Danica May Camacho berada dalam pelukan ibundanya, Camille, di RS Fabella di Manila, Filipina, tak lama setelah lahir (31/10).
Filipina sambut bayi ke-7 bilion di dunia
2011/10/31
MANILA: Filipina hari ini meraikan kelahiran bayi ketujuh bilion di dunia secara simboliknya selepas ibunya selamat bayi perempuan di bilik bersalin di sebuah hospital kerajaan di sini. Bayi seberat 2.5 kilogram bernama Danica May Camacho itu lahir menjelang tengah malam tadi sehingga mendapat liputan meluas media di bilik bersalin di Jose Fabella Memorial Hospital. "Bayi amat comel dan sihat," kata ibunya, Camille Dalura sambil meriba bayi perempuannya itu.
“Saya tidak percaya bahawa dia adalah bayi ketujuh bilion di dunia," katanya. Bayi berkenaan adalah anak kedua Dalura bersama pasangannya, Florante Camacho.
Pasangan suami isteri itu bersama bayi berkenaan kemudian menemui pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang meraikan bayi mereka itu dengan cek kecil.
Pasangan itu turut menerima hadiah daripada penderma tempatan termasuk geran biasiswa dan pakej ekonomi bagi membolehkan pesangan itu memulakan perniagaan runcit.
Turut menyaksikan peristiwa bersejarah itu ialah budak perempuan berusia 12 tahun, Lorrize Mae Guevarra yang diisytiharkan bagi keenam bilion di dunia pada 1999. “Saya amat gembira melihat bayi yang comel ini.
Saya harap dia sukakan saya dan membesar menjadi anak yang sihat dan disayangi semua orang," katanya. Bayi berkenaan adalah antara beberapa negara di dunia yang secara simboliknya menyambut kemunculan manusia ketujuh bilion di dunia hari ini. - AFP