Sunday, January 21, 2007

:: Cuti dan hujan renyai

:: Hari ini...Sabtu...20hb. Januari 2007 bersamaan 1 Muharram 1428H...merupakan awal tahun bagi kalendar Islam. Diisytiharkan sebagai hari cuti umum yang kebetulan jatuh pada hari Sabtu yang sememangnya hari cuti bagi semua penjawat awam.
:: Cuaca mendung je...diiringi hujan renyai2 sejak selepas waktu subuh hingga kini. Nampak semacam Kuching pula menjadi tumpuan hujan yang merupakan kawasan paling banyak terima hujan berbanding kawasan lain di Sarawak dalam sehari dua ni. Banyak juga kelihatan jentera berat mula melebar dan mendalamkan parit dan alur di tepi2 jalanraya bagi memudahkan pengaliran air ke anak sungai berdekatan.
:: Minggu pendaftaran dan pengurusan pelajar baru dah tamat semalam yang bermula pada hari Isnin. Cuma melibatkan seramai 171 orang pelajar KPLI-SR, KPLI-LPBS-j-QAF dan Program Perguruan Pendidikan Rendah Empat Tahun...manakala seramai 75 orang para guru yang mengikuti KDP 14 Minggu KPM-OUM. Alhamdulillah dengan kerjasama semua pihak yang menyumbang ide dan tenaga...program sempurna dilaksanakan.
:: Sepatutnya Pak Ngah perlu ke PICC pada 16hb. dan 18hb...untuk menghadiri Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang dilancarkan oleh Pak Lah dan Perutusan Tahun Baru oleh Datuk Seri Hishammuddin. Tiket k.terbang diserah balik selepas boss membenarkan agar tidak perlu ikut serta sepertimana permohonan Pak Ngah...alasan Pak Ngah...kenapa perlu 2 orang ke sana atas tujuan yang sama...dan Minggu Pendaftaran dan Pengurusan Pelajar Baru sedang berlangsung di IPG. Bagi Pak Ngah...pada peringkat umur sekarang ni...jika tidak terlalu "mendesak" le...rasa2nya lebih baik Pak Ngah "tak perlu keluar"...dengan mempertimbangkan faedah dan manafaatnya.
:: Malam tadi...Alang call mamanya dari Miri...minta dibelikan motosikal dengan memberikan beberapa alasan sebagai pengukuhan permohonannya. Pak Ngah sekadar mendengar je berita itu daripada Mak Ngah.