Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Sunday, July 31, 2011

Thursday, September 09, 2010

:: Harapan kita






Ramadhan dah di penghujung... Syawal bakal menjelma
Bagaimana keadaan kita... semoga esok masih ada
Segala puji dan syukur kepadaNYA
Atas kehendakNYA... kita dipanjangkan usia



Sunday, September 05, 2010

:: Zakat fitrah




Suatu kewajipan lain yang perlu disempurnakan ialah membayar zakat fitrah atau membayar fitrah... apabila tibanya bulan ramadhan.

Di awal zaman kanak2 dahulu... beras dibawa oleh orang tua ke rumah tok guru... iaitu orang yang mengajar al-quran... Tok Long Nah namanya. Beras diserahkan sebagai bayaran zakat fitrah.

Masa berlalu... kemudiannya... beras disediakan sendiri oleh Tok Long Nah... akad jual beli beras dilakukan... kemudian diikuti dengan proses membayar fitrah dengan beras yang "dibeli" sebentar tadi.

Kini... bayaran zakat fitrah diseragamkan mengikut negeri... dibolehkan bayaran dengan wang tunai yang dinilaikan sama dengan harga beras... walaupun makanan asasi bagi setiap keluarga itu berbeza. Keluarga berada terbiasa dengan beras wangi... manakala keluarga lain mungkin lebih terbiasa dengan beras biasa... dan ada golongan tertentu yang hanya mampu menggunakan beras hancur... namun kini, nilai zakat fitrah diseragamkan bagi semua golongan ini... wallahu'alam.

Kekadang ada yang terlupa untuk membayar zakat fitrah kerana kesibukan tugas dan rutin harian... dan hal ini pernah dinyatakan oleh seorang kenalan baru2 ini... berdasarkan pengalamannya sendiri... dan hanya tersedar setelah menjelang 2 Syawal.




redriam.blogspot.com

:: Hujung Ramadhan



Ramadhan semakin ke penghujungnya menjadikan Syawal semakin menghampiri. Kemeriahan suasana di masjid dan surau sebelum ini seperti seawal puasa nampaknya semakin berkurangan. Tumpuan masing2 lebih ke arah persiapan menyambut ketibaan hari lebaran mungkin sebagai antara penyebabnya. Kuih muih, pakaian, makanan dan persiapan rumah lebih diberi tumpuan perhatian. Masing2 turut merancang balik berhari raya di kampung halaman, terutama yang punya orang tua atau mertua yang setia menanti kepulangan anak menantu, para cucu dan cicit. Maka akan riuh rendahlah dengan hilai tawa dan sembang santai antara ipar duai, biras besan dan isak tangis antara para cucu atau cicit yang sesekali bertemu dan bersua muka. Apa2pun, itulah nikmat dan indahnya apabila masing2 dapat berkumpul terutama yang memiliki keluarga besar.

Bazar ramadhan semakin kurang dikunjungi pelanggan dan pembeli...menjadikan penjual semakin merosot bilangannya. Keriuhan dan jeritan penjual memperkenalkan barangan dan jualan semakin kurang seperti sebelum ini nampaknya. Ada yang memilih untuk tidak mengunjungi bazar demi mengelak dari bersesak2 yang menyukarkan laluan dan melambatkan urusan memilih dan membeli juadah. Kepelbagaian keinginan, citarasa dan gelagat para pengunjung dan penjual menjadikan bazar ramadhan dikunjungi oleh pelbagai kaum.. seolah2 wujudnya pesta makanan sempena ketibaan ramadhan.

Pihak sekolah dan institusi lain telah mulai bercuti. Kelas gantian atau kuliah gantian telah dibuat seawal mungkin sebelum ini, walaupun mungkin ada juga yang akan menggantikannya selepas tempoh bercuti ini. Semoga perjalanan jauh yang bakal dilalui oleh rakan2 kita selamat pergi dan kembali. Kondisi kenderaan sebaiknya difokuskan, demi mengelak perkara2 yang di luar jangka. Rancanglah perjalanan sebaik mungkin. Rasa mengantuk yang teramat sangat yang disertai oleh rasa enggan berhenti dan berehat sebentar adalah antara punca kemalangan.

Berhati2 di jalan raya dan berhenti apabila mengantuk adalah antara pesan yang sentiasa diberikan kepada anak2 yang melibatkan perjalanan jauh sejauh dari Bintangor dan Miri. Alhamdulillah, Ahmad telah selamat tiba seminggu sebelum ini apabila perlu melaksanakan PBS di sebuah sekolah rendah di Kota Samarahan, manakala Alang baru tiba petang tadi, sebelum waktu berbuka puasa. Along menggunakan perkhidmatan Air Asia pagi tadi sementara Zul akan ke Kuching sedikit lewat iaitu pada 7hb nanti.





Saturday, August 28, 2010

:: Badak berendam kembar tak seiras




Sepanjang bulan ramadhan tahun ini... biasanya mata akan meliar mencari badak berendam apabila berkunjung ke mana2 bazar ramadhan... namun belum ada rezeki nampaknya setakat ni. Teringat hasil olahan arwah tok ketika hidupnya... sedap... lazat dan memenuhi citarasa... orang lamalah katakan.


Kuih Badak Berendam

Sedap apabila "badak"nya... iaitu doh tepung pulut yang membaluti inti dibuat nipis... manakala santan yang menjadi tempat "badak" untuk "berendam" cukup lemaknya dengan diberikan sedikit garam. Fuhh...!!!

