Tuesday, June 29, 2010

:: DS Michael Manyin beri amaran kepada Ketua Kaum

Ketua kaum di Sarawak dihentikan jika sokong pembangkang

SAMARAHAN - Mana-mana Ketua Kaum yang menyokong pembangkang dalam pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang akan ditamatkan perkhidmatan serta-merta kerana ia adalah satu tindakan salah laku yang amat serius, kata Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin.


"Ketua Kaum adalah ejen kerajaan, yang membantu dalam pembangunan masyarakat setempat dan bukannya menentang kerajaan," kata pada majlis penyerahan surat pelantikan dua Temenggong Samarahan mewakili masyarakat Bidayuh dan Melayu di sini, hari ini.

Di Sarawak, jawatan Temenggong yang mewakili kaum tertentu di peringkat bahagian adalah hirarki tertinggi sistem pentadbiran setempat diikuti Pemanca di peringkat daerah, Penghulu dan akhir sekali Ketua Kaum.

Manyin berkata, oleh kerana pilihan raya negeri Sarawak semakin hampir, semua Ketua Kaum perlu meningkatkan usaha untuk membantu kerajaan memberi maklumat mengenai kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan negeri terutama sekali membawa pembangunan ke kawasan pedalaman kepada penduduk setempat.

"Bagi meningkatkan lagi sistem penyampaian kerajaan, kerajaan negeri mahu Ketua Kaum bersikap terbuka dalam menerima kritikan dan cadangan," katanya.

Beliau berkata, jawatan Ketua Kaum kini bukan kekal sepanjang hayat dan telah dihadkan tempoh selama empat tahun.


"Tidak ada undian atau pilihan raya untuk melantik Ketua Kaum kerana sistem yang dilaksanakan sekarang adalah berdasarkan lantikan mengikut persetujuan yang disahkan oleh Pegawai Daerah, Residen Bahagian dan Setiausaha Kerajaan Negeri," katanya.

Bekas guru Robert Sulis Ridu, 75, dilantik menjadi Temenggong Samarahan mewakili masyarakat Bidayuh manakala Chek Bujang, 59, seorang bekas guru agama, dilantik Temenggong Samarahan mewakili masyarakat Melayu.

Temenggong Bidayuh akan memimpin seramai 152 Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum berbangsa Bidayuh manakala Temenggong Melayu akan memimpin 111 Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum di Samarahan.


Sunday, June 27, 2010

:: Tiada internet.. menyukarkan Orang Ulu menjadi guru?

Ketiadaan Internet hampir menutup peluang belia Orang Ulu menjadi guru

by Sudan Ajang
June 26, 2010, Saturday

MIRI: Meskipun gagal memohon Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) gara-gara tidak mempunyai kemudahan Internet, namun ini tidak mematahkan semangat 25 belia Orang Ulu dari Baram untuk menjadi guru.

BERJAYA: Lihan menunjukkan senarai pemohon yang berjaya memasuki KPLSPM kepada empat lagi pemohon iaitu (dari kiri) Paul, Sharon, Alice dan Petrus.

BERJAYA: Lihan menunjukkan senarai pemohon yang berjaya memasuki KPLSPM kepada empat lagi pemohon iaitu (dari kiri) Paul, Sharon, Alice dan Petrus.

Dengan bantuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Lihan Jok, mereka mengambil bahagian dalam program temu duga terbuka selepas pengambilan pada Jun melalui online ditutup.

Menurut Lihan, seramai 300 pemohon menyertai program temu duga terbuka ini, namun hanya 25 yang terpilih untuk menyertai KPLSPM yang menawarkan kursus peringkat ijazah selama lima tahun.

Katanya, semua pemohon yang berjaya akan menjalani latihan perguruan di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kampus Rajang, Kampus Perlis, Kampus Sultan Abdul Halim, Kampus Tun Hussein Onn, Kampus Tun Abdul Razak dan Kampus Keningau.

