
Tuesday, August 25, 2009
:: Permatang Pasir

Sunday, August 23, 2009
:: Kemerdekaan : IPGM KTAR sambut awal
Bulan Ogos adalah bulan sambutan kemerdekaan. Ada yang menyambutnya secara besar2an dan ada yang hanya secara kecil2an. Apa2pun, acara sambutan tetap diadakan samaada sebelum atau selepas tarikh kemerdekaan... 31 Ogos.
IPGM Kampus Tun Abdul Razak tidak ketinggalan untuk mengadakan perhimpunan khas sempena Hari Kemerdekaan ke-52 pada 21 Ogos 2009 yang lalu. Pengendalian majlis tersebut yang diusaha sama oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar amat terasa akan kehebatannya, walaupun tanpa kehadiran Y.Bhg. Datin Pengarah. Pengisian dan acara majlis amat memberi makna akan pencapaian objektif pengendalian majlis tersebut.
Antara acara yang dijalankan ialah nyanyian lagu patriotik dan persembahan koir daripada para pelajar. Selain itu, majlis juga diserikan dengan deklamasi sajak oleh Tn. Hj. Abg Mohamad Daud Abang Taha, pensyarah dari Jabatan Pengajian Melayu serta persembahan tarian yang diwakili oleh pelajar dari pelbagai kaum.
Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang bertungkus lumus demi kelangsungan majlis tersebut...
:: Salam kemerdekaan...
Saturday, August 22, 2009
:: Anak bulan


Friday, August 21, 2009
:: Nujum Pak Belalang
Monday, August 17, 2009
:: Minda Mufti: Kembara merentasi benua kehidupan

Oleh Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin
SAYA tidak suka menulis tentang diri sendiri di ruangan ini. Namun izinkan saya mencoret kali ini seperti mana saya pernah coretkan hari terakhir saya menjadi Mufti Perlis.
Artikel itupun diterbitkan pada Ahad, hari terakhir saya sebagai Mufti Perlis. Terus selepas itu, saya ke UK. Ahad yang bermaksud satu adalah hari pertama dalam bilangan hari. Ia sering menjadi hari terakhir saya dalam tugasan. Baik juga, kerana sering memberi saya peluang membuat kesimpulan di ruangan ini.
Namun cerita baru itu berkait sepenuhnya dengan diari kembara kita merentasi benua kehidupan ini.
Singa jika tidak meninggalkan hutannya, tidak akan garang. Anak panah jika tidak meninggalkan busarnya tidak akan mengena sasaran”. (Fawat al-Fawayat 3/87, Beirut: Dar al-Sadir). Setiap kali kita mengembara, kita melihat sesuatu yang baru yang jika pun tidak mengubah hidup, ia pasti memberi kesan. Bahkan dalam sejarah al-Imam al-Syafi’i, beliau mengubah banyak fatwanya semasa di Iraq, apabila melihat situasi dan perkara baru di Mesir. Sehingga pandangan beliau dibahagikan kepada qaul qadim (pendapat lama) dan qaul jadid (pendapat baru).
Sunday, August 16, 2009
:: Salam: Lisan dan "SMS"
Beri salam: "assalamu'alaikum".
Apabila kita berkirim salam kepada orang lain melalui orang lain, hendaklah kita berkata, "Kirim salam 'assalamu'alaikum' kepada Hj. Azman, ye". Sekadar contohnya adalah sebegitu, bukannya: "Kirim salam kat Hj. Azman, ye".
Semoga ada manfaatnya.
Bersama2lah kita saling ingat mengingatkan sesama kita terutamanya yang selalu menggunakan kata ringkas "A'kum" atau "Akum" atau "Semekom" dalam sms ataupun email.
:: Permatang Pasir

Saturday, August 15, 2009
:: Bahasa Madura

Ilustrasi: Dalam makalah penelitiannya 'Perilaku Bahasa Masyarakat Madura dan Prospek Bahasa Madura', Akhmad banyak menemukan kasus keluarga muda terpelajar tampak tersinggung bila ada orang yang baru dikenal berkomunikasi dengan putranya menggunakan Bahasa Madura.
/
Sabtu, 15 Agustus 2009 20:17 WIB
BANGKALAN, KOMPAS.com - Bahasa Madura mulai ditinggalkan oleh masyarakat, bahkan pemakaian Bahasa Madura nyaris punah ditelan perkembangan zaman seperti sekarang ini. Hal tersebut disampaikan penulis Kamus Lengkap Bahasa Madura, Adrian Pawitra, Sabtu, saat peluncuran karyanya di salah satu rumah makan, Jalan Raya Soekarno-Hatta, Bangkalan. "Saat ini Bahasa Madura mulai punah. Masyarakat Madura sendiri jarang sekali memakai Bahasa Madura dalam berkomunikasi sehari-hari," terang Adrian.
Together We Stand Against Terrorism! KOMPAS.com support #IndonesiaUnite
Thursday, August 13, 2009
:: BRIDEX 2009

Oleh Sim Y. H. & Awangku Fairol RMF
Baginda Sultan dan Raja Abdullah II berangkat menyaksikan Pameran dan Persidangan Pertahanan Antarabangsa Brunei Kedua (BRIDEX) 2009 di Jerudong. Berangkat sama ke majlis berkenaan ialah Pengiran Muda Mahkota.
Berangkat sama ke majlis berkenaan ialah Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Azim, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen.
Keberangkatan Baginda Sultan, Raja Jordan serta kerabat diraja dijunjung Timbalan Menteri Pertahanan, Pehin Kolonel (B) Dato Seri Paduka Haji Mohammad Yasmin Haji Umar dan Pemerintah ABDB, Pehin Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Halbi Haji Md Yussof, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Dato Paduka Haji Abdul Majid Haji Mangarshah, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan serta delegasi jemputan antarabangsa.
Sejurus memasuki premis Kubah Tengah BRIDEX, Baginda Sultan dan Raja Abdullah II disembah kenalkan kepada delegasi antarabangsa dan seterusnya berkenan merasmikan bangunan Pusat BRIDEX serta menyaksikan tayangan klip video ringkas yang menerangkan mengenai kemudahan yang terdapat di bangunan berkenaan.
Baginda Sultan dan Raja Abdullah II kemudian dijunjung ke aras 1, Kubah bagi menyempurnakan perasmian BRIDEX 2009 dan berkenan menyaksikan persembahan udara oleh pesawat pejuang F-16 Tentera Udara Singapura, pertunjukan udara oleh helikopter Bell 412 dan pertunjukan pesawat pejuang Sukhoi SU-30 MKM Strike Fighter daripada Tentera Udara Diraja Malaysia.
