Sunday, August 09, 2009

:: Minda Mufti: Jangan lebih lajak dari laju





KOLUMNIS - MINDA MUFTI
Sabtu Ogos 8, 2009

Jangan lebih lajak dari laju
Oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

SETIAP insan ada kelemahan yang tersendiri. Sedikit ataupun banyak. Dosa ada berbagai jenis, kecil dan besar. Seorang insan biasanya tidak dapat lari dari jatuh ke dalam daerah-daerah dosa. Sama ada yang besar atau yang kecil. Jika tidak dosa itu pada tindakan atau perbuatan anggota badan, ia kadang-kala pada jantung hati dan perasaan seperti takabur, riyak, buruk sangka dan berbagai lagi. Tiada anak Adam yang suci tanpa disentuh oleh dosa. Bak kata Nabi s.a.w: “Setiap anak Adam membuat salah. Sebaik-baik yang membuat salah ialah yang bertaubat”. (Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah, dinilai hasan oleh al-Albani). Cumanya, atas rahmat Allah, Dia menutup kelemahan kebanyakan insan. Maka tampillah insan itu tampak bersih dan suci pada sangkaan manusia, namun hanya Allah Yang Maha Mengetahui mengenai hakikat diri seseorang.

Sebab itu, insan bukan sahaja disuruh selalu beristighfar dan bertaubat untuk kesalahan dirinya, tetapi juga jangan menghukum kedudukan syurga dan neraka orang lain secara putus. Kita mungkin boleh menyatakan ini perbuatan dosa, ini pula perbuatan pahala. Orang ini berakhlak baik, orang itu berakhlak buruk. Orang ini menzahirkan maksiat, orang itu menzahirkan ibadah. Sekadar itulah penilaian. Namun, untuk menyatakan si fulan itu pasti ahli neraka, atau si fulan itu pasti ahli syurga, maka untuk bukan urusan kita.

DOSA PAHALA
Hanya Allah dan rasulNya yang berhak. Kita tidak pasti melainkan apa yang zahir seperti jika seseorang mati dalam kekufuran setelah datang kepadanya penerangan iman dan Islam yang secukupnya, atau mati dalam maksiat yang jelas. Maka nas al-Quran dan Sunnah menyatakan dia ahli nereka. Itupun hanya pada penilaian zahir sahaja, mungkin dia bersyahadah sendirian sebelum menemui Allah, kita tidak tahu.

Pelaku maksiat juga demikian, pada zahirnya maksiat adalah faktor yang membawa seseorang ke neraka. Namun, kita tidak tahu, mungkin seseorang itu di samping maksiatnya, ada kebaikan yang dibuat yang mungkin mampu memadamkan dosanya di sisi Allah. Mungkin juga dia bertaubat tanpa kita tahu. Hanya Allah yang menentukan kedudukannya.

Ini tidak menghalang kita untuk menyatakan yang salah itu salah, dosa itu dosa. Kita akan membantah kemaksiatan yang dilakukan kerana itu tanggungjawab agama, namun kita tidak akan melaknat individu berkenaan dan menentukan dia semestinya ahli neraka.

Fanatik dan permusuhan yang melampaui batas, kadang-kala menyebabkan seseorang terlajak dalam menghukum orang lain. Inilah yang berlaku di kalangan golongan Khawarij yang me’neraka’ seseorang hanya kerana satu dosa.

Inilah juga yang berlaku dalam golongan fanatik agama dalam berbagai aliran dan kepartian yang me‘neraka’kan orang lain hanya kerana satu dosa yang dicanangkan. Padahal sepatutnya, memadai dengan menegur dan menghalang kesalahan atau dosa, namun jangan membuat keputusan tentang kedudukannya di sisi Allah. Jangan melampau dalam menghukum orang lain.
Dalam hadis al-Imam al-Bukhari, Rasulullah s.a.w mengajar kita hakikat ini. “Seorang lelaki bernama ‘Abdullah, digelar ‘himar’ (kaldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah s.a.w ketawa. Juga pernah Nabi s.a.w. menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: “Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap”. Lantas Nabi s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNya”. (Riwayat al-Bukhari)

Bagaimana mungkin orang yang meminum arak boleh mencintai Allah dan RasulNya?. Tidakkah Rasulullah s.a.w sendiri bersabda: “Allah melaknat arak, peminumnya, penghidangnya, penjualnya, membelinya, pemerahnya, meminta agar ia diperah, pembawanya dan orang yang ia dibawa kepadanya” (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani). Jawapannya, bukan semua yang meminum arak atau apa-apa maksiat itu membenci Allah dan rasulNya. Maksiat adalah dosa dan kelemahan dirinya.

Namun tidak semestinya, pelaku maksiat membenci Islam. Maksiat membawa ke neraka, namun bukan semesti seorang pelaku maksiat tidak melakukan pahala dalam perkara yang lain yang akhirnya Allah akan menentukan timbangan antara keduanya. Betapa ramai insan yang nampak peribadinya lemah, tetapi jiwanya masih sayangkan Allah dan rasulNya, sayangkan Islam dan marah jika Islam dan kaum muslimin dihina dan dianiayai.

Ya, Rasulullah s.a.w melaknat peminum arak dan yang terlibat dengannya. Pelaknatan itu secara umum, namun apabila penentuan secara individu maka penilaian khusus hendaklah teliti. Setiap insan mempunyai latar dan situasi yang berbeza. Maka kita jangan ‘terlebih lajak daripada laju’.
Di sebalik itu, orang zahirnya beramal dengan amalan agama maka pada zahir dia beramal dengan amalan ahli syurga. Namun kita tidak tahu niatnya; ikhlas atau riyak, atau tujuan tersembunyinya. Kita tidak tahu jiwanya; bongkak atau tawaduk, tauhid atau syirik. Di mana kesemua itu faktor yang mengheret seeorang ke neraka. Mungkin juga ada dosa atau kezalimannya terhadap insan lain sehingga Allah mengambil segala pahalanya sebagai gantian. Nabi s.a.w pernah bertanya para sahabat baginda : “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim). Ini bukan perkara pelik, ada orang yang kadang-kala berzikir dan bertahmid sebelum berucap atau berceramah, namun apabila habis dia berzikir dan bertahmid, dia memaki hamun orang lain bagaikan tiada sempadan agama.

RAHSIA

Kehidupan sangat luas. Kita membenci dan melarang perbuatan buruk dan maksiat kerana itu adalah dilarang oleh agama. Amalan buruk membawa ke neraka. Namun, kita tidak menetapkan untuk seseorang secara individu syurga atau neraka. Amalan baik membawa ke syurga. Kita menyokong dan membantunya.

Namun kita juga tidak tahu hakikat sebenar kedudukan orang tertentu yang beramal dengan amalan baik, apakah dia ke syurga atau ke neraka. Kita berbaik sangka dan mengharapkan syurga untuknya. Tapi, kita tidak tahu setiap perkara di sebalik tabir kehidupannya. Hanya Allah Yang Maha Tahu kesudahan dan rahsia hidup setiap insan, kita tidak boleh berlebihan dalam menghukum melainkan ada nas yang jelas untuk seseorang seperti para nabi, orang-orang soleh tertentu dan para sahabat yang disebut dalam al-Quran ataupun sunnah. Demikian mereka yang ditetapkan nereka oleh Allah dan rasulNya seperti Iblis, syaitan, Fir’aun, Abu Lahab, Abdullah bin Ubai dan lain-lain.

Orang yang Allah dan rasulNya tidak khabarkan kedudukannya, kita tidak tahu. Kita disuruh mendoakan keampunan kaum muslimin yang meninggal. Kita melaknat maksiat secara umum, namun kita tidak disuruh melaknat individu pelaku maksiat secara khusus.

Urusan setiap insan dengan Tuhannya. Mungkin dia telah memohon ampun, mungkin dia mempunyai pengecualian yang hanya Allah mengetahuinya, mungkin dia telah dikifarah di dunia dan dia akur, mungkin dia mempunyai kebaikan yang lain yang Allah sangat redha, mungkin orang lain pula telah menzaliminya lalu pahala diberi kepadanya, atau mereka diberi dosanya. Hanya Allah Yang Mengetahui di balik tabir kehidupan. Kita jangan lebih lajak daripada laju.

Saturday, August 08, 2009

:: Kisah kacang Dr. Mohd Ridhuan

Wednesday, August 05, 2009

'Bila Kacang Lupakan Kulit' oleh Dr.Mohd Ridhuan Tee Abdullah.


Bila Kacang Lupakan Kulit

(Mingguan Malaysia 2 Ogos 2009) luahan Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

"Saya dikecam hebat, apabila salah satu laman blog menyiarkan semula artikel saya minggu lalu dalam Mingguan Malaysia, bertajuk ‘Nasib Melayu di Bumi Melayu’.

Saya dituduh sebagai penulis upahan UMNO, lupa asal usul diri, lebih Melayu daripada Melayu, Cina tidak sedar diri, rasis dan berbagai kecaman dilemparkan oleh golongan ultra kiasu ini.

Saya mengucapkan terima kasih atas yang respon yang telah disampaikan. Saya tidak berhasrat untuk memberikan respon, kerana saya malas melayan idea-idea picisan yang menyerang peribadi dan tidak langsung menampakkan bahawa mereka ini seorang yang profesional.

Orang sebegini tidak selayaknya untuk dilayan, biarlah mereka terjun dengan labu-labunya.

Lagipun saya tidak pasti sama ada mereka faham atau tidak, artikel yang saya tulis dalam bahasa Melayu, atau mungkin juga mereka lebih memahami bahasa Inggeris atau bahasa ibunda, daripada memahami bahasa kebangsaan itu sendiri sehingga mereka tidak faham apa yang saya maksudkan.

Begitu juga dengan akhbar Cina, China Press dan Nanyang Siang Pau berniat jahat dengan secara sengaja memaparkan sebahagian kecil artikel saya berkaitan Beng Hock, mengenai anak luar nikah yang dikandung oleh teman wanitanya.

