Showing posts with label sosial. Show all posts
Showing posts with label sosial. Show all posts

Tuesday, April 05, 2011

:: PM : Serap 4 elemen Lautan Biru





Serap 4 elemen Lautan Biru: PM
Oleh Magendran Rajagopal
magendran@bharian.com.my
2011/04/05

Penjawat awam disaran cari rumusan kreatif, tak berfikir konvensional atasi masalah

PUTRAJAYA: Penjawat awam disaran menerapkan empat elemen penting Strategi Lautan Biru iaitu, 'kurangkan, hapuskan, wujudkan dan menambah peluang' ketika melaksanakan tugas supaya pencapaian dan keberhasilan sektor pentadbiran awam terus meningkat.

Kakitangan awam tidak sepatutnya hanya memerhatikan perancangan strategik negara selaku anggota pentadbiran saja, sebaliknya mesti berpaksikan kepada tafsiran objektif mengenai kehendak dan jangkaan rakyat terhadap kerajaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Kita anggap prinsip ini sebagai ‘empat suku atau quadrant’. Kalau nak dipercepatkan sistem penyampaian, kita kena masuk suku ‘kurangkan’, seperti dilakukan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) dan Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Mohd Sidek Hassan).

“Suku ‘hapuskan’ pula diguna pakai apabila ada ketirisan atau kerugian... kita cuba hapuskan. Umpamanya, isu yang gemparkan kita, iaitu tindakan terhadap pegawai kastam, kita nak banteras salah guna kuasa, pembaziran dan rasuah.

“Menambah peluang pula bermakna kita memberi nilai tambah dalam pengurusan dan pentadbiran bagi meneroka peluang baru. Kita guna apa saja pendekatan pengurusan dan pemikiran lebih kreatif supaya pencapaian kita berhasil mencapai matlamat,” katanya berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri, di sini semalam.

Najib menegaskan Strategi Lautan Biru turut menyokong agenda utama kerajaan melalui pelbagai pendekatan baru yang dapat dilihat daripada dua aspek, iaitu mencari rumusan kreatif dan tidak lagi berfikir secara konvensional bagi menyelesaikan masalah.
Katanya, kerja tambahan tidak seharusnya bermakna perlu ada penambahan bajet atau jumlah kakitangan, sebaliknya strategi harus menjadi pedoman bagi mengurangkan tenaga kerja dengan menghapuskan apa yang tidak perlu, sekali gus mewujudkan peluang baru dan menambah bidang baru untuk diceburi.

Beliau juga mengingatkan satu daripada tonggak utama pihak pentadbiran adalah berlandaskan kepada dasar bahawa kerajaan adalah untuk semua rakyat Malaysia dan penjawat awam mesti adil kepada segenap lapisan masyarakat.

Misalnya, kata Perdana Menteri, apabila pelajar Malaysia terkandas di Mesir, kerajaan berusaha membawa mereka pulang ke tanah air serta tindakan untuk menyelesaikan masalah berhubung isu novel Interlok dan kitab Injil yang diterbitkan dalam bahasa Melayu.

Najib juga berkata, penjawat awam perlu mengenal pasti bidang yang diberi keutamaan oleh kerajaan dan menyesuaikannya dengan apa yang hendak dilakukan berdasarkan penilaian objektif terhadap persekitaran ekonomi dalaman, serantau serta global supaya strategi ekonomi negara pada masa depan menepati senario dalam dan luar negara.

Katanya, ia perlu diperhebatkan kerana rakyat semakin menerima langkah kerajaan, malah penilaian oleh mereka dari luar negara seperti Pengasas Bersama Kumpulan Transparency International (TI), Michael Hershman, mengesahkan pencapaian negara adalah hakikat, bukan sengaja diada-adakan.

“Pada penghujung 2009, kita mulakan proses perancangan strategik. Lantaran itu lahirlah Program Transformasi Kerajaan (GTP) dengan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan disusuli dengan analisis mendalam kedudukan ekonomi negara dalam konteks hala tuju baru.

