Monday, January 29, 2007

:: DUN N06 Batu Talam

Pilihanraya kecil DUN N06 Batu Talam, Raub, Pahang Darul Makmur: 28.01.2007
Calon Bebas: Ng Chee Phang.
Calon BN: Abd Aziz Mat Kiram.
Layak Mengundi: 10,525 (daftar pemilih pada 30.11.2006 dan diperakukan semula pada 4.1.2007).
Melayu: 8,353 (79.4%)
Cina: 1,137 (10.8%)
India: 499 ( 4.7%)
Org Asli: 531 ( 5.1%)
Saluran: 23
Petugas: 127
Pusat Mengundi: 12 (Ulu Atok, Kuala Atok, Sega, Chenua, Batu Malim, Tersang 1, Tersang 2, Tersang 3, Hulu Sungai, Batu Talam, kundong Patah & Cheroh).
Kononnya:
1. BN menjangka dapat majoriti 3,000 undi.
2. Pakatan Pembangkang (PAS dan Keadilan) memulaukan pilihanraya.
Keputusan:
Bebas: 419 undi
BN: 6276 undi
Majoriti: 5857

Saturday, January 27, 2007

:: Harta

Menimbun harta adalah suatu pekerjaan yang tidak pernah selesai.


Pafyfer Brook berkata:

Aku telah banyak mengumpulkan harta.... namun aku melihat... berdasarkan pengalaman peribadi.... bertungkus lumus mengumpulkan harta merupakan sesuatu yang merbahaya... yang tidak pernah berhujung dan... akan mengorbankan umur dan kebahagiaan.

Sesungguhnya.... pemilik harta yang melimpah ruah... tidak dapat menikmatinya... melainkan hanya sedikit.... kerana harta yang melimpah ruah itu akan ditinggalkannya kepada ahli warisnya. Seharusnya dia menyedari bahawa para ahli warisnya akan menjadi orang2 yang lebih kuat bekerja dan berjaya bila mereka terjun ke dalam medan kehidupan tanpa harta yang melimpah ruah.... dan tidak memiliki bekalan lain selain dari akal dan akhlak.

Sesungguhnya.... kekayaan yang dihasilkan tanpa susah payah... kebanyakannya berubah menjadi laknat... bukannya nikmat... dan menjadi kesengsaraan.... bukannya kebahagiaan. Semua ini terjadi bilamana pemiliknya akan memuaskan fizikal dan hawa nafsunya dengan kemewahan dan kemalasan.... sementara akal mereka kosong dan masa muda mereka menjadi sia-sia hinggalah kematian menjemputnya.

:: Betulkah ini......?

:: Dunia baru

Dikisahkan bahawa Ummu Mu'ashirah telah menasihati puteri kesayangannya sambil menangis dan tersenyum:


"Wahai puteriku...engkau telah menghadapi hidup baru...iaitu hidup yang ayah dan mamamu tidak mendapat tempat...begitu juga salah seorang dari saudaramu. Di dalam dunia ini...engkau akan menjadi teman setia bagi suamimu. Sesungguhnya suamimu tidak akan redha ada orang lain yang ikut campur dalam urusanmu dan suamimu....walaupun daripada mereka yang masih memiliki hubungan darah denganmu."


"Jadilah sebagai seorang isteri baginya...dan jadilah sebagai seorang ibu baginya. Jadikanlah dia iaitu suamimu...merasakan bahawa kamu adalah segala sesuatu baginya dalam HIDUP dan segala sesuatu baginya dalam DUNIAnya. Ingatlah bahawa seorang lelaki atau lelaki pada umumnya adalah seorang bayi yang besar. Hanya dengan sedikit kalimah dan tutur kata yang manis akan membahagiakannya. Jangan sesekali menyebabkan dia merasa bahawa pernikahannya denganmu telah menghalangimu daripada keluarga dan kaum kerabatmu. Sesungguhnya perasaan seperti itu juga akan dirasai oleh suamimu...kerana dia juga telah meninggalkan keluarga dan kaum kerabatnya untukmu. Hanya sanya...berbeza antara dia dengan dirimu....adalah perbezaan perasaan antara lelaki dengan wanita. Wanita biasanya selalu rindu kepada keluarganya...dan rumah yang telah melahirkan, membesarkan dan memberinya didikan. Namun....bagaimanapun seorang wanita harus membiasakan diri...untuk kehidupannya yang baru....iaitu berkeluarga. Wanita itu seharusnya berusaha menyusunatur hidupnya bersama lelaki yang telah dipilihnya sebagai suami....sebagai pelindung....dan sebagai ayah dari anak2nya. Inilah duniamu yang baru."