Sedangkan simpati dan pembelaan saya terhadap mendiang tidak disiarkan langsung.

Ini menunjukkan betapa rasisnya akhbar Cina.

Saya dituntut oleh keluarga mendiang untuk meminta maaf.

Terus terang, saya tidak perlu meminta maaf kerana saya berkata yang benar.

Bersekedudukan sebelum nikah adalah haram di sisi agama apa sekalipun.


Kenapa agama Islam sahaja yang dipersoalkan, adakah agama lain menghalalkan perbuatan sedemikian?

Sebelum memeluk Islam, saya dahulunya pernah menganut agama Buddha dan Kristian.

Kedua-dua agama ini mengharamkan sama sekali bersekedudukan sebelum nikah.

Persoalan sama ada mereka yang melakukan perbuatan sedemikian akan bertanggungjawab atau tidak, itu tidak berbangkit.

Apakah kita mahu menghalalkan perkara ini sehingga menjadi budaya masyarakat kita?

Apakah kita mahu ia turut berlaku kepada anak atau adik-beradik kita?

Justeru, bila saya menulis, saya selalu meletakkan diri saya sebagai rakyat Malaysia atau bangsa Malaysia, bukannya orang Cina.

Ini bertujuan supaya pandangan saya tidak berat sebelah atau bias.

Jika orang Islam melakukan kesalahan saya akan tegur, begitu juga yang lain.

Adakah kerana hanya saya berbangsa Cina, maka saya patut selindungkan sesuatu keburukan yang berlaku pada bangsa saya?

Sudah tentu tidak kerana saya perlu berkata benar.

Jika orang Cina baik, saya akan puji sebab itu kenyataan.

Begitulah sebaliknya, jika ada kelemahan, kita terpaksa terima walaupun pahit.

Pada saya, hujah yang dikemukakan mesti dibalas dengan hujah berasaskan fakta dan ilmu, bukan menyerangkan peribadi.

Untuk makluman semua, saya mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang politik dan kerajaan.

Tajuk tesis saya berkaitan dengan ‘persepsi orang Cina terhadap gerakan politik UMNO’.

Hujah yang saya lontar itu adalah datang daripada dapatan sebahagian kecil kajian yang dibuat terhadap politik silang budaya kedua kaum ini secara kuantitatif dan kualitatif.

Apakah saya tidak layak untuk memperjelaskan isu ini? Apakah yang berkokok itu pernah membuat kajian atau sekadar emosi yang menghantui diri sehingga tidak sedar diri?

Itupun nasib baik saya tidak ada rekod-rekod yang buruk sebelum ini seperti ahli politik dan penulis yang lain.

Jika tidak, semua peribadi buruk akan diungkit dan digunakan sebagai senjata untuk mengecam saya.

Inilah budaya perkauman dan budaya ‘pandir’ yang telah dicanangkan sejak sekian lama, terutama apabila kerajaan gagal mendidik mereka memahami sejarah sehingga menjadi manusia yang tidak mengenang budi ini.

Malah mereka menjadi semakin ultra kiasu dan tidak mahu menerima hakikat yang sebenar.

Saya hanya cuba mengatakan yang benar.

Saya tidak mendapat satu sen daripada UMNO apabila artikel tersebut disiarkan.

Begitu jua saya tidak mendapat satu sen pun wang zakat setelah 24 tahun memeluk Islam.

Saya tidak ada banglo mewah, kereta mewah dan lain-lain kemewahan.

Saya bersyukur dan bahagia dengan apa yang ada, hidup sebagai rakyat biasa.

Malangnya, bila ada komen saya menyebelahi kerajaan/UMNO saya akan dituduh bermacam-macam.

Bila idea saya menyebelahi pembangkang, saya akan dipuji melambung.

Saya bukanlah dalam kategori yang mudah lupa diri bila dipuji. Saya sentiasa memuhasabah diri apabila dikeji. Sifat ini perlu ada pada semua manusia.

Saya menulis atas kebenaran.

Saya adalah kalangan orang Cina yang celik sejarah dan celik perlembagaan.

Saya tahu asal usul saya.

Saya bertanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang saya tulis sama ada di dunia mahupun di akhirat. Saya tidak fikir tulisan sedemikian rupa akan menyebabkan Allah SWT mencampakkan saya ke dalam neraka, berbanding mereka yang selalu mengumpat dan menyerang peribadi orang tidak sudah-sudah.

Saya menulis apa yang benar, apa yang salah. Saya tidak menuding jari terhadap siapa yang benar atau siapa yang salah.

Saya tidak ada masalah untuk bersemuka dengan sesiapa sahaja untuk berhujah secara ilmiah dan akademik, bukan berasaskan sentimen, politik sempit dan jumud.

Janganlah jadi pengecut, melepaskan geram yang menampakkan kebodohan diri sendiri.

Janganlah terlampau ultra kiasu kepada kaum sendiri.

Tindakan ekstrem tidak akan mendatangkan kebaikan kepada semua pihak. Malah akan mengusutkan lagi sesuatu yang telah kusut.

Terus terang saya katakan, setelah membanding Malaysia dengan negara-negara lain di dunia, ternyata Malaysia adalah sebuah lain dari yang lain. Amat unik dan toleransinya amat tinggi, terutama kalangan orang Melayu.

Selaku rakyat berbangsa Cina, saya amat berasa bertuah hidup di bumi bertuah ini.

Orang Cina (juga India) bernasib baik kerana kerajaan Malaysia sejak sebelum dan selepas merdeka, tidak banyak berusaha sama sekali mengasimilasikan mereka walaupun kerajaan berhak melakukannya terhadap mereka yang berhijrah.

Mereka adalah seperti orang Cina seadanya seperti mereka di negeri China. Bersekolah, berbudaya, bertutur dan semua cara hidup berasaskan keCinaan (atau keIndiaan). Mana ada negara di dunia seperti ini?

Berbanding dengan negara lain, seperti Thailand dan Indonesia serta lain-lain negara dunia, mereka yang berhijrah mesti diasimilasikan dahulu sebelum menjadi warga negara di sana.

Kita lihat di Thailand, pada tahun 1930an semua identiti kaum Cina dihapuskan termasuk meroboh semua sekolah Cina.

Hari ini, orang Cina di Thailand sudah tidak seperti orang Cina. Mereka telah diasimilasikan menjadi orang Thai (Siam).

Tidak ada beza antara orang Thai dan orang Cina. Cina yang sudah tidak ada semangat Cina.

Malah mereka tidak ada keinginan langsung untuk pergi ke negeri China. Begitu juga di Indonesia. Banyak lagi contoh lain yang boleh saya ketengahkan. Ini yang menjadikan saya sedar diri dan bersyukur.

Berbeza dengan di Malaysia, sudahlah namanya bertukar daripada Tanah Melayu kepada Malaysia, keadaan masih tidak banyak berubah.

Orang Cina tetap dengan keCinaan mereka.

Lebih menyedihkan ada di kalangan mereka (ramai) tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik.

Mereka langsung tidak mahu diasimilasikan. Mereka tidak mahu ambil tahu langsung tentang adat budaya Melayu.

Malah, mereka malu berbahasa Melayu sebab mereka memandang rendah pada orang Melayu.

Istilah-istilah yang digunakan terhadap orang Melayupun istilah-istilah menghina yang tidak perlu saya tulis di sini, kerana sebagai orang Cina saya tahu apa yang berlaku.

Justeru, dapatan kajian saya tidak mengejut, orang Cina akan berjuang habis-habisan sebarang percubaan untuk mengasimilasikan mereka dan percubaan untuk menyeragamkan sistem pendidikan kepada satu sekolah.

Pendek kata, hidup mati orang Cina adalah dengan sekolah Cina dan semangat keCinaan mereka.

Saya merasa bersyukur kerana dilahirkan di kampung Melayu, tetapi dibesarkan dalam keluarga yang begitu kuat berpegang kepada tradisi Cina.

Alhamdulillah, saya dapat memahami orang Melayu dengan lebih mendalam melalui pergaulan.

Begitu juga dengan sahabat-sahabat saya yang lain. Saya tahu sensitiviti orang Melayu dan cara hidup Melayu.

Latar belakang sebegini, tidak semestinya menjadikan saya orang Melayu, kerana saya adalah orang Cina yang dijadikan Allah SWT, darahnya tetap darah Cina. Jika saya ditakdir lahir di kawasan orang Cina, saya fikir saya tidak banyak berubah, sebab saya celik sejarah, celik perlembagaan serta sedar diri. Pokoknya, kita mesti sedar diri dan memahami sejarah negara.

Sejarah Malaysia adalah berakarkan kepada Sejarah Melayu. Malaysia tidak boleh dipisahkan dengan bangsa Melayu. Sejarah inilah yang tidak dapat dipisahkan juga dengan istilah ketuanan Islam dan ketuanan Melayu.

Saya bukanlah menyokong ketuanan Melayu.

Tetapi jika istilah ini digunakan untuk menunjukkan bahawa penduduk Melayu adalah pribumi asal, pada saya ia tidak salah sepertimana yang pernah ditegaskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ketuanan Melayu bukanlah merujuk kepada hubungan antara ‘tuan’ dan ‘hamba’. Saya tidak fikir istilah ketuanan Melayu akan digunakan jika sekiranya nama Malaysia kekal seperti nama asalnya dahulu iaitu Tanah Melayu.

Nama Malaysia tidak menampakkan identiti Melayu. Dengan sebab itu, istilah ketuanan Melayu digunakan. Justeru, tidak salah penggunaan istilah ini jika dengan maksud dan tujuan yang baik dan bukan menghina bangsa lain.

Pada hemat saya, jika istilah ketuanan Melayu hanya digunakan untuk merujuk kepada sejarah Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama persekutuan, kedudukan raja-raja Melayu dan hak-hak istimewa Melayu dan Islam yang termaktub dalam perlembagaan dan sebagainya berkaitan dengan Melayu, saya fikir itu tidak salah.

