Saturday, November 24, 2007

:: Bebas

Letaklah di mana sahaja mereka ini... pengalaman mereka akan mereka pamerkan. Kebolehan mereka akan ditonjolkan... tambahan pula demi menyaingi sesama mereka... dan itulah yang menariknya... itulah yang mungkin berakhir dengan sedikit perkelahian... tidak bertegur sapa sehari dua... tapi akhirnya rapat semula... bertegur sapa semula... intim semula... dan tingkahlaku inilah yang menceriakan zaman mereka. Rugi besarlah kita yang tidak banyak terdedah dengan persekitaran sebegitu... dan pastinya kanak2 kini punya persekitaran dan pengalaman yang mungkin sedikit berbeza dengan persekitaran dan pengalaman yang dimiliki oleh kanak2 yang bukan seangkatan mereka.


Mana mungkin kanak2 yang kaya dengan pengalaman dan persekitaran kampung akan mendiamkan diri... apabila berada di dalam keadaan yang membenarkannya untuk bersantai dan menggunakan segala pengalaman dan kreativitinya. Cara mereka adalah mengikut kreativiti masing2. Itulah kanak2 yang punya alamnya yang tersendiri... suatu alam biasa bagi kita... tapi alam luar biasa bagi mereka... suatu alam yang sentiasa dipenuhi keseronokan dan kegembiraan... lupa makan... lupa minum... dan selalunya lupa akan perkara2 lain... hanya yang diingati hanyalah main... main... main... sebagaimana yang PakTeh nyatakan di dalam blognya berkaitan ikan sepilai.

Lihatlah betapa riangnya "adik kecil" ini menggunakan kesempatan dan peluang yang ada dalam ruang lingkup yang membenarkannnya untuk bergembira. Kanak2 yang berbeza latarbelakang sosio ekonominya jarang yang mempunyai pengalaman yang sama... dan kreativiti mereka selalunya juga turut berbeza... dan kesemua itu dinyatakan dalam bentuk permainan bagi mereka yang cuma2nya mengikut tahap pemikiran dan jangkauan tanggapan mereka. Mungkinkah "adik kiut" ini dibesar dan dididik dalam persekitaran kampung?

Kanak2 yang seusia begini jarang yang mampu mengawal hasrat dan keinginan mereka. Mereka masih berada di dalam alam mereka... suatu alam yang dipenuhi dengan kesukaan, kegembiraan dan keriangan... yang tiada masalah suatu apapun bagi mereka. Namun yang mungkin membezakan antara mereka cuma pengalaman masing2... dan pengalaman ini pula akan menentukan corak aktiviti dan pengisian masa senggang mereka... dan kekadangnya masih berbeza antara mereka apabila ada campurtangan mana2 pihak dalam menentukan bertambah dan berkurangnya pengalaman2 tersebut.