"Wahai puteriku....inilah masa kini dan masa mendatangmu. Inilah keluargamu yang akan kamu bangun bersama suamimu. Sesungguhnya mama tidak meminta kepadamu agar melupakan ayah dan mamamu....serta saudara2mu...kerana sesungguhnya mereka tidak akan melupakanmu selamanya....wahai sayangku. Bagaimana boleh seorang mama melupakan belahan hatinya....? Akan tetapi....mama meminta kepadamu agar cintailah suamimu....hiduplah bersamanya....dan jalanilah hidupmu dengan penuh bahagia bersamanya..."

:: Remeh temeh

Kata orang:

Banyak perkara yang dianggap remeh....akhirnya membinasakan kecerdasan ribuan manusia.... menghancurkan rumah tangga mereka...merosak hubungan persahabatan mereka....merenggangkan hubungan kekeluargaan....dan membiarkan diri mereka hidup di dunia dengan kebingungan...kerugian...dan kesedihan yang teramat sangat... terutama bagi yang amat gemar memendam rasa....tanpa meluahkan kepada sesiapa....hatta sekadar sebagai pendengar setia.


Dale Carnegie...seorang penulis....menyatakan:

"Sesungguhnya masalah yang remeh temeh dapat menimbulkan masalah serius.... menghilangkan akal sihat pasangan suami isteri....dan menyebabkan setengah dari penyakit yang dideritai oleh manusia di dunia."


Hakim Yoseph Sabath telah melakukan penelitian terhadap 40,000 kes perceraian di Chicago.... pula menegaskan:

"Sesungguhnya anda benar2 akan menjumpai.... bahawa hal2 yang remeh temeh selamanya selalunya berada di balik setiap kesengsaraan yang dialami.... dalam hubungan perkahwinan."


Frank Hogan.... seorang pengacara awam di New York..... telah menyebut:

"Sesungguhnya setengah dari perkara2 yang diajukan ke pengadilan.... adalah atas sebab2 yang remeh temeh.... seperti perbalahan antara anggota keluarga.... bergurau yang mengandungi penghinaan.... ucapan yang menyakitkan hati.... dan hal2 lain."


:: Hanya sanya amat sedikit daripada kita yang memiliki keperibadian dan jati diri yang kuat.... maka itulah sebabnya.... tekanan yang berterusan ke dalam diri oleh diri kita sendiri atau oleh pihak lain.... adalah sebahagian dari penyebab penderitaan yang kita alami.

Friday, January 26, 2007

:: Bahagia

Tiada suatu kebahagiaan pun yang lengkap bagi kita dan tiada suatu kebaikan pun yang sempurna bagi kita.


Usirlah semua kesedihan dengan menyebut nama Allah yang bergantung padaNya segala sesuatu serta hindari dan jauhilah hawa nafsu yang melenakan.


Sesungguhnya kita keliru bila beranggapan bahawa HIDUP ini harus sepenuhnya melayan keinginan kita. Semua ini tidak akan tercapai. Pasti, kecuali di syurga. Ini memberi maksud bahawa segala yang kita inginkan di dunia ini...tidak semuanya akan tercapai sebagaimana yang kita inginkan, yang kita idam2kan, yang kita hasratkan dan yang kita "kejar2"kan. Kita harus menyedari juga bahawa mungkin akan ada bencana, sakit, musibah dan ujian yang bakal kita tempuhi nanti, selain dari yang telah kita lalui dan hadapi sebelum ini (jika ada).


Sebaiknya jadikan kita sebagai orang yang sentiasa bersyukur ketika senang dan bersabar ketika ditimpa musibah. Seboleh2nya janganlah bermimpi hidup di alam khayalan...yang tidak ada sakit...tidak ada kesusahan...tidak ada kesedihan...suami/isteri tanpa cela dan tanpa 'aib. Hal sebegini...tidak akan tercapai selamanya.


Sehubungan itu, pejamkanlah pandangan kita terhadap hal2 yang bersifat negatif, kekeliruan dan kesalahan yang dilakukan oleh orang lain, dan pandanglah pada sudut dan sisi positif dan yang baik yang ada pada mereka selain di dalam waktu yang sama kita berusaha membantu mereka sekadar kemampuan yang ada pada kita. Berbaik sangka amat dituntut agar kita amalkan.

