Thursday, July 31, 2008

:: "Pregnant" durian









‘Pregnant’ durian
by Claire Kong Tse Wei

Check out this little durian growing inside a bigger one. It seems that even durians need to protect their ‘young’.

:: Wisma Sri Pahang... nak disita?

Kena sita jika tak bayar RM37j
Oleh Sariha Mohd Ali Oleh Sariha Mohd Ali
sariha@bharian.com.my
KUANTAN: Bangunan pentadbiran Kerajaan Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini akan disita jika kerajaan negeri gagal mematuhi arahan terbaru dikeluarkan Mahkamah Tinggi supaya melunaskan bayaran ganti rugi berjumlah lebih RM37 juta kepada syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd (SGMSB).

Mahkamah Tinggi di sini pada 7 Mac lalu, mengeluarkan perakuan amaun penghakiman berjumlah RM37,127,471.60 dan memberi tempoh sehingga 7 April lalu untuk kerajaan negeri melunaskan tuntutan itu tetapi SGMSB mendakwa tiada maklum balas. Susulan itu, SGMSB pada 16 Julai lalu, memfailkan permohonan baru kepada Mahkamah Tinggi di sini, dengan menamakan Setiausaha Kerajaan Pahang dan Pegawai Kewangan Negeri sebagai pihak yang perlu melunaskan ganti rugi mewakili kerajaan negeri. Pengarah SGMSB, Syed Ali Badaruddin Syed Osman, berkata jika kerajaan negeri gagal mematuhi arahan itu, pihaknya akan meneruskan saman dan kemudian memohon mahkamah mengeluarkan perintah penyitaan Wisma Sri Pahang, selain perintah menghina mahkamah.
"Kes ini masih belum selesai dan tindakan tegas perlu kerana jumlah ganti rugi itu dan kini melebihi RM60 juta berdasarkan faedah lapan peratus setahun bermula 31 Disember 2000 hingga dijelaskan seperti diputuskan Mahkamah Tinggi," katanya pada sidang media di lobi Wisma Sri Pahang di sini, semalam. SGMSB berjaya dalam tuntutan samannya terhadap Kerajaan Pahang dan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) selepas Mahkamah Rayuan yang bersidang 13 Februari lalu, menolak rayuan dikemukakan Kerajaan Pahang terhadap keputusan dibuat Mahkamah Tinggi pada 25 Mei 2007 yang menetapkan jumlah ganti rugi itu. Kes itu susulan saman dikemukakan SGMSB pada 20 Mac 2002, terhadap kerajaan negeri dan Pengarah JPNP bagi menuntut ganti rugi am, faedah dan kos bernilai kira-kira RM2.17 juta berikutan kecuaian defendan menyebabkan kawasan pembalakan diluluskan kepada SGMSB bertindih dengan syarikat lain.

Monday, July 28, 2008

:: Merc vs Perdana




Inikah merc yang diheboh2 kini? Buatan mana? Kenapa diminati ramai dan banyak menjalar di jalanraya kita? Apa isu sebenarnya?





Inikah proton perdana? Buatan mana? Kenapa kurang menjalar di jalanraya kita? Apa isu sebenarnya?

Saturday, July 26, 2008

:: TJ: Pak Lah atau Anwar?





Mutakhir

Nasihat Tuanku Ja'afar: Bersatulah, antara Pak Lah atau Anwar perlu korban
26-07-2008 04:23:40 PM
Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Dalam ulasan berunsur politik yang jarang sekali diberikan, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman menegaskan, masyarakat Melayu negara ini tidak bersatu padu manakala Umno, antara komponen utama dalam Barisan Nasional (BN) perlu bernafas semula, dengan mengambil kira senario politik semasa negara. "Nasihat saya ialah bersatu semula jika boleh. Salah seorang harus terlepas (tidak berpeluang mengetuai kepimpinan atau menjadi Perdana Menteri), sama ada Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) atau (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim). "Kita mungkin perlu memilih antara Umno dan PKR (Parti Ke adilan Rakyat) ketika PAS semakin kukuh," kata baginda dalam temu bual eksklusif yang disiarkan The Star hari ini.
Temu bual itu diadakan di Istana Hinggap, Seremban. Tuanku Ja'afar yang menyambut Hari Keputeraan ke-86 pada 19 Julai lalu merupakan Raja Melayu yang tertua bertakhta di negara ini. Malah ulasan baginda itu seolah-olah sealiran dengan perkembangan tanah air khususnya sejak negara mengadakan pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu. Dalam pilihan raya umum kali ini, buat kali pertama BN kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan kuasa kerajaan negeri melibatkan lima negeri - Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Barisan pembangkang yang diberikan nama baru selepas 8 Mac lalu - Pakatan Rakyat terdiri daripada PKR, PAS dan DAP. Ketika Umno lemah dan berusaha untuk pulih, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Anwar telah menyasarkan untuk menubuhkan kerajaan persekutuan menjelang 16 September. Dan, ketika Anwar berhadapan dengan isu meliwat yang kedua dalam tempoh 10 tahun, timbul syor supaya Umno dan PAS mengadakan muzakarah bagi menyatupadukan orang Melayu.

Pendekatan Umno-PAS itu telah diakui kepimpinan kedua-dua parti itu. PAS menolak muzakarah tetapi mencadangkan pendekatan muqabalah. Dalam temu bual tersebut, Tuanku Ja'afar juga menasihatkan rakyat negara ini supaya tidak menyertai demonstrasi jalanan kerana apa saja isu yang timbul harus diselesaikan di Parlimen. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-10, dari tahun 1994 hingga 1999. Ayanda baginda Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad merupakan Yang di-Pertuan Agong pertama. Dalam ulasannya, Tuanku Ja'afar menambah: "Seorang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri, seorang lagi berhasrat untuk mengekalkan jawatan. Caturan politik ini sangat kompleks dan sukar untuk diramalkan. "Kita mungkin mempunyai Tengku Razaleigh (Hamzah) dan (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) dalam pertarungan jawatan presiden (Umno). "Di akhbar, saya baca (bekas Perdana Menteri), Tun Dr. Mahathir (Mohamad) mengatakan bahawa (Datuk Seri) Mohd. Najib tidak akan jadi Perdana Menteri. "Orang Melayu tidak bersatu dan Umno perlu diberikan nafas (baru)," kata baginda.

Wednesday, July 23, 2008

:: Batu Puteh... ada cerita baru?