“Saya lihat ramai anak-anak tempatan di Baram berminat mahu menjadi guru, namun mereka tidak dapat memohon kemasukan kerana di sana tiada kemudahan Internet. Keadaan inilah yang berlaku semasa ambilan Jun lalu.

“Justeru, saya mengambil inisiatif mengadakan temu duga terbuka bagi memberi peluang kepada mereka untuk memohon melalui program ini,” kata Lihan semasa sidang media di pejabatnya semalam.

Terdahulu beliau menerima kunjungan daripada empat pemohon yang berjaya memasuki KPLSPM.

Mereka ialah Alice Ubong Lian dari Long Moh, Paul Ding Lah dari Long Pilah, Peterus Balan Sing dari Long Liam dan Sharon Lawai dari Long Bemang.

“Menjadi guru sudah menjadi impian saya sejak kecil lagi. Apabila mendapat peluang ini, ia seperti orang mengantuk disorongkan bantal.

“Saya amat berterima kasih kepada Lihan kerana mengambil inisiatif ini,” kata Petrus.

Keempat-empat mereka turut menyatakan bahawa mereka sanggup bertugas di pedalaman demi membantu anak-anak tempatan mendapat pendidikan yang terbaik.

Sementara itu, Lihan agak kecewa dengan pengambilan pelatih KPLSPM yang disifatkannya amat sedikit berbanding jumlah pemohon yang datang memohon.

“Kami perlukan lebih ramai guru-guru di kalangan anak-anak tempatan untuk mengajar di sini. Ini kerana mereka lebih arif mengenai budaya dan persekitaran di sini berbanding guru dari kawasan lain.

“Sebelum ini, terdapat guru-guru dari luar tidak dapat menjalankan tugas mengajar di kawasan Baram kerana gagal menyesuaikan diri.

“Apabila ini berlaku, murid-murid yang akan menjadi mangsa menyebabkan pelajaran mereka terjejas,” katanya.

Justeru Lihan berharap, lebih ramai kalangan anak-anak tempatan yang layak diterima masuk untuk pengambilan pada Januari tahun depan.



Saturday, June 26, 2010

:: Roti canai telur bertahi... sedap tak?

Buatlah pilihan sendiri !!!

Mahu yang bersih atau mahu yang kotor? Mahu yang halal atau mahu yang haram? Apa sahaja makanan.. samada roti canai telur atau mee goreng telur atau char kuey teow atau makanan lain yang bertelur ayam..

Cuba tengok betul-betul.. lihat betul-betul.. yang menjual makanan ni telah membasuh atau tidak telur ayam yang digunakan itu. Cuba beli pula telur di kedai atau di pasaraya...selalunya kita dapati banyak tahi ayam pelbagai warna yang dah kering dan keras melekat pada kulit telur tersebut.

Kalau nak juga makan telur ayam dengan tahi-tahinya sekali, apa boleh buat dah selera rakyat Malaysia macam tu, tak pentingkan kebersihan. Yang penting SEDAAAAP.


Ini gambar roti canai telur.. rangup dan garing nampaknya



Ini gambar telur sedang dikutip



Ini gambar peniaga yang MUNGKIN tidak membasuh telur ayam sebab telur diletakkan pada bekas telur yang sama



Peniaga yang mementingkan kebersihan..
telur ayam kelihatannya bersih dan cantik selepas dibasuh



telur ayam yang banyak tahi pada kulitnya.. ada warna hitam..
ada warna hijau pekat.. macam2 ada..



ayam berak kapur..


roti canai telur..

BIASANYA..
peniaga akan menebar roti canai..
peniaga yang sama mengambil telur ayam bertahi dengan tangannya..
peniaga yang sama memecahkan telur ayam bertahi ke dalam roti canai..
peniaga yang sama akan melipat roti canai untuk dimasak..
maka terhasillah roti canai telur bertahi ayam..

SEDAP TAK ??