Identiti ini sekadar hendak menunjukkan bahawa inilah keadaan Malaysia yang sebenar, sebelum dan selepas merdeka.

Apa yang penting perlaksanaan dasar mesti tidak mendiskriminasikan semua kaum yang ada di negara ini. Jika ada pun diskriminasi atau ketidakadilan yang berlaku, yang patut dipersalahkan mereka yang melaksanakan dasar, bukannya menolak sesuatu dasar yang telah dipersetujui bersama. Adakah saya rasis apabila memperkatakan perkara ini?

Saya masih teringat apabila Teresa Kok dilantik menjadi exco kerajaan negeri Selangor, perkara pertama yang beliau ucapkan adalah idea untuk mewujudkan sebuah bandar Cina di mana di situ ada kawasan perindustrian Cina dan institusi pengajian Cina untuk menarik pelabur-pelabur daripada negara China.

Apakah idea ini tidak rasis?

Adakah saya yang membangkitkan isu ini rasis? Bila saya membela Cina tidak rasis, bila mana saya membela Melayu dan Islam, saya dituduh rasis.

Jangan jadi seperti gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang laut nampak begitu jelas.

Bila isu menyebelahi Cina atau India, kita senyap. Bila isu menyebelahi Melayu, bagaikan nak runtuh satu Malaysia?

Apakah politik sebegini tidak rasis?

Saya harap kita jangan bertindak seperti kacang lupakan kulit.

Tolak ansur yang berjalan selama ini tidak ada tolok bandingnya.

Saya masih tidak lupa, ketika segelintir pertubuhan Cina mahu mendirikan tugu Tentera Rakyat Malaya Anti-Jepun atau Malayan People’s Anti- Japanese Army (MPAJA) di Taman Peringatan Nilai, sebagai memperingati pejuang-pejuang Cina yang gugur menentang Jepun ketika penjajahan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945.

Tugu tersebut telah didirikan atas alasan memperingati mereka yang telah terkorban mempertahankan kemerdekaan Tanah Melayu.

Fakta ini salah dan menyeleweng.

Ketika tugu ini sedang didirikan, beberapa pertubuhan Melayu dan juga bukan Melayu yang memahami sejarah (lihat artikel saya dalam Utusan Malaysia 26.12.2006), mahukan fakta sejarah tersebut diperbetulkan dan tugu tersebut tidak dibina.

Mereka bukan pejuang kemerdekaan tetapi mereka bersekongkol dengan Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menentang Jepun.

Ini disebabkan oleh sejarah politik/perang/permusuhan antara Jepun-China pada tahun 1894, 1895 dan 1937. Jepun dan China saling berperang dan berdendam antara satu sama lain.

Penentangan Cina terhadap Jepun dan penganiayaan Jepun terhadap orang Cina, lebih kepada isu membalas dendam bukannya perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu.

MPAJA adalah alat PKM.

Justeru, kita lihat apabila Jepun meninggalkan Tanah Melayu, PKM mempunyai cita-cita tinggi untuk memerintah Tanah Melayu.

Pada masa sama sebelum itu, MPAJA diperalatkan British untuk menentang Jepun. Dalam hal ini, tidak timbul langsung isu MPAJA memperjuangkan kemerdekaan tanah air.

Jikapun benar, kenapa MPAJA tidak menentang Malayan Union yang diperkenalkan British selepas Jepun menyerah kalah?

Malangnya, hari ini tugu MPAJA telah berdiri megah di Taman Peringatan Nilai, dan menjadi pusat penyembahan.

Apakah kerana saya membangkitkan isu ini bermakna saya rasis. Adakah yang membina tugu itu tidak rasis?
Adakah kewujudan bandar Cina atau China Town di setiap bandar itu tidak rasis.

Pernahkah kita dengar ada Malay Town di negara bertuah ini.

Atau terdapatkah universiti kepunyaan UMNO di negara ini?

Tetapi kita ada :
  • Kolej/Universiti Tunku Abdul Rahman (MCA),
  • Universiti Terbuka Wawasan (Gerakan),
  • Kolej New Era (Dong Jiao Zong),
  • Asian Institute of Medical Science and Technology (AIMST-MIC) dan bermacam-macam lagi institusi berasaskan kaum.
Adakah ia tidak rasis? Siapakah sebenarnya yang rasis?

Cuba kaji berapa banyak peruntukan yang diberi oleh kerajaan terhadap universiti kepunyaan MCA, Gerakan dan MIC ini?

Ini tidak termasuk nama-nama jalan yang ingin diubah kepada nama individu tertentu dan menggunakan nama jalan pelbagai bahasa atas alasan agar pelancong dapat tahu nama-nama jalan tersebut.

Perlukah kita mengajar pelancong ini dengan bahasa mereka sendiri. Bukankah pelancong datang ke sini untuk memahami budaya dan bahasa rasmi di sini.

Bukankah kita ada satu bahasa iaitu bahasa kebangsaan yang boleh difahami oleh semua kaum, yang perlu didaulatkan. Adakah ini tidak rasis?

Ke manakah kita nak bawa negara Malaysia?

Apakah akar Melayu perlu dibuang langsung.

Pada hemat saya, apapun yang berlaku kita perlu menghormati orang Melayu selaku penduduk asal di negara ini dari segi sejarah.

Manakala orang Melayu juga perlu menghormati orang orang bukan Melayu.

Pendek kata, kita perlu saling hormat-menghormati perlembagaan yang telah dipersetujui secara bersama, walaupun ia nampak lebih menyebelahi orang Melayu. Tetapi hak kita sebagai bukan Melayu tidak diabaikan.

Saya bangkitkan isu kuil dan rumah ibadat kerana itulah hakikat yang sebenar.

Saya tidak fikir semua rumah ibadat dibina sendiri, menggunakan wang sendiri mereka.

Kebanyakan rumah ibadat kaum-kaum lain dibina di atas tanah kerajaan.

Bukan Melayu tidak boleh membandingkan agama mereka dengan Islam, kerana terdapat peruntukan istimewa kedudukan Islam dalam perlembagaan.

Perkara ini telah dipersetujui secara bersama ketika perlembagaan digubal. Justeru, keistimewaan agama Islam perlu dihormati. Sudah pasti dalam hal ini hak bukan Islam tidak terabai kerana Islam menghormati hak agama-agama lain.

Begitu juga dengan DEB. Ia tidak boleh dilihat dari perspektif negatif semata-mata.

Berapa ramai orang bukan Melayu mendapat habuan daripada kejayaan orang Melayu dalam DEB?

Sila baca buku yang ditulis oleh Tan Teong Jin, Ho Wah Foon dan Tan Joo Lan dalam bukunya the Chinese Malaysian Contribution.

Mereka melihat bagaimana orang Cina mendapat habuan apabila orang Melayu turut berjaya.

Jika orang Melayu berjaya melalui DEB, sebahagian besar pengeluar adalah orang Cina.

Ini bermakna, bila orang Melayu berjaya, orang Cina dapat percikan dan kejayaan sama.

Adakah kejayaan Cina disebabkan usaha mereka semata-mata?

Jawabannya tidak!

Banyak faktor yang menyumbang seperti dasar-dasar kerajaan, kejayaan DEB dan sebagainya.

Janganlah anggap apa yang kita ada hari ini semata-mata kerana usaha kita sendiri tanpa melihat bagaimana kejayaan itu dicapai.

Dengan sebab itu, sebelum kenyataan dihamburkan, mereka mesti mengetahui asal-usul sejarah Malaysia terlebih dahulu.

Bagaimana Tanah Melayu bertukar menjadi Malaysia?

Bagaimana identiti sesebuah negara tercabut disebabkan oleh tolak ansur meraikan semua pihak?

Sedangkan kita tahu bahawa Tanah Melayu, boleh terus kekalkan menjadi nama Tanah Melayu.

Begitu juga di Singapura, boleh terus kekal menjadi salah sebuah negara Melayu di kepulauan Melayu.

Kenapakah sebuah negara Melayu boleh terlepas menjadi negara Cina di kepulauan Melayu?

Pernahkah kita terfikir betapa beruntungnya nasib kita berada di sini?

Kita perlu ingat, bermasyarakat majmuk bukan berlaku secara semulajadi.

Tidak ada satu negara di dunia bermula dengan masyarakat majmuk.

Semua negara bermula dengan satu bangsa.

Nama bangsa tersebut, biasanya akan menjadi nama sesebuah negara itu.

Misalnya, Melayu – Tanah Melayu, Cina – China, India – India, Siam – Siam (Thai), Vietnam – Vietnam, Arab – negara-negara Arab, barat – negara-negara kulit putih dan sebagainya.

Kemajmukan sesebuah negara berlaku disebabkan oleh penghijrahan.

Justeru, kaji sejarah ini. Kenapa ia boleh berlaku sedemikian rupa?

Setelah dikaji, bandingkan, siapakah atau negara manakah yang lebih bernasib baik?

Orang orang Melayu tidak ada lagi tempat dituju melainkan di negara-negara kepulauan mereka sendiri. Sedangkan orang lain mungkin ada tempat yang hendak dituju.

Bandingkan juga dengan Singapura.

Sebuah negara Melayu yang telah jatuh kepada orang majoriti Cina.

Adakah nasib Melayu Singapura terbela?

Adakah kerajaan Singapura mempercayai orang Melayu?

Berapa ramai kah orang Melayu Singapura dilantik menjadi menteri dan jawatan-jawatan tinggi dalam tentera, polis, imigresen dan lain-lain?

Kerajaan Singapura lebih mempercayai orang India yang majoritinya lebih kecil daripada Melayu?

Orang Melayu Singapura merempat di bumi mereka sendiri. Adakah kita mahu ia berlaku di Malaysia?

Dalam isu Teoh Beng Hock, saya sudah terus terang mengatakan bahawa kematian beliau perlu dibela.