“Maka tercetuslah Model Baru Ekonomi (MBE) dengan 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan 131 mengenai projek permulaan (EPP). Di samping itu, kita sudah kenal pasti apakah kekangan struktur yang boleh menjadi hambatan kepada kita memacu ke hadapan lebih pantas lagi,” katanya.



Wednesday, December 29, 2010

:: Budaya 'coupling'... budaya kita...?




thumbnail


Antara cinta dan penimbaan ilmu

BUDAYA berpacaran kian menjadi amalan kebanyakan mahasiswa atau pelajar IPT lain... sebaik saja bergelar warga kampus hingga menimbulkan keresahan banyak pihak dan masyarakat umumnya... dan itulah yang berlaku.




Tuesday, December 29, 2009

:: Gangguan seksual di IPG ? Benarkah ?

SURAT

Pelatih kesal institut tak hirau aduan gangguan pensyarah gatal

INSTITUT Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPG KBA) Kuala Lumpur melahirkan ramai pendidik berkaliber. Malangnya, tindakan pensyarah tertentu menimbulkan kegelisahan pelajar perempuan.

Masalah kami sudah dibawa ke pengetahuan pengurusan tertinggi institut, namun tiada tindakan diambil.

Ini memaksa kami mendedahkannya melalui media supaya Bahagian Pendidikan Guru turun padang menyiasat masalah itu.

Pelatih perempuan sering berdepan gangguan seksual pensyarah lelaki. Perkara ini berlarutan dari semasa ke semasa yang mengundang keresahan serta ketakutan.

Pensyarah berkenaan sering menyentuh bahagian tertentu tubuh. Walaupun cuba dihalang dia terus melakukannya berkali-kali. Bentuk gangguan seksual lain ialah melalui pujuk rayu di telefon.

Saya antara mangsanya dan sentiasa ketakutan di institut ini kerana bimbang terserempak dengan pensyarah berkenaan yang akan mengambil kesempatan menyentuh saya.

Kejadian ini berlarutan sejak sekian lama dan ramai pelajar perempuan menjadi mangsa. Saya beranggapan institut ini tempat selamat untuk menuntut ilmu, begitu juga anggapan ibu bapa.

Sebaliknya, pensyarah yang tidak bertanggungjawab mengancam dan menggugat keselamatan pelajar perempuan di institut itu.

Pihak pentadbir mengetahui perkara ini, namun tiada tindakan diambil terhadap pensyarah berkenaan.

Saya harap perbuatan tidak bermoral ini dapat tangani segera oleh IPG KBA dan Bahagian Pendidikan Guru bagi mengembalikan kepercayaan dan keselesaan pelajar perempuan sepanjang berada di institut itu.

PELATIH KETAKUTAN,
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa,
Kuala Lumpur.

Monday, December 14, 2009

:: Sarawak : Di mana silapnya ?

Menteri Muda Sarawak Sedih Ramai Ketinggalan Rebut Peluang Pekerjaan Portal Jobsmalaysia

KUCHING, 13 Dis (Bernama) - Seorang Menteri Muda Sarawak pada Ahad, melahirkan rasa kecewa dan sedih apabila ramai lepasan sekolah dan universiti ketinggalan daripada merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam portal JobsMalaysia.gov.my berikutan kadar penetrasi internet yang rendah khususnya di pinggir bandar di Sarawak.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Sumber Manusia dan Latihan), Datin Fatimah Abdullah berkata walaupun banyak syarikat telah mengiklankan jawatan kosong di portal tersebut tetapi ia mendapat sambutan dingin berikutan pencari kerja khususnya di pinggir dan luar bandar di negeri ini yang masih tidak boleh mengakses internet.

"Saya berasa sangat sedih kerana ramai pencari kerja ketinggalan maklumat, peluang dan tawaran pekerjaan yang diklankan dalam portal JobsMalaysia.

"Sehubungan itu, saya berharap karnival JobsMalaysia, anjuran Jabatan Tenaga Kerja Sarawak dapat mengadakan karnival sebegini sekerap mungkin di bandar utama dan pinggir-pinggir bandar di negeri ini agar pencari kerja dapat merebut peluang yang disediakan," katanya.

Beliau berkata kesukaran untuk mendapatkan surat khabar di kawasan-kawasan luar bandar juga menyebabkan kebanyakan lepasan sekolah di negeri ini mengganggur.