Baginda Sultan dan Raja Jordan kemudian berkenan berangkat menyaksikan pertunjukan simulasi senario pertempuran laut dan darat yang menunjukkan keupayaan FNSS Savunma Sistemleri A.S Turki, ACV-300 IFV & Renault Trucks Defence, Sherpa 3, North Sea Boats, Surabaya Indonesia (LS&A of Brunei), Rigid Inflatable Boats (RIBS), Tentera Laut Singapura, Endurance, Tentera Laut Amerika Syarikat USS Russell, Tentera Laut Perancis, FNS Somme, Tentera Laut, Tentera Pembebasan Rakyat China dan Tentera Laut India, INS Khukri.
Kemudian Baginda Sultan dan Raja Jordan berkenan berangkat ke Bangunan Sayap Barat Dewan Pameran untuk menyaksikan pameran negara peserta termasuk Australia, Bulgaria, Kanada, Perancis, Itali, Jepun, Korea, Norway, Pakistan, Turki, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Seterusnya Baginda Sultan dan Raja Jordan berkenan berangkat ke Bangunan Sayap Kiri Dewan Pameran bagi menyaksikan pameran dari Brazil, Brunei, China, Jerman, India, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Poland, Singapura, Sweden, Jordan dan Thailand.
Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Baginda Sultan dan Raja Jordan berkenan menghadiri majlis santap di Dewan Persidangan serta berkenan menandatangani Parchment Diraja.
Wednesday, August 12, 2009
:: Debus diharamkan
Rabu, 12 Agustus 2009 , 14:27:00
Menurut Aminuddin , di antaranya yang tidak dibolehkan tersebut adalah atraksi-atraksi yang menggunakan bantuan tenaga jin, setan atau mantera-mantera karena termasuk sihir dan perbuatan syirik termasuk didalamnya debus yang menggunakan kekuatan tersebut maupun dengan ayat-ayat Quran yang dibolak-balik.
"Tetapi kalau kemampuan itu diperoleh dari latihan keterampilan dan olah tubuh tidak ada masalah asal jangan dicampur-campur juga," katanya, seperti dikutip "Antara".
Aminuddin mengatakan, fatwa tersebut bukan bertujuan menghilangkan nilai seni dan budaya dari debus yang selama ini menjadi ciri khas atau ikon suatu daerah seperti di Banten, tetapi berlaku untuk di semua daerah mana pun juga, sepanjang debus atau atraksi sejenis menggunakan kekuatan-kekuatan setan, jin atau mantera-mantera.
Dalam fatwa tersebut, MUI menimbang bahwa debus serta hal-hal lain yang sejenis akhir-akhir ini semakin merebak dengan bebas dan tersiar secara luas di tengah-tengah masyarakat, baik melalui media cetak dan elektronik, maupun media komunikasi modern.
Dengan demikian, dalam kenyataan debus telah menimbulkan berbagai dampak negatif bagi umat Islam khususnya dan bangsa Indonesia umumnya, terutama generasi muda pada akidah Islamiyah maupun terhadap sendi-sendi kehidupan masyarakat yang beradab dan berilmu pengetahuan.
Selain itu debus sudah menjadi ikon suatu daerah dan sebagian besar umat Islam dan bangsa Indonesia, baik masyarakat umum maupun para penyelenggara negara, dianggap belum memberikan perhatian maksimal dan belum mengetahui secara tepat pandangan Islam terhadap debus serta hal-hal terkait lainnya. (A-147)***
Sunday, August 09, 2009
:: Minda Mufti: Jangan lebih lajak dari laju

Jangan lebih lajak dari laju
Oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
SETIAP insan ada kelemahan yang tersendiri. Sedikit ataupun banyak. Dosa ada berbagai jenis, kecil dan besar. Seorang insan biasanya tidak dapat lari dari jatuh ke dalam daerah-daerah dosa. Sama ada yang besar atau yang kecil. Jika tidak dosa itu pada tindakan atau perbuatan anggota badan, ia kadang-kala pada jantung hati dan perasaan seperti takabur, riyak, buruk sangka dan berbagai lagi. Tiada anak Adam yang suci tanpa disentuh oleh dosa. Bak kata Nabi s.a.w: “Setiap anak Adam membuat salah. Sebaik-baik yang membuat salah ialah yang bertaubat”. (Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah, dinilai hasan oleh al-Albani). Cumanya, atas rahmat Allah, Dia menutup kelemahan kebanyakan insan. Maka tampillah insan itu tampak bersih dan suci pada sangkaan manusia, namun hanya Allah Yang Maha Mengetahui mengenai hakikat diri seseorang.
Sebab itu, insan bukan sahaja disuruh selalu beristighfar dan bertaubat untuk kesalahan dirinya, tetapi juga jangan menghukum kedudukan syurga dan neraka orang lain secara putus. Kita mungkin boleh menyatakan ini perbuatan dosa, ini pula perbuatan pahala. Orang ini berakhlak baik, orang itu berakhlak buruk. Orang ini menzahirkan maksiat, orang itu menzahirkan ibadah. Sekadar itulah penilaian. Namun, untuk menyatakan si fulan itu pasti ahli neraka, atau si fulan itu pasti ahli syurga, maka untuk bukan urusan kita.
DOSA PAHALA
Pelaku maksiat juga demikian, pada zahirnya maksiat adalah faktor yang membawa seseorang ke neraka. Namun, kita tidak tahu, mungkin seseorang itu di samping maksiatnya, ada kebaikan yang dibuat yang mungkin mampu memadamkan dosanya di sisi Allah. Mungkin juga dia bertaubat tanpa kita tahu. Hanya Allah yang menentukan kedudukannya.
Ini tidak menghalang kita untuk menyatakan yang salah itu salah, dosa itu dosa. Kita akan membantah kemaksiatan yang dilakukan kerana itu tanggungjawab agama, namun kita tidak akan melaknat individu berkenaan dan menentukan dia semestinya ahli neraka.
Fanatik dan permusuhan yang melampaui batas, kadang-kala menyebabkan seseorang terlajak dalam menghukum orang lain. Inilah yang berlaku di kalangan golongan Khawarij yang me’neraka’ seseorang hanya kerana satu dosa.
Inilah juga yang berlaku dalam golongan fanatik agama dalam berbagai aliran dan kepartian yang me‘neraka’kan orang lain hanya kerana satu dosa yang dicanangkan. Padahal sepatutnya, memadai dengan menegur dan menghalang kesalahan atau dosa, namun jangan membuat keputusan tentang kedudukannya di sisi Allah. Jangan melampau dalam menghukum orang lain.
Dalam hadis al-Imam al-Bukhari, Rasulullah s.a.w mengajar kita hakikat ini. “Seorang lelaki bernama ‘Abdullah, digelar ‘himar’ (kaldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah s.a.w ketawa. Juga pernah Nabi s.a.w. menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: “Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap”. Lantas Nabi s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNya”. (Riwayat al-Bukhari)
Bagaimana mungkin orang yang meminum arak boleh mencintai Allah dan RasulNya?. Tidakkah Rasulullah s.a.w sendiri bersabda: “Allah melaknat arak, peminumnya, penghidangnya, penjualnya, membelinya, pemerahnya, meminta agar ia diperah, pembawanya dan orang yang ia dibawa kepadanya” (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani). Jawapannya, bukan semua yang meminum arak atau apa-apa maksiat itu membenci Allah dan rasulNya. Maksiat adalah dosa dan kelemahan dirinya.
