Saturday, November 17, 2007

:: Dah senja

pengisian bagi hari2 yang bakal dilalui nanti


:: tua muda itu hanyalah kiraan usia... dan biasanya usia bersara adalah 55 atau 56 tahun setakat hari ini... tetapi usia bersara jadi manusia tanpa punya had masanya... muda pun jalan... apatah lagi jika dah tua... apa2pun semua itu bukan kerja kita... tugas kita hanyalah melaksanakan tugas dan apa yang diarah olehNYA... dan kita tinggalkan apa yang dilarangNYA... mudah bukan... tapi itu hanyalah kata2 mainan bibir... mudah diluahkan... mudah ditutur dan diucap bicara... cumanya mungkin nak melaksanakannya saja yang mungkin sedikit sukar...
:: ada seorang mantan boss sebelum ini yang dahpun bersara... masih lagi teringat akan kata2nya... "selepas bersara ni... saya nak jadi tukang masak je... jadi pembantu rumah je sebab isteri masih bekerja... siram pokok bunga... jaga ikan dan kucing... dan beriadah di waktu pagi dan petangnya... dan yang paling utama saya akan berjemaah di surau berdekatan bila tiba waktu solat... sebab selama menjadi pegawai kerajaan ni... berjemaah dengan jiran di surau jarang dapat ditunaikan... sebab selalu travelling dan cuma sedikit terluang di hujung minggu... hari2 biasa sukar sedikit nak laksanakannya... cuma mampu berjemaah dengan isteri saja... kerana anak2 dah bertaburan di ceruk rantau... mencari rezeki masing2 dan ada yang masih belajar di luar sana...."
:: maka gambar di atas itu mungkin sedikit berkaitan dengan entri paparan kali ini... iaitu usia yang sudah senja... cumanya menunggu maghrib yang hampir tiba...