Friday, June 25, 2010

:: Retreat BN Sarawak di Royal Mulu Resort

Pilihan raya Sarawak akan diadakan tahun ini
Oleh Misiah Taib
misiah@bharian.com.my

2010/06/24

Semua wakil rakyat hadiri retreat BN dua hari di Mulu

KUCHING: Pilihan raya Negeri Sarawak dijangka diadakan dalam tahun ini, dengan semua pemimpin dan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dipanggil untuk menghadiri retreat BN Sarawak di Royal Mulu Resort, di Mulu, utara Sarawak, kelmarin dan semalam.

Retreat dua hari dua malam itu diketuai sendiri Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, selaku Pengerusi BN Sarawak dengan tumpuan tunggal pada persiapan menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10.

Difahamkan Abdul Taib sudah mengarahkan semua jentera BN supaya bersiap sedia sepenuhnya untuk pilihan raya negeri akan datang.

Biarpun tiada indikasi mengenai tarikh sebenar pilihan raya itu, Abdul Taib dikatakan memberi bayangan ia akan diadakan pada bila-bila masa saja.

Semua pemimpin empat parti komponen BN, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB); Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP); Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) hadir pada retreat berkenaan, selain semua 62 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Sarawak.

Sarawak mempunyai 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), membabitkan 62 kerusi BN, DAP (enam), Bebas (dua) dan satu kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) berdasarkan keputusan pilihan raya negeri 2006.
Setiausaha Agung BN Sarawak, Datuk Stephen Rundi Utom, yang dihubungi di Mulu, mengesahkan retreat BN diadakan di Mulu kelmarin dan semalam, namun enggan mengulas lanjut apa yang dibincangkan.

Presiden PRS, Datuk Seri Dr James Jemut Masing, yang turut berada di Mulu semalam mengesahkan retreat BN yang diadakan itu berkisar kepada persiapan menjelang pilihan raya.

"Ia tidak bermakna pilihan raya akan diadakan dalam masa terdekat, cuma Ketua Menteri minta kita semua bersiap sedia sepenuhnya," katanya kepada Berita Harian.

Masing juga menafikan Ketua Menteri ada memanggil mesyuarat BN pada hujung minggu ini seperti dipetik BERNAMA dan retreat juga cuma diadakan dua hari bukan mulai Isnin hingga Jumaat seperti dilaporkan BERNAMA.

Sementara itu, sumber lain berkata, biarpun Pengerusi BN Sarawak itu tidak memberikan indikasi bila pilihan raya negeri akan diadakan, bayangan yang diberikan menunjukkan ia akan diadakan dalam tahun ini.

"Semua wakil rakyat juga diminta supaya 'masuk gear lima' dan bersiap sedia sepenuhnya," kata sumber berkenaan.

Tempoh DUN Sarawak akan berakhir pada 24 Julai tahun depan, dengan sejarah lalu menyaksikan pilihan raya negeri kebanyakannya diadakan dalam tempoh antara enam bulan hingga setahun sebelum tempoh DUN berakhir.

Sunday, June 20, 2010

:: Kajian UPM: Salah laku remaja

300 remaja Melayu salah laku seksual, seks bebas
Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
2010/06/20

pix_gal0
Pengaruh rakan sebaya punca utama gejala: Kajian UPM

KUALA LUMPUR: Kajian terbaru Universiti Putra Malaysia (UPM) mendedahkan lebih 300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar berusia antara 13 hingga 25 tahun mengakui terbabit dengan salah laku seksual dan gejala seks bebas, sehingga ada yang menggugurkan janin.

Lebih mengejutkan, kira-kira 85 peratus daripada mereka yang melakukan perbuatan itu, bukan saja tidak kesal, malu atau takut dari segi dosa malah menyifatkan pengalaman berkenaan sebagai menyeronokkan.

Menurut kajian itu, mereka yang terjebak dengan gejala terbabit bukan disebabkan faktor tekanan akibat kegagalan institusi keluarga termasuk rumah tangga porak-peranda, sebaliknya tertarik dengan pengaruh rakan sebaya. Sebahagian besar mereka juga mengakui menerima pendidikan agama mencukupi.