Singapura tuntut perairan Batu Puteh

SINGAPURA: Singapura menuntut kawasan perairan wilayah dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di sekitar Batu Puteh, yang diberikan kepada republik itu oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), Mei lalu. Menteri Kanannya, Balaji Sadasivan, berkata Singapura mempunyai kawasan perairan wilayah sehingga maksimum 12 batu nautika dan EEZ yang konsisten dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) pada 10 Disember 1982. Penyelarasan perairan wilayah Singapura dan EEZ itu akan diumumkan apabila tiba masanya, katanya menjawab satu soalan di Parlimen.

Transkrip sesi soalan dan jawapan itu dikeluarkan kepada media oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura, semalam. Balaji berkata, jika had perairan wilayah atau EEZ bertindih dengan tuntutan negara jiran, Singapura akan berunding dengan negara itu untuk mencapai persetujuan bagi menetapkan had atau batasan mengikut undang-undang antarabangsa. Pada 23 Mei lalu, ICJ dalam penghakimannya berhubung tuntutan bertindih Malaysia-Singapura, memutuskan Batu Puteh dimiliki Singapura, manakala Malaysia mempunyai hak kedaulatan terhadap Batuan Tengah yang terletak berhampirannya. Kedaulatan Tubir Selatan pula akan menjadi milik negara yang menguasai perairannya.

Bagaimanapun, Malaysia menegaskan ia akan terus mencari bukti mengenai kes Batu Puteh dengan pandangan untuk mendapatkan satu semakan penghakiman ICJ. Mengulas perkara itu, Balaji berkata, di bawah statut ICJ, sesebuah pihak boleh memohon kajian penghakiman jika 'ia berdasarkan penemuan sesetengah fakta seperti ini menjadi satu faktor muktamad, yang pada hakikatnya ketika penghakiman diberikan, yang tidak diketahui oleh mahkamah itu dan juga kepada parti yang menuntut semakan, sentiasa menyediakan bahawa kejahilan seperti itu bukan disebabkan kecuaian." Balaji berkata, penyelesaian melalui penghakiman pihak ketiga itu menunjukkan kedua-dua negara menghormati undang-undang antarabangsa dan komited untuk menyelesaikan pertikaian itu dalam cara aman. Katanya, kes itu memberi contoh mengenai penggunaan mekanisme penyelesaian pertikaian pihak ketiga dan boleh menjadi satu contoh untuk menyelesaikan pertikaian dua hala lain. - Bernama

Tuesday, July 22, 2008

:: Ulam dan kesannya

Rencana
21 Julai, 2008 14:29 PM

Terlebih Makan Ulam Boleh Memudaratkan Jantung?
Oleh Zulkiple Ibrahim
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Abdollah Amat dimasukkan ke Bahagian Trauma dan Kecemasan di sebuah pusat perubatan awam di sini, pada awal pagi dua minggu lepas setelah beliau mengadu rasa kaku dan kebas di kedua-dua belah tangan dan kaki. Bekas guru yang berumur 62 tahun itu juga mengadu tidak selesa serta rimas pada bahagian dada selain rasa mual dan keletihan yang terlampau. Doktor yang bertugas menjalankan ujian darah terhadap Abdollah dan keputusan ujian tersebut menunjukkan kandungan kalium (potassium) dalam darah beliau adalah tinggi, 7.2 mmol/L. Dalam badan manusia, kandungan normal adalah 3.5-5.5 mmol/L. "Doktor yang merawat saya menyatakan dengan kandungan darah kalium setinggi itu, saya mungkin dapat serangan sakit jantung pada bila-bila masa", kata Abdollah yang juga merupakan seorang pesakit kegagalan buah pinggang, pada penulis di pusat perubatan itu baru-baru ini. Abdollah mengalami keadaan hiperkalemia, di mana tahap kalium dalam darah beliau melebihi paras yang normal. "Doktor menasihati saya supaya berhati-hati dalam pemakanan, terutamanya kurang makan ulam, iaitu makanan kegemaran saya", kata Abdollah.
APA ITU KALIUM?
Menurut Kan Chok On, pegawai sains perubatan kanan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), kalium adalah sejenis mineral yang wujud secara semulajadi dalam bahan makanan. Kalium memainkan peranan penting dalam aktiviti normal otot dan saraf, terutamanya jantung. "Kalium adalah mineral yang diperlukan untuk aktiviti normal jantung. Bagaimanapun bagi sesetengan orang, ia boleh memudaratkan kalau terlampau tinggi parasnya dalam darah", kata beliau. Kan, yang bertugas di bahagian rawatan nefrologi PPUM juga berkata: "Kandungan kalium berlebihan dikumuh melalui ginjal (buah pinngang). Bagi mereka yang telah gagal ginjal, proses ini tidak berlaku dan menyebabkan tahap kalium dalam darah meningkat. "Memang bahaya kalau kandungan kalium darah meningkat, terutamanya bagi pesakit buah pinggang". "Buah pinggang yang telah rosak, menyebabkan badan tidak berupaya untuk mengeluarkan lebihan kalium melalui air kencing, lantas keadaan mudarat seperi hiperkalemia mudah terjadi", kata Kan yang mempunyai pengalaman lebih dua dekad dalam perawatan dialisis untuk pesakit buah pinggang.
SIMPTOM HIPERKALEMIA
Menurut Kan, seseorang itu mungkin juga tidak mempamerkan tanda atau gejala yang beliau mengalami hiperkalemia. "Apabila tahap kalium naik terlampau tinggi, antara tanda-tandanya ialah rasa lemah otot, sakit dada serta palpitasi jantung di mana jantung berdenyut secara cepat dan tidak normal," kata beliau. Menyentuh tentang ulam pula, Kan berkata ini adalah dari jenis sayur-sayuran atau buah yang boleh dimakan secara mentah dan biasanya diambil dengan nasi. "Bagi masyarakat Melayu, mereka suka makan ulam seperti petai, dan pelbagai jenis pucuk seperti pucuk paku, pucuk ubi, daun selom, ulam raja dan juga sayuran hijau yang lain, tapi ini semua mengandungi tahap kalium yang tinggi."Begitu juga buah-buahan tropika seperti pisang, limau dan oren, buah kiwi, papaya, durian serta tembikai susu. Juga air buah seperti air kelapa dan jus prun. "Bagi orang yang mengalami kerosakan buah pinggang, anda perlulah mengurangkan pengambilan sayur seperti bayam, kangkung dan sawi, kata Kan.
APA YANG BOLEH DIMAKAN?
Seorang pakar pemakanan dengan sebuah institusi perubatan swasta, S. Y. Fong berkata jika pesakit masih mahu juga makan sayur-sayuran hijau, maka sayuran itu mestilah direndam dalam air bersih selama dua jam sebelum dimasak. Ini supaya kalium dalam sayuran dapat dilarutkan dalam air yang digunakan untuk merendam sayuran itu, katanya. "Sayuran itu boleh dimakan selepas dimasak, tapi elak daripada mengambil kuah sayur kerana dikhuatiri masih ada kalium dalam kuah itu". Fong menasihatkan pesakit buah pinggang supaya memakan taugeh, kubis, terung, kacang panjang, lobak, bunga kobis, timum dan bawang. "Elak atau kurangkan makan aiskrim, makanan serta minuman dalam tin, dadih, susu, coklat dan juga bahan gantian garam kerana semua ini tinggi kandungan kaliumnya.
RESIN
Menurut Fong lagi, jika langkah penjagaan makanan tidak berapa efektif, dan tahap kalium dalam darah masih tinggi, pesakit terpaksa mengambil ubat khas yang dikenali sebagai resin. "Resin seperti sodium polystyrene sulphonate, atau Kayexalate bolehlah di ambil. Resin ini akan bergabung dengan kalium dalam intestin dan kalium yang lebih itu akan dikeluarkan daripada badan dalam najis", kata beliau. Menurut Fong, resin ini adalah dalam bentuk serbuk dan dibancuh bersama air, kemudian diminum. Dos biasanya ialah 15 gm dan diambil empat kali sehari. Biasanya, setelah mengambil ubat selama 24 jam, kandungan kalium tinggi dalam darah akan mula menurun, kata beliau. -- BERNAMA

