Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts

Friday, August 26, 2011

:: Nahdatul Ulama - Muhammadiah (Indonesia) berbeza raya ?

Antara Muhammadiyah dan Nahdlatul Ulama
Hari Idul Fitri Bisa Berbeda

JAKARTA, KOMPAS.com — Hari raya Idul Fitri 1 Syawal 1432 Hijriah tahun 2011 ini bisa berbeda hari antara Muhammadiyah dan Nahdlatul Ulama.

Muhammadiyah, yang berpatokan pada hisab (perhitungan), telah memutuskan, hari raya akan jatuh pada Selasa (30/8/2011). Sementara Nahdlatul Ulama masih menunggu rukyat (penglihatan) terhadap bulan, dan bisa jadi hari rayanya jatuh pada Rabu (31/8/2011).

Ketua Pimpinan Pusat Muhammadiyah, Abdul Fattah Wibisono, di Jakarta, Jumat (26/8/2011), mengungkapkan, Muhammadiyah sudah menentukan, bahwa hari raya Idul Fitri tahun ini akan jatuh pada Selasa nanti.

Keputusan itu merupakan hasil perhitungan hisab tim Muhammadiyah. Saat matahari terbenam pada hari ke-29 Ramadhan, atau Senin (29/8/2011), posisi hilal (bulan) ada di atas ufuk dengan ketinggian 1 derajat 55 menit.

"Apabila hilal sudah berada di atas ufuk, apakah dapat dilihat secara kasat mata atau tidak, artinya sudah masuk tanggal bulan baru, dalam hal ini 1 Syawal. Perhitungan demikian sudah kami lakukan sejak tahun 1969," katanya.

http://nasional.kompas.com/read/2011/08/26/2124008/Hari.Idul.Fitri.Bisa.Berbeda

Wednesday, November 17, 2010

:: Berkorban











:: Raya Qurban: Rezeki ada di mana-mana






PENIAGA lemang, Zaiful Azizi Mohd Yusof, 28, bersama Mohd Kamal Jamal, 60 (kiri), membasuh dan mengagihkan buluh sebelum dibakar untuk tempahan lemang sempena Aidiladha di Taman Datuk Harun, Kuala Lumpur. Lemang itu dijual dengan harga RM9 hingga RM12. - Foto Sairien Nafis
Nov 16, 2010 4:55 pm




Sunday, September 12, 2010

:: Hari raya pertama


Hari ni dah masuk hari ketiga bagi penduduk Malaysia beraya, kecuali bagi yang beraya lebih awal. Tak berapa sihat kali ini. Dah tiga hari sebegitu. Menunggu rumah seorang diri... yang lain menziarahi adik beradik, sedara mara, rakan taulan dan sahabat handai.

Berkesempatan untuk solat sunat hari raya di Pusat Pengajian Islam, IPG Kampus Tun Abdul Razak. Dipenuhi oleh jamaah dari kawasan sekitar, Kpg. Sindang dan Desa Ilmu. Bilangannya tidak seramai ketika solat Jumaat sebagaimana lazimnya. Secara kebetulan pelajar ILP, UiTM dan IPG turut pulang bercuti sementelahan beroleh cuti panjang.

Malamnya, sekitar jam 11.50 malam... tergerak hati nak ke Hospital Umum Kuching. Alang dan Ahmad turut sama. Berada di sana sehingga jam 4.00 pagi. Ramai juga pengunjung ikut sama berada di bilik yang sama untuk mendapat rawatan asthma... berusia antara 11 bulan hingga 78 tahun. Yang berusia 11 bulan tu... mula mengidapi asthma sejak berusia 6 bulan lagi... dimaklumkan oleh ayahnya apabila ditanya mengenai anaknya itu. Kesian... tercungap2 dia bernafas akibat saluran pernafasan yang tersekat... sewaktu menggunakan nebulizer.

Kelihatan amat sibuk sekali... doktor pelatih dan doktor terlatih pada awal pagi itu. Kebetulan kami berada pada ruang yang sama di ruang wad kecemasan. Ada kes bergaduh... muka pecah, ada kes kemalangan motosikal... muka cedera parah dan kakinya patah... ada kes pengsan... ada kes gatal2 seluruh badan...dan kes2 lain yang tak diketahui sebab dan puncanya. Terdapat juga 4 orang petugas sukarela dari St. John Ambulance yang dilihat berupaya mengurangkan kesibukan pihak petugas lain di hospital awal pagi tersebut.