Fatimah yang juga Menteri Muda Pembangunan Wanita berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival JobsMalaysia 2009 di sini hari ini.

Sementara itu, Fatimah berkata Jabatan Tenaga Kerja Sarawak akan sentiasa memantau syarikat yang terlibat dalam karnival JobsMalaysia di negeri ini untuk memastikan pencari kerja tidak terperangkap dengan tipu muslihat pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Setakat ini tiada syarikat yang tidak berkredibiliti terlibat dalam karnival JobsMalaysia di negeri ini. Kalau ia berlaku, kita akan siasat kerana kita tidak mahu memberi harapan salah kepada pencari kerja.

"Sekiranya terdapat syarikat yang tidak berkredibel dan mempunyai niat lain, kita akan senarai hitam syarikat tersebut daripada terlibat dalam karnival JobsMalaysia kerana kita mahu melindungi pencari kerja di negeri ini daripada ditipu. Kita tidak mahu ia berlaku," katanya.

Portal JobsMalaysia merupakan gerbang perkhidmatan pekerjaan untuk sektor awam dan swasta di negara ini untuk meningatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber manusia negara berasaskan laman web dan perkhidmatan secara online.

-- BERNAMA

Saturday, December 05, 2009

:: PakTeh di Kuching

... Dah mula terbang 3 beranak ke Kuching... begitulah mesej yang diterima daripada PakTeh pada jam 6.44 petang (04.12.2009)... dan PakNgah jawab... OK. Selamat datang. Kami tunggu di airport nanti.

PakNgah dan Angah menjemput mereka tiga beranak. 8.30 malam tepat mereka tiba dengan pesawat AK6506 dari Pulau Pinang. Semua yang lain ada tugas masing2. Dalam perjalanan balik, kami singgah pekena nasi ayam penyek, nasi pataya dan mee goreng... di Kota Sentosa. Alhamdulillah.

Berlabun sakan kami... Alang, Ahmad, Anwar, PakTeh dan PakNgah... sesuatu yang umum dan lebih banyak berfokus kepada "di balik sana" sehingga lewat jam 2.30 pagi di luar rumah. Hmm... dah lewat ni... esok ada kerja yang menunggu... kata PakTeh... rasanya mengantuk sangatlah dia tu... keletihan dalam perjalanan... bertolak dari Pantai Remis ke Pulau Pinang setelah solat Jumaat.

Rasa2nya mereka berpeluang ke Serikin (pekan koboi)... pagi esok... itupun jika bijak mencuri masa dan tiada aral melintang... namun harapan agak cerah untuk mereka ke sana dengan Angah sebagai pemandu pelancong. Apa2pun sama2 kita lihat akan perkembangan selanjutnya nanti.

Monday, October 19, 2009

:: Hari Jadi Pengarah: 19.10.2009 dirai

CDSC_1110
CDSC_1110
DSC_1066
DSC_1091
DSC_1109
DSC_1114
DSC_1116
DSC_1128
DSC_1130

Tanggal 19 Oktober amat bermakna bagi seseorang. Kereta Honda Civic terbaru beliaupun bernomborkan QA* 1910. Itulah nombor pilihan beliau bersempena tarikh hari jadinya. Amat bermakna nombor dan tarikh berkenaan kepada Datin Hjh Zahrah bt Hj Bujang, Pengarah IPGM Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan. Teringat akan kata2nya ketika PakNgah memuji akan kecantikan kereta baru beliau tempoh hari... "no tu... tarikh birthday I tau..." ujarnya.

Setelah memberi sedikit input kepada Pengerusi Kelab Staf Sokongan, Encik Afendi Ajis dan berbincang dengannya, maka terlaksanalah acara sambutan pada 19.10.2009, tengahari tadi. Kehadiran ahli Kelab Staf Sokongan IPGM Kampus Tun Abdul Razak dan kerjasama semua pihak terutamanya Encik Richard Jepin (PEK) amat bermakna kepada JK Penganjur. Jamuan tengahari itu telah diadakan di Bilik Teratai dengan menu yang menyelerakan.