Sunday, July 20, 2008

:: 'Azemah Ni'matul Bolkiah




Sabtu/Ahad, 19/20 Julai 2008

Pengiran Anak Puteri Dapat Ijazah
Paduka Anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Iaitu Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah (kanan) dianugerahi Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Undang-Undang

Sarjana Muda untuk Pg Muda Omar Ali

LONDON: Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah (empat dari kiri) dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah (tengah) berkenan berangkat ke Majlis Konvokesyen Yang Amat Mulia Pengiran Muda Omar Ali (empat dari kanan) yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera Pengajian Klasik dari Royal Holloway, Universiti London.

Majlis penganugherahan ijazah diadakan pada 17 Julai di College Chapel.

Yang turut berangkat ke majlis itu ialah, barisan belakang: Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Muqtadir (dua dari kiri), diikuti Yang Amat Mulia Pengiran Anak Naafi'ah Khairul Bulqiah, Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Fattaah, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Khaliilah Khalilatul Bolqiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Mu'min.



:: Najib: 30% pada 2020?

Ekonomi
19 Julai, 2008 21:34 PM


Sasaran Ekuti Bumiputra Pada 30 Peratus Pada 2020

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pegangan ekuiti Bumiputera, terutama Melayu, dijangka meningkat kepada 30 peratus pada 2020 berbanding kira-kira 20 peratus sekarang. Timbalan Perdana Menteri berkata jika kedudukan ekonomi meningkat, sasaran itu lebih mudah dicapai. "Pengagihan kekayaan akan menjurus kepada masyarakat yang adil dan saksama di negara ini," katanya pada sidang media selepas melawat pameran pada Konvensyen Ekonomi Bumiputera 2008, di sini, Sabtu.
Konvensyen itu dianjurkan oleh Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM). Beliau berkata pengagihan kekayaan yang saksama dan adil, boleh dicapai dengan memperkenalkan model perniagaan dan ekonomi baru bagi meningkatkan penyeraan Melayu dalam ekonomi, Najib berkata model itu boleh meliputi usaha mengurangkan risiko dengan menjalankan usaha sama antara Bumiputera dan bukan Bumiputera. Beliau mencadangkan supaya sektor swata Bumiputera memain peranan aktif membatu usahawan Bumiputera dan bukannya terlalu bergantung kepada kerajaan. Najib berkata GABEM juga memain peranan dalam menyediakan cadangan dan pendapat bagi meningkatkan ekuiti dan penyertaan Bumputera dalam ekonomi.
-- BERNAMA

:: Ikan masin



RM50 sehari jual ikan masin:
Mohamad Noor Mohd, 73, yang dulunya nelayan laut dalam, kini menjadi pengusaha ikan masin selepas usianya tidak mengizinkan dia ke laut. Kemahiran diwarisi keluarganya di Kampung Tanjung Lumpur membolehkan dia menghasilkan lebih 50 kilogram ikan masin sehari. "Untuk bulan ini ikan selar kuning, menjadi pilihan ramai pengusaha membuat ikan masin. Saya mampu meraih pendapatan antara RM40 hingga RM50 sehari dengan menjualnya di pasar malam di sekitar Kuantan dengan harga antara RM2 hingga RM8 sekilogram bergantung kepada jenis ikan," katanya.

:: Gambar menarik... anda mentafsir...


‘Exclusive’ signboard
by Santh Meera Bin Bagoor
This says it all - that only VVIPs and VIPs can make the turn.
«
Seen this somewhere?



Taking the back door
by Lee Pei Ting
Wonder why the girls are not using the main gate to school. Late perhaps?
«
Seen this somewhere?





Fire hydrant leakage
by Chan Kok Khuen
I took this photo on the way from Sungei Way. With the rising cost of living, this is a waste of water.
«
Seen this somewhere?


Careless development
by Zakaria Razalli
The owner of the houses in Sungai Sering Bukit Antarabangsa must be having sleepness nights. The slope is cut to make way for a main road without any measures taken to ensure safety.
«
Seen this somewhere?

A tree without leaves
by Mohammad Rizal Mat Baharin

It is puzzling how this papaya tree can bear fuits without leaves.
«
Seen this somewhere?

:: Rumah dipecah... antara puncanya


Reka bentuk kediaman dorong kes pecah rumah
Oleh Abd Rahman Adam

KUCHING: Sikap masyarakat yang terlalu mementingkan nilai estetika serta reka bentuk rumah, tanpa mengambil kira ciri keselamatan, dikenal pasti punca meningkatnya kejadian pecah rumah di negara ini. Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim, berkata aspek keselamatan perlu diutamakan apabila merancang membina kediaman, termasuk mengenal pasti latar belakang kawasan supaya dapat memastikan ciri keselamatan yang perlu dilakukan. “Ini bagi mengelak menjadi mangsa kejadian pecah rumah dan samun sekali gus membendung kejadian sama berulang di kawasan kediaman masing-masing,” katanya ditemui selepas Seminar ‘Rumahku - Kediaman Selamat’ di sini semalam.