Dapatan itu diperoleh daripada kajian enam bulan bertajuk ‘Keterlibatan Remaja Dalam Salah Laku Seksual’ dengan 400 responden ditumpukan kepada dua kumpulan sasaran di Lembah Klang dan juga kawasan luar bandar, iaitu pelajar sekolah menengah daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima serta remaja di bawah usia 25 tahun. Kajian itu siap sepenuhnya Disember lalu.

Pengarah Pusat Kokurikulum UPM yang mengetuai kajian itu, Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata ada responden mengakui terdedah kepada ‘dunia seksual’ seawal sekolah rendah, termasuk muat turun gambar lucah melalui telefon bimbit, menonton video lucah dan melayari laman web pornografi.

Beliau yang memfokus kepada pembinaan modal insan, pembangunan sahsiah dan kemahiran insaniah dalam bidang tugasannya berkata, penggunaan bahasa serta isyarat lucah dalam komunikasi dan pergaulan harian bersama rakan sebaya pada usia begitu mentah juga menjadi amalan mereka.

“Lebih menyedihkan apabila yang menjadi keutamaan remaja terbabit dengan seks bebas itu ialah ‘buat selagi tidak mengandung’. Mereka langsung tidak mementingkan soal dosa seolah-olah agenda ketuhanan tiada dalam hidup.

“Ada responden yang menjawab mereka tahu perbuatan itu berdosa tetapi berkata ‘enjoy dulu, nanti taubatlah’. Ini bermakna remaja berkenaan ada pengetahuan dan kesedaran agama, tetapi ia tidak menyentuh jiwa mereka.

“Walaupun dapatan kajian di luar bandar dan Lembah Klang menunjukkan hasil lebih kurang sama, senario di luar bandar itu boleh dianggap lebih mengejutkan apabila ramai remajanya turut terjebak dengan gejala ini sedangkan kawasan berkenaan tidak mendapat pendedahan seperti di bandar raya,” katanya kepada Berita Harian.

Mohammad Shatar berkata, kajian membabitkan jumlah seimbang dari segi responden lelaki dan perempuan itu dilakukan sebagai projek tahun akhir pelajarnya dengan menyenaraikan 25 aktiviti salah laku seksual daripada peringkat ‘ringan-ringan’ seperti meraba, bercium dan berpeluk hingga peringkat kes berat meliputi seks bebas serta menggugurkan janin.

Beliau berkata, hasil kajian juga mendapati ada beberapa faktor yang umpama ‘mencurah minyak ke dalam api’ yang menambah kepada gejala itu, termasuk kebebasan dan kepercayaan terlalu tinggi diberikan oleh ibu bapa kepada anak.

“Memang amat penting untuk memberi pendidikan agama secukupnya kepada anak, tetapi itu bukanlah jaminan kerana ia mesti dilengkapi pengawasan berterusan daripada ibu bapa. Jangan terlalu bersangka baik atau menjadikan penampilan luaran anak seperti dari segi cara berpakaian dan tingkah laku sebagai ukuran mutlak bahawa mereka selamat atau terhindar daripada pengaruh gejala seks ini.

“Pengaruh luar amat berkuasa terhadap remaja, lazimnya bukan daripada keluarga sendiri. Justeru, ibu bapa tetap perlu berhati-hati dengan menyimpan 50 peratus ketidakpercayaan terhadap anak, termasuk membuat pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa.

“Selain itu, disyorkan ibu dan bapa melakukan ‘pemeriksaan fizikal’ yang sewajarnya dan secara berhemah terhadap anak perempuan dan juga anak lelaki dari semasa ke semasa demi memastikan mereka tidak menyembunyikan sebarang ‘tanda’ berkaitan.