Monday, January 22, 2007

:: Maafkanlah

Seorang suami/isteri yang berhati teguh lagi cerdas
bila kehilangan sabarnya
ia tidak kehilangan permintaan maafnya.
Seorang wanita mengadu kepada ayahnya sambil menangis....
"Wahai ayahku, antara aku dan suamiku ada masalah kelmarin. Dia marah kerana sebuah ucapan yang keluar dari mulutku. Ketika aku mengetahui kemarahannya, aku menyesali apa yang aku perbuat dan aku meminta maaf kepadanya. Dia tidak mahu berbicara denganku dan memalingkan wajahnya dariku. Kemudian aku terus berada di depannya hingga ia tertawa dan kembali menerimaku. Sebelumnya aku sangat takut kepada Tuhanku bila dia menghukumku atas saat-saat di mana aku telah membuat darahnya membara - ketika dia marah."
Ayahnya berkata kepadanya.....
"Wahai anakku sayang, demi Tuhan yang diriku berada dalam genggaman kekuasaanNya, sekiranya engkau mati sebelum suamimu memaafkanmu, tentulah aku pun tidak redha kepadamu. Tahukah engkau bahawa siapa pun wanita bila suaminya marah kepadanya, maka dia adalah wanita yang terkutuk, sebagaimana tersebut di dalam kitab Zabur, Taurat, Injil dan Al-Quran, dan diperkeraskan penderitaannya ketika sakaratul maut, serta dipersempitkan kuburnya. Maka berbahagialah wanita yang diredhai oleh suaminya."
Seorang wanita yang solehah akan menjaga agar selalu dicintai oleh suaminya sehingga tidak mengotori keharmonian rumahtangga dan keluarga mereka.
Seorang suami telah menasihati isterinya.....
"Maafkanlah kesalahanku
nescaya engkau kekalkan cintaku kepadamu
dan janganlah engkau berbicara
saat kemarahanku sedang memuncak.
Jangan sekali-kali kau kipasi kemarahanku
seperti engkau memukul rebana
kerana sesungguhnya engkau tidak mengetahui
bagaimana sikap orang yang tak terkendali.
Jangan engkau banyak mengeluh
kerana ia akan mengikis cinta
dan hatiku ini akan berubah menolakmu
kerana tabiat hati itu tidak tetap.
Sesungguhnya kulihat cinta dalam hati ini
bila berpadu dengan rasa benci
dalam waktu yang singkat rasa cinta itu akan hilang."
(Dr. 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni)

:: Terima kasih

:: Waspadalah dari sikap tidak berterima kasih.......


Sebelum kita melihat duri pada tangkai bunga
Perhatikan dahulu keindahannya
Sebelum kita mengeluh teriknya sinar suria
Nikmatilah cahaya indahnya
Sebelum kita menyesali gelapnya malam
Ingatlah keteduhan dan ketenangannya
:: Oleh itu, ambillah semua nikmat yang ada dan terimalah dengan penerimaan yang baik....lalu bersyukurlah kita ke hadrat Allah....

Sunday, January 21, 2007

:: Cuti dan hujan renyai

:: Hari ini...Sabtu...20hb. Januari 2007 bersamaan 1 Muharram 1428H...merupakan awal tahun bagi kalendar Islam. Diisytiharkan sebagai hari cuti umum yang kebetulan jatuh pada hari Sabtu yang sememangnya hari cuti bagi semua penjawat awam.
:: Cuaca mendung je...diiringi hujan renyai2 sejak selepas waktu subuh hingga kini. Nampak semacam Kuching pula menjadi tumpuan hujan yang merupakan kawasan paling banyak terima hujan berbanding kawasan lain di Sarawak dalam sehari dua ni. Banyak juga kelihatan jentera berat mula melebar dan mendalamkan parit dan alur di tepi2 jalanraya bagi memudahkan pengaliran air ke anak sungai berdekatan.
:: Minggu pendaftaran dan pengurusan pelajar baru dah tamat semalam yang bermula pada hari Isnin. Cuma melibatkan seramai 171 orang pelajar KPLI-SR, KPLI-LPBS-j-QAF dan Program Perguruan Pendidikan Rendah Empat Tahun...manakala seramai 75 orang para guru yang mengikuti KDP 14 Minggu KPM-OUM. Alhamdulillah dengan kerjasama semua pihak yang menyumbang ide dan tenaga...program sempurna dilaksanakan.
:: Sepatutnya Pak Ngah perlu ke PICC pada 16hb. dan 18hb...untuk menghadiri Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang dilancarkan oleh Pak Lah dan Perutusan Tahun Baru oleh Datuk Seri Hishammuddin. Tiket k.terbang diserah balik selepas boss membenarkan agar tidak perlu ikut serta sepertimana permohonan Pak Ngah...alasan Pak Ngah...kenapa perlu 2 orang ke sana atas tujuan yang sama...dan Minggu Pendaftaran dan Pengurusan Pelajar Baru sedang berlangsung di IPG. Bagi Pak Ngah...pada peringkat umur sekarang ni...jika tidak terlalu "mendesak" le...rasa2nya lebih baik Pak Ngah "tak perlu keluar"...dengan mempertimbangkan faedah dan manafaatnya.
:: Malam tadi...Alang call mamanya dari Miri...minta dibelikan motosikal dengan memberikan beberapa alasan sebagai pengukuhan permohonannya. Pak Ngah sekadar mendengar je berita itu daripada Mak Ngah.