Namun tidak semestinya, pelaku maksiat membenci Islam. Maksiat membawa ke neraka, namun bukan semesti seorang pelaku maksiat tidak melakukan pahala dalam perkara yang lain yang akhirnya Allah akan menentukan timbangan antara keduanya. Betapa ramai insan yang nampak peribadinya lemah, tetapi jiwanya masih sayangkan Allah dan rasulNya, sayangkan Islam dan marah jika Islam dan kaum muslimin dihina dan dianiayai.
Ya, Rasulullah s.a.w melaknat peminum arak dan yang terlibat dengannya. Pelaknatan itu secara umum, namun apabila penentuan secara individu maka penilaian khusus hendaklah teliti. Setiap insan mempunyai latar dan situasi yang berbeza. Maka kita jangan ‘terlebih lajak daripada laju’.
Di sebalik itu, orang zahirnya beramal dengan amalan agama maka pada zahir dia beramal dengan amalan ahli syurga. Namun kita tidak tahu niatnya; ikhlas atau riyak, atau tujuan tersembunyinya. Kita tidak tahu jiwanya; bongkak atau tawaduk, tauhid atau syirik. Di mana kesemua itu faktor yang mengheret seeorang ke neraka. Mungkin juga ada dosa atau kezalimannya terhadap insan lain sehingga Allah mengambil segala pahalanya sebagai gantian. Nabi s.a.w pernah bertanya para sahabat baginda : “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim). Ini bukan perkara pelik, ada orang yang kadang-kala berzikir dan bertahmid sebelum berucap atau berceramah, namun apabila habis dia berzikir dan bertahmid, dia memaki hamun orang lain bagaikan tiada sempadan agama.
RAHSIA
Kehidupan sangat luas. Kita membenci dan melarang perbuatan buruk dan maksiat kerana itu adalah dilarang oleh agama. Amalan buruk membawa ke neraka. Namun, kita tidak menetapkan untuk seseorang secara individu syurga atau neraka. Amalan baik membawa ke syurga. Kita menyokong dan membantunya.
Namun kita juga tidak tahu hakikat sebenar kedudukan orang tertentu yang beramal dengan amalan baik, apakah dia ke syurga atau ke neraka. Kita berbaik sangka dan mengharapkan syurga untuknya. Tapi, kita tidak tahu setiap perkara di sebalik tabir kehidupannya. Hanya Allah Yang Maha Tahu kesudahan dan rahsia hidup setiap insan, kita tidak boleh berlebihan dalam menghukum melainkan ada nas yang jelas untuk seseorang seperti para nabi, orang-orang soleh tertentu dan para sahabat yang disebut dalam al-Quran ataupun sunnah. Demikian mereka yang ditetapkan nereka oleh Allah dan rasulNya seperti Iblis, syaitan, Fir’aun, Abu Lahab, Abdullah bin Ubai dan lain-lain.
Orang yang Allah dan rasulNya tidak khabarkan kedudukannya, kita tidak tahu. Kita disuruh mendoakan keampunan kaum muslimin yang meninggal. Kita melaknat maksiat secara umum, namun kita tidak disuruh melaknat individu pelaku maksiat secara khusus.
Urusan setiap insan dengan Tuhannya. Mungkin dia telah memohon ampun, mungkin dia mempunyai pengecualian yang hanya Allah mengetahuinya, mungkin dia telah dikifarah di dunia dan dia akur, mungkin dia mempunyai kebaikan yang lain yang Allah sangat redha, mungkin orang lain pula telah menzaliminya lalu pahala diberi kepadanya, atau mereka diberi dosanya. Hanya Allah Yang Mengetahui di balik tabir kehidupan. Kita jangan lebih lajak daripada laju.
Saturday, August 08, 2009
:: Kisah kacang Dr. Mohd Ridhuan
Wednesday, August 05, 2009
'Bila Kacang Lupakan Kulit' oleh Dr.Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Bila Kacang Lupakan Kulit
"Saya dikecam hebat, apabila salah satu laman blog menyiarkan semula artikel saya minggu lalu dalam Mingguan Malaysia, bertajuk ‘Nasib Melayu di Bumi Melayu’.
Saya dituduh sebagai penulis upahan UMNO, lupa asal usul diri, lebih Melayu daripada Melayu, Cina tidak sedar diri, rasis dan berbagai kecaman dilemparkan oleh golongan ultra kiasu ini.
Saya mengucapkan terima kasih atas yang respon yang telah disampaikan. Saya tidak berhasrat untuk memberikan respon, kerana saya malas melayan idea-idea picisan yang menyerang peribadi dan tidak langsung menampakkan bahawa mereka ini seorang yang profesional.
Orang sebegini tidak selayaknya untuk dilayan, biarlah mereka terjun dengan labu-labunya.
Lagipun saya tidak pasti sama ada mereka faham atau tidak, artikel yang saya tulis dalam bahasa Melayu, atau mungkin juga mereka lebih memahami bahasa Inggeris atau bahasa ibunda, daripada memahami bahasa kebangsaan itu sendiri sehingga mereka tidak faham apa yang saya maksudkan.
Begitu juga dengan akhbar Cina, China Press dan Nanyang Siang Pau berniat jahat dengan secara sengaja memaparkan sebahagian kecil artikel saya berkaitan Beng Hock, mengenai anak luar nikah yang dikandung oleh teman wanitanya.
Sedangkan simpati dan pembelaan saya terhadap mendiang tidak disiarkan langsung.
Ini menunjukkan betapa rasisnya akhbar Cina.
Saya dituntut oleh keluarga mendiang untuk meminta maaf.
Terus terang, saya tidak perlu meminta maaf kerana saya berkata yang benar.
Bersekedudukan sebelum nikah adalah haram di sisi agama apa sekalipun.
Kenapa agama Islam sahaja yang dipersoalkan, adakah agama lain menghalalkan perbuatan sedemikian?
Sebelum memeluk Islam, saya dahulunya pernah menganut agama Buddha dan Kristian.
Kedua-dua agama ini mengharamkan sama sekali bersekedudukan sebelum nikah.
Persoalan sama ada mereka yang melakukan perbuatan sedemikian akan bertanggungjawab atau tidak, itu tidak berbangkit.
Apakah kita mahu menghalalkan perkara ini sehingga menjadi budaya masyarakat kita?
Apakah kita mahu ia turut berlaku kepada anak atau adik-beradik kita?
Justeru, bila saya menulis, saya selalu meletakkan diri saya sebagai rakyat Malaysia atau bangsa Malaysia, bukannya orang Cina.