Antara acara yang dilaksanakan adalah ucapan daripada Encik Afendi Ajis dan Datin Pengarah, pemotongan kek hari jadi dan penyampaian hadiah. Selamat Hari Jadi, semoga sentiasa 'afiat dan sejahtera, dirahmati dan diberkatiNYA... AMIIIN.

Monday, September 21, 2009

:: Berhari raya di luar jangka

Hari terakhir ramadhan tahun ini, rasa kurang sihat sikit... demam... melarat hingga ke hari ini. Dah masuk hari ketiga... demam dan batuk2. Belum berpeluang menziarahi mertua dan ipar duai serta rakan2 lain.

Hari raya pertama... menunggu rumah seorang diri... dan hanya ahli keluarga yang menziarahi kaum keluarga lain sehari suntuk.

Hari raya kedua... hari ini... semua ipar duai dan anak2 saudara datang berziarah... termasuk beberapa orang pelajar dari semenanjung dan sabah yang tidak balik bercuti ke kampung halaman masing2... dan sebentar tadi dikunjungi pula oleh seorang pensyarah institut... En. Muhaimi Suhaili beserta isteri dan anaknya Marsya... dan anak angkat MakNgah... Cikgu Normah sekeluarga yang kini mengajar di Sabah.

Seluruh keluarga berkesempatan juga untuk mengunjungi rakan sekelas Alang... di Kpg Hj. Baki... kecuali PakNgah.

Sunday, September 06, 2009

:: Azizi: Siapa peduli mereka?

Saturday, September 05, 2009

Siapa Peduli Mereka?*

‘Terima kasih bang....terima kasih bang...abang orang baik.’

Anda bayangkan jika mendengar kata-kata ini dari seorang perempuan 27 tahun, yang sedang mengandung, mengilik seorang anak perempuan, berganyut pula anak lelaki ketika saya dan dua kawan dari CAP memberi sekampit beras dan sedikit barangan dapur.

Bersama anak di muka pintu

Rumah tak ada elektrik, tak ada air. Rumah buruk seluas sepuluh kaki kali 15 kaki, di situlah tidur, di situlah makan, di situlah anjung, di situlah lepau, di situlah dapur dan di situlah ruang. Katanya, rumah itu dibeli RM5 ribu, hasil duit insuran kemalangan lima tahun yang lalu.

Bertangga kayu silang, depan tangga tempat melempar udang busuk, sampah sarap dan lunggukan lain-lain. Apa nak dikata kerana kawasan setinggan itu tidak punya tanah yang terluang untuk sampah.

Air bertakung di sana sini dan lorong hanya boleh dilalui motosikal.

Bayangkan jika malam menjelang, apa yang dibuat oleh sekeluarga dua anak suami isteri ini? Bayangkan air mandi dan basuh hanya diangkut setong dua oleh suami di tengah malam dari gerai Fama.

Bayangkan jika makan hanya ikan gelama kering, pucuk pegaga atau daun-daun yang meragas di tepi rumah. Bayangkan kalau diakui sendiri oleh isteri setia ini, kadang-kadang tak makan dua hari.

Saya tidak dapat mencari jawapan, di mana pula mereka membuang air besar, kalau di depan tangga sendiri orang lain melungguk sampah dan benda busuk sampaikan lalat dan ulat tak dapat digambarkan?

Depan tangga rumah Siti Ani Sepinar

Ya Tuhan, ini sebuah kehidupan lara yang pertama kali saya temui. Saya tak dapat bayangkan bagaimana mereka merindui kibaran bendera Malaysia di dalam TV ketika lagu Negaraku berkumandang, sedangkan sekampit Melo 500 gram pun mereka tidak mampu melihatnya. Jangankan sebotol perfume, mengelak bau busuk hanya sehari pun tidak mampu.

Siapakah yang melempar mereka ke telaga miskin ini?
Siapakah yang mahu peduli nasib mereka seperti ini?
Ani Sepira seorangkah dalam Malaysia ini?
Di mana kemanusiaan dan prihatin?
Pemerintah mana yang ambil peduli?

Ya Allah,
Katanya ada manusia berpedapatan RM 49 ribu sebulan
Masakan RM 49.00 tidak boleh dicampak ke sini?
Katanya mereka ini sangat berharga
Hanya ketika musim pilihanraya.