Cuma, saya timbulkan janganlah kita mengeluarkan pandangan-pandangan yang boleh mengguris hati orang lain.

Orang Melayu tidak hanya berada didalam PKR dan PAS sahaja!

Melayu juga ada didalam UMNO, parti-parti lain dan ada yang tidak menyertai mana-mana parti politik.

Adakah kerana kita berada dalam Pakatan, bermakna kita hanya perlu menjaga hati bukan Melayu dalam PR sahaja.

Bagaimana dengan yang lain? Saya mengaitkan isu Teoh Beng Hock dengan agama, kerana kita adalah masyarakat yang beragama.

Mana ada satupun agama yang membenarkan hubungan seks sebelum berkahwin?

Jika adalah orang Islam yang terlibat dalam seks bebas sebelum berkahwin, itu adalah salah individu individu tersebut.

Jangan pula agama mereka dipersalahkan.

Agama itu terlalu suci.

Kalau tidak faham agama sendiri, belajarlah, jangan jadi jahil.

Bila saya bercakap seumpama ini saya dituduh tali barut UMNO.

Apakah UMNO ini terlalu buruk?

Apakah UMNO tidak ada jasa langsung terhadap orang Cina atau Melayu yang lain?

Adakah kejayaan orang Cina ini hari berlaku dengan secara semulajadi?

Apakah UMNO itu terlalu buruk sehingga kepentingan kaum lain dinafikan sama sekali?

Memang tidak dinafikan bahawa UMNO ada kelemahan, kerana UMNO itu ditadbirkan oleh manusia.

Jika ada penyelewengan dan korupsi dalam UMNO, itu adalah perbuatan segelintir individu, masih ramai orang UMNO yang baik-baik yang masih boleh dijadikan kawan dan didakwahkan.

Adakah kita terlampau baik sehingga tidak boleh ditegur?

Janganlah jadi seperti kacang lupakan kulit."

13 responses to this article

:: W.S. Rendra - 1

Rendra: Saya Sangat Bahagia


Jenazah almarhum penyair WS Rendra diusung menuju masjid untuk dishalatkan sebelum dimakamkan di padepokan seni Bengkel Teater di Citayam, Depok, Jawa Barat, Jumat (7/8). Rendra meninggal Kamis malam pada usia 74 tahun akibat serangan jantung.
Sabtu, 8 Agustus 2009 | 05:26 WIB

JAKARTA, KOMPAS.com - Sebelum meninggal, WS Rendra sempat mengucapkan kata terakhir kepada istrinya, Ken Zuraida. ”’Saya sangat bahagia.’ Itu kata terakhir Mas Willy (panggilan Rendra),” ujar Ken seusai pemakaman Rendra di Bengkel Teater, Citayam, Depok, Jawa Barat, Jumat (7/8) siang.

Kata-kata itu diucapkan Rendra sekitar pukul 20.00. Setelah itu, menurut Ken, tangan Rendra terasa dingin dan gemetar. Padahal, sebelumnya, Rendra sangat ceria dan bercerita banyak di Rumah Sakit Mitra Keluarga, Depok, tempat penyair itu dirawat.

”Ia bercerita satu jam lebih, seperti tak bisa dihentikan. Itulah kata-kata terakhirnya, ia sangat bahagia,” kata Ken sambil sesenggukan.

Sastrawan Danarto yang sempat menengok Rendra saat dirawat di Rumah Sakit Jantung Harapan Kita, Jakarta, juga menangkap semangat hidup Rendra yang kuat. ”Saya bawakan dia buah kesukaannya, stroberi dan anggur. Ia berkata, dua kali didatangi almarhum Mbak Narti (Sunarti, istri Rendra). Ia bilang, ’Kelihatannya ajal sudah dekat.’”

Warga mengantar

Ribuan orang mengantar kepergian Rendra yang dimakamkan di kompleks Bengkel Teater Rendra di Cipayung-Citayam, Depok, Jumat siang.

Mereka berdatangan sejak mendengar kabar Rendra meninggal di RS Mitra Keluarga, Depok (bukan Kelapa Gading, seperti ditulis Kompas, 7/8), Kamis sekitar pukul 22.10. Jenazah Rendra sempat disemayamkan di rumah anak perempuannya, Clara Shinta, di Perumahan Pesona Khayangan, Depok.

Jenazah Rendra, Jumat pagi, disemayamkan di Rumah Lampung, di kompleks Bengkel Teater. Budayawan Emha Ainun Nadjib memimpin doa dan penghormatan menjelang pemakaman. Di sekitar Rumah Lampung warga berjejalan mendengarkan doa dan kesaksian para sahabat Rendra, seperti penyair Sutardji Calzoum Bachri, Menteri Negara Lingkungan Hidup Rachmat Witoelar, dan mantan Ketua Umum PP Muhammadiyah Ahmad Syafii Maarif.

Setelah shalat Jumat sekitar pukul 14.30, jenazah Rendra dikebumikan di areal bagian belakang kawasan Bengkel Teater. Makam Rendra berjarak sekitar 10 meter dari makam Mbah Surip yang dikebumikan tiga hari sebelumnya atas izin Rendra. Pemakaman berlangsung hingga sore, sekitar pukul 16.00.

Sementara itu, untuk mengantar kepergian Rendra, jemaah di Banda Aceh mengadakan shalat gaib di Masjid Baiturrahman. ”Semua masjid di Banda Aceh diimbau agar melaksanakan shalat gaib untuk Mas Willy,” kata penggiat seni Arie Batubara dari Banda Aceh.

Hadir dalam prosesi pemakaman antara lain pengacara Todung Mulya Lubis, Adnan Buyung Nasution, wartawan senior Rosihan Anwar, Ahmad Syafii Maarif, Ketua Umum PAN Soetrisno Bachir, politisi Eros Djarot, seniman Slamet Rahardjo Djarot, sejarawan Taufik Abdullah, peneliti dan pengamat sastra Daniel Dhakidae, penyair dan aktor Ikranegara, penyair Putu Wijaya, dan aktris Jajang C Noer.

Hadir pula calon wakil presiden terpilih Boediono yang datang dengan mobil Alphard dengan pengawalan ketat. Ia tiba pukul 12.10 untuk melaksanakan shalat Jumat di Masjid Jami’ Nurul Yakin di pinggir jalan raya Citayam, sekitar 100 meter dari rumah duka.

Banyaknya tamu membuat ruas jalan Citayam-Cipayung macet selama beberapa jam. Beberapa peziarah harus berjalan kaki sekitar 500 meter dalam suasana panas terik menuju lokasi pemakaman.

Pahlawan

Banyak orang merasa kehilangan sosok yang karyanya merupakan kesaksian atas nasib rakyat itu.

”Ia vokal, katakan apa yang terasa dengan puisi. Ia mewakili masyarakat yang paling siuman tentang moral, tanggung jawab, dan bangsa kita yang karut-marut. Ia tak rela melihat bangsa ini semakin meluncur terus…,” kata Ahmad Syafii Maarif.

”Rendra sebenarnya pahlawan. Sayang, pemerintah kurang menghargainya. Semestinya suara Rendra harus didengar kita semua,” tambah Maarif.

Menteri Sekretaris Negara Hatta Rajasa mengungkapkan, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menyampaikan belasungkawa atas meninggalnya Rendra.

”Bapak Presiden mengucapkan belasungkawa yang dalam atas kepergian budayawan besar kita itu,” kata Hatta.

Aktor dan sutradara Slamet Rahardjo mengatakan, karya Rendra tak akan pernah mati. Slamet menyebut Rendra sebagai budayawan besar yang kritis dalam mengeluarkan pendapat.

”Saya kenal dia pertama kali tahun 1969, waktu itu baru pulang dari Amerika. Yang paling saya kagumi dari Willy, karyanya menggambarkan betapa ia menagih pemerintah terhadap janji-janji proklamasi yang tak kunjung mendapatkan jawaban,” katanya.

Sastrawan peraih SEA Write Award 2008 dari Raja Thailand, Hamsad Rangkuti, menilai Rendra sebagai budayawan dengan pemikiran yang kritis, tajam, dan menohok. ”Dalam peta seni kontemporer Indonesia, khususnya sastra dan teater, WS Rendra adalah salah satu nama terkemuka. Karyanya akan abadi untuk bangsa ini,” kata Hamsad.

Yang juga merasa kehilangan adalah kubu calon presiden dan wakil presiden Megawati Soekarnoputri-Prabowo Subianto. Anggota tim sukses dan Sekjen PDI-P Pramono Anung mengatakan, kepergian Rendra adalah kehilangan besar karena budayawan ini mengajarkan kebinekaan dan kebangsaan dengan tidak berteori.

Saat Megawati-Prabowo mendeklarasikan pencalonannya di Tempat Pembuangan Sampah Bantar Gebang pada 24 Mei 2009, Rendra membacakan puisi karya Chairil Anwar, Kerawang Bekasi.

Bagi Sutardji Calzoum Bachri, Rendra adalah penyair besar dengan karya besar. Banyak seniman punya karya besar, tetapi tidak punya kepribadian besar. Rendra mempertautkan orang besar dengan karya besar. Ia seniman yang punya integritas.

Ketika Rendra meninggal, Sutardji yang bergelar ”Presiden Penyair Indonesia” merasa kehilangan sosok orang yang tingkah polahnya bisa menjadi teladan. ”Tetapi saya tidak bersedih atas meninggalnya Rendra karena ia sebenarnya tidak pernah pergi. Seniman besar tak pernah pergi. Karyanya selalu besar. Inilah orang besar di antara kita,” kata Sutardji. (CAN/IAM/NAL/NMP/SUT/XAR/DAY)



Sumber : Kompas Cetak
Together We Stand Against Terrorism! KOMPAS.com support #IndonesiaUnite

Friday, August 07, 2009

:: W.S. Rendra



Penyair terkemuka Indonesia WS Rendra, yang turut berpengaruh di Malaysia, meninggal dunia di sebuah hospital di Jakarta malam tadi setelah lebih sebulan dirawat kerana penyakit jantung. Rendra, 74, yang juga dikenali 'Si Burung Merak' meninggal dunia pada 10.15 malam tadi dengan meninggalkan 11 orang anak daripada tiga isteri - dua daripadanya sudah diceraikan, lapor Bernama.

