Wednesday, May 25, 2011
:: Cuti tambahan... sempena Hari Raya Puasa dan Hari Kebangsaan tahun 2011 ?
Saturday, November 13, 2010
:: Guru: Bercuti panjang ?
Usah merungut cuti tak cukup
2010/11/12
Guru tidak dapat nikmati cuti panjang persekolahan
2010/11/10
Sunday, September 05, 2010
:: Hujung Ramadhan
Sunday, May 30, 2010
:: Along dan Zul di sini
Along hanya berkesempatan bersama kami dalam dua tiga hari je.. dan perlu kembali ke Miri untuk menduduki PTK.. dan insyaAllah akan bersama Alang dan Ahmad nanti balik ke Kuching.. manakala Zul akan meneruskan tugasnya di sana.
Begitulah kita.. anak2 dan menantu akan bertebaran.. demi mengikut pasangan dan tuntutan rezeki.. dan tinggallah kita bersama pasangan dalam mengisi hari2 tua.. namun, ikatan kekeluargaan sebaiknya dijaga seutuh mungkin.
Petang tadi.. Along, Zul dan MakNgah berkesempatan menjengok rumah yang baru dibeli oleh Zul di Uni Garden.. di depan UNIMAS.. tak dapat dimasuki kerana pagar berkunci dan serahan kunci belum dilakukan.
Friday, September 18, 2009
:: Surat daripada KPPM
Pensyarah dan pelajar sememangnya sedia maklum bahawa mereka diberi cuti khas mulai hari ini... hari Jumaat... menjadikan institut sudah terasa sunyi... namun sedikit rasa kecewa terpamir pada wajah2 muram para pelajar yang jauh... sejauh dari Sabah dan Semenanjung... yang melibatkan penerbangan Airasia atau MAS... sebab perjalanan pulang ke kampung halaman mengikut perancangan awalnya adalah mulai sebelah petang, sehabis tamat kuliah hari Jumaat. Terasa masa dibazirkan begitu saja oleh mereka yang berkenaan. Apa boleh buat... keputusan yang dibuat oleh pihak kementerian agak lewat.
Petang semalam terkejar2 PA boss menyerahkan surat yang diterima melalui fax. Surat daripada KPPM. Boss minta surat itu diminitkan. Fuh... ada sedikit tambahan dalam surat itu selain dari yang dilaporkan di media masa semalam... iaitu cuti khas ini juga melibatkan staff sokongan... warga institut...
Pegawai Khidmat Pelanggan diminta menghubungi semua unit di institut... memaklumkan perkara ini... namun ramai yang tidak mempercayainya... sehingga diedarkan salinan surat berkenaan dan satu salinan surat dipamirkan berdekatan mesin kad perakam waktu... dan bagi yang telah diluluskan cuti rehat mulai hari ini (Jumaat) dikehendaki mengubahsuai tarikh bercuti berkenaan selepas cuti hari raya ini... dan dapatlah PakNgah berehat hari ini... alhamdulillah...
Petang ini... Along dari Kuala Lumpur, Alang dari Miri dan Ahmad (Anjang) dari Bintangor akan tiba... dan berkumpullah kami 7 beranak... setelah Anwar (Acik) dah diambil MakNgah petang semalam dari asrama sekolahnya... SAINSKU... dan banyaklah cerita dan berita yang bakal dikongsi bersama nanti terutama ketika di meja makan ketika berbuka puasa (sungkei), insyaAllah.
Wednesday, September 16, 2009
:: Cuti Khas: Sekolah dan institusi di bawah KPM
BERITA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran hari ini mengumumkan pemberian cuti khas Jumaat ini kepada semua sekolah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Perdana Menteri.
Beliau berkata pemberian cuti khas itu melibatkan semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran.
Kabinet membuat keputusan tersebut dalam mesyuaratnya hari ini bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya, katanya dalam kenyataan media.
Berikutan keputusan Kabinet itu, surat kementerian berkaitan cuti tambahan sempena hari raya sebelum ini adalah terbatal.
BERNAMA
:: Jom balik kampung sempena raya ni...