Saturday, January 20, 2007

:: Maal Hijrah 1428H

:: .......20.01.2007....... (Sabtu)......







SALAM MAAL HIJRAH
& AWAL MUHARRAM 1428H
semoga kita semua sentiasa selamat sejahtera,
dirahmati dan diberkati Allah.
Setulus doa akhir tahun selepas asar
dan
semulus doa awal tahun selepas maghrib...
kita rafaqkan kepada Yang Maha Kudus hari ini.
Amin.
daripada:
Pak Ngah, Mak Ngah,
Ainul Amla (Kluang),
Ainul Ashiqin,
Ahmad Ashfaq (Miri),
Ahmad Ashraaf,
Ahmad Anwar Ariffin,
Kuching, Sarawak.









.................................................................................................

Friday, January 19, 2007

:: Alumni SRC Ipoh

:: Entah macam mana...pada 12.1.2007 dpt mesej daripada Pak Teh Man: Cikgu Md Zain bgtau bhw kwn lama Ishak Baharum nak buat gathering geng F6 alumni SRC, Ipoh. No tel Ishak: 013460xxxx utk maklumat lanjut.
:: Pak Ngah pun hantar mesej kat Pak Teh bertanyakan no. hp Cikgu Md Zain untuk mendapatkan gambaran sebenar berkaitan alumni tu. Diberitakan hp tu rosak dan cuma diberi no. telefon rumah. Malas le Pak Ngah nak hubunginya di rumah, bimbang mengganggu. Dipendekkan cerita, hantar je mesej kepada Ishak. Tunggu punya tunggu...tetap tiada balasan. Nak buat camne...
:: 16.1.2007...dapat 3 missed calls dari 05527xxxx dari 3 nombor yang berbeza antara jam 4.22 ptg - 4.31 ptg. Tak sedar, nak buat camne? Tersedar hanya pada malamnya sebab dalam mode silent. Cadangnya nak call pagi esok je... sebab nombor tu sah2 dari Perak.
:: 17.1.2007 se awal jam 8.21 pagi dapat mesej dari 019476xxxx: Cadangan reunion src bekas pelajar tahun 73 - 74 pada 25 feb 07. Pls sms nama penuh, alamat rumah, no tel rumah, alamat pej/sek, no tel pej, email.......Osman ulong.
:: Hehehe...habis baca mesej tu, terbayang le rupa orang berkenaan yang dah kira2 33 tahun tak pernah jumpa selepas habis tingkatan 6 di Sekolah Raja Chulan, Ipoh. Alahai....kami cuma 60 orang je...masih jelas dalam ingatan rupa rakan2 lama tu. Pak Ngah pun hantar mesej kat dia, kemudian dia call Pak Ngah.
:: Sah le...kawan lama tu. Beliau kini bertugas di JPN Perak (peperiksaan). Panjang ceritanya dan perihal rakan2 yang sempat ditemuinya....rata2 dah memboyot.... gemuk.... nampak tua.... beruban.... dan macam2 istilah yang diberi olehnya. ...kahkahkah... Selepas dah yakin, siapa penghantar mesej tu....baru le Pak Ngah berikan semua maklumat yang dikehendaki.... bukan tak percaya.... cuma berhati2 je... hehehe.
:: Namun Pak Ngah tak janji untuk dapat ikut sama ke majlis tu....kecuali ada tugas rasmi lain sewaktu tarikh berkenaan... insyaAllah boleh ambil cuti..... teringin sangat nak jumpa rakan dan sahabat yang telah lama tak ditemui dan tak tahu kabar berita masing2...

Tuesday, January 16, 2007

:: Berita Harian: 15.01.2007

Banjir di Johor makin teruk
Lebih 100,000 dipindahkan di semua lapan daerah hingga malam tadi






LUMPUH: Keadaan jambatan yang merentangi Sungai Johor ditenggelami air yang memutuskan hubungan Kota Tinggi dengan Johor Bahru dan Mersing, semalam.