Setelah memeluk Islam pada Ogos 1970 ketika menikahi isteri keduanya Sitoresmi Prabuningrat, beliau menukar namanya menjadi Wahyu Sulaiman Rendra daripada nama asalnya Willibrodus Surendra Broto Renda.

Selain sajak-sajaknya, Rendra juga dikenali ramai di Malaysia melalui filem bertema agama yang dilakoninya Al Kautsar pada 1980-an.

Jenazah allahyarham dijadual dikebumikan selepas solat Jumaat di Bengkel Teater, Citayam, Depok dekat Jakarta, lapor agensi berita itu lagi.

Lokasi persemadian Rendra ini tidak jauh dari kubur sahabatnya Mbah Surip, penyanyi reggae yang mendadak popular di Indonesia dengan lagu "Tak Gendong" yang meninggal dunia Selasa lepas.

Rendra beberapa kali memperoleh anugerah dalam bidang sastera, antaranya Penghargaan Adam Malik pada 1989, SEA Write Award pada 1996 dan Penghargaan Achmad Bakri pada 2006.

Berikut catatan ringkas perjalanan hidup tokoh seniman ini seperti dimuatkan di Wikipedia:

Sebagai sasterawan

Bakat sastera Rendra sudah mulai terlihat ketika ia duduk di bangku sekolah. Saat itu beliau sudah mulai menunjukkan kemampuannya menulis puisi, cerita pendek dan drama untuk pelbagai kegiatan sekolahnya.

Bukan hanya menulis, beliau juga boleh berlakon di pentas. Rendra mementaskan beberapa dramanya, terutamanya tampil sebagai pembaca puisi yang sangat berbakat.

Pertama kali menerbitkan puisinya di media massa pada 1952 melalui majalah Siasat. Setelah itu, puisi-puisinya terus muncul di majalah waktu itu seperti Kisah, Seni, Basis, Konfrontasi, dan Siasat Baru sehingga dua dekad selepas itu, tahun 1960-an dan tahun 1970-an.

Kaki Palsu adalah drama pertamanya, dipentaskan ketika ia di sekolah dan Orang-Orang di Tikungan Jalan pula drama pertamanya yang mendapat penghargaan dan hadiah pertama dari Kantor Wilayah Jabatan Pendidikan dan Kebudayaan, Yogyakarta.

Penghargaan itu membuatnya sangat bersemangat untuk berkarya.

Prof A Teeuw dalam bukunya Sastra Indonesia Modern II (1989), berpendapat bahawa dalam sejarah kesusasteraan Indonesia, Rendra tidak termasuk dalam salah satu angkatan atau kelompok seperti Angkatan 45, Angkatan 60-an, atau Angkatan 70-an.

Daripada karya-karyanya, terlihat Rendra mempunyai keperibadian dan kebebasan tersendiri.

Karya-karyanya tidak hanya dikenali di republik itu tetapi juga di luar negeri. Banyak karyanya sudah diterjemahkan ke bahasa asing, antaranya bahasa Inggeris, Belanda, Jerman, Jepun dan India.

Beliau juga aktif mengikuti festival-festival di luar negeri, antaranya The Rotterdam International Poetry Festival (1971 dan 1979), The Valmiki International Poetry Festival, New Delhi (1985), Berliner Horizonte Festival, Berlin (1985), The First New York Festival Of the Arts (1988), Spoleto Festival, Melbourne, Vagarth World Poetry Festival, Bhopal (1989), World Poetry Festival, Kuala Lumpur (1992), dan Tokyo Festival (1995).

Pada 1961, sebaik sahaja pulang dari Amerika Syarikat, Rendra mendirikan kumpulan teater di Yogyakarta tetapi ia terhenti kerana kembali semula ke negara itu. Ketika pulang semula ke Indonesia (1968), budayawan itu membentuk kembali kumpulan dinamakan Bengkel Teater.

Bengkel Teater sangat terkenal di Indonesia dan memberi suasana baru dalam kehidupan teater di tanah air dan menjadi pangkalan kegiatan keseniannya.

Kontroversi 'Si Burung Merak'

Pada usia 24 tahun, Rendra bertemu cinta pertamanya dengan Sunarti Suwandi. Daripada wanita itu yang dikahwininya pada 1959, beliau mendapat lima anak: Teddy Satya Nugraha, Andreas Wahyu Wahyana, Daniel Seta, Samuel Musa dan Klara Sinta.

Seorang muridnya Bendoro Raden Ayu Sitoresmi Prabuningrat, puteri berketurunan istana Yogyakarta yang bergiat aktif di Bengkel Teater.

Tugas Jeng Sito, begitu panggilan Rendra kepadanya, pada awalnya antara lain menjaga empat anak Rendra-Sunarti tetapi kemudian bertukar cinta.

Ditemani Sunarti, Rendra melamar Sito untuk menjadi isteri kedua dan Sito menerimanya. Namun ayah wanita itu tidak mengizinkan anaknya, yang beragama Islam, berkahwin dengan seorang pemuda Katolik tetapi ia tidak menjadi halangan besar bagi Rendra.

Seniman itu mengucapkan dua kalimah syahadah pada hari perkawinannya dengan Sito, 12 Ogos 1970, dengan disaksikan dua lagi tokoh sastera republik itu penyair Taufiq Ismail dan pengkritik Ajip Rosidi.

Peristiwa itu mengundang reaksi sinis seperti Rendra masuk Islam hanya untuk berpoligami.

Menjawabnya, Rendra beralasan bahawa beliau sudah lama tertarik pada Islam, terutama sejak persiapan pementasan Kasidah Barzanji, beberapa bulan sebelum pernikahannya dengan Sito.

Beliau juga menjawab dengan lebih tegas: bagi Rendra, Islam memuaskan persoalan pokok yang menghantuinya selama ini tentang kemerdekaan individu sepenuhnya.

"Saya bisa langsung beribadah kepada Allah tanpa memerlukan pertolongan orang lain. Sehingga saya merasa hak individu saya dihargai," katanya sambil mengutip ayat al-Quran, yang menyatakan bahawa Allah lebih dekat daripada urat leher seseorang.

Bergelut dengan kontroversi kehidupan poligaminya, suatu ketika sewaktu melihat seekor burung merak berjalan bersama dua betinanya di sebuah zoo Yogyakarta, Rendra berseru sambil tertawa terbahak-bahak dan dilaporkan berkata "itu Rendra! Itu Rendra!"

Sejak itu jolokan 'Si Burung Merak' melekat padanya hingga kini. Bersama Sitoresmi, beliau mendapat empat anak: Yonas Salya, Sarah Drupadi, Naomi Srikandi dan Rachel Saraswati.

Tetapi Si Burung Merak tidak puas dengan dua pasangan dan menyunting pula Ken Zuraida, isteri ketiga yang memberinya dua anak: Isaias Sadewa dan Maryam Supraba.

Tapi pernikahan itu mencetuskan pergolakan yang berakhir dengan tindakan Rendra menceraikan Sitoresmi pada 1979, dan Sunarti dua tahun kemudian.

Senarai karya Rendra termasuklah drama dan puisi:

Drama
Orang-orang di Tikungan Jalan (1954)
Bip Bop Rambaterata (Teater Mini Kata)
SEKDA (1977)
Selamatan Anak Cucu Sulaiman
Mastodon dan Burung Kondor (1972)
Hamlet (terjemahan karya William Shakespeare)
Macbeth (terjemahan karya William Shakespeare)
Oedipus Sang Raja (terjemahan karya Sophokles)
Lisistrata (terjemahan)
Odipus di Kolonus (terjemahan karya Sophokles),
Antigone (terjemahan karya Sophokles),
Kasidah Barzanji
Perang Troya Tidak Akan Meletus (terjemahan karya Jean Giraudoux) Panembahan Reso (1986)
Kisah Perjuangan Suku Naga

Puisi
Balada Orang-Orang Tercinta (Kumpulan sajak)
Bersatulah Pelacur-Pelacur Kota Jakarta
Blues untuk Bonnie
Empat Kumpulan Sajak
Jangan Takut Ibu
Mencari Bapak
Nyanyian Angsa
Pamphleten van een Dichter
Perjuangan Suku Naga
Pesan Pencopet kepada Pacarnya
Potret Pembangunan Dalam Puisi
Rendra: Ballads and Blues Poem (terjemahan)
Rick dari Corona
Rumpun Alang-alang
Sajak Potret Keluarga
Sajak Rajawali
Sajak Seonggok Jagung
Sajak Seorang Tua tentang Bandung Lautan Api
State of Emergency
Surat Cinta

:: Pilihanraya Negeri Sarawak dah hampir

PM arah menteri Kabinet lebih kerap ke Sarawak: Muhyiddin
Daripada Kadir Dikoh

PERTH: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan menteri Kabinet supaya lebih kerap melawat dan turun padang ke Sarawak yang dijangka mengadakan pilihan raya negeri tidak lama lagi. Perkara itu dinyata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada pemberita Malaysia di sini, hari ini. Muhyiddin berkata, arahan Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu sebagai usaha menyekat Pakatan Rakyat daripada menguasai negeri itu.

Thursday, August 06, 2009

:: Kemarau menyerang Sarawak?


Main Page » Utusan Borneo » Tempatan »
Thursday, August 6th, 2009

Sekolah berasrama mungkin ditutup

KUCHING: Sekolah-sekolah berasrama yang berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan air pada musim kemarau ini mungkin akan ditutup jika keadaan bertambah buruk, kata Pengarah Pelajaran Sarawak Dr Julaihi Bujang.
“Kita sekarang memantau keadaan di SMK Suai (Miri) dan SMK Belawai (Mukah). Pada masa sekarang kita mampu mengatasi masalah di SMK Suai,” katanya ketika dihubungi semalam.
Menurut beliau, Jabatan Pelajaran Negeri bekerjasama dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan Bantuan Negeri serta Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam urusan membekalkan air ke sekolah yang terjejas.