Ini bertujuan supaya pandangan saya tidak berat sebelah atau bias.
Jika orang Islam melakukan kesalahan saya akan tegur, begitu juga yang lain.
Adakah kerana hanya saya berbangsa Cina, maka saya patut selindungkan sesuatu keburukan yang berlaku pada bangsa saya?
Sudah tentu tidak kerana saya perlu berkata benar.
Jika orang Cina baik, saya akan puji sebab itu kenyataan.
Begitulah sebaliknya, jika ada kelemahan, kita terpaksa terima walaupun pahit.
Pada saya, hujah yang dikemukakan mesti dibalas dengan hujah berasaskan fakta dan ilmu, bukan menyerangkan peribadi.
Untuk makluman semua, saya mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang politik dan kerajaan.
Tajuk tesis saya berkaitan dengan ‘persepsi orang Cina terhadap gerakan politik UMNO’.
Hujah yang saya lontar itu adalah datang daripada dapatan sebahagian kecil kajian yang dibuat terhadap politik silang budaya kedua kaum ini secara kuantitatif dan kualitatif.
Apakah saya tidak layak untuk memperjelaskan isu ini? Apakah yang berkokok itu pernah membuat kajian atau sekadar emosi yang menghantui diri sehingga tidak sedar diri?
Itupun nasib baik saya tidak ada rekod-rekod yang buruk sebelum ini seperti ahli politik dan penulis yang lain.
Jika tidak, semua peribadi buruk akan diungkit dan digunakan sebagai senjata untuk mengecam saya.
Inilah budaya perkauman dan budaya ‘pandir’ yang telah dicanangkan sejak sekian lama, terutama apabila kerajaan gagal mendidik mereka memahami sejarah sehingga menjadi manusia yang tidak mengenang budi ini.
Malah mereka menjadi semakin ultra kiasu dan tidak mahu menerima hakikat yang sebenar.
Saya hanya cuba mengatakan yang benar.
Saya tidak mendapat satu sen daripada UMNO apabila artikel tersebut disiarkan.
Begitu jua saya tidak mendapat satu sen pun wang zakat setelah 24 tahun memeluk Islam.
Saya tidak ada banglo mewah, kereta mewah dan lain-lain kemewahan.
Saya bersyukur dan bahagia dengan apa yang ada, hidup sebagai rakyat biasa.
Malangnya, bila ada komen saya menyebelahi kerajaan/UMNO saya akan dituduh bermacam-macam.
Bila idea saya menyebelahi pembangkang, saya akan dipuji melambung.
Saya bukanlah dalam kategori yang mudah lupa diri bila dipuji. Saya sentiasa memuhasabah diri apabila dikeji. Sifat ini perlu ada pada semua manusia.
Saya menulis atas kebenaran.
Saya adalah kalangan orang Cina yang celik sejarah dan celik perlembagaan.
Saya tahu asal usul saya.
Saya bertanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang saya tulis sama ada di dunia mahupun di akhirat. Saya tidak fikir tulisan sedemikian rupa akan menyebabkan Allah SWT mencampakkan saya ke dalam neraka, berbanding mereka yang selalu mengumpat dan menyerang peribadi orang tidak sudah-sudah.
Saya menulis apa yang benar, apa yang salah. Saya tidak menuding jari terhadap siapa yang benar atau siapa yang salah.
Saya tidak ada masalah untuk bersemuka dengan sesiapa sahaja untuk berhujah secara ilmiah dan akademik, bukan berasaskan sentimen, politik sempit dan jumud.
Janganlah jadi pengecut, melepaskan geram yang menampakkan kebodohan diri sendiri.
Janganlah terlampau ultra kiasu kepada kaum sendiri.
Tindakan ekstrem tidak akan mendatangkan kebaikan kepada semua pihak. Malah akan mengusutkan lagi sesuatu yang telah kusut.
Terus terang saya katakan, setelah membanding Malaysia dengan negara-negara lain di dunia, ternyata Malaysia adalah sebuah lain dari yang lain. Amat unik dan toleransinya amat tinggi, terutama kalangan orang Melayu.
Selaku rakyat berbangsa Cina, saya amat berasa bertuah hidup di bumi bertuah ini.
Orang Cina (juga India) bernasib baik kerana kerajaan Malaysia sejak sebelum dan selepas merdeka, tidak banyak berusaha sama sekali mengasimilasikan mereka walaupun kerajaan berhak melakukannya terhadap mereka yang berhijrah.
Mereka adalah seperti orang Cina seadanya seperti mereka di negeri China. Bersekolah, berbudaya, bertutur dan semua cara hidup berasaskan keCinaan (atau keIndiaan). Mana ada negara di dunia seperti ini?
Berbanding dengan negara lain, seperti Thailand dan Indonesia serta lain-lain negara dunia, mereka yang berhijrah mesti diasimilasikan dahulu sebelum menjadi warga negara di sana.
Kita lihat di Thailand, pada tahun 1930an semua identiti kaum Cina dihapuskan termasuk meroboh semua sekolah Cina.
Hari ini, orang Cina di Thailand sudah tidak seperti orang Cina. Mereka telah diasimilasikan menjadi orang Thai (Siam).
Tidak ada beza antara orang Thai dan orang Cina. Cina yang sudah tidak ada semangat Cina.
Malah mereka tidak ada keinginan langsung untuk pergi ke negeri China. Begitu juga di Indonesia. Banyak lagi contoh lain yang boleh saya ketengahkan. Ini yang menjadikan saya sedar diri dan bersyukur.
Berbeza dengan di Malaysia, sudahlah namanya bertukar daripada Tanah Melayu kepada Malaysia, keadaan masih tidak banyak berubah.
Orang Cina tetap dengan keCinaan mereka.
Lebih menyedihkan ada di kalangan mereka (ramai) tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik.
Mereka langsung tidak mahu diasimilasikan. Mereka tidak mahu ambil tahu langsung tentang adat budaya Melayu.
Malah, mereka malu berbahasa Melayu sebab mereka memandang rendah pada orang Melayu.
Istilah-istilah yang digunakan terhadap orang Melayupun istilah-istilah menghina yang tidak perlu saya tulis di sini, kerana sebagai orang Cina saya tahu apa yang berlaku.
Justeru, dapatan kajian saya tidak mengejut, orang Cina akan berjuang habis-habisan sebarang percubaan untuk mengasimilasikan mereka dan percubaan untuk menyeragamkan sistem pendidikan kepada satu sekolah.
Pendek kata, hidup mati orang Cina adalah dengan sekolah Cina dan semangat keCinaan mereka.
Saya merasa bersyukur kerana dilahirkan di kampung Melayu, tetapi dibesarkan dalam keluarga yang begitu kuat berpegang kepada tradisi Cina.
Alhamdulillah, saya dapat memahami orang Melayu dengan lebih mendalam melalui pergaulan.
