Showing posts with label Pantai Remis. Show all posts
Showing posts with label Pantai Remis. Show all posts

Monday, November 22, 2010

:: Kpg. Matang Acheh: Rumah dirompak...ada yang cedera





NEGARA


Dua beranak diserang penyamun




Salah seorang anak Che Omar, Mohd. Ismail Che Omar (kiri) menunjukkan kesan umpil di rumahnya di Kampung Matang Acheh, Pantai Remis yang dimasuki penyamun semalam.




PANTAI REMIS – Seorang warga emas dan anak lelakinya nyaris maut selepas ditetak dengan parang oleh seorang daripada tiga perompak yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Matang Acheh di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohd. Jamil Osman berkata, dalam kejadian pada pukul 4.30 pagi itu, Che Omar Ahmad, 58, dan anaknya Saiful Che Omar, 25, cedera di beberapa bahagian badan, kepala dan kaki.

Mereka dimasukkan ke Hospital Seri Manjung dekat sini.

Menurut beliau, kejadian itu berlaku apabila mangsa bersama enam anggota keluarga lain yang sedang tidur menyedari rumah mereka dimasuki orang.

Katanya, tiga suspek berkenaan yang memakai topeng muka telah mengumpil salah sebuah tingkap di bahagian dapur sebelum salah seorang masuk melalui tingkap ke dalam rumah itu.

“Suspek yang masuk melalui tingkap itu kemudian membuka pintu rumah bagi membolehkan dua suspek lain masuk,” kata beliau pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.

Katanya, kehadiran penceroboh itu disedari Saiful yang terus bergelut dengan ketiga-tiga suspek itu di ruang tamu rumah.

Pergelutan antara Saiful dan suspek-suspek itu menyebabkan ayahnya tersedar dan datang membantunya.


Wednesday, September 08, 2010

:: Balik beraya...




sebuah perkampungan nelayan
yang kononnya
terlalu banyak remis di pantainya
yang dikisahkan sejak dahulu...




Selalunya sebelum berpuasa lagi, masing2 dah memasang angan2... ingin balik ke kampung halaman masing2... tempat tanah tumpah darah... tempat di mana masing2 dilahirkan atau dibesarkan. Selalunya begitulah. Ada yang bergilir beraya di kampung pasangan masing2... dan ada yang mengutamakan keluarga sebelah pihak suami... dan ada juga sebaliknya. Maha beruntunglah bagi pasangan yang masih memiliki ibu bapa dan ibu bapa mertua atau sekurang2nya salah satu daripada ibu atau bapa... atau ibu atau bapa mertua... atau salah satu daripada mereka.

Seawal sebelum berpuasa... sebelum Ramadhan menjelma... PakNdak Yan menyampaikan mesej... bertanya khabar nak beraya di mana? Mungkin PakNdak Yan dan MakNdak Rahimah sekeluarga ada perancangan sendiri... mungkin nak beraya di Sungkai pula tahun ni...

PakLang Hj Azizi sekeluarga besar kemungkinan akan ke Sitiawan dan Pantai Remis... seperti biasa... waris terdekat MakLang Hjh Zuraidah masih ramai di sana.

PakTeh Hj Azman sekeluarga seperti biasa akan ke Lekir, Pantai Remis dan Wilayah mengunjungi ipar duai sebelah MakTeh Hjh Nurulhuda.

Manakala PakTam Azlan dan MakTam Rozita sekeluarga akan ke Melaka dan Perak... termasuk ke Gerik rumah MakLong Hjh Azizah.

Mungkinkah rumah pusaka di Batu 51 bakal dijadikan rumah terbuka kali ini... tempat berkumpul adik beradik ?


........... bersambung............



Thursday, August 26, 2010

:: Kerapu seberat 148 kg di Pantai Remis...RM8,000



Kerapu gergasi berjaya ditangkap



IPOH 24 Ogos - Seekor ikan kerapu gergasi sepanjang 2.5 meter dan berat 148 kilogram berjaya ditangkap oleh seorang nelayan di Pantai Remis.

Ikan kerapu gergasi yang cukup untuk dijadikan hidangan kepada lebih 400 orang itu kemudian dibeli oleh seorang pengusaha restoran di sini.

Pengusaha restoran tersebut, Teoh Kar Hooi berkata, ikan kerapu yang dianggarkan berusia lebih 30 tahun itu dibeli dengan harga RM8,000.

"Saya terkejut apabila nelayan itu yang juga rakan saya menyerahkan kerapu gergasi ini.

"Dia tangkap ikan kerapu gergasi ini dekat Pantai Remis malam semalam menggunakan pukat tarik," katanya kepada pemberita di restorannya di Pasir Putih di sini hari ini.

Kah Hooi yang menjalankan perniagaan restoran sejak lebih 20 tahun menyifatkan kerapu gergasi itu amat istimewa untuk dijadikan hidangan.

Malah katanya, dengan adanya sajian ikan istimewa tersebut, restorannya akan menjadi tumpuan kepada pengunjung di bandar raya ini.

"Ini adalah kali kedua rakan saya mendapat kerapu gergasi. Kali pertama beberapa tahun lalu dan beratnya 170 kilogram," katanya.

Bagi dirinya pula sebagai pengusaha restoran kata Kah Hooi, ini adalah kali kelapan dia menghidangkan ikan gergasi seumpama itu.