Kesan fenomena El Nino mula dirasai di negeri ini apabila dianggarkan 18,000 penduduk khasnya di kawasan pesisir pantai Sarawak terjejas dan berhadapan dengan masalah kemarau sejak hampir sebulan lalu.

Isnin lepas, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan Bantuan Negeri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan berkata lapan bahagian di Sarawak yang terjejas teruk akibat kemarau setakat ini adalah Kuching, Samarahan, Betong, Sarikei, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang. Menurutnya fenomena El-Nino dijangka akan berlarutan sehingga bulan September ataupun Oktober dan ia menyebabkan cuaca kering dan kurangnya jumlah taburan hujan sehingga 50 peratus.

Sementara itu, kata Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah berkata penutupan sekolah merupakan langkah terakhir yang diambil jika masalah kekurangan bekalan air bersih berlaku di sekolah-sekolah berikutan musim kemarau akibat fenomena El Nino.

Beliau berkata, musim kemarau yang berlaku di beberapa bahagian negeri ini ketika ini memberi kesan serius terutama melibatkan sekolah-sekolah luar bandar yang bergantung sepenuhnya kepada air hujan dan sungai. “Tindakan menutup sekolah merupakan langkah terakhir yang dilakukan oleh kerajaan dalam situasi berdepan masalah kemarau kerana Jawatankuasa Bantuan Bencana Negeri sentiasa memantau dan menghulurkan bantuan kepada sekolah-sekolah yang terjejas. “Kerajaan juga telah membuat persediaan kerana keadaan kemarau dijangka bertambah buruk dalam tempoh dua bulan dari sekarang berikutan fenomena El Nino,” katanya ketika ditemui pemberita. Beliau berkata demikian dalam majlis ‘Sarawak Roundtable: Boosting The Calibre Of Today’s Graduates’ anjuran Angkatan Zaman Mansang (AZAM) di Pusat Penerangan Islam di sini, semalam.

Fatimah berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat kini juga giat mengagihkan bekalan air bersih terutama air minuman kepada rakyat di kawasan yang terjejas.
Terdahulu, dalam ucapannya beliau berkata para graduan perlu mengambil kira keperluan majikan dan pasaran kerja hari ini. “Kerajaan membuat pelbagai program untuk melahirkan tenaga kerja yang mapan berasaskan ilmu pengetahuan yang bertepatan dari segi jumlah dan jenis padanan dengan keperluan industri-indusri di bawah SCORE,” tambahnya.

Monday, August 03, 2009

:: IPGM Kampus Tun Abdul Razak dipuji?

Begitulah bagai dikata orang... tak tumbuh tak melata... tak sungguh orang tak berkata. Pujian dan cacian adalah lumrah. Memuji pada yang baik dan mencaci pada yang sebaliknya juga adalah lumrah. Namun, sewajarnya catatan oleh "Jasamu Dikenang" dari Kuala Lumpur dalam ruangan "SURAT" di Berita Harian keluaran 02 Ogos 2009 seperti di bawah boleh diteliti untuk renungan bersama... semoga ada manfaatnya.

------------------------------------------------------------------------------------



Layanan IPTAR 'bagai menatang minyak penuh'

BARU-baru ini laporan sebuah akhbar menyatakan mengenai layanan diterima ketika sesi pendaftaran Kursus Perguruan Lepasan SPM di salah sebuah Institut Perguruan. Di sini saya ingin berkongsi pengalaman yang boleh dicontohi atau diambil pengajaran oleh Institut Perguruan lain ketika mendaftar anak saya di Institut Perguruan Kampus Tun Abdul Razak (IPTAR), Kota Samarahan, Sarawak. Pada mulanya saya berasa susah hati dan bimbang apabila mendapat berita bahawa anak saya akan menjalani kursus perguruan di Sarawak.

Setiba saja kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, kami disambut oleh salah seorang pegawai dan pelajar kampus terbabit dan dibawa terus ke kampus dengan diberi bilik untuk kami sekeluarga sementara menunggu hari pendaftaran. Ketika pendaftaran pula, apa yang kami perhatikan pelajar junior disambut seperti menatang air yang penuh, sebaik keluar dari kenderaan, beg mereka terus diambil oleh pelajar yang bertugas, dilabelkan nama seperti di lapangan terbang dan diletakkan di dalam bilik khas. Maka pelajar membuatlah pendaftaran tanpa rasa bimbang beg mereka hilang. Selesai saja mendaftar, pelajar baru kemudian dihantar ke asrama mereka oleh perwakilan yang bertugas. Selain kemudahan asrama yang lengkap dan bersih, layanan pelajar senior yang baik membuat hati gelisah dan bimbang, terus hilang dan saya berasa yakin dengan kampus ini.

Di sini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas segala pertolongan diberikan kepada kami, lebih-lebih lagi kepada Saimon, bukan saja bantuan ketika mendaftar malah sebelum kami datang pun kami sering bertanya. Untuk mereka yang belum tiba ke Sarawak, jangan berani cakap pasal Sarawak. Sarawak negeri yang cantik, bersih dan pesat membangun. Rakyatnya ramah dan suka menolong orang. Semoga apa yang saya ceritakan ini menjadi contoh kepada semua.
JASA MU DIKENANG IPTAR,
Kuala Lumpur.

Sunday, August 02, 2009

:: Minda Mufti: Jangan bantu






KOLUMNIS - MINDA MUFTI
Ahad Ogos 2, 2009

Jangan bantu syaitan rosakkan saudaramu
Oleh DR. MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

SAYA hanya sempat mengikut dari jauh isu dan secebis ‘hukuman sebat ke atas peminum arak’ di Pahang. Banyak juga email mengenainya meminta saya mengulas isu tersebut, termasuk email seorang tokoh politik dan ahli Parlimen ternama. Banyaknya urusan menjadikan saya ‘ketinggalan bas’ kebelakang ini. Rasanya, sikap rela model berkenaan patut dipuji.
Ya, arak itu haram di sisi Islam, tiada siapa pun yang beriman berbeza pendapat mengenainya. Namun apabila hukuman ke atas pesalah itu dilaksanakan, ia membabitkan dua aspek utama; pertama, hukuman yang dikenakan, kedua, individu yang dihukum.

Para sarjana hukum, walaupun ramai yang berpendapat kesalahan minum arak di bawah hudud, mereka berbeza pendapat pula tentang jumlah sebatan. Ini kerana al-Quran tidak menyebut hukumannya, cuma hadis ada menunjukkan dipukul empat puluh kali. Namun pada zaman Khalifah Umar al-Khattab r.a. beliau beliau berbincang kadar hukuman tersebut, lalu beliau menerima pandangan ‘Abd Rahman bin al-‘Auf untuk melaksanakannya sebanyak lapan puluh kali (lihat: Riwayat Muslim). Tindakan Khalifah ‘Umar ini menyebabkan sarjana berbincang apakah hukuman untuk peminum arak ini hudud atau takzir (discretionary punishment)? Ini kerana jika ia hudud, sepatutnya, tidak ditambah. Apatah lagi, Nabi s.a.w semasa melaksanakan hukuman ini tidak pula menjelaskan apakah ia hukuman yang ditetapkan oleh Allah (hudud) atau ia hanya ketetapan pemerintahan berdasarkan kepada keperluan (takzir).

Lebih daripada itu, dalam hadis menunjukkan pesalah minum arak ada yang dipukul dengan tangan, kain, dan selipar sahaja. Tiada ketegasan yang jelas dalam kaedah pukulan. Pun memang hukuman sebat dalam Islam bukan seperti sebat yang ngeri di penjara sivil yang biasa kita dengar dan lihat. Sebatan Islam sama sekali bukan untuk mencederakan, sekadar mengingat dan mengajar. Lebih daripada itu, Islam tidak benarkan kita mengutuk pesalah yang dihukum.

Dalam riwayat al-Imam al-Bukhari daripada Abu Hurairah, beliau berkata: “Dibawa kepada Nabi s.a.w seorang yang mabuk (minum arak), maka baginda memerintahkan agar dipukul, maka dalam kalangan kami ada yang memukulnya dengan tangan, ada yang memukul dengan selipar dan ada pula yang memukulnya dengan kainnya.
Apabila selesai, seseorang berkata: “Allah telah menghinanya”. Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu menjadi pembantu syaitan (merosakkan) saudara kamu”.
Maksudnya, mencercanya menyebabkan syaitan mudah untuk merosakkannya lagi. Dalam hadis ini menunjukkan hukuman itu berjalan hanya sekadar dengan kain atau tangan atau selipar, tujuannya bukan untuk menyeksa, tapi mengingatkan.
Janganlah pula berlebihan, hukumannya hanya pukulan tersebut maka tidak perlu diikuti dengan cercaan.
Maka sesiapa yang merasakan dirinya pejuang Islam, janganlah menokok tambah dengan makian kerana itu tidak serasi dengan tabiat perlaksanaan yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w.

Hudud

Ramai yang bercakap tentang hudud. Namun ramai juga, sama ada yang bersetuju atau membantah tidak mempunyai pengetahuan yang jelas dalam banyak perkara mengenainya. Ramai yang blind imitation dalam memperkatakan hukuman jenayah dalam Islam ini. Sama ada hanya terikut-ikut dengan media, atau terikut-ikut teks kitab-kitab lama. Ramai yang tidak menyemak tentang maksud, kaedah, keadaan, suasana dan keluasannya.

Seseorang muslim yang faham tidak mungkin menentang hudud, tetapi mungkin bertanya adakah suasana yang menyebabkan perlaksanaan hudud yang adil dan berkesan wujud pada sesuatu tempat dan masa untuk menjadikan ia mencapai tujuannya?

