Showing posts with label Bakun. Show all posts
Showing posts with label Bakun. Show all posts

Thursday, July 07, 2011

:: Empangan Bakun... mula beroperasi hari ini ?



Ujian Kebolehpercayaan Empangan Bakun hari ini

Posted on July 6, 2011, Wednesday

Pemantauan akan dilakukan berhati-hati bagi mengelak sebarang kesilapan: Zulkiflie

PANDANGAN UDARA: Ujian pertama Empangan Bakun bermula hari ini sebelum operasi sebenar untuk langkah komersialisasi pada 6 Ogos depan.

KUCHING: ‘Ujian kebolehupayaan’ Empangan Hidro Elektrik Bakun (Empangan Bakun) akan diadakan hari ini (6 Julai) sebelum tenaga elektrik empangan itu dikormersial pada 6 Ogos ini, kata Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Hidro Sdn Bhd, Zulkiflie Osman.

Beliau menambah ‘ujian kebolehupayaan’ adalah fasa terakhir pelbagai ujian percubaan sebelum langkah komersialisasi dapat dilaksanakan dalam tempoh sebulan lagi.

“Jika semuanya berjalan dengan lancar, kita boleh menjangkakan tenaga dari Empangan Bakun akan dipindahkan ke sistem grid SESCo selepas ‘ujian kebolehupayaan’ ini dilaksanakan, iaitu 6 Ogos nanti,” katanya ketika ditemui pada Sidang Kemuncak Infrastruktur Asia yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), semalam.

Zulkiflie menambah, beliau bersama 20 pakar tempatan dan enam dari negeri luar kini sedang memantau keadaan di empangan berkenaan sebelum turbin pertama dijangka menjana tenaga awal bulan depan.

“Semuanya perlu dilakukan dan dipantau dengan penuh berhati-hati kerana sebarang kesilapan boleh menyebabkan halangan besar yang mesti dielakkan daripada berlaku,” tegasnya tanpa menjelaskan lanjut ‘halangan besar’ itu.

Tenaga yang dihasilkan daripada Empangan Bakun itu kelak akan disalurkan ke projek-projek jimat tenaga di kawasan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Salah satu projek gergasi yang akan dilaksanakan di SCORE ialah industri melebur aluminium, pulpa dan kertas serta pengeluaran kepingan gelas.

Zulkifle, menambah Empangan Bakun mempunyai lapan turbin bersaiz besar dan mampu mengeluarkan 2,400 megawatt (MW) sebaik ia beroperasi sepenuhnya tahun depan.

Sementara itu, Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ketika menyampaikan ucapan penggulungnya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini berkata kerajaan negeri menerusi SEB berjaya mendapat hak pemilikan ke atas Empangan Bakun daripada kerajaan pusat menerusi Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) selama 30 tahun pada 1 Jun 2011.

Menerusi PPA itu ujarnya SEB menjual tenaga elektrik dari Empangan Bakun pada 6.25 sen per kilowatt dengan peningkatan tahunan sebanyak 1.5 peratus.

Taib yang juga Menteri Pengurusan dan Perancangan Sumber berkata Empangan Bakun yang bernilai RM7.2 bilion adalah langkah penting dalam pembangunan SCORE.


http://www.theborneopost.com/2011/07/06/ujian-kebolehupayaan-empangan-bakun-hari-ini/


Wednesday, October 27, 2010

:: Bakun..penakungan diteruskan walaupun Sg.Rajang semakin cetek




Home - Utusan Borneo - Berita Tempatan - Penakungan Bakun diteruskan


Penakungan Bakun diteruskan

by Pauline Kayan. Posted on October 26, 2010, Tuesday

Sungai Rajang semakin cetek hingga menyebabkan kos pengangkutan meningkat tiga kali ganda

SONG: Kerja-kerja penakungan air di Empangan Hidroelektrik Bakun (Empangan Bakun) tidak akan diberhentikan walaupun paras air di Sungai Rajang kini semakin cetek.


CETEK: Paras air di hulu Sungai Rajang yang semakin cetek menyebabkan penduduk di kawasan tebingan sungai terjejas. Gambar diambil dari udara di kawasan hulu jeram Pelagus, salah satu laluan yang digunakan dari Kapit ke Belaga.


Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata kerajaan mengambil keputusan untuk tidak menghentikan kerja-kerja penakungan air walaupun paras air sungai itu ketika ini semakin cetek, terutama di bahagian hulu.

Awang Tengah menjelaskan, kerajaan mengambil masa yang lama sebelum membuat keputusan untuk memulakan kerja-kerja penakungan air di Empangan Bakun yang bermula pada 13 Oktober lalu.