Balik Kampung Dulu, Balik Kampung Kini
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Di minggu terakhir Ramadan ini, lagu 'Balik Kampung' oleh allahyarham Datuk Sudirman Arshad terasa bagai dinyanyikan dalam jiwa ramai penghuni di kota raya ini.
Beberapa hari sebelum Aidilfitri, yang dijangka pada hujung minggu ini, jalan-jalan menghala keluar dari bandar-bandar utama di negara ini akan mula sesak dengan kenderaan membawa ribuan penghuni kota untuk 'balik kampung'.
"Balik kampung sudah menjadi satu budaya bagi rakyat Malaysia bukan sahaja pada Hari Raya tetapi juga perayaan lain seperti Tahun Baru Cina dan Deepavali. Bukan sahaja bagi orang Melayu tapi untuk semua bangsa," kata bekas pendidik Fatimah Mansur.
Kata beliau balik kampung kini telah bertukar menjadi satu fenomena.
"Cakap saja balik kampung, satu transformasi akan menyelinap ke dalam jiwa anda," katanya.
KENAPA PERLU BALIK KAMPUNG?
Balik kampung ialah satu perkara yang memenatkan. Terdapat kesesakan jalan yang teruk, kemalangan termasuk kemalangan maut, juga kos yang tinggi dari segi pengangkutan.
Jadi kenapa perlu balik kampung dan kenapa tidak menyambut Hari Raya di kota sahaja.
"Masyarakat kita memang gemar menziarah kaum keluarga dan berjumpa mereka secara langsung, bukan hanya bercakap melalui telefon atau berkomunikasi melalui e-mel atau teknologi yang lain.
"Balik kampung adalah satu proses mengeratkan pertalian keluarga," kata Fatimah.
Bagi jururawat Elizabeth Choo, Aidilfitri adalah untuk semua.
"Ia merupakan cuti kebangsaan, jadi kita semua perlulah balik kampung kalau boleh, dan berjumpa orang tua. Mereka agak sukar untuk datang ke sini. Bila lagi, sebab pada hari lain kita sibuk bekerja," kata Choo yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan.
BALIK KAMPUNG DULU, BALIK KAMPUNG SEKARANG
Penulis masih ingat pada tahun 1982, ketika beliau seorang mahasiswa di sebuah universiti di sini, beliau terpaksa duduk di lantai gerabak kereta api kelas tiga untuk 'balik kampung' kerana ingin menyambut Hari Raya bersama ibunya di Pasir Mas, Kelantan.
Semuanya kerana tiket bas kehabisan. Untuk naik kapal terbang jauh sekali kerana penulis tidak mampu. Ketika itu perkhidmatan bas tidaklah sebanyak dan sebaik yang ada sekarang.
Sekarang untuk balik kampung sahaja, beratus-ratus bas yang selesa serta berhawa dingin disediakan. Tak cukup lagi, beratus permit bas sementara juga disediakan oleh pihak berkuasa pengangkutan.
Naik kapal terbang untuk balik kampung juga kini satu kemudahan untuk semua.
"Naik kapal terbanglah pakcik, sekejap je dan tambang pun tak mahal," kata seorang pelajar universiti, Nurul Huda, bila ditanya penulis bagaimana beliau hendak balik kampung.
"Dulu kalau mahu pulang ke Sabah untuk sambut Hari Raya cukup mahal dan susah. Tidak lagi sekarang,"kata Surami Saimi yang berasal dari Penampang, Kota Kinabalu.
Tiga dekad yang lalu, hanya syarikat penerbangan MAS yang beroperasi. Kini, telah wujud syarikat penerbangan tambang murah seperti Firefly dan AirAsia yang boleh menerbangkan anda kemana-mana saja destinasi di dalam dan luar negara.
Bagi yang memilih untuk naik kereta api, perjalanan mereka juga selesa kerana semua koc KTMB mempunyai pendingin hawa serta kerusi yang bernombor.
Jadi, bukanlah satu kerumitan untuk balik kampung dan menemui sanak saudara di musim perayaan ini.
Selamat Hari Raya.
-- BERNAMA