Begitu juga dengan sahabat-sahabat saya yang lain. Saya tahu sensitiviti orang Melayu dan cara hidup Melayu.
Latar belakang sebegini, tidak semestinya menjadikan saya orang Melayu, kerana saya adalah orang Cina yang dijadikan Allah SWT, darahnya tetap darah Cina. Jika saya ditakdir lahir di kawasan orang Cina, saya fikir saya tidak banyak berubah, sebab saya celik sejarah, celik perlembagaan serta sedar diri. Pokoknya, kita mesti sedar diri dan memahami sejarah negara.
Sejarah Malaysia adalah berakarkan kepada Sejarah Melayu. Malaysia tidak boleh dipisahkan dengan bangsa Melayu. Sejarah inilah yang tidak dapat dipisahkan juga dengan istilah ketuanan Islam dan ketuanan Melayu.
Saya bukanlah menyokong ketuanan Melayu.
Tetapi jika istilah ini digunakan untuk menunjukkan bahawa penduduk Melayu adalah pribumi asal, pada saya ia tidak salah sepertimana yang pernah ditegaskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Ketuanan Melayu bukanlah merujuk kepada hubungan antara ‘tuan’ dan ‘hamba’. Saya tidak fikir istilah ketuanan Melayu akan digunakan jika sekiranya nama Malaysia kekal seperti nama asalnya dahulu iaitu Tanah Melayu.
Nama Malaysia tidak menampakkan identiti Melayu. Dengan sebab itu, istilah ketuanan Melayu digunakan. Justeru, tidak salah penggunaan istilah ini jika dengan maksud dan tujuan yang baik dan bukan menghina bangsa lain.
Pada hemat saya, jika istilah ketuanan Melayu hanya digunakan untuk merujuk kepada sejarah Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama persekutuan, kedudukan raja-raja Melayu dan hak-hak istimewa Melayu dan Islam yang termaktub dalam perlembagaan dan sebagainya berkaitan dengan Melayu, saya fikir itu tidak salah.
Identiti ini sekadar hendak menunjukkan bahawa inilah keadaan Malaysia yang sebenar, sebelum dan selepas merdeka.
Apa yang penting perlaksanaan dasar mesti tidak mendiskriminasikan semua kaum yang ada di negara ini. Jika ada pun diskriminasi atau ketidakadilan yang berlaku, yang patut dipersalahkan mereka yang melaksanakan dasar, bukannya menolak sesuatu dasar yang telah dipersetujui bersama. Adakah saya rasis apabila memperkatakan perkara ini?
Saya masih teringat apabila Teresa Kok dilantik menjadi exco kerajaan negeri Selangor, perkara pertama yang beliau ucapkan adalah idea untuk mewujudkan sebuah bandar Cina di mana di situ ada kawasan perindustrian Cina dan institusi pengajian Cina untuk menarik pelabur-pelabur daripada negara China.
Apakah idea ini tidak rasis?
Adakah saya yang membangkitkan isu ini rasis? Bila saya membela Cina tidak rasis, bila mana saya membela Melayu dan Islam, saya dituduh rasis.
Jangan jadi seperti gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang laut nampak begitu jelas.
Bila isu menyebelahi Cina atau India, kita senyap. Bila isu menyebelahi Melayu, bagaikan nak runtuh satu Malaysia?
Apakah politik sebegini tidak rasis?
Saya harap kita jangan bertindak seperti kacang lupakan kulit.
Tolak ansur yang berjalan selama ini tidak ada tolok bandingnya.
Saya masih tidak lupa, ketika segelintir pertubuhan Cina mahu mendirikan tugu Tentera Rakyat Malaya Anti-Jepun atau Malayan People’s Anti- Japanese Army (MPAJA) di Taman Peringatan Nilai, sebagai memperingati pejuang-pejuang Cina yang gugur menentang Jepun ketika penjajahan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945.
Tugu tersebut telah didirikan atas alasan memperingati mereka yang telah terkorban mempertahankan kemerdekaan Tanah Melayu.
Fakta ini salah dan menyeleweng.
Ketika tugu ini sedang didirikan, beberapa pertubuhan Melayu dan juga bukan Melayu yang memahami sejarah (lihat artikel saya dalam Utusan Malaysia 26.12.2006), mahukan fakta sejarah tersebut diperbetulkan dan tugu tersebut tidak dibina.
Mereka bukan pejuang kemerdekaan tetapi mereka bersekongkol dengan Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menentang Jepun.
Ini disebabkan oleh sejarah politik/perang/permusuhan antara Jepun-China pada tahun 1894, 1895 dan 1937. Jepun dan China saling berperang dan berdendam antara satu sama lain.
Penentangan Cina terhadap Jepun dan penganiayaan Jepun terhadap orang Cina, lebih kepada isu membalas dendam bukannya perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu.
MPAJA adalah alat PKM.
Justeru, kita lihat apabila Jepun meninggalkan Tanah Melayu, PKM mempunyai cita-cita tinggi untuk memerintah Tanah Melayu.
Pada masa sama sebelum itu, MPAJA diperalatkan British untuk menentang Jepun. Dalam hal ini, tidak timbul langsung isu MPAJA memperjuangkan kemerdekaan tanah air.
Jikapun benar, kenapa MPAJA tidak menentang Malayan Union yang diperkenalkan British selepas Jepun menyerah kalah?
Malangnya, hari ini tugu MPAJA telah berdiri megah di Taman Peringatan Nilai, dan menjadi pusat penyembahan.
Apakah kerana saya membangkitkan isu ini bermakna saya rasis. Adakah yang membina tugu itu tidak rasis?
Adakah kewujudan bandar Cina atau China Town di setiap bandar itu tidak rasis.
Pernahkah kita dengar ada Malay Town di negara bertuah ini.
Atau terdapatkah universiti kepunyaan UMNO di negara ini?
Tetapi kita ada :
- Kolej/Universiti Tunku Abdul Rahman (MCA),
- Universiti Terbuka Wawasan (Gerakan),
- Kolej New Era (Dong Jiao Zong),
- Asian Institute of Medical Science and Technology (AIMST-MIC) dan bermacam-macam lagi institusi berasaskan kaum.
Cuba kaji berapa banyak peruntukan yang diberi oleh kerajaan terhadap universiti kepunyaan MCA, Gerakan dan MIC ini?
Ini tidak termasuk nama-nama jalan yang ingin diubah kepada nama individu tertentu dan menggunakan nama jalan pelbagai bahasa atas alasan agar pelancong dapat tahu nama-nama jalan tersebut.
Perlukah kita mengajar pelancong ini dengan bahasa mereka sendiri. Bukankah pelancong datang ke sini untuk memahami budaya dan bahasa rasmi di sini.
Bukankah kita ada satu bahasa iaitu bahasa kebangsaan yang boleh difahami oleh semua kaum, yang perlu didaulatkan. Adakah ini tidak rasis?