Nampaknya mulai sekarang... lemang, ketupat dan masakan ayam wajar dikurangkan pengambilannya... semacam merupakan alahan terbaru yang dialami... dan pastinya... "rezeki" semakin ditarik sedikit demi sedikit.




...............bersambung..............

Friday, September 10, 2010

Wednesday, September 08, 2010

:: Balik beraya...




sebuah perkampungan nelayan
yang kononnya
terlalu banyak remis di pantainya
yang dikisahkan sejak dahulu...




Selalunya sebelum berpuasa lagi, masing2 dah memasang angan2... ingin balik ke kampung halaman masing2... tempat tanah tumpah darah... tempat di mana masing2 dilahirkan atau dibesarkan. Selalunya begitulah. Ada yang bergilir beraya di kampung pasangan masing2... dan ada yang mengutamakan keluarga sebelah pihak suami... dan ada juga sebaliknya. Maha beruntunglah bagi pasangan yang masih memiliki ibu bapa dan ibu bapa mertua atau sekurang2nya salah satu daripada ibu atau bapa... atau ibu atau bapa mertua... atau salah satu daripada mereka.

Seawal sebelum berpuasa... sebelum Ramadhan menjelma... PakNdak Yan menyampaikan mesej... bertanya khabar nak beraya di mana? Mungkin PakNdak Yan dan MakNdak Rahimah sekeluarga ada perancangan sendiri... mungkin nak beraya di Sungkai pula tahun ni...

PakLang Hj Azizi sekeluarga besar kemungkinan akan ke Sitiawan dan Pantai Remis... seperti biasa... waris terdekat MakLang Hjh Zuraidah masih ramai di sana.

PakTeh Hj Azman sekeluarga seperti biasa akan ke Lekir, Pantai Remis dan Wilayah mengunjungi ipar duai sebelah MakTeh Hjh Nurulhuda.

Manakala PakTam Azlan dan MakTam Rozita sekeluarga akan ke Melaka dan Perak... termasuk ke Gerik rumah MakLong Hjh Azizah.

Mungkinkah rumah pusaka di Batu 51 bakal dijadikan rumah terbuka kali ini... tempat berkumpul adik beradik ?


........... bersambung............



Thursday, September 24, 2009

:: Dihubungi PakLang dari Putrajaya

Hari raya kelima... khamis... batuk menjadi2... demam semacam dah kebah...badan dah mula boleh berpeluh... alhamdulillah.

Anak2 mencadangkan supaya dibuat laksa penang... entah betul entah tidak istilah tuu... mana mungkin buat di Sarawak atau di mana2 pun masih disebut laksa penang... hmmm... dah namanya sebegitu barangkali. Alhamdulillah... "terap periuk" istilah yang sesuai ikut kata orang kampung PakNgah... kawan dan rakan anak2 datang berziarah raya... dari tengahari hingga ke malam.

Siang tadi... bertalu2 terima mesej dari adik bungsu... bertanya khabar akan hal pewaris yang belum ditemui itu... yang dijangka berusia sekitar 20 - 30an... seorang pegawai kerajaan... wanita pulak tuu... dan pastinya tak banyak yang PakNgah dapat bantu dalam keadaan sebegitu. InsyaAllah... laluan mencarinya akan dipermudahkanNYA... bergantung pada masa, suasana dan keadaan nanti. Ketenangan dan kesabaran banyak pihak bakal memungkinkan apa yang dicita2kan itu mampu dicapai... InsyaAllah.

Sebentar tadi (9.57 - 10.06 malam)... adik dari Putrajaya menghubungi PakNgah bertanya khabar dengan memfokuskan kepada kesihatan PakNgah... jawapan standard PakNgah mudah je... sakit2 biasa je... batuk2 dan demam2... sakit orang tua... dengan iringan gelak sakan... walaupun adik PakNgah tu beria2 ingin tahu jenis penyakit yang dihidapi... dan akhirnya perbualan berkisar pulak kepada kebarangkalian adik PakNgah (PakLang) suami isteri dapat ke tanah suci seawal sebelum penghujung Oktober ini. Didoakan agar penantiannya itu dipermudahkan olehNYA... mungkin seminggu lagi tau le... dapat tidaknya... katanya lagi. Terima kasih kerana menghubungi... dan istilah dua dalam satu... "itulah ubat dan itulah penawar"... menjadikan PakNgah gelak sakan.

