Minggu lepas... sekembali dari bertugas... sambil menjengok dan menjengah blog... seorang rakan maya telah meninggalkan jejak... memaklumkan dirinya berada di Kuching dan menginap di Hilton. Mujur diberinya no HP untuk dihubungi. Temujanji dibuat sebelum jam 12 tghari.
Dengan adanya kelapangan dan kesesuaian masa... dapatlah berjumpa dan bersembang santai di lobby hotel pada pagi sabtu. Orangnya peramah dan mudah berbicara dan memiliki prinsip hidup yang sukar digoyah. Punya pengalaman luas dalam dunia koperat dan pernah menjadi tenaga pengajar di universiti. Prinsip hidup yang dipegangnya memboleh dan mengupayakan dirinya bersama2 CMS I-Systems Berhad melebarkan urusniaga. Jatuh bangun dalam perniagaan keluarga di Shah Alam... hal keluarga... soal kerjaya... hidup dan kehidupan adalah antara pengisian bual santai sekitar 1 jam. Dunia pendidikan semacam sukar nak dilupakan... banyak nostalgia katanya.
Seorang anaknya berada di semester 3 UiTM Samarahan... dan beliau sendiri dalam proses menyiapkan PhD... demi sebagai persediaan untuk suatu tugas sampingan nanti. Sekitar jam 11.30 pagi... pakngah memohon mengundur diri... memberi masa kepada Puan Mahasuria Idris... VP - Corporate Strategy... untuk berkemas sebelum berlepas balik ke KL.