JOHOR BAHRU: Lebih 100,000 orang dipindahkan di semua lapan daerah sehingga malam tadi dalam banjir kali kedua di Johor – angka tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah bencana itu di negara ini.

Hujan lebat tidak berhenti di seluruh negeri yang dijangka berterusan sehingga Rabu ini menjadikan bencana itu semakin teruk dan lebih buruk berbanding banjir pertama melanda Johor 19 Disember lalu dengan 80,000 orang dipindahkan.


Sehingga jam 8 malam semalam, 101,680 penduduk dipindahkan akibat banjir yang bermula empat hari lalu. Sejumlah 30 jalan utama di seluruh negeri tidak boleh dilalui semua kenderaan, manakala Kota Tinggi, Tenggara, Mersing dan Segamat hanya boleh dihubungkan menggunakan helikopter.

Daerah Kota Tinggi paling teruk terjejas apabila seluruh kawasannya ditenggelami air akibat menerima jumlah hujan luar biasa sepanjang empat hari lalu iaitu lebih 600 milimeter (mm), berbanding purata tidak sampai 100 mm sehari biasanya.





DEMI KESELAMATAN: Mangsa banjir dibawa dengan bot melalui kawasan pekan Kota Tinggi ke tempat lebih selamat.

Hujan lebat menyebabkan paras kandungan air dalam tanah mencapai tahap tepu dan tidak lagi mampu menyerap air, manakala paras semua tasik, sungai, parit dan empangan terus meningkat sekali gus memberi isyarat keadaan boleh bertambah buruk.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata air Empangan Bekok di Batu Pahat dan Empangan Sembrong, Kluang terpaksa dilepaskan mulai semalam selepas ia mencecah tahap berbahaya serta mengancam keselamatan penduduk berhampiran.

“Kita terpaksa lepaskan empangan itu bagi mengurangkan tekanan apabila paras air semakin naik sehingga melepasi tahap bahaya,” katanya selepas taklimat Jawatankuasa Bencana Daerah di Hotel Katerina, Batu Pahat, semalam.

Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia pula memberi amaran banjir di Johor mungkin bertambah buruk kerana hujan lebat tanpa henti dijangka berlaku sekurang-kurangnya tiga hari lagi.

Sehubungan itu, katanya, amaran hujan tertinggi iaitu peringkat merah sudah dikeluarkan dan ia kekal sehingga hari ini khususnya di seluruh Johor serta selatan dan timur Pahang.

Jabatan itu turut mengeluarkan nasihat hujan lebat peringkat kuning bagi Terengganu Selatan, Selangor, Kuala Lumpur dan Perak Selatan mulai hari ini dan dijadual berlarutan sehingga Rabu.



DIRAI: Rita Paikuni bersama Zulham Jonit menaiki bot ke majlis persandingan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Parit Bingan, Batu Pahat.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, berkata Batu Pahat mencatatkan jumlah tertinggi mangsa banjir yang dipindahkan iaitu seramai 34,462 daripada 7,683 keluarga yang ditempatkan di 118 pusat pemindahan.

“Sebanyak 22,656 keluarga dipindahkan di seluruh Johor dan kini ditempatkan di 331 pusat pemindahan,” katanya.

Di Johor Bahru, 17,796 mangsa banjir daripada 3,749 keluarga ditempatkan di 25 pusat pemindahan diikuti Kluang (16,207 orang, 3,797 keluarga, 56 pusat) dan Kota Tinggi (12,589 orang, 2,694 keluarga, 35 pusat).

Mersing (6,729 orang, 1,399 keluarga, 18 pusat); Muar (5,604 orang, 1,364 keluarga 21 pusat); Segamat (4,689 orang, 1,167 keluarga, 26 pusat) dan Pontian (3,312 orang, 803 keluarga, 32 pusat).

Selain itu, lebih 20,000 penduduk di seluruh negeri ini kini terpaksa bergelap selepas bekalan elektrik terputus apabila sejumlah 153 pencawang elektrik ditenggelami air.

Malah, antara jam 8 hingga 11.30 pagi semalam, seluruh daerah Kota Tinggi terputus bekalan apabila pencawang elektrik yang membawa talian 132 kiloVolt (kv) hampir tumbang dihanyutkan arus.



Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB), Mohammad Mokhtar Mohd Ali, berkata bekalan elektrik di daerah berkenaan dipulihkan selepas talian itu dialihkan ke menara sementara.

“Bagaimanapun, kira-kira 30 peratus daerah Kota Tinggi, khususnya di bandar masih tidak mempunyai bekalan kerana 71 pencawang elektrik kami ditenggelami air,” katanya.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Syarikat Air Johor (SAJ) Sdn Bhd, Jamaluddin Jamil, berkata secara keseluruhannya bekalan air bersih di seluruh negeri masih berada dalam keadaan stabil.