“Mengikut kajian sebelumnya, kerajaan mengandaikan ketika ini musim hujan, tetapi apa yang berlaku adalah sebaiknya. Ini adalah di luar jangkaan kita semua,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Rumah Rehat Song di sini, pagi semalam.

“Kita berharap agar hujan turun untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk.

“Tetapi kita akan tetap melepaskan air dari takungan dari semasa ke semasa untuk mengelakkan keadaan menjadi bertambah buruk,” tambah beliau lagi.

Beliau berkata sejumlah air juga telah dilepaskan daripada Empangan Bakun itu bagi mengekalkan paras di Sungai Rajang kepada 43 aras laut purata (MSL).

“Paras terendah yang dicatatkan adalah di antara Kapit dan Belaga iaitu pada 41 MSL. Walaupun bot ekspres dan bot kargo tidak dapat mudik ke Belaga namun sungai itu masih dapat dilalui oleh perahu,” katanya.

Awang Tengah berkata kerajaan negeri juga akan mendapatkan bantuan daripada kontraktor dan sektor swasta jika keadaan memerlukan.

Proses penakungan itu dijangka mengambil masa tujuh bulan dan dua minggu bagi mencapai paras ketinggian yang dikehendaki iaitu setinggi bangunan 44 tingkat meliputi kawasan seluas 69,000 hektar.

Sebelum itu, Residen Kapit, Dahim Nadot ketika ditemui untuk mengulas perkara yang sama, berkata kawasan yang paling teruk terjejas ialah dari kawasan Merit hingga ke hulu (ke pekan Belaga).

Katanya masalah paras sungai yang cetek dan deras ini telah menjejaskan perkhidmatan pengangkutan.

“Keadaan menyebabkan kos pengangkutan untuk menghantar bekalan makanan ke sekolah di kawasan yang terjejas telah meningkat tiga kali ganda berbanding waktu biasa,” katanya.

Tambahnya, kos ini meningkat kerana penghantaran perlu dilakukan melalui jalan kem pembalakan disebabkan bot ekspres tidak dapat beroperasi dan sukar untuk melalui beberapa bahagian terutama kawasan yang berjeram berikutan air Sungai Rajang yang semakin cetek.

Dahim berkata, pihaknya dalam proses menyiapkan laporan untuk memaklumkan kepada Jawatankuasa Bencana Alam Negeri tentang kesusahan yang dialami oleh penduduk yang berada di kawasan yang terjejas.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Awang Tengah berkata kajian yang lebih lanjut akan diadakan untuk mengetahui punca sebenar yang menyebabkan berlakunya kejadian himpunan kayu hanyut di sungai yang sama pada 7 Oktober lepas.

“Kajian awal kita menunjukkan hujan lebat merupakan antara sebab utama yang menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh dan seterusnya mencetuskan fenomena tersebut.

“Namun kita menunggu hasil kajian yang lebih terperinci yang sedang dilakukan pada masa ini,” katanya.


...............................................................................................



Nature’s wrath or man’s folly?

by James Ling. Posted on October 27, 2010, Wednesday


Kapit folk wondering why debris, dry spell and drying river all come at the same time

KAPIT: The people in the street and in the coffee shops seem to share one common topic of conversation.

DRY SPELL: One of the many longhouses along Rajang River. This picture was taken at the foot of the notorious Pelagus Rapids.


They all bemoan the string of events — debris, dry spell, frequent blackout or haze — that seem to befall the people in this division in a row.

According to a source from the Metrological Department, Kapit is expected to experience prolonged drought from October until March next year although this period has been known to be the monsoon season.

This piece of news may bring a sigh of relief to Sibu people because they would not face flash floods.

On Oct 7, debris that originated from Sungai Melatai, a tributary of Baleh River brought river transportation to a complete standstill for two days as rivers were clogged by wood debris and vegetation due to massive landslides along both banks of Melatai. It covered a distance of some 30 kilometres.

Barely a week later, on Oct 13, the impoundment of Bakun Dam added salt to injury when the water level at Rajang River drastically fell by more than six metres or 20 feet.

As the low water level hampered boat navigation along this vital link between Kapit and Belaga and Belaga to Bakun, express boats had to suspend operation, causing great difficulty to commuters.

Last weekend, when Kapit Lions Club conducted a two-day health awareness community project with Malaysian Red Crescent and Kapit Health Department at Belaga they had to fork out RM7,000 instead of the usual fare of RM2,000 as they were forced to take an alternative route from Kapit to Sibu, Bintulu and Belaga which took them three days.