* Temuilah kemiskinan tegar di bandar ini: Kg Gunung Sali, Bandaraya Alur Setar.

Saturday, August 29, 2009

:: Ramadan in Indonesia's tent city


In pictures: Ramadan in Indonesia's tent city
Photo 7 of 8

Residents sleep adjacent to the railways,
but many say the sound of passing trains
does not wake them anymore.

(Aljazeera)
.............................................................................................
Renungan: Bersyukurkah kita dapat mendiami bumi bertuah ini, negara ini, negara yang bernama Malaysia berbanding negara jiran kita?

Saturday, August 15, 2009

:: Bahasa Madura



Bahasa Madura Nyaris Punah
shutterstock
Ilustrasi: Dalam makalah penelitiannya 'Perilaku Bahasa Masyarakat Madura dan Prospek Bahasa Madura', Akhmad banyak menemukan kasus keluarga muda terpelajar tampak tersinggung bila ada orang yang baru dikenal berkomunikasi dengan putranya menggunakan Bahasa Madura.
/
Sabtu, 15 Agustus 2009 20:17 WIB

BANGKALAN, KOMPAS.com -
Bahasa Madura mulai ditinggalkan oleh masyarakat, bahkan pemakaian Bahasa Madura nyaris punah ditelan perkembangan zaman seperti sekarang ini. Hal tersebut disampaikan penulis Kamus Lengkap Bahasa Madura, Adrian Pawitra, Sabtu, saat peluncuran karyanya di salah satu rumah makan, Jalan Raya Soekarno-Hatta, Bangkalan. "Saat ini Bahasa Madura mulai punah. Masyarakat Madura sendiri jarang sekali memakai Bahasa Madura dalam berkomunikasi sehari-hari," terang Adrian.
Menurut Adrian, hal itu terbukti dari warga Madura yang telah kawin silang dengan suku Jawa. Kemudian ketika anaknya lahir diajari Bahasa Indonesia. Sehingga keberadaan Bahasa Madura sangat memprihatinkan. "Padahal Bahasa Madura sendiri merupakan bahasa paling besar keempat di negara Indonesia," ungkapnya. Sehingga, sambung Adrian, berbekal kekhawatiran akan punahnya Bahasa Madura tersebut, pihaknya mencoba membuat Kamus Lengkap Bahasa Madura dengan 13.500 kosa kata. "Saya rasa dengan adanya Kamus Lengkap Bahasa Madura bisa melestarikan Bahasa Madura dan menambah minat orang untuk memakai Bahasa Madura," ucapnya.
Adrian menjelaskan, Kamus Lengkap Bahasa Madura berisi tentang kata-kata Madura lalu diterjemahkan dengan bahasa Indonesia . Sehingga masyarakat yang membacanya mudah paham terhadap arti dari kata Madura tersebut. "Di samping takut punah, saya juga ingin Kamus Bahasa Madura ini juga berjejer di gerai toko buku dengan kamus-kamus bahasa yang lain seperti bahasa Inggris dan Arab?" ucapnya. Ia menambahkan, dengan diluncurkannya Kamus Lengkap Bahasa Madura yang lengkap dengan ejaan dan berjumlah 739 halaman, bisa bermanfaat bagi khalayak, khususnya warga Madura sendiri. "Saya kira guru sekolah dasar (SD) dan sekolah menengah pertama (SMP) serta muridnya harus punya Kamus Lengkap Bahasa Madura ini. Dan untuk peluncuran perdana, kami mencetak sebanyak 5.000 buah," urainya. Ancaman akan punahnya bahasa Madura juga diakui sejumlah pihak di Madura.
Bahkan dalam Kongres I Bahasa Madura yang digelar pada 15 hingga 19 Desember 2008 di Kabupaten Pamekasan, direkomendasikan agar Bahasa Madura dimasukkan sebagai pelajaran tersendiri mulai dari tingkat SD hingga tingkat perguruan tinggi.
AC Sumber : Ant
Together We Stand Against Terrorism! KOMPAS.com support
#IndonesiaUnite