Seminar anjuran Malaysia Building Society Berhad (MBSB) dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Negeri Sarawak serta Kelab Sumber Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber itu bertujuan memberi panduan dan siri pertolongan cemas kepada peserta khususnya menyelamatkan warga tua, orang kurang upaya (OKU) serta kanak-kanak ketika berlakunya kebakaran. Kamal berkata, kejadian pecah rumah di Sarawak masih pada tahap terkawal namun keadaan itu tidak boleh dijadikan alasan mengabaikan keselamatan tempat kediaman. “Setakat ini, statistik menunjukkan jumlah kejadian dan jenayah di Sarawak masih kecil jika dibandingkan dengan kadar jenayah yang berlaku di Semenanjung,” katanya.

Friday, July 18, 2008

:: Kukur kelapa





TUNJUK BAKAT: Kakitangan Muzium Negara, Safia Ismail (kanan) mengajar pelancong China memarut kelapa pada majlis demonstrasi kukur kelapa di Muzium Negara, semalam.
Kita dah semakin jarang menemui "kukur kelapa" ini... dan kita semakin kurang berkemahiran untuk memarut kelapa secara tradisi sebegini. Kelapa parut dan santan mudah diperolehi kini... tanpa perlu memarut lagi (seperti gambar)... dan mungkin ada di kalangan kaum keluarga kita yang belum berkesempatan melihat "kukur kelapa" ini... dan mungkin juga tidak mempunyai pengalaman berada di atasnya sambil mengukur kelapa... sebab santan segera bersepah di mana2...

Thursday, July 17, 2008

:: Lutut mengeluarkan benang?





myMetro » BeritaUtama

Pelajar terkejut lihat benang keluar dari lutut

KOTA BHARU: “Mulanya saya berasa geli di bahagian lutut kiri sebelum terkejut melihat sesuatu benda asing menyerupai seutas benang tiba-tiba keluar dari situ,” kata pelajar tingkatan dua, Nurshalwani Mohamed, 14, mengenai kejadian aneh menimpanya malam kelmarin. Pelajar Sekolah Menengah Penambang, dekat sini, mendakwa selepas diukur, benang yang keluar itu kira-kira sepanjang 6.5 sentimeter. Katanya, kejadian itu menghairankannya dan seluruh keluarga kerana tidak pernah mengalami keadaan seperti itu. “Memang saya terkejut dan berasa takut apabila lihat tiba-tiba benang keluar dari lutut selepas berasa geli yang berlainan daripada biasa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Cinta, Badang, di sini, semalam.

Sebelum ini, anak bongsu daripada lima beradik itu berkata, dia pernah menghidap sejenis penyakit gatal badan sejak setahun lalu.

Sementara itu, ibu Nurshalwani, Zaharah Mamat, 48, berkata kejadian yang menimpa anaknya itu sangat aneh. “Apabila benang itu keluar memang saya dan suami terkejut tetapi ia seperti melekat dan tidak boleh dikeluarkan dengan cara menariknya,” katanya. Zaharah berkata, Nurshalwani akan merasa sakit apabila benang itu cuba ditarik atau dikeluarkan, disebabkan itu, ia terpaksa dibiarkan saja. Suaminya, Mohamed bin Rejab, 51, seorang guru agama di Sekolah Kebangsaan Ismail Petra II, pula cuba mengikat benang itu dengan cincin untuk mengelakkan ia masuk semula ke dalam lutut. Menurutnya, dia akan membawa Nurshalwani mendapatkan rawatan di hospital dalam tempoh terdekat dan berharap pakar perubatan dapat mengetahui punca kejadian itu. “Memang kejadian itu boleh dianggap pelik dan jika ada mana-mana pihak yang ingin melakukan sebarang kajian, saya alu-alukan,” katanya.

Wednesday, July 16, 2008

:: Epal... ada cerita





SEBAHAGIAN epal yang diimport didapati diselaputi lilin pada kulitnya, dipercayai untuk mengekalkan kesegaran buah berkenaan. Namun, timbul persoalan sama ada lilin yang mengandungi bahan kimia itu memberi kesan kepada pemakan lebih-lebih lagi jika tidak membasuh buah itu terlebih dulu. Justeru, kita harus berhati-hati dan membasuh epal sebelum dimakan.

Friday, July 11, 2008

:: Musa dan Gani... tersenyum

Anwar lebam... kisah lama diungkit kembali


Musa tersenyum... dulu sebagai pegawai penyiasat kes ini?

Gani tersenyum... dulu sebagai ketua pendakwaraya kes ini?




BPR soal siasat Musa, Gani hari ini
Jul 11, 08 9:14am

Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah memanggil Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk disoalsiasat pagi ini.BPR dipercayai menyoalsiasat mereka berhubung dakwaan yang mereka terbabit dalam mereka bukti terhadap mantan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung insiden mata lebam.

Musa tiba di perkarangan ibu pejabat BPR di Putrajaya kira-kira 8.25 pagi dengan enaiki kereta bernombor pendaftaran WPW 9037. Beliau kelihatan ceria dan sempat melemparkan senyuman kepada wartawan yang menunggu sejak jam 7.30 pagi. Setelah selesai memberi keterangan lebih empat jam, Musa dilihat meninggalkan perkarangan ibu pejabat BPR itu kira-kira jam 1 tengah hari.

Abdul Gani pula tiba jam 9.50 pagi dengan menaiki kereta bernomborpendaftaran WLU 29 dan beredar kira-kira 1 jam 40 minit kemudian. Selasa lalu, Anwar yang juga ketua umum PKR membuat laporan polis terhadap Musa dan Abdul Gani yang didakwanya mereka bukti dalam perbicaraannya 10 tahun yang lalu.

Pada masa itu, Musa adalah pegawai penyiasat manakala Abdul Gani pula merupakan ketua pendakwaraya kes terhadap Anwar. Apabila Anwar ditahan pada 20 September 1999, beliau dibawa ke ibupejabat di Bukit Aman di mana mantan timbalan perdana menteri itu dipukul oleh KPN ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor, menyebabkan matanya lebam dan mengalami kecederaan lain di badannya. Anwar berkata, laporan asal perubatan yang disediakan oleh beberapa orang doktor telah diketepikan. Dalam laporannya itu, Anwar berkata, laporan perubatan menyimpulkan bahawa kecederaan yang dialaminya adalah akibat dipukul. Bagaimanapun, Anwar berkata, laporan tersebut tidak diterima dan mereka yang memukulnya tidak didakwa, sebaliknya Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Mokhtar Abdullah - yang didakwanya berpakat dengan Abdul Gani - meminta doktor lain, Dr Abdul Rahman Yusof, mereka laporan perubatan kedua. Anwar berkata, beliau percaya, Musa dan Abdul Gani berada di Bukit Aman pada malam beliau dipukul oleh Abdul Rahim dan kedua-duanya "merahsiakan" kejadian tersebut.