Friday, November 27, 2009

:: Kota Kulit Kerang: Ada projek baru ?

Berperahu menuju pantai yang memutih
... berlatar pokok bakau yang beraneka

Keadaan pantai Tanjung Burung.
Kira2 berjarak 1 km di barat pekan Pantai Remis.
Kpg. Pengkalan Bharu sehingga ke Kg. Panchor
sepanjang 9 km yang dilitupi kulit kerang
dan kulit pelbagai jenis siput.



Pemandangan pantai dari arah Utara

Pemandangan pantai dari arah Selatan

Cengkerang dari pelbagai jenis siput dan kerang

Muara sungai ini (Sungai Sembilang) telah tertutup semasa peristiwa Tsunami

Kawasan lapang sepanjang pantai dinaungi pokok-pokok keluarga bakau

Thursday, July 16, 2009

:: Nostalgia: Pangkor/ Pantai Remis/Batu 12/Bumi Hijau/Gelong Gajah

Sekembali dari Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor baru2 ini... terus lajak ke kampung halaman yang kira2 30 minit memandu dari Lumut berdasarkan cara pemanduan sederhana laju oleh Pak Ndak yang datang bersama2 waris kerasnya Ahmad. Terima kasih Pak Ndak.
Sepanjang berada di pantai yang semakin sukar dicari remisnya... berkesempatanlah berkunjung ke rumah Mak Long Besah dan adiknya Mak Cik Yam di Batu 12, Jalan Damar Laut. Bukan saudara jauh tuu... masih dekat... cuma sekadar menghampiri tempoh 30 tahun tidak pernah bertemu dan bersua muka. Mujurlah Mak Njang dan Pak Njang sudi menemani ke sana dan dengan ihsan Pak Ndak meminjamkan kereta. Alhamdulillah.
Rumah pusaka tidak dilupai untuk dijengok. Pak Ngah Chan dah semakin sihat... sekitar 20 kg berjaya dikurangi berat badannya... cumanya kekadang sukar membendung selera terutama durian... hampir 2 biji sekali hadap... mak datukkkk... maka membebellah Mak Ngah Minah isteri tersayangnya itu. Pak Ngah Aq... seperti biasa... tak makan tua... berbuallah kami di depan rumah Pak Ngah Chan yang berkisar hal2 keluarga dan kekeluargaan.
Mengambil peluang kereta wira biru yang dipinjamkan oleh Pak Ndak... berkesempatanlah juga bergerak ke Kpg. Tersusun di Gelong Gajah... kawasan perumahan kepada staf Gula Perak Bhd. suatu ketika dulu. Bersama Mak Njang ke sana, melalui Batu Hampar/Bruas dan melalui jalan menuju ke Air Tawar. Sekadar meninjau lot tapak rumah yang dimiliki puluhan tahun lalu yang tak berkesempatan dijengok dan dijengah... dah jadi belukar... dan kononnya sebagai istana hinggap kera dan babi hutan... mengikut kata Harun (rakan baik Pak Njang Mansor) dan Husni Non Panjang yang telah lama menghuni di kampung tersebut. Masih banyak lot yang belum didirikan rumah nampaknya.
Kebetulan jiran di bahagian belakang lot tanah itu adalah Husni Non Panjang yang bertugas di KDN Manjong... junior setahun ketika di SDI dahulu... berbuallah kami berkisar sejarah lampau... dah 30 tahun tak pernah berjumpa. Menariknya... beliau hanya tahu bahawa jiran bahagian belakang lot tanahnya itu adalah orang Pantai... kerja cikgu... lama di Sarawak... tapi tak tahu siapa. Begitulah... nak jadi cerita. Ada juga niat nak bina rumah Mesra Rakyat di tanah tersebut...
Berpeluang juga menjamu selera di Matang Acheh bersama Pak Njang dan Mak Njang... pekena puyuh goreng dan sup puyuh... dan "melawat" kebun sawit di Matang Raja yang tak pernah dijengok sejak ditanam... cuma ketika ditanam tebu pada suatu tempoh yang sudah lama dahulu.
Apa2pun... pada malam Ahad bersama Pak Teh, Pak Ndak dan Mak Njang di rumah Pak Teh... kami berlabun panjang berkaitan hal keluarga dan hal2 "balik sana"... rasanya suatu perjumpaan yang amat bermakna... suatu perjumpaan terancang... cuma berkebetulan yang Mak Teh ke KLIA menghantar anak sedara yang nak ke IPGM Kampus Keningau, Sabah... nak jadi cikgu le tu. Ada yang tak tidur hingga ke pagi.
Pagi Ahad dihantar Pak Teh ke Manjong untuk perjalanan ke KLIA dan seterusnya ke Borneo. Terima kasih semua... terutama Pak Teh yang belanja makan "tempek nyioq" di sebuah gerai di Sg. Batu... sedappp... rangup... garing... mengingatkan kembali kisah silam di zaman kanak2 dan masakan Allahyarhamah mak. Bersua juga dengan Che Omar Shariff (mantan kerani SDI) yang pekena "tempek nyioq" sebelum ketibaan kami... yang bergerak aktif dalam politik di Tanjung Ara/Bumi Hijau/ Pengkalan Bharu... orang kuat YB Dato' Cikgu Hamdi Abu Bakar.