“Dalam konteks ini, jangan mudah terpedaya dengan ideologi kebebasan peribadi dari Barat kerana ada ibu bapa harus mengetepikan elemen privasi demi menyelamatkan anak selagi tindakan yang diambil tidak melampaui batasan,” katanya.

Saturday, June 19, 2010

:: PDRM: Benarkah tuduhan ini ?

PBB: Polisi Malaysia Kejam

Sabtu, 19 Juni 2010 | 10:35 WIB
Ilustrasi

KUALA LUMPUR, KOMPAS.com — Polis Diraja Malaysia (PDRM) dinilai kejam dalam menangani tersangka dan tahanan. Pendapat itu disampaikan Komisi HAM PBB yang meninjau kondisi para tahanan PDRM di Malaysia.

"Penyiksaan menjadi prosedur standar. Keterangan diperoleh dari tahanan yang ditemui tim PBB dalam kunjungan ke Malaysia," kata El Haji Malik Sow, Ketua Delegasi HAM PBB, Jumat (18/6/2010) di Kuala Lumpur.

Para tahanan yang disiksa terkait kasus subversif, terorisme, imigran gelap, dan pencari suaka. "Sebagian tahanan mengaku dipukuli, ditendang, ataupun disiram air kotor," El Haji Malik Sow menerangkan.

Beberapa tahanan ada yang dikurung dan dibiarkan kelaparan. Sebagian besar tahanan tidak diberikan kesempatan menghubungi keluarga atau pengacara.

Sejumlah oknum polisi terlibat dalam pembunuhan seorang fotomodel Mongolia yang dikabarkan memiliki kedekatan dengan petinggi Malaysia. Fotomodel itu ditembak mati.

Kasus yang diduga terkait pemberian suap dalam pembelian kapal selam Perancis yang dilakukan Pemerintah Malaysia beberapa tahun lalu itu kini menghilang dari pemberitaan.

Komisi HAM PBB, mengutip keterangan para tahanan, mengatakan, mereka lebih memilih berada di penjara daripada di dalam tahanan polis ataupun imigrasi Malaysia.

Komisi HAM PBB datang atas undangan Pemerintah Malaysia yang berusaha melakukan reformasi hukum.

Raja Azahar Abdul Manap, seorang pejabat senior Departemen Dalam Negeri Malaysia, mengatakan, pemerintah berusaha memperbaiki kondisi tahanan imigrasi. Namun, Raja juga menyalahkan pemerintah negara asal imigran gelap. (Reuters/AFP/ONG)


Wednesday, June 16, 2010

:: Sultan Brunei bercerai ?

Gambar fail menunjukkan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah diiringi isteri-isteri baginda, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (depan kiri) dan Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim (kanan) bersama kerabat diraja yang lain di Istana Nurul Iman in Bandar Seri Begawan, Brunei. Baginda hari ini secara rasmi menceraikan Azrinaz yang diumumkan oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Abu Bakar.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/6/16/mstar_berita/20100616220721&sec=mstar_berita

Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz

PETALING JAYA: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah hari ini menceraikan isteri baginda, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu.

Pengumuman khas mengenai perceraian itu diumumkan oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Abu Bakar melalui web tv Radio Televisyen Brunei (RTB) di Brunei malam ini.

Pengiran Alaudin turut mengumumkan kesemua pingat dan darjah kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada bekas wartawan penyiaran TV3 itu ditarik balik serta-merta.

Pengumuman khas itu boleh diikuti di http://www.rtbnews.rtb.gov.bn/?c=newsDetail&news_id=10094.

Sultan Brunei menikahi Azrinaz pada 20 Ogos 2005 pada satu majlis tertutup di lokasi yang dirahsiakan. Beliau ketika itu berusia 26 tahun sementara baginda berusia 58 tahun.

Hasil perkahwinan tersebut pasangan diraja itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel pada 1 Jun 2006 dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah pada 28 Januari 2008.

..............................................................................................