Ketika ini... MakNgah dan anak2 menziarahi anak angkat kami... "Z" sekeluarga di Kpg Kuap... dekat je... tak sampai pun 1 km jarak jauhnya dari rumah PakNgah. Terima kasih "Z" kerana banyak membantu kami sekeluarga sebelum ini... jazakallah hukhairan kathira...

Monday, September 21, 2009

:: Berhari raya di luar jangka

Hari terakhir ramadhan tahun ini, rasa kurang sihat sikit... demam... melarat hingga ke hari ini. Dah masuk hari ketiga... demam dan batuk2. Belum berpeluang menziarahi mertua dan ipar duai serta rakan2 lain.

Hari raya pertama... menunggu rumah seorang diri... dan hanya ahli keluarga yang menziarahi kaum keluarga lain sehari suntuk.

Hari raya kedua... hari ini... semua ipar duai dan anak2 saudara datang berziarah... termasuk beberapa orang pelajar dari semenanjung dan sabah yang tidak balik bercuti ke kampung halaman masing2... dan sebentar tadi dikunjungi pula oleh seorang pensyarah institut... En. Muhaimi Suhaili beserta isteri dan anaknya Marsya... dan anak angkat MakNgah... Cikgu Normah sekeluarga yang kini mengajar di Sabah.

Seluruh keluarga berkesempatan juga untuk mengunjungi rakan sekelas Alang... di Kpg Hj. Baki... kecuali PakNgah.

Sunday, September 20, 2009

:: Noordin M.Top

Noordin Jadi Obrolan pada Lebaran di Rumah Dubes RI

Minggu, 20 September 2009 | 12:41 WIB

KUALA LUMPUR, KOMPAS.com — Cerita matinya teroris nomor wahid di Asia Tenggara, Noordin M Top, menjadi "santapan" obrolan Idul Fitri bagi warga yang hadir di rumah Dubes RI untuk Malaysia, Da’i Bachtiar., di Kuala Lumpur, Minggu (20/9).

Obrolan menjadi semakin seru sehubungan Dubes, yang mantan Kapolri itu, merupakan salah seorang yang sempat menjenguk jenazah Noordin di RS Polri Jakarta. "Kapan mayat Noordin M Top tiba di Johor?" kata Alfrid Wibisono, manajer Bank Muamalat Cabang Kuala Lumpur, kepada para wartawan yang sedang meliput suasana Lebaran di rumah Dubes RI untuk Malaysia itu.

"Kok mayat Noordin M Top tidak dikubur di Indonesia saja. Kan dia punya dua istri dan anak di Indonesia, sedangkan di Malaysia hanya satu, meski dia istrinya yang pertama. Tidak adil kan?" tanya ekspatriat lainnya, sambil menikmati ketupat, opor ayam, dan rendang yang disajikan di rumah Dubes.

Sementara itu, Dubes Da’i Bachtiar tampak asyik juga bicara mengenai Noordin M Top di sana-sini, sehubungan banyak yang menanyakan. "Terus terang saya penasaran ingin melihat dan memastikan wajah Noordin M Top karena dia merupakan otak bom Bali semasa saya menjadi Kapolri," katanya.

Sent from Indosat BlackBerry powered by

ABI
Sumber : ANT
http://m.kompas.com di mana saja melalui ponsel, Blackberry, iPhone, atau Windows Mobile Phone Anda

:: Dah berhari raya?

الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر,
لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ والله أكبر ,
الله أكبر ولله الْحَمْدُ
الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا
لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ ولانعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره الكافرون
لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وأعز جنده وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ
لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ والله أكبر,الله أكبر ولله الْحَمْدُ

Maksud:

“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tidak ada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Masa Besar dan bagi Allah segala puji-pujian.”

“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar sebesar-besarnya, Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) sebanyak-banyaknya, Maha Suci Allah pagi dan petang.”

“Tiada tuhan melainkan Allah, kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci oleh golongan kafir.”

“Tiada tuhan melainkan Allah yang Esa yang benar janji-Nya, yang menolong hamba-Nya, yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin) dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya.”

“Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Besar, Allah yang Maha Besar dan milik Allah-lah segala puji-pujian.”

Friday, September 18, 2009

:: Hujung dan awal...

Kita sudah menghampiri penghujung Ramadhan...
dan Syawal bakal menunjukkan muka.
Begitulah cepatnya masa berlalu...
rasa kita begitulah...
sedangkan tempoh masa
dan gerak detik
dan ketika tetap sama...
hanya kita yang terasa begitu.
Pastinya usia kita semakin meningkat...
dan baki usia sedia ada
adalah semakin mengecil

dan semakin pendek...