Sehubungan itu, Anwar mendesak supaya satu siasatan baru dijalankan terhadap dakwaan mereka bukti, yang boleh dihukum sehingga tujuh tahun penjara. BPR menjalankan tugas menyiasat dakwaan tersebut memandangkan ia membabitkan pihak polis dan pejabat peguam negara.

Sementara itu, Bernama melaporkan, ketika wartawan berusaha mendapatkan ulasan dari Abdul Gani, beliau enggan mengulas berkata: "Saya perlu bergegas menghadiri mesyuarat."
Musa pula ketika ditanya mengenai kehadirannya di ibu pejabat BPR itu, berkata beliau tidak perlu memberikan sebarang kenyataan lagi selepas memberikan eterangannya kepada BPR.
"Saya tidak ada apa nak cakap, mereka sudahpun merekodkan kenyataan saya. adi, saya tidak boleh cakap apa-apa lagilah," katanya.

:: UMNO: PakLah kepada Najib





Berita Utama

Pelan Peralihan Kuasa - PM Serah Jawatan Pertengahan 2010
Oleh Ropikah Ahmad dan Zailan Mohamad
Gambar oleh Zainul Asri Mohamed Razali
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi mengumumkan pelan peralihan kuasa untuk menyerahkan jawatan beliau selaku Presiden UMNO bermula hari ini hinggalah pertengahan tahun 2010 kepada timbalannya Datuk Sri Najib Tun Razak. Katanya, tindakan tersebut adalah satu pelan peralihan kuasa yang diambil sebagai satu kesepakatan dan telah memaklumkan bahawa beliau tidak akan memimpin parti Barisan Nasional (BN) dan UMNO pada pilihan raya umum ke-13. “Pada pertemuan tadi (dengan kepimpinan UMNO Bahagian), saya turut memaklumkan kepada mereka (mengenai peralihan kuasa) dan Alhamdulillah, apa yang saya kata tadi mendapat respon yang baik,” katanya lagi. Tegasnya juga tiada perubahan akan berlaku kepada tarikh itu. Perkara itu mendapat pengesahan semua ahli Majlis Tertinggi dan semua Ketua Bahagian dan pemimpin ketiga-tiga pergerakan sayap dalam UMNO.
Beliau berkata demikian dalam sidang media sejurus selesai taklimat khas kepada kepimpinan UMNO Bahagian, di sini pada hari ini (10 Julai 2008). Sebelum itu, beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Beliau memilih timbalannya sebagai pengganti kerana yakin akan kemampuan dan akan berusaha untuk bersama-sama perkukuhkan parti untuk menjadi lebih kuat.
Walaubagaimanapun, pada pemilihan parti pada Disember ini beliau tetap akan mempertahankan jawatan Presiden dan menyatakan Datuk Sri Mohd Najib dapat terus menjadi timbalannya dan amat menghargai persahabatan yang sedia terjalin. “Niat dan tujuan saya adalah untuk mengukuhkan parti dan menunaikan janji-janji yang telah dinyatakan dalam manifesto semasa pilihan raya lalu,” ujar beliau.
Dalam sidang media yang sama juga, Datuk Sri Mohd Najib menyatakan rasa terharu atas kepercayaan yang diberikan oleh Perdana Menteri kepada beliau. “Keputusan ini melambangkan proses peralihan kepimpinan boleh dibuat dengan baik secara tradisi,” ujarnya. Secara tradisinya, peralihan kuasa di dalam parti UMNO melalui proses yang tenang, dengan penuh kemuliaan dan tertib. Dalam masa yang sama juga beliau menyatakan kesediaan untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden serta mengharapkan sokongan yang padu daripada semua pihak diberikan kepada Perdana Menteri dan berharap pelan peralihan kuasa ini diterima dan diakui.
Ketika ditanya mengapa tahun 2010 dipilih, Dato Seri Abdullah berkata proses peralihan kuasa mengambil masa dan beliau yakin pada masa itu timbalannya sudah bersedia kerana pelan peralihan kuasa tersebut mestilah dilaksanakan dengan baik dan penggantinya pula mestilah yang boleh menjadi pemimpin kepada parti. Di samping itu, beliau turut menegaskan sekiranya berlaku persaingan akan menyebabkan berlakunya perpecahan dalam parti. “Tindakan ini adalah wajar tanpa mengira kepada desakan pembangkang,” katanya. Beliau juga berharap projek-projek kerajaan berjalan dengan lancar dan akan diteruskan.

Thursday, July 10, 2008

:: Keretapi di Sarawak?


Main Page » Utusan Borneo » Tempatan »
Wednesday, July 9th, 2008

Sarawak perkenal perkhidmatan kereta api dalam kawasan score

BINTULU: Sistem kereta api pertama di Sarawak akan dibina dalam kawasan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui di Sarawak (SCORE), kata Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Katanya sistem kereta api itu adalah bagi menampung keperluan logistik di kawasan koridor itu sepanjang 320 km antara Simunjau di Bintulu dan Tanjung Manis di Mukah bagi menggunakan sumber tenaga yang murah di kawasan itu.

Berucap merasmikan Persidangan Residen dan Pegawai Daerah di sini semalam, beliau berkata pengangkutan menggunakan kereta api merupakan pilihan lebih murah berbanding lori. Tanpa menyatakan kosnya, Abdul Taib berkata projek ke-reta api itu dijangka mengambil masa melepasi tahun 2020.

Beliau berkata SCORE akan menjadi fasa terakhir dalam rancangan pembangunan kawasan tengah Sarawak yang dilihat masih ketinggalan berbanding kawasan utara dan selatan. Ramai tenaga kerja dari kawasan tengah Sarawak berhijrah ke Kuching di bahagian selatan dan di Miri di utara yang kedua-duanya menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan hasil pembangunan yang dicapai sejak 25 tahun lepas.