Sultan Brunei cerai Azrinaz talak satu


Sultan Hassanal Bolkiah bersama permaisurinya, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (tengah) dan Azrinaz Mazhar Hakim pada majlis perkahwinan Puteri Majeedah Nuurul Bulqiah dan Pengiran Khairul Khalil di Istana Nurul Iman, Brunei pada 10 Jun 2007. Puteri Majeedah ialah anakanda Sultan Hassanal Bolkiah bersama Raja Saleha. – REUTERS


KUALA LUMPUR 16 Jun – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah hari ini menceraikan isteri baginda, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu.

Pengumuman khas itu dibuat oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Paduka Abu Bakar menerusi slot berita Radio Televisyen Brunei (RTB) dan turut dimuatkan dalam laman web stesen tersebut.

Dalam kenyataan satu muka surat yang dibacakan itu dan turut diedarkan kepada media Brunei menyebut baginda menceraikan bekas personaliti TV3 itu atas sebab-sebab khas.

“(Ia) dipandu dan ditentukan oleh hukum syarak dalam perkahwinan dan perceraian dan juga menepati maksud ayat suci al Quran surah Al-Baqarah daripada sebahagian ayat 229, iaitu menikahi dengan baik (maaruf) dan melepaskan juga dengan baik (ihsan),” menurut kenyataan itu.


Teks perisytiharan perceraian antara Sultan Hassanal Bolkiah dengan Azrinaz Mazhar Hakim.


Sehubungan itu juga, terasul dan gelaran serta bintang kebesaran dan pingat kehormatan negara Brunei Darussalam yang dikurniakan kepada bekas isteri baginda itu ditarik balik.

Sultan Brunei, 63, diijabkabulkan dengan Azrinaz Mazhar, 31, pada 20 Ogos 2005 dalam satu majlis tertutup di ibu kota.

Hasil perkahwinan pasangan diraja itu dikurniakan dua cahayamata iaitu Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, 4, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 2.



.............................................................................................



Sultan Brunei ceraikan Azrinaz talak satu


GAMBAR fail menunjukkan Sultan Hassanal Bolkiah (tiga dari kiri) dengan isteri pertamanya, Raja isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (kiri) dan Azrinaz Mazhar Hakim pada sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-60 di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan pada 15 Julai 2006.


BANDAR SERI BEGAWAN - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan perceraian dengan isterinya dari Malaysia, Azrinaz Mazhar Hakim yang merupakan bekas wartawan penyiaran stesen televisyen TV3 malam semalam di sini.

Sultan Hassanal Bolkiah, 63, yang merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia berkahwin dengan Azrinaz pada 2005.

Azrinaz yang berumur 30 tahun melahirkan dua cahaya mata iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan.

Berita mengenai perceraian itu diumumkan oleh Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Haji Alaudin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar menerusi pengumuman khas di stesen televisyen Radio Televisyen Brunei pada pukul 8 malam.

Beliau membacakan kata-kata pujian kepada Allah sebelum mengumumkan mengenai berita perceraian itu.

Semasa membuat pengumuman tersebut, beliau lengkap berkot dan bersongkok dan menyampaikan berita yang mengejutkan itu dengan tenang.

"Maka pada petang Rabu tiga haribulan Rejab 1431 Hijrah bersamaan dengan 16 haribulan Jun tahun 2010 Masihi (baginda) telah menjatuhkan talak satu kepada isteri baginda, Duli Yang Teramat Mulia Pangeran Isteri Azrinaz Mazhar binti Hakim Mazhar," katanya.

Beliau turut mengumumkan semua gelaran dan pingat kebesaran yang diberikan kepada bekas isteri Sultan Hassanal Bolkiah telah ditarik balik mulai tarikh perceraian.

Pada pengumuman khas itu, beliau menyatakan perceraian itu dilakukan atas sebab-sebab khas tanpa memberikan butiran lanjut.

Beliau kemudian menjelaskan bahawa perceraian itu dibuat dengan dipandu dan ditentukan dengan hukum syarak dan menepati ayat suci al-Quran, surah al-Baqarah dari sebahagian ayat 229 iaitu menikahi dengan baik dan melepaskan juga dengan baik.

