Thursday, November 08, 2007

:: Lelaki... macam2

:: Lelaki dan perempuan ada di mana2... cumanya bilangan sahaja yang membezakan antara keduanya... dan antara mereka ini... punya sifat yang sama dan punya sifat yang berbeza.
:: Sebahagian pendapat menyatakan... paling tidak... ada 10 kemungkinan... kenapa lelaki ni memilih untuk terus membujang:

MUNGKIN:
1. tidak punya nafsu terhadap wanita...
2. punya pengalaman dalam bercinta... lebih pahit dari manisnya... dan mungkin ditinggal pergi oleh kekasih hati "belahan jiwa"...
3. dilahir dan dibesarkan dalam keluarga yang porak peranda... yang tidak aman... dan melihat kekejaman ayah terhadap ibunya... atau melihat kekejaman ibu terhadap ayahnya... atau melihat kekejaman sedara mara terhadap ipar duai dan sebaliknya... dan semua ini terpahat kekal dalam ingatannya...
4. cinta tidak sampai ke hujung... cinta tidak kesampaian... menjangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari... akibat bercinta bagai nak rak... bercinta sepenuh hati... sepenuh perasaan... akhirnya ditinggal keseorangan... menjadikan serik untuk bercinta dan takut nak berkahwin...
5. rasa bimbang... terasa takut yang teramat sangat... risaukan bukan bahagia yang diperolehi nanti... tapi derita yang diperolehi... yang kadang2 menjelma sesekali terutama apabila dah bersiap sedia nak berumah tangga... menjadikan tetamu dah dijemput... kenduri dah dibuat tapi nikah tak jadi...
6. ada suatu rasa yang pelik... iaitu rasa tidak percaya pada wanita... mungkin berdasarkan pengalamannya atau pemerhatiannya... dan kadang2nya merasakan dirinya lebih baik tidak berkahwin dari berkahwin... sebab dia punya kemahiran memasak... mengemas dan menghias rumah... membasuh pakaian dll kemahiran yang dimiliki oleh wanita lain... jadi baginya... apa perlunya berkahwin...
7. macam kata sebahagian dari "bulajak"... hidup lepas bebas... hidup sorang diri... selesa... tiada gangguan... sakit ada doktor dan hospital... bila dah tua... ada rumah orang2 tua... apa nak heran...
8. mengutamakan pelajaran atau kerjaya atau menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan untuk membesarkan adik2... sedar2 diri dah tua... cuba2 nak "merendek" tak dapat... cuba2 nak "kenen" tak dapat... walaupun ada trenda kini wanita amat berminat terhadap lelaki berkerjaya dan punya latar belakang ekonomi yang mantap...
9. bimbang yang tidak menentu terhadap kemampuan diri... takut tak dapat "berfungsi" sebagai suami... takut dan bimbang dapat anak cacat atau punya anak yang nantinya tak secemerlang dirinya...
10. macam2 lagi le... malah bukannya 10 sebab atau kemungkinannya... malah lebih dari itu... itupun jika kita dapat berjumpa dengan lelaki dari "jenis" ini... dan yang sanggup pulak menceritakannya kepada kita... atau yang sudi berkongsi masalah dengan kita...