SCORE yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Februari lepas, dijangka menarik pelaburan bernilai RM300 bilion dalam tempoh 30 tahun akan datang.
“Ianya satu peluang bagi kerajaan negeri memajukan bahagian tengah Sarawak dengan sokongan kerajaan pusat,” kata Abdul Taib. Beliau menyeru Residen dan Pegawai Daerah di Sara-wak supaya membantu rakyat supaya bersedia menerima manfaat daripada pembangunan koridor itu.
— Bernama

:: Pendidik dicekup?

myMetro » Mutakhir
Ustazah dicekup JAWI

CHERAS: Mengaibkan apabila seorang ustazah bakal dilantik sebagai pengetua sekolah dicekup sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah Sabtu lalu. Ustazah terbabit yang dipercayai berumur lingkungan 40-an ditahan bersama pasangannya yang juga warga pendidik hasil maklumat orang ramai. Difahamkan ketika serbuan dilakukan pasangannya terbabit yang berkurung berdua-dua di dalam unit kondominium beralamat Kondo Vista, Bandar Sri Permaisuri, Bandar Tun Razak, pada jam 3 pagi terbabit sekaligus menimbulkan syak wasangka. Malah mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen untuk mengesahkan bahawa mereka adalah suami isteri atau pasangan muhrim ketika diminta berbuat demikian oleh pegawai terbabit.

Lebih mengejutkan lelaki terbabit yang berusia lingkungan 50-an, adalah seorang Ketua Jabatan di sebuah institusi latihan terkenal.

:: Gambir Sarawak


Gambir Sarawak dicampur katak
Oleh Norma Mullie

KUCHING: Gambir Sarawak yang terkenal kerana khasiatnya mengurangkan kesakitan dan masalah kebas otot mungkin dicampur dengan sisa daging katak puru dari China. Ahli Botani dan Ekologi tempatan, Dr Paul Chai PK yang mendedahkan perkara itu, berkata campuran haiwan pada produk herba itu dipercayai mampu ‘menggagahkan’ lelaki ketika di ranjang. Beliau yang juga perunding Pertubuhan Kayu Tropika Antarabangsa (ITTO) sejak 1993 berkata, ‘rahsia’ itu diketahui kebanyakan penjual herba tradisional berkenaan walaupun tidak semua gambir yang dijual dicampur bahan asing.
"Tindakan mencampurkan gambir Sarawak dengan daging katak puru mungkin bertujuan meningkatkan kesan herba itu kepada si pemakai, selain melariskan produk," katanya ketika dihubungi. Gambir Sarawak dikatakan mempunyai pelbagai khasiat termasuk mengurangkan kesakitan dan masalah kebas otot mampu mengawal ejakulasi ketika hubungan kelamin, walaupun tiada ujian klinikal mengesahkan. Berikutan itu, Dr Paul mengingatkan penggemar herba itu supaya berhati-hati ketika membeli gambir Sarawak bagi mengelak kesan sampingan.

Wednesday, July 09, 2008

:: Bayi dilapor kritikal




Bayi kepala besar kritikal:
SEORANG bayi lelaki berkepala besar dilahirkan secara pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Star, Kedah, semalam. Bagaimanapun, bayi itu dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPPi, tengah hari semalam dan keadaannya dilaporkan kritikal. Bayi itu yang ditemani bapanya tiba di HPP pada jam 12.45 tengah hari dan kini ditempatkan Unit Neurologi. Ibu bayi itu dikatakan masih berada di HSB dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

:: Perak: 20m padu air percuma?


Perak beri air percuma, ganjaran ke IPTA
Harakahdaily Mon Jul 07, 08 6:37:13 pm MYT

IPOH, 7 Julai (Hrkh) - Kerajaan Negeri Perak akan membekalkan 20 meter padu air percuma kepada penduduk miskin yang berpendapatan kurang daripada RM750 sebulan bermula Ogos ini, kata Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. -->

Bernama melaporkan bahawa, kerajaan negeri telah mengenal pasti seramai 15,000 penduduk miskin di negeri ini untuk menerima kemudahan itu dengan anggaran kos perbelanjaan yang ditanggung Lembaga Air Perak (LAP) sebanyak RM2 juta sebulan.
"Pemberian air percuma itu adalah sebahagian daripada sumbangan kerajaan negeri kepada penduduk miskin di Perak bagi meringankan beban mereka berikutan harga barang yang semakin meningkat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohammad Nizar yang juga pengerusi LAP berkata, bekalan air percuma itu akan diberikan kepada mereka yang mempunyai meter individu di kediaman masing-masing.
Perak kini merupakan negeri kedua selepas Selangor yang membekalkan 20 meter padu air percuma mulai 1 Jun lepas sebagai memenuhi janji dalam manifesto pilihan raya umum Mac lepas.

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar berkata kerajaan negeri juga memberi ganjaran RM1,000 seorang kepada anak negeri ini yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Katanya bagi menuntut wang ganjaran itu, pelajar perlu datang sendiri berjumpa dengan Exco pendidikan, Nga Kor Ming dan perlu membawa dokumen pengenalan diri dan surat tawaran ke IPTA.
"Hanya segelintir sahaja pelajar yang datang ke pejabat ini untuk meminta bantuan melanjutkan pelajaran ke IPTA setakat ini atau mungkin mereka tidak mengetahui adanya sumbangan seperti itu," katanya.

Beliau turut memaklumkan permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Perak untuk mereka yang melanjutkan pengajian ke IPTA telah ditutup pada 30 Jun lepas. - mks._

Monday, July 07, 2008

:: RM15.5b keluar negara?


Warga asing hantar RM15.5b

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM17.2 bilion dihantar menerusi bank tempatan ke luar negara tahun lalu dengan lebih 90 peratus atau RM15.5 bilion, dikirim oleh rakyat asing yang bekerja dalam pelbagai sektor di negara ini. Jumlah wang kiriman pekerja asing ke luar negara itu adalah lebih tinggi berbanding cukai pendapatan individu yang dipungut oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah RM12 bilion pada tahun lalu. Sumber Jabatan Perangkaan menjelaskan, lebih 90 peratus kiriman wang setiap tahun itu adalah daripada pekerja asing.

Bagaimanapun, jumlah itu hanya membabitkan wang yang dihantar menggunakan perkhidmatan bank dan ia dipercayai lebih tinggi kerana ramai pekerja asing terutama pendatang tanpa izin membawa sendiri wang apabila pulang ke negara asal atau mengirim menerusi saudara mara dan rakan. Malah, Bank Negara Malaysia dalam laporan tahunan 2007 menganggarkan kiriman wang ke luar negara akan meningkat sehingga RM18.9 bilion tahun ini. Anggaran bank pusat itu turut disokong statistik terbaru Jabatan Perangkaan dikeluarkan Mei lalu, yang menunjukkan RM4.5 bilion dikirim ke luar negara dalam tempoh tiga bulan tahun ini, berbanding RM4.1 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Pada 2005, sebanyak RM18.1 bilion dilaporkan dihantar ke luar negara dan RM17.9 bilion pada 2006. Menurut sumber itu, kiriman wang ke luar negara meningkat berikutan pertambahan kemasukan pekerja asing sama ada dalam sektor pekerjaan tidak mahir mahu pun profesional. Kenyataan itu disokong statistik Jabatan Imigresen tahun lalu yang menunjukkan pengambilan pekerja asing bertambah 7,000 orang setiap bulan dan dijangka terus meningkat dari semasa ke semasa. Tahun lalu, Berita Harian turut melaporkan jumlah pekerja asing dalam pelbagai sektor di negara ini melebihi masyarakat India, iaitu kaum ketiga terbesar di Malaysia.

