Friday, November 27, 2009

:: Fenomena Halo di Brunei

Fenomena Halo di Brunei

Oleh Hasrulraizan

Fenomena halo yang kelihatan di langit Brunei pagi ini.

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat (26.12.2009) - Masyarakat di negara ini dapat menyaksikan sebuah fenomena alam yang indah iaitu Fenomena Halo yang berlaku dalam tempoh sekitar tiga jam pagi hari ini di langit Brunei.

Fenomena Halo yang merupakan sejenis fenomena optik adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi matahari atau bulan dan fenomena ini adalah fenomena yang lebih kerap terjadi berbanding kejadian pelangi, namun ia bukan menandakan bahawa hujan akan turun.

Jika orang ramai ingin melihat halo, mereka mestilah memastikan kedua mata mereka dilindungi daripada pancaran matahari iaitu jangan sesekali memandang terus dan lama kepada halo.

Kaedahnya ialah dengan menyembunyikan matahari dari penglihatan di balik binaan, bangunan atau apa-apa saja dan jika ingin merakamnya menggunakan kamera hendaklah menggunakan alat pelindung matahari.