu yang berlaku... kes naya woooo...

:: Berbeza budaya

banjir di barat...

banjir... di negara kita...


:: banjir kini tidak mengenal musim... datang secara tiba2... tanpa diduga... akibat pembangunan yang tak terancang... kawasan tadahan air yang dipokah semaunya... sistem perparitan yang menelan biaya besar tetapi mempunyai nilai faedah hampir sifar... kawasan nipah dan bakau ditimbus kononnya untuk pembangunan... keadaan iklim dan cuaca yang tak menentu... termasuk keceluparan mulut sebahagian daripada kita yang angkuh kononnya telah "bersedia" menghadapi banjir... dan mungkin akibat dosa kita selama ini... menjadikan banjir semakin kerap berlaku walaupun sekadar hujan turun dengan lebatnya dalam tempoh sekitar sejam... dan meranalah seketika bagi yang mendiami di tanah rendah dan di tanah pamah.
:: gambaran di atas hanyalah sekadar menimbulkan hal pertembungan budaya ketika insan dari dua budaya mengalami masalah yang sama... iaitu banjir.


:: Hinakah kita...

penutup mangkuk tandas dihiasi sebegitu...
dan tempat "melepas" orang lelaki berbentuk wanita bertudung...

Kaabah seolah2 seperti kejadian di Amerika...
dan wanita bertudung "dibogelkan" kepalanya...



seimbas pandang... kasut... dan baju yang dipakai ini cantik kelihatannya...
tapi amat keterlaluan dalam mempersendakan agama kita... jika diteliti dan direnungi...


:: jika benarlah gambarannya sebegitu... terasa hinakah kita... atau tiada apa2 kesannya... tidak berasa apa2... sebab tidak berlaku di negara kita... dan tidak melibatkan sedara mara kita... ?

:: Sengsaranya

bagai tengkorak hidup je... kesian... hanya bubur pengalas perut


kalau tiada kulit... bercerailah tulang
cekeding sungguh... kurus kering... perut lempen...


hibanya hati seorang ibu


sisa makanan buangan... seribu syukur baginya


:: kita biasa senang walau tidak semewah manapun... paling kurang perut kita diisi tiga kali sehari... sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.
:: tanpa mengira kualiti makanan yang kita ambil... sekurang2nya cukup sebagai pembekal tenaga bagi kita melaksanakan rutin harian.
:: dan kita terbiasa dengan keadaan kurang bersyukur dengan limpahan rezeki yang diberiNYA... kita bazirkan makanan secara sengaja atau tanpa sedar... lihat kembali apabila kita mengemas pinggan mangkuk ketika membasuh... berapa banyak makanan yang masih boleh dimakan tapi kita bakul sampahkan saja... dan keadaan ini berlaku mungkin kerana kita tidak mengalami seperti yang dialami oleh orang lain... terutama seperti paparan di atas.

:: Disua

nenek seusia 80an... berjualan



:: ketika menyusuri suatu laluan pejalan kaki yang agak sibuk... seorang nenek menyua sebungkus kerepek... mohon dibeli demi mencari rezeki.

:: ketuaannya terpapar pada wajah... kesusahan dan kesukarannya terserlah pada rautan mukanya... kedutannya mungkin mampu membuktikan kepayahan yang dilalui... dan pengalaman yang dilalui yang mungkin lebih banyak dirundung malang... sewajarnya menginsafkan kita... bahawa masa depan bukan jaminan kita yang menentukan walaupun boleh dirancang.

:: berbagai persoalan timbul... wajarkah nenek seusia begitu masih perlu mencari rezeki... jika masih punya anak atau punya suami atau punya sedara mara yang sepatutnya membantu... sebab tidak banyak biaya yang diperlukannya dalam usia sebegitu... kecuali rawatan perubatan... tapi mungkinkah "beliau" sebatang kara... atau "merajuk hati" akan peri gelagat dan kerenah anak2 atau suami atau sedara mara... ?

:: Masa

ada makna tu



masa dan ketika... mungkin punya makna tersendiri.
masa terus berlalu... masa kini bakal menjadi masa silam.
masa akan terus berlalu... walaupun jarum mampu diputar ke belakang.

:: Berbeza...

gambar hiasan... tapi berkaitan... punya makna tersendiri

:: perlukah kita berbeza arah?

:: perlukah kita punya perbezaan matlamat?

:: perlukah kita bersendirian menentukah arah dan matlamat?

:: adakah usia antara penentu perbezaan2 ini?

Tuesday, November 20, 2007

:: Renungan

sekadar hiasan


:: sesetengah daripada kita punya "kuasa" mata yang hebat... jelingannya... renungan matanya... bakal menjadikan orang yang dijeling... atau yang direnung... resah dan gelisah.
:: renungan yang tajam ketika bersua muka atau ketika berbicara... kadang2nya mengundang pelbagai tafsiran dan bakal mengundang bahaya yang di luar jangkaan... tambahan pula jika di kalangan berlainan jantina.
:: itulah sebabnya kita diminta agar menundukkan mata ketika berbicara... dan tidak mengekalkan pandangan dan renungan mata kita kepada "orang yang dilawan bicara"... terutama bagi yang bakal menambahkan fitnah... sebab bahasa lama kita telahpun menyimpulkan... "dari mata turun ke hati"...
:: malah jika kita berjaya merenung mata... merenung akan gambar hiasan di atas tu... maka kita punya "kuasa" renungan yang hebat... jika tiada sesuatu yang pelik pada mata dan bibirnya... cubalah... jangan tak cuba...