Dan di bawah ini... inilah rupa dan wajah kembar tak seiras... kepada badak berendam di atas tu. Fuhh...!!!

Badak Berendam


Wednesday, August 11, 2010

:: Ramadhan menjelma.. maknakan kehadirannya


maka betul dan benarkah kata orang sebegini?

puasa orang miskin - dah terbiasa.. sepanjang tahun.. makan lebih kurang

puasa orang senang - dah terbiasa.. sepanjang masa.. banyak penyakit perlu berpantang

puasa orang ada tujuan - membersih diri zahir batin tanpa halangan




Umat Islam Di Malaysia Mula Berpuasa Rabu

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Rabu.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Rabu, 11 Ogos 2010 bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Beliau membuat pengumuman itu melalui siaran langsung RTM1.

Pada 3 Ogos lepas Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia menetapkan Selasa untuk melihat anak bulan serta menetapkan beberapa tempat untuk tujuan tersebut termasuk di Menara Kuala Lumpur.

Majlis Raja-Raja juga telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.

-- BERNAMA



Friday, September 18, 2009

:: Hujung dan awal...

Kita sudah menghampiri penghujung Ramadhan...
dan Syawal bakal menunjukkan muka.
Begitulah cepatnya masa berlalu...
rasa kita begitulah...
sedangkan tempoh masa
dan gerak detik
dan ketika tetap sama...
hanya kita yang terasa begitu.
Pastinya usia kita semakin meningkat...
dan baki usia sedia ada
adalah semakin mengecil

dan semakin pendek...

Semoga kita diberikan kesihatan yang baik...
dan dipanjangkan usia dalam memaknakan kehadiran kita disisiNYA...
Amin.


Sempena 1 Syawal yang bakal tiba
PakNgah sekeluarga
mengucapkan

Selamat Hari Raya
Maaf zahir dan batin


Ditujukan kepada:

semua kaum keluarga
semua sedara mara

semua rakan taulan dan sahabat handai
semua staff
semua pelajar
semua pengunjung blog
semua rakan blog
dan
semua muslimin dan muslimat
di mana saja berada


:: Surat daripada KPPM

Petang semalam, ramai staff sokongan yang semacam tak percaya apabila diberitau bahawa mereka dibenarkan bercuti hari ini... hari Jumaat.

Pensyarah dan pelajar sememangnya sedia maklum bahawa mereka diberi cuti khas mulai hari ini... hari Jumaat... menjadikan institut sudah terasa sunyi... namun sedikit rasa kecewa terpamir pada wajah2 muram para pelajar yang jauh... sejauh dari Sabah dan Semenanjung... yang melibatkan penerbangan Airasia atau MAS... sebab perjalanan pulang ke kampung halaman mengikut perancangan awalnya adalah mulai sebelah petang, sehabis tamat kuliah hari Jumaat. Terasa masa dibazirkan begitu saja oleh mereka yang berkenaan. Apa boleh buat... keputusan yang dibuat oleh pihak kementerian agak lewat.

Petang semalam terkejar2 PA boss menyerahkan surat yang diterima melalui fax. Surat daripada KPPM. Boss minta surat itu diminitkan. Fuh... ada sedikit tambahan dalam surat itu selain dari yang dilaporkan di media masa semalam... iaitu cuti khas ini juga melibatkan staff sokongan... warga institut...

Pegawai Khidmat Pelanggan diminta menghubungi semua unit di institut... memaklumkan perkara ini... namun ramai yang tidak mempercayainya... sehingga diedarkan salinan surat berkenaan dan satu salinan surat dipamirkan berdekatan mesin kad perakam waktu... dan bagi yang telah diluluskan cuti rehat mulai hari ini (Jumaat) dikehendaki mengubahsuai tarikh bercuti berkenaan selepas cuti hari raya ini... dan dapatlah PakNgah berehat hari ini... alhamdulillah...

Petang ini... Along dari Kuala Lumpur, Alang dari Miri dan Ahmad (Anjang) dari Bintangor akan tiba... dan berkumpullah kami 7 beranak... setelah Anwar (Acik) dah diambil MakNgah petang semalam dari asrama sekolahnya... SAINSKU... dan banyaklah cerita dan berita yang bakal dikongsi bersama nanti terutama ketika di meja makan ketika berbuka puasa (sungkei), insyaAllah.

Sunday, September 06, 2009

:: Sup tulang: Satu keinsafan

Nizar: Satu Keinsafan.

Boring cerita pasal politik, jom santai sambil muhasabah diri....

Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?"

Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga."
"Jawab budak berkenaan."
"Awak ada berapa orang adik-beradik..? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya...

Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu. Lalu aku bertanya lagi..,

"Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah... Emak Bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan.

Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilogram tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri semua barang-barang keperluan tadi, adiknya melompat kegembiraan sambil menjerit...

"Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari Raya Korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah.

Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar. Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata...;

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi, "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah. Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"..? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Isa: Artikel ini aku petik dari Respek Group untuk renungan bersama, semoga Ramadhan dan Syawal ini akan memberi keinsafan dalam mengharungi kehidupan seharian kita. Dan bantulah kepada mereka yang memerlukan.

Saturday, August 22, 2009

:: Anak bulan



Kita berpuasa lagi, apabila diumumkan sebegitu, berpandukan hisab dan rukyah. Alhamdulillah, kesihatan yang baik diperolehi dan umur dipanjangkan lagi olehNYA. Marilah kita laksanakan apa yang patut di bulan Ramadhan al-Mubarak ini. Alhamdulillah, kita masih diizinkan untuk bernafas di bulan ini pada tahun ini...