Berdasarkan statistik Jabatan Imigresen dan Bahagian Perangkaan Demografi Jabatan Perangkaan Malaysia, sehingga 30 Jun 2007 jumlah pekerja asing mencecah 1.91 juta manakala masyarakat India 1.88 juta. Jumlah itu tidak termasuk hampir sejuta pendatang asing yang dipercayai memasuki negara ini secara haram serta hampir 10,000 tahanan di depoh imigresen.

Friday, July 04, 2008

:: Teh tarik melimpah?




SEORANG penduduk Kampung Chubadak menimba air dari dalam rumahnya selepas hampir 10 kediaman dilanda banjir kilat bagi kali yang kelapan sejak April lalu, selepas hujan lebat selama kira-kira dua jam di Jalan Kampung Bandar Dalam, Kuala Lumpur, semalam. Semua rumah terbabit dinaiki air berlumpur separas betis dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu. Seorang penduduk, Bahrun Kassim, 52, berkata air dari longkang yang masih dalam pembinaan di depan rumahnya melimpah masuk secara tiba-tiba ketika hujan lebat itu.

:: PM: Negara stabil... aman & selamat


Keadaan Dalam Negara Stabil, Aman Dan Selamat: PM
Oleh Ropikah Ahmad

Kuala Lumpur – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa rakyat tidak perlu bimbang dan percaya dengan khabar angin yang mendakwa negara berada dalam keadaan kucar-kacir kerana ia tidak benar malah situasi negara sekarang adalah stabil, aman dan selamat. Katanya, keadaan ekonomi dan keselamatan negara juga adalah terkawal dan rakyat tidak perlu percaya dengan khabar-khabar angin berikutan situasi politik yang berlaku sekarang ini. “Orang pandai buat cerita macam-macam hingga jadi kelam-kabut, tabur fitnah itu, tabur fitnah ini,” katanya ketika mengulas keadaan dalam negara selepas pelbagai peristiwa membabitkan politik semasa berlaku.

Beliau menyatakan bahawa terlalu banyak fitnah yang ditaburkan ketika ini sehingga menimbulkan keresahan rakyat. "Kerajaan sentiasa berada dalam keadaan yang orang katakan mengawal semua dan kita tahu apa yang sedang berlaku dan insya-Allah negara kita akan selamat," tegasnya. Sehubungan itu, beliau menasihatkan rakyat supaya tidak panik dan kelam-kabut ekoran perkembangan politik semasa kerana negara masih berada dalam keadaan yang terkawal. "Keselamatan negara ini masih terkawal dan berada dalam keadaan mengawal semua (perkara).

Kita tahu apa yang sedang berlaku dan negara ini akan aman dan selamat," katanya lagi. Tambah beliau, cerita-cerita tersebut tersebar dalam masyarakat dan akhirnya bertukar menjadi cerita lain selepas ditokok tambah oleh pelbagai pihak. “Kalau kita nak ambil kira daripada segi keselamatan negara, kita masih selamat dan kalau nak kata kestabilan politik saya tak mahu dianggap sebagai dikatakan bersikap seolah menafikan tidak ada apa yang berlaku,” ujarnya. Jelasnya lagi, memang ada pergolakan dalam politik seperti pemilihan UMNO tetapi dulu pun perkara itu berlaku juga dan ia tidak menjadi masalah besar. "Sekarang ini isu-isu di Parlimen juga begitu aktif dan riuh tetapi itu tidak boleh dianggap sebagai perkara yang boleh membawa kepada ketidakstabilan politik,” katanya lagi.

Perdana Menteri menjelaskan bahawa kerajaan akan mengambil tindakan jika terdapat sebarang masalah dan menegaskan pada masa ini semuanya perancangan berjalan dengan baik, termasuk dari segi pentadbiran kerajaan dan juga pelaksanaan projek. Dalam masa yang sama, beliau turut memaklumkan bahawa dalam sebuah laman blog pemuda yang membuat laporan kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim juga turut digembar-gemburkan mempunyai hubungan keluarga dengan menantunya. Perkembangan politik Anwar dan akuan bersumpah penyiasat persendirian terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga antara perkara yang menimbulkan keresahan orang ramai. Selain itu, penutupan Bursa Malaysia pada sebelah pagi juga turut dikaitkan dengan masalah dalam negara walaupun ia diakibatkan oleh masalah teknikal selepas sistem perkakasan komputernya gagal berfungsi.

:: Dadah: Najis manusia sebagai ganti ?


Timur: Hidu najis lepas gian dadah kes terpencil: AADK
Oleh Betty Subaryati

KOTA BHARU: Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) percaya perbuatan menghidu najis manusia untuk menghilangkan gian terhadap dadah di kalangan penagih negara ini masih lagi terpencil. Pengarah AADK Kelantan, Wan Addenan Wan Mohd Noor, berkata kegiatan menghidu najis manusia di kalangan penagih adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada mereka yang terbabit tetapi belum disahkan kebenarannya. "Maklumat itu kami terima daripada penagih termasuklah mengenai perbuatan menelan tawas dan duit syiling untuk mengelak air kencing mereka positif ketika saringan dijalankan pihak berkuasa. Kegiatan menghidu najis manusia adalah kes terpencil tetapi kita membuat memantau tabiat itu," katanya di sini, semalam.
Dalam perkembangan lain, AADK Kelantan akan menganjurkan Karnival Hari Antidadah Antarabangsa (Hada) yang dijangka dihadiri lebih 10,000 pelatih dan bekas penagih dadah dari seluruh negeri ini mulai hari ini hingga 5 Julai di Padang Kompleks Sekolah dekat Wakaf Mek Zainab di sini. Katanya, Karnival Hada bertujuan meningkatkan kesedaran dan kesediaan masyarakat untuk bangkit bersama-sama memerangi ancaman dadah. "Karnival itu juga untuk menggerakkan masyarakat tempatan supaya bertindak memerangi gejala dan ancaman dadah di tempat masing-masing selain menyampaikan maklumat dan perkembangan terkini mengenai senario permasalahan dadah.