:: Habit

sekadar hiasan



:: kita selalunya punya habit samada kita sedar atau tidak... seperti berdehem... batuk2 kecil... mencuit2 hidung... meraba cuping telinga dll yang terbiasa... dan kadang2 hinggakan sukar diberhentikan.
:: ada antara habit tu yang agak pelik dan kadang2 tu mungkin akan memudaratkan diri... seperti mengorek2 lubang hidung walaupun tiada "apa" di dalam hidung tu... dan kebiasaan2 itu akan berterusan hingga ke usia tua... maka mungkin gambaran di atas tu mampu menunjukkan akan bahayanya kebiasaan2 yang tanpa sedar... yang telah kita lakukan.

Sunday, November 18, 2007

:: Regrets



NST Online » NewsBreak2007/11/16

Tuanku Mizan regrets claims he supports illegal rally

BERNAMA




KUALA LUMPUR, FRI:
THE Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin has expressed regret over claims that he and the Palace approved and suppported Saturday’s illegal rally in the city.

In a statement issued here today by the Datuk Pengelola Bijaya Diraja of Istana Negara, Datuk Wan Mohd Safiain Wan Hasan, the King also regretted the gathering, which was organised by the Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) and supported by the opposition parties.

Tuanku Mizan stressed that he and Istana Negara had at no time approved or given any support, directly or indirectly, to any quarters that organised or was involved in the illegal assembly or any other activities that contravened the law.

On Saturday, Bersih, which comprises several non-governmental organisations, as well as some opposition parties had gathered their supporters at various spots in the city, including around Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman and the National Mosque, before marching to Istana Negara to hand over a memorandum to Tuanku Mizan.

The following Monday, PAS secretary-general Datuk Kamaruddin Jaffar said Bersih had decided to submit the memorandum to the Yang di-Pertuan Agong after the ruler himself approved of it, and that the presence of Bersih at Istana Negara was to hand over the memorandum to the King’s representative.

In the statement, Tuanku Mizan said as the head of state, he was responsible in ensuring that the country’s administration based on the constitutional monarchy system as enshrined in the Federal Constitution, was respected and adhered to by all.

He hoped that the people would act in accordance with the law and not be involved in any illegal action or activity. “Every Malaysian citizen is responsible for maintaining public order for continued peace and stability in the country,” Tuanku Mizan said. The King also hoped that the people would together work at preserving unity and harmony to ensure that the country would continue to develop, prosper and be respected.Meanwhile, Wan Mohd Safiain said that Istana Negara, for the first time, summoned the media to publicise the content of the statement as the King viewed the matter seriously. “Normally, Istana Negara would issue a statement via facsimile but this time, we had to call the media here to ensure that the King’s message reaches the people,” he added.



RELATED STORIES
Businesses tell Bersih to keep protest indoors
King 'never condoned any rally'
Najib: We hope to avoid using ISA
No show at Batu Buruk
Police summon four politicians over illegal gathering
Detained children to be 'rehabilitated'
Yawn, rally just 'a waste of time'
Leave us in peace, say Batu Buruk residents
Parents of 18 to be charged
Pas: Further action if demands not met
Traders end up the biggest losers
18 kids among those detained at illegal rally
Suhakam: Police did not resort to violence
PM: Rally a move to draw monarchy into politics
Illegal gathering causes traffic chaos in city
Sultan of Pahang: 'Not nice' to link King to illegal rally
Police record statements from `BERSIH’ leaders
Dewan Rakyat: Nazri: Rally work of 'pondan'
Al Jazeera told not to mislead international community on illegal rally
Demo called a lame attempt by opposition to fool the people

Saturday, November 17, 2007

:: Lamanya parking...

lamanya tersadai


:: kalau bukan "norton" atau "triumph"... mungkin apa ye... apa2pun keadaan ini berjaya menggambarkan bahawa motosikal itu telah lama tersadai di situ... telah lama parking kat situ... hinggakan akar pokok/banir pokok dah menyelimuti motosikal itu dan jika diketahui oleh peminat2 barangan antik... terutama nombor pendaftarannya... silap2 haribulan dengan harga tinggi yang ditawarkan... pemilik motosikal pastinya sanggup menebang pokok dari membiarkan keadaan berterusan sebegitu...

:: Keseorangan

meninggal dunia di atas sofa... sudah berulat...



anggota badan kehitaman... merenin... ulat ada di mana2... rambut berguguran...


mata dan hidung terpelohong... mayat dipindahkan...


sedia untuk membedah siasat

:: kesian...akibat keseorangan... meninggal dunia tanpa diketahui orang lain... dan mungkin setelah "berbau" akibat berulat... baru diketahui orang ramai... mungkin diserang asthma atau serangan jantung... dan kembalilah "beliau" menemuiNYA... dan banyak ikhtibar boleh diambil dari kejadian ini...


:: Lalat... langau

lalat... langau
kenapa kita memandang sepi padanya
kenapa kita membencinya
kenapa kita tidak menyukainya
kenapa kita sanggup membunuhnya
kenapa...
bukankah dia jugak macam kita
punya peranan... punya tanggungjawab