Ke manakah kita nak bawa negara Malaysia?
Apakah akar Melayu perlu dibuang langsung.
Pada hemat saya, apapun yang berlaku kita perlu menghormati orang Melayu selaku penduduk asal di negara ini dari segi sejarah.
Manakala orang Melayu juga perlu menghormati orang orang bukan Melayu.
Pendek kata, kita perlu saling hormat-menghormati perlembagaan yang telah dipersetujui secara bersama, walaupun ia nampak lebih menyebelahi orang Melayu. Tetapi hak kita sebagai bukan Melayu tidak diabaikan.
Saya bangkitkan isu kuil dan rumah ibadat kerana itulah hakikat yang sebenar.
Saya tidak fikir semua rumah ibadat dibina sendiri, menggunakan wang sendiri mereka.
Kebanyakan rumah ibadat kaum-kaum lain dibina di atas tanah kerajaan.
Bukan Melayu tidak boleh membandingkan agama mereka dengan Islam, kerana terdapat peruntukan istimewa kedudukan Islam dalam perlembagaan.
Perkara ini telah dipersetujui secara bersama ketika perlembagaan digubal. Justeru, keistimewaan agama Islam perlu dihormati. Sudah pasti dalam hal ini hak bukan Islam tidak terabai kerana Islam menghormati hak agama-agama lain.
Begitu juga dengan DEB. Ia tidak boleh dilihat dari perspektif negatif semata-mata.
Berapa ramai orang bukan Melayu mendapat habuan daripada kejayaan orang Melayu dalam DEB?
Sila baca buku yang ditulis oleh Tan Teong Jin, Ho Wah Foon dan Tan Joo Lan dalam bukunya the Chinese Malaysian Contribution.
Mereka melihat bagaimana orang Cina mendapat habuan apabila orang Melayu turut berjaya.
Jika orang Melayu berjaya melalui DEB, sebahagian besar pengeluar adalah orang Cina.
Ini bermakna, bila orang Melayu berjaya, orang Cina dapat percikan dan kejayaan sama.
Adakah kejayaan Cina disebabkan usaha mereka semata-mata?
Jawabannya tidak!
Banyak faktor yang menyumbang seperti dasar-dasar kerajaan, kejayaan DEB dan sebagainya.
Janganlah anggap apa yang kita ada hari ini semata-mata kerana usaha kita sendiri tanpa melihat bagaimana kejayaan itu dicapai.
Dengan sebab itu, sebelum kenyataan dihamburkan, mereka mesti mengetahui asal-usul sejarah Malaysia terlebih dahulu.
Bagaimana Tanah Melayu bertukar menjadi Malaysia?
Bagaimana identiti sesebuah negara tercabut disebabkan oleh tolak ansur meraikan semua pihak?
Sedangkan kita tahu bahawa Tanah Melayu, boleh terus kekalkan menjadi nama Tanah Melayu.
Begitu juga di Singapura, boleh terus kekal menjadi salah sebuah negara Melayu di kepulauan Melayu.
Kenapakah sebuah negara Melayu boleh terlepas menjadi negara Cina di kepulauan Melayu?
Pernahkah kita terfikir betapa beruntungnya nasib kita berada di sini?
Kita perlu ingat, bermasyarakat majmuk bukan berlaku secara semulajadi.
Tidak ada satu negara di dunia bermula dengan masyarakat majmuk.
Semua negara bermula dengan satu bangsa.
Nama bangsa tersebut, biasanya akan menjadi nama sesebuah negara itu.
Misalnya, Melayu – Tanah Melayu, Cina – China, India – India, Siam – Siam (Thai), Vietnam – Vietnam, Arab – negara-negara Arab, barat – negara-negara kulit putih dan sebagainya.
Kemajmukan sesebuah negara berlaku disebabkan oleh penghijrahan.
Justeru, kaji sejarah ini. Kenapa ia boleh berlaku sedemikian rupa?
Setelah dikaji, bandingkan, siapakah atau negara manakah yang lebih bernasib baik?
Orang orang Melayu tidak ada lagi tempat dituju melainkan di negara-negara kepulauan mereka sendiri. Sedangkan orang lain mungkin ada tempat yang hendak dituju.
Bandingkan juga dengan Singapura.
Sebuah negara Melayu yang telah jatuh kepada orang majoriti Cina.
Adakah nasib Melayu Singapura terbela?
Adakah kerajaan Singapura mempercayai orang Melayu?
Berapa ramai kah orang Melayu Singapura dilantik menjadi menteri dan jawatan-jawatan tinggi dalam tentera, polis, imigresen dan lain-lain?
Kerajaan Singapura lebih mempercayai orang India yang majoritinya lebih kecil daripada Melayu?
Orang Melayu Singapura merempat di bumi mereka sendiri. Adakah kita mahu ia berlaku di Malaysia?
Dalam isu Teoh Beng Hock, saya sudah terus terang mengatakan bahawa kematian beliau perlu dibela.
Cuma, saya timbulkan janganlah kita mengeluarkan pandangan-pandangan yang boleh mengguris hati orang lain.
Orang Melayu tidak hanya berada didalam PKR dan PAS sahaja!
Melayu juga ada didalam UMNO, parti-parti lain dan ada yang tidak menyertai mana-mana parti politik.
Adakah kerana kita berada dalam Pakatan, bermakna kita hanya perlu menjaga hati bukan Melayu dalam PR sahaja.
Bagaimana dengan yang lain? Saya mengaitkan isu Teoh Beng Hock dengan agama, kerana kita adalah masyarakat yang beragama.
Mana ada satupun agama yang membenarkan hubungan seks sebelum berkahwin?
Jika adalah orang Islam yang terlibat dalam seks bebas sebelum berkahwin, itu adalah salah individu individu tersebut.
Jangan pula agama mereka dipersalahkan.
Agama itu terlalu suci.
Kalau tidak faham agama sendiri, belajarlah, jangan jadi jahil.
Bila saya bercakap seumpama ini saya dituduh tali barut UMNO.
Apakah UMNO ini terlalu buruk?
Apakah UMNO tidak ada jasa langsung terhadap orang Cina atau Melayu yang lain?
Adakah kejayaan orang Cina ini hari berlaku dengan secara semulajadi?
Apakah UMNO itu terlalu buruk sehingga kepentingan kaum lain dinafikan sama sekali?
Memang tidak dinafikan bahawa UMNO ada kelemahan, kerana UMNO itu ditadbirkan oleh manusia.
Jika ada penyelewengan dan korupsi dalam UMNO, itu adalah perbuatan segelintir individu, masih ramai orang UMNO yang baik-baik yang masih boleh dijadikan kawan dan didakwahkan.
Adakah kita terlampau baik sehingga tidak boleh ditegur?
Janganlah jadi seperti kacang lupakan kulit."
Baca selanjutnya disini.