“Bagaimanapun, dua loji air iaitu di Sungai Johor dan Yong Peng ditutup selepas dinaiki air. Loji Sungai Johor membekalkan air kepada sebahagian besar penduduk Johor Bahru dan mereka dinasihatkan menyimpan air,” katanya.

Ketika banjir di Johor semakin buruk, hujan berterusan di beberapa kawasan di Pahang dan Sabah turut menyebabkan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada masing-masing 1,764 orang dan 3,616 orang.

Jumlah mangsa banjir di daerah Rompin yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara mencecah 1,764 orang daripada 325 keluarga membabitkan kira-kira 10 kampung sehingga jam 5 petang semalam.

Antara kawasan terbabit ialah Kampung Kurnia, Kampung Perpat, Kampung Rekoh, Ladang Yayasan, Kampung Bukit Seruk, Batu 8 dan Kampung Garung dengan semua jalan utama ke sana ditutup kepada semua jenis kenderaan.

Di Sabah, 3,616 penduduk daripada 698 keluarga di lima daerah masih berada di pusat pemindahan banjir selepas 135 kampung mereka dinaiki air akibat hujan yang berterusan.

Daripada jumlah itu, 695 mangsa masih berada di pusat pemindahan di daerah Beaufort membabitkan 39 kampung, Pitas (602 orang, 42 kampung); Kota Marudu (491 orang, 30 kampung); Tenom (222 orang, 20 kampung) dan Beluran (168, empat kampung).

Kerajaan negeri menyediakan sebuah helikopter bagi kawasan Kota Marudu dan Pitas, untuk mengangkut bantuan ke kampung terpencil yang dilanda banjir sehingga jalan terputus.

Monday, January 15, 2007

:: Bah....Banjir

Dahulu: Musim tengkujuh ni bermula pada hujung tahun...antara bulan Oktober hingga Disember. Begitu le selalunya. Malah, Kelantan, Trengganu dan Pahang adalah antara negeri yang acapkali menerima penangannya. Ini berlaku pada tahun2 1960an, 1970an dan 1980an.


Sekarang: Tak menentu datangnya akibat keadaan iklim yang dah berubah, kata setengah pihak. Negeri2 yang "diserangnya" juga tak menentu, berpandukan arah tiupan angin monsun tersebut...asal sahaja di dalam "laluannya", terimalah padahnya. Itu kata sesetengah pihak. Manakala pihak lain pula berhujah...bahawa kita sekarang sudah terlalu "bijak" dalam merancang pembangunan. Sistem dan alam semula jadi telah dibongkar semau2nya. Kawasan tadahan air seperti kawasan paya bakau dan nipah telah dipugar sekehendak hati...kononnya untuk pembangunan...dan kita seolah2 tidak punya pilihan lain. Manakala pihak lain pula melihat akan gelagat sesetengah ucapan para pemimpin (pusat atau negeri) yang memperlihatkan suatu sikap "takbur".....iaitu..."kerajaan telah bersiap sedia untuk menghadapi ancaman banjir". Walau apapun alasan kenapa ucapan itu dihebahkan, hatta untuk memberi keyakinan kepada "rakyat jelata" bahawa serangan musim tengkujuh ini janganlah dirisaukan sangat dan jangan panik...maka dengan sedikit ujian dari Allah...maka bukan sahaja bantuan kecemasan yang disediakan tidak mencukupi...malah meminta agar "rakyat jelata" turut menyumbang bantuan. Ini belum lagi sebagaimana penangan TSUNAMI yang diterima pada 2004 oleh kebanyakan negara. Pihak lain pula melihat ini sebagai natijah kepada kesalahan, kesilapan dan dosa yang kita lakukan. Wallahu'alam.


Pak Ngah menginsafi keadaan ini. Dengan sedikit "kuasa" yang diberi kepada kita, gunakanlah sebaik mungkin. Kita ini manusia biasa...kekadang "tersadung" melalui ucapan, tindakan dan perbuatan...mohon ampun dan maaf perlu disegerakan bila tersedar... dan biarlah kata2 itu sentiasa menjadi ucapan harian yang mulus di bibir.