"Kita harap menerusi karnival selama tiga hari itu juga dapat meningkatkan kerjasama daripada semua pihak terutama pemimpin masyarakat dan badan bukan kerajaan (NGO) supaya menangani gejala dadah di peringkat akar umbi," katanya. Wan Addenan berkata, sepanjang karnival itu berlangsung, beberapa acara menarik dipersembahkan, termasuk kumpulan nasyid dan kugiran yang disertai pelatih Pusat Serenti Jeli dan Bachok selain pertandingan mewarna dan kuiz serta seloka bersahut bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Thursday, July 03, 2008

:: Kekal... gaji sebulan sekali

Gaji sekali sebulan kekal
Oleh Abdul Razak Raaff

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan tidak akan melaksanakan pembayaran gaji dua kali sebulan yang sepatutnya bermula bulan depan berikutan bantahan sebahagian besar daripada 1.2 juta kakitangan awam. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersetuju supaya pelaksanaan cadangan itu tidak diteruskan sebaliknya mengekalkan kaedah pembayaran gaji seperti sekarang. "Apabila mereka dan Cuepacs sudah memikirkan tidak perlu gaji dibayar dua kali sebulan, maka kerajaan mengambil keputusan memenuhi kehendak mereka.
"Ini menunjukkan kerajaan dan Perdana Menteri peka dengan kemahuan mereka. Apabila mereka sendiri tidak mahu, buat apa kita teruskan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Laporan Kajian Indeks Persepsi Integriti Nasional 2007 di Bangunan Perdana Putra di sini, semalam. Bulan lalu, Perdana Menteri mengumumkan gaji kakitangan awam akan dibayar dua kali sebulan, iaitu pada pertengahan dan hujung bulan, mulai bulan depan bagi membantu pengurusan perbelanjaan dan aliran tunai isi rumah berikutan penstrukturan semula subsidi minyak. Menerusi kaedah itu, semua potongan seperti cukai pendapatan dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dilakukan dalam pembayaran gaji pada hujung bulan.

Bagaimanapun, sebahagian besar kakitangan kerajaan dan pelbagai kesatuan dalam perkhidmatan awam termasuk Cuepacs menolak idea itu kerana berpendapat ia akan menyukarkan pengurusan kewangan terutama kepada kakitangan peringkat bawahan. Mengenai cadangan Cuepacs supaya Elaun Sara Hidup (Cola) kakitangan awam diselaraskan kepada RM500 sebulan di seluruh negara, Mohd Sidek berkata, kerajaan perlu mengkajinya dengan teliti kerana ia membabitkan perbelanjaan besar.

Wednesday, July 02, 2008

:: Berhati-hati di jalanraya




PUCHONG: Mengerikan apabila berbelas kenderaan diseret hampir 100 meter akibat dilanggar dari belakang oleh sebuah treler menyebabkan seorang pemandu kereta terbunuh di persimpangan lampu isyarat Batu 10, Jalan Puchong di sini, semalam.
berita penuh...

Tuesday, July 01, 2008

:: Sepanyol: Juara Euro 2008

Euro 2008: Sepanyol jaguh Eropah

JUARA BARU: Pasukan Sepanyol meraikan kejayaan muncul juara Euro 2008 selepas menewaskan Jerman 1-0 pada perlawanan akhir di Vienna, awal pagi semalam. Kejayaan itu menamatkan penantian mereka selama 44 tahun.

The Red Fury akhiri penantian julang trofi Euro selama 44 tahun VIENNA: Pasukan terbaik memenangi Kejohanan Eropah. Sepanyol menyumbat gol terbanyak dan menguasai bola lebih lama daripada pencabar lain untuk menjulang trofi prestij itu julung kali dalam tempoh 44 tahun. "Kemenangan ini bukan sahaja baik untuk Sepanyol tetapi juga bola sepak kerana pasukan yang beraksi terbaik memenangi gelaran," kata Fernando Torres yang menjaringkan gol tunggal pada babak pertama membantu Sepanyol menewaskan Jerman 1-0 dalam perlawanan akhir, awal pagi semalam.

Pasukan 'The Red Fury' itu memenangi mahkota kejuaraan Eropah buat kali kedua dengan menyajikan persembahan penuh menghiburkan berorientasikan serangan serta kesungguhan yang agak kekurangan pada pasukan berkenaan pada kejohanan utama sebelum ini. "Akhirnya keadilan sudah dilaksanakan dan pasukan yang bermain bola sepak terbaik memenangi kejohanan kali ini," kata penyerang Liverpool itu yang menjadi elemen memisahkan antara pemenang dan pasukan yang kalah dengan jaringan hebat. Sepanyol mungkin tidak memenangi banyak trofi seperti Jerman atau Itali tetapi persembahan penuh warna dalam Euro 2008 kali ini membutirkan pasukan berkenaan satu lagi gelaran utama selepas menjuarai pada 1964 di halaman sendiri.

JARINGAN kemenangan Sepanyol di minit ke 33.
"Ia hari gembira untuk Sepanyol memenangi gelaran Eropah dan melakukannya dengan cara paling hebat," kata jurulatih, Luis Aragones. "Kini kami boleh berkata bahawa kami boleh memenangi Kejohanan Eropah dan gelaran yang lain." Pasukan Sepanyol bermula agak goyah dalam kempen kelayakan Euro 2008 dengan kekalahan kepada Ireland Utara dan Sweden tetapi dapat bangkit untuk merakamkan lapan kemenangan dan seri sekali untuk menjuarai peringkat kumpulan. Kini, Sepanyol melebarkan rentetan kemenangan kepada 22 perlawanan dan membantu Aragones berundur dengan nada yang bangga selepas menamatkan tempoh empat tahun selaku jurulatih. Pemainnya melambung-lambung jurulatih berusia 69 tahun ke udara selepas tamat permainan ketika penyokong Sepanyol menari dan bersorak riang di galeri tempat duduk di Stadium Ernst Happel di Vienna.
"Saya gembira pada saat ini," kata Aragones. "Saya biasanya tidak dapat menunjukkan bagaimana perasaan saya - saya amat gembira. "Jerman adalah pasukan yang liat untuk ditentang dan mereka bertahan dengan baik. Kami memiliki barisan pemain yang bergerak sebagai satu unit padu dan menyerang baik. Kami bekerja keras dan berjaya sampai ke tahap ini." - AP