***********************************************************************************
Assalamualaikum Ya Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat seMalaysia.
Apa yang di utarakan Ustaz Dr.Mohd Ridhuan Tee Abdullah di atas adalah serupa dengan pendapat dan pegangan saya selaku seorang warga Malaysia beragama Islam berketurunan India Muslim, berkahwin dengan wanita Muslim Melayu Pahang.
Kekadang pandangan dan pendapat saya terbukti tidak disenangi segelintir mereka yang berbangsa Melayu, beragama Islam dan berasa diri mereka terlalu suci, maksum dan merasakan 'mamak' ini ingin melampaui mereka yang Melayu itu sendiri!
Orang rumah saya pernah menggelarkan saya ini sebagai 'Mamak yang Terlampau!'
Terlampau mengasihi adat dan kebudayaan Melayu dari kebanyakan orang orang Melayu itu sendiri.
Terlampau mengasihi agama Islam yang menjadi teras pegangan diri saya ini dari mereka yang kononnya terpelajar dan memegang ijazah sarjana dan kelulusan agama tertinggi sehingga ada kalanya teguran saya terhadap para mufti dan pegawai tinggi agama kedengaran bilamana saya berpeluang meluahkan rasa seikhlas kata dimedan media massa siaraya seperti di stesen tv RTM sebelum ini.
Terlampau menghargai keistimewaan tanahair ini sehingga bila saya bersuara membantah keceluparan sesetengah pihak yang kurang ajar menginjak hak hak umat Islam, saya pula yang di tuduh pelampau agama oleh mereka yang tidak faham akan tanggung jawab dan kewajipan sebenar seorang Muslim!
Apakah mereka kira diri mereka itu terlalu tinggi sehingga mereka sanggup menghina sesama manusia?
Saya sering membaca kata kata penghinaan keatas Dato Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Negeri Perak yang ditulis oleh orang orang Melayu beraliran kiri yang menghina keturunan diri beliau dan di atas kehitaman warna kulitnya.
Yang bersuara begini selalunya adalah bloggers yang tidak berani mendedahkan identiti sebenar mereka tetapi berdegar degar memaki hamun orang sesuka hati!
Dasar bacul tahap terendah sekali! 'Baling batu sembunyi tangan!'
Apakah mereka ini lupa bahawa di sisi Allah Subhanahu Wa Ta'ala, pangkat dan keturunan tidak bererti sama sekali melainkan setiap manusia diukur diatas ketakwaan diri mereka dan amal ibadat yang mereka lakukan bila diperbicarakan di Yaum al Mahsyar nanti?
Sayyidina Bilal al Habsyi Radhiallahu Anhu, muazzin pertama didalam sejarah Islam adalah seorang berkulit hitam legam tetapi kemuliaan dirinya disisi Allah Subhanahu Wa Ta'ala begitu tinggi sehingga Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam sendiri sering memuji dirinya!
Mereka yang merasakan diri mereka terlalu tinggi darjat mereka tak akan sampai sama taraf dengan debu dikaki Sayyidina Bilal Radhiallahu Anhu dan para Sahabat Rasullullah Sallalahu Alaihi Wassallam yang lain!
Apakah mereka yang mengaku Melayu ini lupa bahawa di zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, siapakah yang menjadi Mamanda Perdana Menteri atau Bendahara Melaka?
Bukankah Sejarah Melayu mencatatkan bahawa mereka yang berketurunan Tamil Muslim yang menjadi Bendahara Melaka sebelum kejatuhan Kesultanan Melaka disebabkan Sultan Melaka yang beraja di mata bersultan di hati menurut hawa nafsunya yang bergejolak melupakan amanah selaku seorang raja dan bertindak kejam mengikut hasutan Raja Mendeliar dan Si Kitul menjahanamkan Melaka sehingga kalah dilanggar Portugis?
Kaji Sejarah Melayu lah jika hendak berkata tentang seseorang!!!
Jangan sampai jadi buta sejarah dan menang sorak tetapi kampong tergadai!
'Mamak' yang dikata cerca dan dihina mereka ini pernah pada suatu ketika dimuliakan Sultan Melaka dan diberi gelar Mamanda Menteri.
Mamak bukan hina tara mana malah pernah memerintah Melaka sampai maju dan makmur serta berjaya sehinggalah Melaka hancur disebabkan Sultan Melaka yang terikut ikut hawa nafsu yang sanggup memperkosa anak isteri orang dan dibunuh jika engkar menyerahkan kehormatan diri!
Isteri anakanda Tun Biajid bin Dato Laksamana Hang Tuah, pahlawan Melaka turut menjadi mangsa nafsu serakah Sultan Melaka pada satu ketika dahulu sehingga Tun Biajid mengamuk menderhaka terhadap kekejaman Sultan Melaka itu sendiri!
Tidak tahu tentang perkara ini?
Pergilah lihat dengan mata kepala sendiri di Muzium Melaka dan saksikan apa yang dipamerkan disana!!!
Tak tumbuh tak melata. Tak sungguh hamba tak kata!

Sengkangkan mata seluas mungkin dan perhatikan apakah yang tertera disebelah atas ini?
Persekutuan Tanah SIAPA???
Apa yang Dr.Ridhuan Tee kabarkan ini bukannya dongeng sehinggakan susah benar hendak difahamkan melainkan lah mereka yang buta mata, buta hati dan kematu minda kerna terlalu jumud didalam fikrah masing masing sehingga tuli terhadap hakikat kebenaran sejarah yang cuba diubah melalui kata dan frasa semasa!!!
Cuba pula saya ajak berbicara tentang seorang tokoh persuratan tanah air yang menjadi legenda bagi mereka yang mahu berbincang mengenai kesusasteraan Melayu.
Abdullah Munshi yang diagung agungkan sebagai Sasterawan Melayu adalah berketurunan Tamil Muslim juga!
Tak kan tak belajar tentang dirinya?
Itulah keadaan sebenar peribadi mereka yang bersuara suara sumbang sejak kebelakangan ini.
Dasar otak udang yang berkokok bagai nak rak padahal ekor masing masing bergelumang najis!
Senada dengan luahan Ustaz Dr.Mohd Ridhuan Tee Abdullah, saya meminta supaya jangan umat Islam setanahair ini alpa dengan apa yang sedang berlaku dan beringat sebelum kena; berjimat sebelum habis!
Pertahankan akidah ummah dan bersatu merapatkan saf, mengemaskan ikatan menghadapi para petualang durjana yang menyamar bagaikan bebiri sedangkan mereka bersifat bagaikan sang serigala yang hanya menanti masa membaham segala yang ada.
Wabillahi Taufik Wal Hidayah.
Wassalamualaikum Warahmatulillahi Ta'ala Wabarakatuh.