Saturday, January 06, 2007

:: Masih dalam Malaysia

Sama la kita:
Ahlan Wasahlan kepada Cikgu Akim. Diucapkan selamat menjejakkan kaki di Pulau Borneo terutamanya di Sarawak Bumi Kenyalang. Siapa sangka, siapa sangka, cempedak dah menjadi nangka. Siapa sangka Cikgu Akim dapat datang ke Sarawak, dapat pula 2 kali bertukar kapal terbang, siap dengan dapat naik bot ekspress di Sungai Rajang pulak tu. Dapat singgah sebentar di Kuching, kemudian terus ke Sibu. Selepas bermalam di Sibu, keesokannya baru bertolak ke Kapit. Inilah suatu pengalaman percuma yang diperolehi oleh Cikgu Akim dalam tempoh yang paling singkat....sempena tahun 2007 ni.
Mungkin bilamana Cikgu Akim dah selesa dan tenang nanti, akan adalah coretan istimewa yang bakal dipaparkan ke dalam blognya yang sentiasa menanti untuk dikemaskini. Kita tunggu. Masanya akan tiba.
Namun, sengaja dipaparkan di sini beberapa mesej yang dirasakan tidak le menjadi rahsia besar antara anak sedara dengan bapa sedaranya yang dah agak lama jugak merantau di Bumi Kenyalang untuk tatapan dan kenangan bersama:
3.1.2007 (Rabu):
Pak Ngah: .......................................................................................?
Akim: Dpt kat kapit! Katanya jauh d pndlmn. Sek x tau lg.. (10:16 mlm)
Pak Ngah: .......................................................................................?
Akim: La kat srmbn. Tgh dgr tklmt. Pg ni pkl 5 bgerak ke klia (10.22 mlm)
Pak Ngah: .......................................................................................?
Akim: Kwn kata nama sek dah ada kat jpn neg. Td call line bz. Smpi kuchg kot diorg ckp. Pak Ngah kot bole check.. (10.36 mlm)
Pak Ngah: .......................................................................................?
4.1.2007 (Khamis):
Akim: Rumah - 05xxxxxxx, aim 012xxxxxxx, aman +013xxxxxxx, kak ilah +6012xxxxxxx. Sori tgh bz chck in flight td. (7.56 pg )
Pak Ngah: .......................................................................................?
Akim: Dah slmt tiba di kuchg. Lps ni ke sibu. Pastu br ke kapit.. (10.24 pg)
Pak Ngah: .......................................................................................?
Akim: Tak tau lg. Myb kat sibu nanti tau kot. Ada tklimat kat sana. La kat kchg lg. Dlm pkl 12 flight ke sibu (11.16 pg)
Pak Ngah: La ni dmana? Brmlm dSIBU @ dh dKAPIT? Dh tau skolahnya? (6.28 ptg)
Akim: Pglmn naik belon mmg best 4 1st time. Mlm ni di sibu. Esk ke kapit naik bot xprs. Stkt ni blum tau sek mana. Skang tgh dgr tklmt dr pgrh jpn srwk (8.50 ptg)
Pak Ngah: JKA BTUL: Alhmdllh. Rzki le tu. 1st time dtg Borneo dpt 2x naik belon, esok naik bot kKAPIT kira2 3 jam plak. Lpas tu nk kskolah mgkin jln kaki @ naik prahu pjg. (9.07 mlm)
5.1.2007 (Jumaat):
Pak Ngah: JKA BTUL: bla nk brgkat kKAPIT tu? Slmt mnuju kdstinasi utk brtmu m/m dskolah & dpggil CIKGU AKIM. Dmana brtugaspun msih dlm M'SIA.. kan..kan..kan? (7.49 pg)
Akim: :) tq. Kalu x kena pstg sini, taktau ntah bila nak mai. Pg ni 930 ke kapit (7.55 pg)
Pak Ngah: JKA BTUL: dh dKAPIT? Brmlm dsitu @ trus kskolah. Ada pe2 mklmt trbaru?(2.25 ptg)
Akim: :) bkn jika lg, dah mmg betul. Kapit bkl jd dunia br akim. Kami tgh dgr tklmt dr ppd kapit. Td penat mghulu sg rajang. Penglmn br! Mesti byk lg menanti kat sini (2.48 ptg)
Pak Ngah: Kna kSK Sg. Kapit. Hehehe. Dh brckp dgn PT sklh tdi. Tel. 084xxxxxx. Kuarters dia tk jamin. Bleh sewa dpkan Kapit tu. Eleh, 10 minit je prjlnn. Bli motosikal. (3.38 ptg)
Akim: Tq bebyk ats mklumt. Lega le skit. Insya, yg lain2 akn cuba d uruskn sndri.. Ada 3 org kwn2 br ke sk sg kapit (3.49 ptg)
Pak Ngah: ......................................................................................?
Akim: Hehe.Terima ksh byk2 ats apa jua .......... yg d beri. Bkn 3 tp 8 org yg postg ke sk sg kapit (5.11 ptg)
Pak Ngah: ...................... Syarat tk mau: naik prahu pjg/jln kaki/jln lori balak. Mau: dkt pkan, ada msjid, ada line & mudah rmh sewa. Tu je. Alhmdllah. (5.40 ptg)
Akim: Apapun pkngah .......... jgk. Tq. Mmg syukur byk2. Mula2 risau dpt kapit. Mbr kata xde msjd, sush nak cr mkn, xde jln darat. Bila smpi x sgka jauh dlm hutn ada bndr besar. Alhmdlh (5.50 ptg)
Pak Ngah: Doa2 le X trplanting ksklah lain sbb bmbang trlbih guru. Dulu, msjid diKg. Baru. Kmudahn, silap2 Pantai pun kalah. Boring2 dok le djeti tggi mnyayup tu. Kahkah. (6.02 ptg)
Akim: Dok kat jeti mana best, naik bot pnjg le, pusg2 sg rajg. Hehe (6.13 ptg)
:: Pak Ngah saja2 je nak tanya ni... orang dari Taman Meru tu macamana? Bakal mengikut ke Kapit? Harap2 tu... tak tersangkut le dengan cikgi2 atau pelajar2 atau sesiapa le di Borneo ni. Tapi.... siapa tau.... semua ni "belum berlaku"... dan "kalau dah berlaku"...baru kita tau....kahkahkah!!!!!
...................................................................................................