Apabila syarat dan suasana itu wujud, maka hudud dilaksanakan. Ketika itu akan dapat dilihat keadilan, keindahan dan kesan hukuman tersebut yang bertujuan untuk kebaikan manusia. Untuk melihat hudud secara lebih luas dan tidak fanatik mazhab atau pandangan tertentu, karya Mohamed S. El-Awa, Punishment In Islamic Law antara yang baik untuk dibaca di zaman kini. Dalam hadis sahih, Nabi s.a.w bersabda: “Jangan dipotong tangan (pencuri) ketika dalam peperangan” (Riwayat al-Tirmizi dan al-Darimi). Al-Imam Tirmizi (297H) ketika meriwayat hadis ini menyebut: “Sebahagian ilmuwan berpegang dengan nas ini, antara mereka al-Auza’i, mereka berpendapat tidak dilaksanakan hudud ketika peperangan, berhadapan dengan musuh kerana dibimbangi individu yang dihukum itu akan pergi menyertai musuh…”.

Saya melihat, jika kebimbangan musuh mengambil kesempatan atau orang Islam meninggalkan Islam itu adalah sebab yang dilihat oleh sebahagian sarjana mengapa Nabi s.a.w melarang hukuman tersebut dilaksanakan, maka pada zaman yang fitnah terhadap Islam di pelbagai penjuru dan kerapohan iman umat Islam begitu nyata, penelitian tentang perlaksanaan hudud itu mestilah lebih berhati-hati.

Perlaksanaan hudud mestilah membawa natijah yang positif, bukan negatif kepada Islam. Maka perjuangan mengujudkan suasana yang conducive itu mendahului usaha perlaksanaan hudud. Setelah wujudnya masyarakat adil; pemerintah dan rakyat, suasana iman dan Islam, kehidupan yang aman dan bahagia, tiba-tiba ada yang mencetuskan jenayah yang mencemarkan itu semua, ketika itu apabila dilaksanakan hudud tertonjollah kesan dan keindahannya.

Suasana

Ada beberapa email yang menarik perhatian saya mengenai hukuman arak di Pahang itu. Ada yang menyatakan kepada saya, mengapakah peminum arak sahaja dihukum, sedangkan taukeh-taukeh arak yang beragama Islam dibiarkan? Sedangkan mereka ini ada memakai gelaran yang hebat-hebat dan ‘disembah hormat’ oleh rakyat. Ada pula berkata: “Mengapa kes model itu begitu cepat diproses, sedangkan saya yang menderita kes rumah tangga saya sudah bertahun lamanya, mahkamah syariah belum putus apa-apa?”.

Berbagai lagi sungutan yang lain. Memang itu semua bukan justifikasi untuk peminum arak dibiarkan, tetapi hukuman apabila tidak kelihatan adil atau serakam, manusia akan membuat berbagai alasan dan akhirnya tujuan dan keindahan hukum itu hilang.

Para ulama dan pejuang Islam mempunyai tugasan yang berat untuk memboleh Islam dalam bentuk dakwah dan pendidikan itu menjelma dalam bentuk hukuman dan perlaksanaan yang adil dan saksama.

Maka tidak munasabah dipotong tangan pencuri dalam masyarakat yang lapar dan terdesak. Tidak munasabah dihukum hudud orang berzina dalam masyarakat yang unsur zina bertebaran, perkahwinan disusah-susahkan, kes perceraian ditangguh-tangguhkan dan berbagai keadaan yang mendorong kepada zina.

Munasabahkah dilaksanakan hukuman murtad dalam dunia yang penuh keliru dan kegagalan golongan agama dan pemerintah merongkaikan kekeliruan secara berkesan. Apatahlagi hukuman murtad itu sendiri mempunyai berbagai penafsiran.

Perjuangan penting para pendakwah Islam masakini adalah memberikan pendidikan dan kefahaman yang jitu mengenai Islam. Generasi kini terdedah kepada berbagai perkara. Sudah banyak email saya terima daripada anak-anak muda melayu yang bukan sahaja tidak percayakan Islam, bahkan meragui kewujudan Tuhan.

Inilah epidemic yang sedang meningkat dalam dunia ini iaitu atheism yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan, atau seperti pelakon Brad Pitt yang tidak dapat membuat keputusan Tuhan wujud atau tidak yang disebut sebagai agnosticism. Mereka ini sedang memenuhi Dunia Barat hari ini dengan peningkatan yang menakjubkan. Laman-laman web mereka mengganggu minda sebahagian orang Islam yang tidak terdedah kepada Islam yang berteraskan hujah dan fakta.

Hanya sekadar pernah mendengar ceramah kartun dan lawak oleh sesetengah penceramah. Ceramah atau pengajaran agama yang tidak memenuhi piawaian cabaran zaman kini akan gagal menyelamatkan generasi kita.

Ya, kita mahu Islam, kita mahu suasana Islam dan kita mahu hukum berteraskan Islam. Namun itu semua tidak boleh capai dengan mudah, memerlukan pengembelingan tenaga yang serasi dengan suasana kita.

Pemerintah dan rakyat hendaklah ada kesungguhan. Islam yang hendak ditonjolkan hendaklah membawa kepada sangkaan baik manusia terhadap Allah dan RasulNya, bukan mengelirukan mereka. Bak kata Nabi s.a.w: “Jangan bantu syaitan rosakkan saudaramu”.

Saturday, August 01, 2009

:: GMI: sekatan awal

Polis mula mengawal keselamatan dengan menutup beberapa
laluan utama menghala ke Kuala Lumpur. Ia dilakukan bagi
menyekat penyokong kumpulan yang membantah dan juga
menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) daripada
meneruskan niat mereka mengadakan perhimpunan
masing-masing.--foto THE STAR oleh: RAYMOND OOI.
KUALA LUMPUR: Beberapa laluan utama menghala ke Kuala Lumpur ditutup hari ini bagi menyekat penyokong kumpulan yang membantah dan juga menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) daripada meneruskan niat mereka mengadakan perhimpunan masing-masing.




BERITA

PIHAK polis mengadakan sekatan lalu lintas di Jalan Cheras berdekatan Taman Midah, pagi tadi. Sekatan lalu lintas telah mula diadakan di lokasi-lokasi utama di Lembah Klang sejak pagi sebagai persediaan menghadapi perhimpunan anjuran dua kumpulan, Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang masing-masing pro dan anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) esok di Kuala Lumpur.--fotoTHE STAR oleh Mohd Sahar Misni.

:: Zuriat Sultan Yang Kelapan Belas?

Mesyuarat Majlis Raja2 Melayu telah sempurna diadakan di Kuching baru2 ini. Semua Sultan atau wakil dan Tuan Yang Terutama Gabenor bagi negeri2 yang tidak beraja telah menghadiri mesyuarat berkenaan diiringi oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri bagi negeri2 berkenaan. Setelah meninjau di sana sini, terjumpalah sedikit maklumat berkaitan Negeri Perak Darul Ridzuan yang memperihalkan cara lantikan raja pemerintah dilakukan seperti catatan di bawah. Persoalannya ialah kenapa zuriat daripada "Sultan yang kelapan belas" dijadikan syarat kepada perlantikan Raja Pemerintah (Sultan) Perak? Sultan Azlan Shah yang memerintah kini adalah sultan yang ke-34.

.......................................................................................................

Pemilihan dan perlantikan Raja bagi Negeri Perak dibuat oleh Dewan Negara. Sistem yang diamalkan ialah menerusi kenaikan pangkat Bakal Sultan dan tidak mengikut sistem turun menurun dari Raja Pemerintah kepada puteranya.

Mengikut undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak seseorang yang layak dilantik menjadi Raja Pemerintah hendaklah mempunyai zuriat yang diakui telah diperanakkan dengan jalan yang halal daripada tubuh badan dan darah daging Sultan yang kelapan belas. Ianya hendaklah seorang anak lelaki, cucu lelaki, cicit lelaki dan sebagainya dari sebelah pihak benih turun menurun sehingga yang akhir sekali. Undang-undang Tubuh tidak sekali membenar dan adalah diharamkan memilih dan melantik seseorang Raja Pemerintah selain daripada seorang zuriat daripada Sultan kelapan belas selagi ada hidup seorang zuriat seumpama itu daripada Sultan tersebut dengan syarat Raja Pemerintah itu tiada mempunyai sesuatu cacat yang besar dan berat yang kerananya ia tidak akan diluluskan oleh Hukum Syarak menjadi seorang Raja Pemerintah.

Sekiranya pada mana-mana masa tiada lagi zuriat daripada benih Sultan yang kelapan belas, maka wajiblah dipilih dan dilantik sebagai seorang Raja Pemerintah dari antara zuriat-zuriat daripada benih Sultan yang pertama. Walau bagaimanapun sekiranya tiada zuriat daripada benih Sultan yang Pertama yang difikirkan harus dipilih, maka wajiblah dipilih dan dilantik sebagai Raja Pemerintah seseorang lelaki daripada zuriat Sultan yang kelapan belas yang daripada tanah (ibu). Apabila menimbangkan lantikan itu seorang anak perempuan Raja Pemerintah yang telah mangkat akhir sekali, dan jikalau sekiranya tiada seorang pun yang demikian itu, maka hendaklah diutamakan seorang lelaki atau cucu lelaki daripada seorang anak perempuan Raja Pemerintah yang mendahului Raja Pemerintah yang tersebut.

Jikalau sekiranya tiada seorang yang layak dilantik menjadi Raja Pemerintah, maka pilihan dan lantikan Raja Pemerintah hendaklah diserahkan kepada timbangan, hukuman dan keputusan Dewan Negara. Setelah Raja Pemerintah dimasyurkan, dua orang Bakal Sultan hendaklah dilantik oleh Raja Pemerintah dengan nasihat Dewan Negara. Dua gelaran yang dipegang oleh Bakal Sultan ialah Raja Muda dan Raja Di Hilir. Gelaran Raja Bendahara telah dihidupkan semula kepada gelaran biasa Yang Amat Berbahagia Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja dan tidak dengan gelaran Yang Amat Mulia Tuanku Raja Bendahara, Wakilus-Sultan Wazirul-Kabir.

