Saturday, November 03, 2007

:: Rumah panjang

tarian "ngajat"... menerima tetamu

wanita berada di "ruai"

orang ulu sedang memetik "sape"... sejenis alat muzik bertali

bahagian depan rumah panjang... sebelum memasuki "ruai"

ruang jemuran yang panjang... sepanjang rumah panjang

kucing bersantai di lantai yang diperbuat dari buluh

jembatan gantung merentangi sungai... menuju ke rumah panjang

bahagian hujung rumah panjang

tengkorak musuh yang dibunuh... bergantungan di alang rumah

batang kayu yang disiat nipis2 menjadi bunga... untuk sambutan perayaan

batang kayu ditakik dijadikan tangga

proses menenun kain "pua kumbu"... di rumah panjang yang dah moden

gadis iban berpakaian tradisional... menari menyambut tetamu

suatu sudut "ruai" di rumah panjang

suatu ukiran pada batang kayu dalam proses penyiapan

sorang lelaki iban berpakaian pahlawan

kucing... takkan tak kenal kot...

"ruai"... yang panjang sepanjang rumah panjang



:: rumah panjang ni... macam rumah teres dua tingkat le... macam rumah Pak Ngah di Tabuan Jaya... tidak le 100% menepati tapi... lebih kepada menepati istilahnya... iaitu rumah panjang.

:: semakin sukar untuk mengunjungi rumah panjang yang asal... yang masih mengekalkan ketradisionalannya... yang masih mengekalkan tradisi lamanya... sebab tuntutan dan desakan pemodenan... dan citarasa terkini... arus perubahan telah berjaya mengubah konsep rumah panjang... walaupun masih mengekalkan "ruai" ... iaitu ruang dihadapan rumah yang memanjang sepanjang rumah panjang itu... yang lebih digunakan untuk bersantai dan untuk sebarang aktiviti bagi semua penghuni rumah panjang tersebut... dan cikgu Azizul Hakim mungkin sudah mengunjungi mana2 rumah panjang di Kapit, Sarawak... rugi jika tidak mengambil kesempatan yang ada... mana tau... tahun depan "orang Sg. Pari" tak mau ikut ke Kapit... dan minta orang di Kapit pulak yang berpindah balik ke Malaya...