Pengumuman itu dibuat selepas tersebarnya khabar angin mengenai perpisahan mereka di Bandar Seri Bagawan.

Menurut agensi berita AP, ia merupakan perceraian yang kedua buat Sultan Hassanal Bolkiah yang mempunyai anggaran kekayaan sekurang-kurangnya AS$20 bilion (RM65.25 bilion).

Baginda bercerai buat pertama kali dengan seorang bekas pramugari, Mariam Abdul Aziz yang mempunyai darah keturunan Brunei, Jepun dan Scotland pada Februari 2003 selepas 21 tahun mendirikan rumah tangga.

Namun, Sultan Hassanal Bolkiah mengekalkan perkahwinan dengan isteri pertama, Raja Isteri Pangiran Hajah Anak Saleha yang dikahwininya pada 1967.

Putera sulung baginda, Putera Al-Muhtadee Billah Bolkiah kini merupakan Putera Mahkota dan bakal mewarisi tampuk pemerintahan.

Sultan Hassanal Bolkiah mula memerintah pada 5 Oktober 1967 selepas ayahanda baginda turun takhta.

Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah menjadi legenda di kalangan golongan kaya.

Semasa bermain polo dengan pewaris kedua takhta diraja Britain, Putera Charles, kasut baginda untuk bermain polo telah dihantar dengan menggunakan helikopter. - Agensi


.............................................................................................


Sultan of Brunei divorces former TV3 reporter

In this 2008 photo, the Sultan of Brunei Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izuddin Waddaulah is accompanied by his wives Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (left) and Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim.

In this 2008 photo, the Sultan of Brunei Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izuddin Waddaulah is accompanied by his wives Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (left) and Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim


The Sultan of Brunei has announced he is divorcing former TV3 reporter Azrinaz Mazhar Hakim after five years of marriage.

Sultan Hassanal Bolkiah, one of the world's wealthiest men, married Azrinaz in 2005.

Azrinaz gave birth to the sultan's 11th child, a baby boy, less than a year later and a daughter in 2008.

Brunei's palace announced on state television and radio late Wednesday that the sultan has divorced Azrinaz and revoked all her royal titles. No other details were made available. - AP

Published June 16 2010




.................................................................................



Brunei Sultan divorces Azrinaz after five years

BANDAR SERI BEGAWAN: The Sultan of Brunei has divorced his Malaysian wife after five years of marriage.

Sultan Hassanal Bolkiah, one of the world’s wealthiest men, married Azrinaz Mazhar Hakim, a former Malaysian TV news journalist, in 2005.

Azrinaz gave birth to the Sultan’s 11th child, a baby boy, less than a year later and a daughter in 2008.

Brunei’s palace announced on state television and radio late yesterday that the Sultan had divorced Azrinaz and revoked all her royal titles.

No other details were made available, AP reported.

The live broadcast at 8pm yesterday is also available on the Radio Television Brunei website at http://www.rtbnews.rtb.gov.bn/?c=newsDetail&news_id=10094.

The 139-second footage, shows the special announcement made by the Grand Chamberlain, Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar.

Pengiran Haji Alauddin said the Sultan announced the first stage divorce (talak satu) upon Azrinaz.

The divorce is based on special reasons.

Azrinaz made headlines five years ago when she married the Sultan in a closed ceremony in Kuala Lumpur attended by family members, relatives and close friends of both bride and groom.

Azrinaz took a diploma course in broadcasting at the Malaysian Institute of Integrative Media (MIIM) or Akademi TV3 in 1997 and started work as an executive journalist with the station two years later.

She won TV3’s Promising Journalist for 2000 award and received an MIIM Alumni Award in 2002.


.......................................................................................