Perlantikan Bakal Sultan adalah berasaskan syarat-syarat sebagaimana yang diwajibkan bagi seorang Raja Pemerintah. Sebelum melaksanakan haknya atau menjalankan tanggungjawabnya, bakal Sultan dikehendaki mengangkat dan menandatangani sumpah yang ditetapkan oleh Dewan Negara. Sumpah itu mengandungi perkataan-perkataan yang mengikut perasaan orang yang dilantik. Kemudian barulah gelaran dianugerahkan mengikut adat Melayu.

Walau bagaimanapun sebelum seseorang dilantik menjadi Bakal Sultan, seseorang itu pada kebiasaannya hendaklah terlebih dahulu memegang jawatan Raja-raja Bergelar. Gelaran yang diberikan kepada Raja-raja Bergelar ialah Raja Kechil Besar, Raja Kechil Sulong, Raja Kechil Tengah, Raja Kechil Bongsu, tetapi sekiranya berlaku di mana putera Raja-raja Pemerintah menaiki takhta Kerajaan setelah mangkatnya Raja Pemerintah ini adalah kerana putera itu memegang jawatan Bakal Sultan yang terkanan.

Pada kebiasanya Raja Muda akan dilantik menjadi Raja Pemerintah setelah mangkatnya Raja Pemerintah dan Raja Di Hilir akan mengambil tempat yang dikosongkan oleh Raja Muda dan tempat Raja Di Hilir pula diganti oleh Raja Bergelar Raja Kechil Besar dan seterusnya sehingga jawatan Raja Kechil Bongsu menjadi kosong. Pada lazimnya Raja Pemerintah yang baru akan mengurniakan gelaran Raja Kechil Bongsu kepada Putera sulong Baginda.

Walau bagaimanapun, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyatakan bahawa di dalam pemilihan Bakal Sultan, pertimbangan pertama hendaklah diberikan kepada calon yang paling dekat mengikut tertib susunan kedudukan Bakal Sultan dan kemudian barulah kepada tiap-tiap orang Raja-raja Bergelar dengan tidak mengikut tertib kedudukannya sebelum menimbang seseorang daripada peringkat atau peringkat am daripada mereka harus dipilih menjadi Raja Pemerintah.

Friday, July 31, 2009

:: H1N1: Merebak di Brunei

Jumaat, 31 Julai 2009 (MEDIA PERMATA)

Influenza A (H1N1) kini jadi jangkitan komuniti
Oleh Sim Y. H.


BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis - Kementerian Kesihatan hari ini mengumumkan pendekatan baru dalam usaha mempertingkatkan strategi dan tindakan pengawalan wabak Influenza A (H1N1). Wabak penyakit itu yang sudah merebak di Brunei kini menjadi jangkitan komuniti di kalangan masyarakat menyebabkan kementerian beralih kepada Fasa Perlindungan dan Rawatan sebagai usaha bagi menanganinya, kata kementerian dalam kenyataan.

Antara langkah yang diambil ialah memberikan rawatan antiviral seperti Tamiflu kepada pesakit yang mempunyai tanda-tanda jangkitan influenza dan berisiko tinggi tanpa memerlukan pengesahan ujian makmal.

Kementerian Kesihatan juga menyatakan sejak kes pertama influenza A (H1N1) dilaporkan pada 20 Jun, sebanyak 786 kes dilaporkan dengan 698 kes telah sembuh, 46 kes menerima rawatan di rumah, 13 kes menerima rawatan di hospital dan 28 kes masih dalam siasatan.

Bagaimanapun kementerian berkata jumlah sebenar jangkitan Influenza A (H1N1) di Brunei dijangkakan lebih tinggi kerana ujian makmal dalam Fasa Perlindungan dan Rawatan hanya akan dibuat bagi mereka yang berisiko tinggi sahaja.

Selain dari itu, Kementerian Kesihatan juga mengambil langkah meneruskan pemantauan penyakit influenza di pusat-pusat kesihatan, mengehadkan pelawat-pelawat yang melawat pesakit di hospital, menasihati orang ramai mengasingkan diri mereka dari orang lain dan mengurangkan interaksi sosial jika mempunyai tanda-tanda penyakit influenza serta mempertingkatkan amalan kebersihan diri dan persekitaran bagi mencegah penyakit merebak.

Kementerian terus mengingatkan orang ramai bahawa walaupun jangkitan A (H1N1) setakat ini tidak begitu teruk dan kebanyakan pesakit akan pulih tanpa memerlukan rawatan antiviral, ia boleh mengakibatkan kesan yang teruk termasuk kematian bagi mereka yang juga menghidap penyakit-penyakit kronik.
Oleh itu, penghidap penyakit kronik yang mempunyai tanda-tanda jangkitan influenza A (H1N1) dinasihati mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.

:: Pengetua dan Guru Besar naik pangkat


Pangkat guru besar, pengetua berdasar KPI
Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Kenaikan pangkat pengetua dan guru besar di sekolah seluruh negara pada masa depan tidak akan lagi tertakluk kepada faktor kekananan, sebaliknya berdasarkan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) masing-masing. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata KPI berkenaan kini dalam proses pemurnian dan dijangka siap menjelang akhir tahun ini. “Apabila inisiatif terbabit dilaksanakan nanti, sebarang kenaikan pangkat untuk pengetua dan guru besar akan dibuat berdasarkan pencapaian KPI mereka, tidak lagi bersandarkan faktor kekananan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini.

Thursday, July 30, 2009

:: UPSR: Tidak relevan?




myMetro » Variasi » Bestari
UPSR tidak relevan?
Oleh Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

APABILA ada pihak mahu memansuhkan
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR),
ia seperti sesuatu yang tidak kena
kepada sistem peperiksaan itu.
Jika sebelum ini, UPSR
menjadi kayu pengukur
kepada pemilihan murid ke sekolah asrama penuh,
apakah ia masih relevan untuk murid sekolah rendah?

Ada mendakwa UPSR hanya menjurus kepada konsep pencapaian pendidikan melalui peperiksaan yang memerlukan murid lulus subjek tertentu untuk layak ke sekolah berasrama penuh. Bagaimanapun, ini dikatakan tidak membantu menentukan tahap sebenar akademik murid. Ujian penilaian itu tidak menggalakkan murid mengambil berat mendalami subjek lain seperti Sejarah dan Pendidikan Islam kerana subjek itu tidak menjadi syarat lulus dalam ujian berkenaan. Walaupun kerajaan belum bercadang memansuhkan peperiksaan itu, tetapi ia memerlukan pengubahsuaian dan penambahbaikan bagi mengelak ia dianggap tidak relevan. Tokoh Guru Negeri Perlis 2009, Kamarudin Che Kassim, berkata UPSR masih relevan dan tidak harus dimansuhkan. Beliau berkata, UPSR adalah penilaian murid di sekolah rendah dan bukannya satu peperiksaan besar seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). "Masyarakat perlu tahu, UPSR diwujudkan bagi melihat pencapaian murid selepas enam tahun di sekolah rendah. "Melalui UPSR kita dapat menilai mereka dari segi pelajaran, sahsiah dan kebolehan selain kesediaan melangkah ke sekolah menengah."Justeru, tidak ada sebab UPSR perlu dimansuhkan sebaliknya perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa," katanya.
Mengimbas kembali sejarah UPSR, ia bermula pada 1957 dengan pengenalan Malayan Secondary School Entrance Examination (MSSEE). Ia kemudiannya dimansuhkan dan digantikan dengan Penilaian Darjah Lima (PDL) yang berlanjutan sehingga 21 tahun sebelum dimansuhkan pada 1988. Pada 1973, Ujian Darjah Tiga (UDT) dimulakan untuk tempoh sembilan tahun sehingga dimansuhkan pada 1982. Dengan ketiadaan PDL dan UDT, peperiksaan peringkat sekolah rendah digantikan dengan UPSR pada 1988 sehingga kini. Kamarudin yang menjadi pendidik selama 33 tahun, berkata masyarakat terutama ibu bapa faham tujuan UPSR di laksanakan. "Sepanjang menjadi pendidik, ada ibu bapa yang merungut anak mereka hanya mendapat dua A dalam UPSR. "Dalam situasi ini, ibu bapa menyalah tafsir UPSR dengan menekan anak-anak belajar termasuk menghantar ke kelas tambahan semata-mata untuk mendapatkan A dan memasuki asrama penuh. "Tidak salah memberi galakan kepada anak untuk memperoleh keputusan yang cemerlang, tetapi jangan membebankan kerana mereka masih mentah," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Gabungan Pelajar Semenanjung Malaysia (GPSM), Mohd Nordin Awang, berkata UPSR masih relevan terutama menilai pencapaian murid di sekolah rendah. "Jika UPSR dimansuhkan, murid-murid akan belajar sambil lewa kerana tidak ada peperiksaan besar perlu hadapi. "Mereka juga tiada daya saing untuk mendapat pencapaian yang lebih baik," katanya. Menurutnya, cadangan memansuhkan ujian penilaian itu mungkin disebabkan ada berpendapat UPSR itu hanya digunakan untuk menentukan murid ke asrama penuh. "Pandangan itu tidak tepat kerana jika mereka memberi alasan itu, lambat-laun PMR juga akan dimansuhkan kerana lulus atau gagal seseorang pelajar itu, mereka tetap meneruskan persekolahan," katanya. Nordin meminta masyarakat tidak melihat UPSR sebagai tiket ke sekolah berasrama penuh semata-mata sebaliknya mengambil kira keseluruhan kokurikulum dan sahsiah murid terbabit. Walaupun UPSR tidak penting seperti PMR dan SPM, ia perlu dilaksanakan kerana dengan adanya peperiksaan, murid lebih bersemangat dalam pelajaran, katanya
.