Semoga kita diberikan kesihatan yang baik...
dan dipanjangkan usia dalam memaknakan kehadiran kita disisiNYA...
Amin.


Sempena 1 Syawal yang bakal tiba
PakNgah sekeluarga
mengucapkan

Selamat Hari Raya
Maaf zahir dan batin


Ditujukan kepada:

semua kaum keluarga
semua sedara mara

semua rakan taulan dan sahabat handai
semua staff
semua pelajar
semua pengunjung blog
semua rakan blog
dan
semua muslimin dan muslimat
di mana saja berada


Wednesday, September 16, 2009

:: Jom balik kampung sempena raya ni...

Bulan ramadhan sudah menghampiri penghujungnya... dan bulan syawal akan muncul... dan ada pihak akan terlibat untuk melihat dan mengesahkan akan bilakah masa sebenarnya bagi rakyat negara ini untuk berhari raya pada tahun ini. Sama2lah kita menunggu pengumuman oleh pihak berwajib mengenai penentuan tarikh tersebut. Ada pihak yang telah mengambil cuti mulai hujung minggu ini... merancang dan bersiap sedia untuk sambutan hari raya... ada yang mungkin untuk balik ke kampung masing2 bersama kaum keluarga... ada yang mungkin akan berhari raya di rantau sahaja... dan kesian kepada pihak yang tidak punya kampung untuk balik berhari raya sebab mereka berasal dari bandar... kecuali yang berasal dari Kg. Bharu di "tobiaq" Kuala Lumpur... yang sebenarnya berasal dari kampung...


.......................................................................................................

Balik Kampung Dulu, Balik Kampung Kini

Oleh Zulkiple Ibrahim

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Di minggu terakhir Ramadan ini, lagu 'Balik Kampung' oleh allahyarham Datuk Sudirman Arshad terasa bagai dinyanyikan dalam jiwa ramai penghuni di kota raya ini.

Beberapa hari sebelum Aidilfitri, yang dijangka pada hujung minggu ini, jalan-jalan menghala keluar dari bandar-bandar utama di negara ini akan mula sesak dengan kenderaan membawa ribuan penghuni kota untuk 'balik kampung'.

"Balik kampung sudah menjadi satu budaya bagi rakyat Malaysia bukan sahaja pada Hari Raya tetapi juga perayaan lain seperti Tahun Baru Cina dan Deepavali. Bukan sahaja bagi orang Melayu tapi untuk semua bangsa," kata bekas pendidik Fatimah Mansur.

Kata beliau balik kampung kini telah bertukar menjadi satu fenomena.

"Cakap saja balik kampung, satu transformasi akan menyelinap ke dalam jiwa anda," katanya.

KENAPA PERLU BALIK KAMPUNG?

Balik kampung ialah satu perkara yang memenatkan. Terdapat kesesakan jalan yang teruk, kemalangan termasuk kemalangan maut, juga kos yang tinggi dari segi pengangkutan.

Jadi kenapa perlu balik kampung dan kenapa tidak menyambut Hari Raya di kota sahaja.

"Masyarakat kita memang gemar menziarah kaum keluarga dan berjumpa mereka secara langsung, bukan hanya bercakap melalui telefon atau berkomunikasi melalui e-mel atau teknologi yang lain.

"Balik kampung adalah satu proses mengeratkan pertalian keluarga," kata Fatimah.

Bagi jururawat Elizabeth Choo, Aidilfitri adalah untuk semua.

"Ia merupakan cuti kebangsaan, jadi kita semua perlulah balik kampung kalau boleh, dan berjumpa orang tua. Mereka agak sukar untuk datang ke sini. Bila lagi, sebab pada hari lain kita sibuk bekerja," kata Choo yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan.

BALIK KAMPUNG DULU, BALIK KAMPUNG SEKARANG

Penulis masih ingat pada tahun 1982, ketika beliau seorang mahasiswa di sebuah universiti di sini, beliau terpaksa duduk di lantai gerabak kereta api kelas tiga untuk 'balik kampung' kerana ingin menyambut Hari Raya bersama ibunya di Pasir Mas, Kelantan.

Semuanya kerana tiket bas kehabisan. Untuk naik kapal terbang jauh sekali kerana penulis tidak mampu. Ketika itu perkhidmatan bas tidaklah sebanyak dan sebaik yang ada sekarang.