Sunday, June 06, 2010

:: Jumpa kembar seiras di air terjun

Dah hampir sebulan rasanya.. gerak hati terlalu ingin nak ke mana2 tempat yang berair terjun. Entah kenapa.. tapi itulah yang berlaku. Sesekali ada beritau ahli keluarga.. namun, masing2 sibuk dengan rutin harian dan program hujung minggu yang kelihatannya semacam tidak berkesudahan. Tertundalah segala apa yang dirancang itu yang sebenarnya lebih kepada mengikut gerak hati.

Selesai solat berjemaah subuh semalam.. terbukalah mulut sebagai mukadimah memaklumkan perihal nak keluar rumah menuju destinasi yang belum jelas. Alhamdulillah.. tiada bangkangan. Sambil memandu menuju ke jalan besar.. nak ke mana kita ni.. ke kiri atau ke kanan.. cepat2. beritau PakNgah. Bermacam2 jawapannya.. ada yang kata ke kanan je.. dan ada juga yang nak ke kiri. Terdetik di hati untuk nak ke kanan.

Bersarapan ringanlah kami 4 beranak di sebuah gerai di sebuah pekan kecil di pinggir bandar.. sementara menunggu teriknya panas matahari. Berpeluang berjumpa seorang Pengetua dari sebuah sekolah di pekan berkenaan bersama ahli keluarganya dalam perjalanan menuju ke rumah menantunya. Kenduri kahwin sebelah pihak sana pulak.. katanya. Mereka juga bersarapan di gerai yang sama. Manakala En. Ahmad.. kenalan lama yang kira2 20 tidak bersua muka...bersama isteri, anak bongsu dan cucu ditemui secara tidak langsung... apabila melihat mereka memakir kereta di bahu jalan berhampiran gerai. Tujuan sebenar cuma untuk memaklumkan kepadanya agar tidak meletakkan keretanya di situ.. sebab sebuah kereta lain telah disaman oleh pihak polis lalu lintas sebentar tadi. Berjumpa secara tidak sengaja... maka berceritalah kisah lama dan sejarah pun di cungkil semula.. begitulah jadinya.

Tidak banyak kenderaan yang tiba sebelum kami.. apabila tempat berair terjun ditemui. PakNgah dan Angah punya gerak hati yang sama.. untuk memilih lokasi sebagai tempat berehat. berdekatan air terjun. Angah membaca novel.. Anwar bermain air.. MakNgah menelaah buku PTK nampaknya.. dan PakNgah sebagaimana biasa mata meliar sambil meneliti setiap sudut, ruang, batu2 dan pokok2 berdekatan.

Berhampiran air terjun di hujung sana.. ternampak kelibat seseorang melintas. Cepat sepantas kilat. Hilang. Sambil merenung pada setiap batu di situ.. ternampak sesuatu semacam manusia walaupun kurang jelas. Mata masih menumpu di situ.. lama kelamaan pandangan semakin jelas.. ternampak susuk manusia yang semakin jelas akhirnya. Terpana seketika.

Tak percaya kepada apa yang dilihat.. lalu segera memberitahu Angah di sebelah. Angah mengangguk tanda setuju.. serupa macam ayah, katanya. Pandangan kami berdua masih kepada susuk manusia tersebut yang semacam merenung sesuatu.. tapi kami tak pasti apa yang direnungnya. Masih kekal di situ.. tak bergerak lagaknya sambil kaki bermain air.

Nekad. Bangun.. lantas menuju kepadanya.. dan sama2 kehairanan. Kami seiras. Huh !!! Betul2 seiras !! Salam yang diberi dijawabnya sambil tersenyum simpul. Matanya melekat merenung PakNgah. Kami saling merenungi. Tidak banyak cakap orangnya. Beliau enggan untuk bergambar bersama.. terasa rugi untuk dijadikan sebagai bahan bukti.. namun.. sudi untuk diambil gambarnya sahaja.

Puas. Perjalanan yang tidak dirancang.. hanya sekadar mengikut gerak hati.. mungkin untuk mempertemukan "kembar seiras"..