Tuesday, January 02, 2007

:: Lembu Ditumbangkan...

01.01.2007 (Selasa):
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar,
Laillahaillallahuwallahuakbar,
Allahuakbarwalillahilhamd.
Berkorban: Jam 08.30 pagi Pak Ngah tiba di IPTAR. Dah ramai tiba ketika itu. Namun lembu baru nak diikat kaki, tanah telah dilubangkan serta disedia kayu pengalas leher lembu untuk penyembelihan nanti. IPTAR cuma berkorban 1 ekor lembu sahaja, hasil gabungan 2 orang pensyarah dan 4 orang staf sokongan, yang didapatkan dari Kpg. Gedong (kira2 65 km dari Kuching). Alhamdulillah, penyembelihan sempurna dan selamat dilakukan.
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
Laillahaillalahuwallahuakbar
Allahuakbarwalillahilhamd

Monday, January 01, 2007

:: Masa berlalu..

1978
(Menjejak kaki di Sarawak)
2006
(Anak sulung dah jadi cikgu di Kluang, Johor)
2007
(Masih bertugas di Sarawak)

:: Hari Raya Korban: 2006

:: 31.12.2006 (Ahad):

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA/QURBAN/HAJI
Maaf Zahir Batin
kepada semua saudara mara, sahabat handai dan muslimin muslimat yang dihormati
daripada: Pak Ngah, Mak Ngah, Angah, Alang, Anjang & Acik
Kuching, Sarawak
serta Along (beraya di Kluang)

:: Saddam Digantung

:: 30.12.2006: Diberitakan yang Saddam Hussein, mantan Presiden Iraq dihukum gantung dibumi kelahirannya sendiri demi mempertahankan maruah bangsanya serta berjuang menentang kuasa besar lain.
Sejarah: Saddam Hussein Abd al-Majid al-Tikriti (April 28 1937 - December 30 2006) was the President of Iraq from July 16, 1979, until April 9, 2003.
As Vice President under his cousin, General Ahmed Hassan al-Bakr, Saddam tightly controlled conflict between the government and the armed forces by creating repressive his own authority over the apparatus of government.
Saddam, led the Iraq as head of the Ba'ath Party, kept the country unified, practiced one-party rule, cencorship, instigated violence against Iraq's Shia, Kurdish and Marsh Arab populations. He also espoused secular pan-Arabism, economic modenization and Arab socialism.
Saddam tried to build Iraq into a regional power. Under Saddam, Iraq fought Iran (1980-1988) and invaded Kuwait in 1990 leading to the Gulf War in 1991. Suspicion among US and UK government members (in a political climate affected by 9 September) that Saddam was attempting to build weapons of mass destruction ultimately led to his downfall. Saddam's government collapsed as a result of the 2003 invation of Iraq led by the United States, and he was captured by American forces on December 13, 2003. On November 5, 2006, he was convicted of crimes against humanity by the Iraq Special Tribunal and was sentenced to death by hanging.
On December 26, Saddam's appeal was rejected and the death sentences upheld. He was hanged infront of lawyers, officials and a doctor at approximately 06:00 Baghdad time on December 30, 2006, according to Iraqi television.
....wikkepeda...