:: Rata2nya yang memiliki rumah sebegitu... di lokasi sebegitu adalah orang kita... orang yang punya nama dan dinamakan sebagai kelompok "bumiputera"... berada di tebing sungai yang airnya hitam pekat... atau paling kurang seolah2 macam "kopi susu"... yang airnya mengalir lesu... tak bermaya... yang baunya menyusuk hidung dan menyesakkan nafas... terutama bagi yang tidak biasa dengan suasana dan persekitaran sebegitu... tetapi tidak bagi penghuni di situ... yang terbiasa sebegitu... sudah lali... sudah mangli...
:: Silap dan salah siapa... apa puncanya jadi begitu... apakah kerana sikap kita... apakah kerana kita yang secara sengajanya berusaha menyisihkan diri dari dunia moden... apakah kerana kita yang menggemari hidup sebegitu... apakah peluang tidak terbuka kepada kita untuk suatu kehidupan yang lebih baik... apakah itu yang dikatakan "bahagia" bagi orang kita... dan sekali lagi terpaksa diluahkan soalan cepu emas ini... inikah sikap kita dari dulu hingga bila2... rasa cukup dengan apa yang ada... dan apakah ini yang disama ertikan dengan konsep "bersyukur" yang menjadi pegangan kebanyakan kita selama ini... ?