:: W.S. Rendra - 1
Kata-kata itu diucapkan Rendra sekitar pukul 20.00. Setelah itu, menurut Ken, tangan Rendra terasa dingin dan gemetar. Padahal, sebelumnya, Rendra sangat ceria dan bercerita banyak di Rumah Sakit Mitra Keluarga, Depok, tempat penyair itu dirawat.
”Ia bercerita satu jam lebih, seperti tak bisa dihentikan. Itulah kata-kata terakhirnya, ia sangat bahagia,” kata Ken sambil sesenggukan.
Sastrawan Danarto yang sempat menengok Rendra saat dirawat di Rumah Sakit Jantung Harapan Kita, Jakarta, juga menangkap semangat hidup Rendra yang kuat. ”Saya bawakan dia buah kesukaannya, stroberi dan anggur. Ia berkata, dua kali didatangi almarhum Mbak Narti (Sunarti, istri Rendra). Ia bilang, ’Kelihatannya ajal sudah dekat.’”
Ribuan orang mengantar kepergian Rendra yang dimakamkan di kompleks Bengkel Teater Rendra di Cipayung-Citayam, Depok, Jumat siang.
Mereka berdatangan sejak mendengar kabar Rendra meninggal di RS Mitra Keluarga, Depok (bukan Kelapa Gading, seperti ditulis Kompas, 7/8), Kamis sekitar pukul 22.10. Jenazah Rendra sempat disemayamkan di rumah anak perempuannya, Clara Shinta, di Perumahan Pesona Khayangan, Depok.
Jenazah Rendra, Jumat pagi, disemayamkan di Rumah Lampung, di kompleks Bengkel Teater. Budayawan Emha Ainun Nadjib memimpin doa dan penghormatan menjelang pemakaman. Di sekitar Rumah Lampung warga berjejalan mendengarkan doa dan kesaksian para sahabat Rendra, seperti penyair Sutardji Calzoum Bachri, Menteri Negara Lingkungan Hidup Rachmat Witoelar, dan mantan Ketua Umum PP Muhammadiyah Ahmad Syafii Maarif.
Setelah shalat Jumat sekitar pukul 14.30, jenazah Rendra dikebumikan di areal bagian belakang kawasan Bengkel Teater. Makam Rendra berjarak sekitar 10 meter dari makam Mbah Surip yang dikebumikan tiga hari sebelumnya atas izin Rendra. Pemakaman berlangsung hingga sore, sekitar pukul 16.00.
Sementara itu, untuk mengantar kepergian Rendra, jemaah di Banda Aceh mengadakan shalat gaib di Masjid Baiturrahman. ”Semua masjid di Banda Aceh diimbau agar melaksanakan shalat gaib untuk Mas Willy,” kata penggiat seni Arie Batubara dari Banda Aceh.
Hadir dalam prosesi pemakaman antara lain pengacara Todung Mulya Lubis, Adnan Buyung Nasution, wartawan senior Rosihan Anwar, Ahmad Syafii Maarif, Ketua Umum PAN Soetrisno Bachir, politisi Eros Djarot, seniman Slamet Rahardjo Djarot, sejarawan Taufik Abdullah, peneliti dan pengamat sastra Daniel Dhakidae, penyair dan aktor Ikranegara, penyair Putu Wijaya, dan aktris Jajang C Noer.
Hadir pula calon wakil presiden terpilih Boediono yang datang dengan mobil Alphard dengan pengawalan ketat. Ia tiba pukul 12.10 untuk melaksanakan shalat Jumat di Masjid Jami’ Nurul Yakin di pinggir jalan raya Citayam, sekitar 100 meter dari rumah duka.
Banyaknya tamu membuat ruas jalan Citayam-Cipayung macet selama beberapa jam. Beberapa peziarah harus berjalan kaki sekitar 500 meter dalam suasana panas terik menuju lokasi pemakaman.
Banyak orang merasa kehilangan sosok yang karyanya merupakan kesaksian atas nasib rakyat itu.
”Ia vokal, katakan apa yang terasa dengan puisi. Ia mewakili masyarakat yang paling siuman tentang moral, tanggung jawab, dan bangsa kita yang karut-marut. Ia tak rela melihat bangsa ini semakin meluncur terus…,” kata Ahmad Syafii Maarif.
”Rendra sebenarnya pahlawan. Sayang, pemerintah kurang menghargainya. Semestinya suara Rendra harus didengar kita semua,” tambah Maarif.
Menteri Sekretaris Negara Hatta Rajasa mengungkapkan, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menyampaikan belasungkawa atas meninggalnya Rendra.
”Bapak Presiden mengucapkan belasungkawa yang dalam atas kepergian budayawan besar kita itu,” kata Hatta.
Aktor dan sutradara Slamet Rahardjo mengatakan, karya Rendra tak akan pernah mati. Slamet menyebut Rendra sebagai budayawan besar yang kritis dalam mengeluarkan pendapat.
”Saya kenal dia pertama kali tahun 1969, waktu itu baru pulang dari Amerika. Yang paling saya kagumi dari Willy, karyanya menggambarkan betapa ia menagih pemerintah terhadap janji-janji proklamasi yang tak kunjung mendapatkan jawaban,” katanya.
Sastrawan peraih SEA Write Award 2008 dari Raja Thailand, Hamsad Rangkuti, menilai Rendra sebagai budayawan dengan pemikiran yang kritis, tajam, dan menohok. ”Dalam peta seni kontemporer Indonesia, khususnya sastra dan teater, WS Rendra adalah salah satu nama terkemuka. Karyanya akan abadi untuk bangsa ini,” kata Hamsad.
Yang juga merasa kehilangan adalah kubu calon presiden dan wakil presiden Megawati Soekarnoputri-Prabowo Subianto. Anggota tim sukses dan Sekjen PDI-P Pramono Anung mengatakan, kepergian Rendra adalah kehilangan besar karena budayawan ini mengajarkan kebinekaan dan kebangsaan dengan tidak berteori.
Saat Megawati-Prabowo mendeklarasikan pencalonannya di Tempat Pembuangan Sampah Bantar Gebang pada 24 Mei 2009, Rendra membacakan puisi karya Chairil Anwar, Kerawang Bekasi.
Bagi Sutardji Calzoum Bachri, Rendra adalah penyair besar dengan karya besar. Banyak seniman punya karya besar, tetapi tidak punya kepribadian besar. Rendra mempertautkan orang besar dengan karya besar. Ia seniman yang punya integritas.
Ketika Rendra meninggal, Sutardji yang bergelar ”Presiden Penyair Indonesia” merasa kehilangan sosok orang yang tingkah polahnya bisa menjadi teladan. ”Tetapi saya tidak bersedih atas meninggalnya Rendra karena ia sebenarnya tidak pernah pergi. Seniman besar tak pernah pergi. Karyanya selalu besar. Inilah orang besar di antara kita,” kata Sutardji. (CAN/IAM/NAL/NMP/SUT/XAR/DAY)
Sumber : Kompas Cetak