Sekarang untuk balik kampung sahaja, beratus-ratus bas yang selesa serta berhawa dingin disediakan. Tak cukup lagi, beratus permit bas sementara juga disediakan oleh pihak berkuasa pengangkutan.

Naik kapal terbang untuk balik kampung juga kini satu kemudahan untuk semua.

"Naik kapal terbanglah pakcik, sekejap je dan tambang pun tak mahal," kata seorang pelajar universiti, Nurul Huda, bila ditanya penulis bagaimana beliau hendak balik kampung.

"Dulu kalau mahu pulang ke Sabah untuk sambut Hari Raya cukup mahal dan susah. Tidak lagi sekarang,"kata Surami Saimi yang berasal dari Penampang, Kota Kinabalu.

Tiga dekad yang lalu, hanya syarikat penerbangan MAS yang beroperasi. Kini, telah wujud syarikat penerbangan tambang murah seperti Firefly dan AirAsia yang boleh menerbangkan anda kemana-mana saja destinasi di dalam dan luar negara.

Bagi yang memilih untuk naik kereta api, perjalanan mereka juga selesa kerana semua koc KTMB mempunyai pendingin hawa serta kerusi yang bernombor.

Jadi, bukanlah satu kerumitan untuk balik kampung dan menemui sanak saudara di musim perayaan ini.

Selamat Hari Raya.

-- BERNAMA

Tuesday, September 15, 2009

:: Putu kacang: Sedap woo...


Putu Kacang 5.50
Sumber: Majalah Saji Mei 1998
Hits: 945 Rating: 5.50 Review: 0
Bahan-Bahan:
1 kg kacang hijau - dibuang kulitnya
1 kg gula pasir
1 gelas air suam
Cara:
Goreng kacang hijau hingga kekuningan. Ambil sebahagian daripada segelas air suam tadi, renjiskan ke atas kacang sedikit demi sedikit hingga rata. Perapkan kacang hingga kering semula. Selepas satu jam, renjiskan lagi lebihan air suam tadi (1/2 gelas) ke atas kacang sedikit demi sedikit. Perapkan lagi selama satu jam. Kisarkan kacang hingga halus dan ayak hingga habis. Kisar pula gula pasir hingga halus dan ayak. Campurkan kedua-dua bahan tadi hingga sebati. Ambil segenggam adunan, genggam kuat-kuat dan masukkan ke dalam acuan kayu yang sudah ditaburi sedikit gula halus. Tekan adunan padat-padat dalam acuan. (Jika suka boleh ketuk dengan tukul besi pada adunan hingga padat.) Bersihkan reja-reja kuih yang terdapat pada acuan dengan pisau. Ketuk perlahan-lahan belakang acuan hingga kuih terkeluar daripada acuan. Letakkan kuih secara berhati-hati di dalam dulang atau loyang. Jemurkan dibawah terik mentari selama satu jam sebelum dihidangkan.


..................................................................................................



Catatan:

Bukan apapun... bila dekat nak raya ni, mengimbas kembali ketika allahyarhamah bonda masih ada... putu kacang ni akan diusahakan agar dapat dibawa balik ke Bumi Kenyalang. Sedap tak terkata... bagi yang menggemarinya le. Biasanya allahyarhamah akan menempah melalui anak allahyarham mantan Tok Siak masjid Sg. Batu... hmmm... dah lupa namanya... kalau tak silap beliau agak rapat dengan adik beradik PakNgah dan bertugas di TLDM Lumut ketika itu.

Ketika tempahan dibuat... biasanya akan dimaklumkan agar putu kacang tu jangan terlalu manis... "manis2 buah" sudah memadai... dan putu kacang ni amat digemari oleh PakNgah dan MakNgah... tapi anak2 PakNgah "tak jeling"pun... sebab tak minat...

Kebetulan... petang tadi... boss memesan putu kacang ni melalui Ketua Jabatan Pengajian Melayu yang akan balik beraya di kampung halaman suaminya di Negeri Sembilan.

Di Bumi Kenyalang ni pun ada juga dijual putu kacang tu... tapi agak keras, terlalu rangup dan terlalu manis... dan kesemua ini agak kurang memenuhi citarasa PakNgah.

Al-Fatihah kepada semua muslimin dan muslimat yang telah mendahului kita... terutama kepada allahyarhamah bonda, allahyarham ayahnda dan allahyarham ayahnda mertua. Kami akan ke sana juga... cuma masa akan menentukannya.