In the absence of road and air connectivity, Kapit is only accessible by river transport.

Apart from the hazard caused to transportation, the immediate effect on the business community here is obvious.

A peep into a coffee shop reveals that there are fewer customers and that prices of food and drinks have gone up.

A glass of ‘Teh O’ now costs RM1.40, up by 20 sens from RM1.20 and a plate of noodles also rose by 20 sens to RM3.20.

A rubber taper from Rumah Engkahong, Sungai Menuan lamented that it was ‘back breaking’ to bring his farm produce to sell in the town.

“Yes, the price of rubber is very attractive, I can tap up to 20 kilos a day but transport is a problem now. The longboat journey from my longhouse to Kapit which used to take only 45 minutes now takes half a day,” he said.

A businessman in his fifties who only wished to be identified as Tay said that it was unusual for the water level in Rajang River to be so low.

He attributed this to the impoundment of Bakun Dam.

Bidan from Rumah Kanyan at ‘Kaki Wong Mekey’ was outraged that the government did not anticipate the problem and did not put in place any contingency plan.

“We support the government’s development plan but not to the extent of causing suffering to the local people. Now our transport link is cut. The government should build a road to link us to the outside world,” he lamented.

Pointing to the low water level in front of his longhouse, he said fish and other aquatic life were also gone.

A logging camp sub-contractor Ah Yap when approached said up in the rural areas the river tributaries had run dry making it difficult for longboats to go through.

The trip from Kapit to SK Nanga Entaroh which used to take only about three hours by longboat now takes almost a day, he complained.

Tuai Rumah Gelimai from Sungai Metah, Nanga Merit who used to catch Ikan Patin and Ikan Tapa in big quantities said there was not much around as most of them had made their way upriver.

Reports received from Nanga Merit said that the river water had turned smelly and had affected several schools there.

Food contractors also face difficulty in sending supplies to rural schools.

When contacted yesterday morning, Kapit Resident Dahim Nadot said he was monitoring the situation closely.

“We’re sending a team from Resident’s Office, Education, Health and Information departments to the ground. We received all sorts of reports but we need to verify them,” he said.

Dahim was seen leaving Kapit to Sibu en route to Belaga through Bintulu and to Lusong Laku.

Today, with officials from Belaga District Office and Social Welfare Department, he will look into the request by the Penans of Lusong Laku for rice supply and other assistance.

Lusong Laku is a nine-hour journey through a timber road from Bintulu.



Friday, October 15, 2010

:: Empangan Bakun dan kesannya..


Ekonomi


Bakun jana elektrik Jun 2011
Oleh Ahmad Fiesal Othman
fsal@bharian.com.my
2010/10/14




EMPANGAN Bakun mampu menghasilkan kuasa elektrik 2,400 Megawatt.
EMPANGAN Bakun mampu menghasilkan kuasa elektrik 2,400 Megawatt.

Empangan boleh mulakan operasi apabila air takungan cecah 195 meter

PROJEK empangan elektrik hidro Bakun di Sarawak akan menjana 300 megawatt (MW) bekalan elektrik pada Jun tahun depan susulan bermulanya proses takungan air untuk empangan itu semalam.

Sarawak Hidro Sdn Bhd, dalam kenyataannya berkata, pihaknya berjaya menutup pintu empangan di terowong pecahan air pada jam 10.00 pagi semalam selepas ia memperoleh Sijil Takungan daripada Kementerian Kemudahan Awam Sarawak.

“Dengan bermulanya proses takungan air itu, banjir akan mengambil masa tujuh bulan mencecah paras operasi minimum 195 meter (daripada paras laut) untuk ujian basah turbin,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sarawak Hidro, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan, adalah pemaju Empangan Bakun yang akan menjana 2,400MW bekalan elektrik apabila kesemua lapan turbin beroperasi pada 2012.

Kawasan yang dibanjiri meliputi 69,500 hektar tanah, iaitu seluas saiz Singapura dan Empangan Bakun itu dijangka siap menjelang Disember ini.

Projek itu terletak di Sungai Balui di lembangan Sungai Rajang, iaitu 37 kilometer ke hulu bandar Belaga.

Sarawak Hidro berkata, sepanjang proses penutupan pintu empangan di terowong pecahan air itu, aliran air ke hulu empangan itu akan dikekalkan menerusi satu mekanisma untuk melepaskan antara 150 meter dan 260 meter padu air bergantung kepada tahap di takungan air empangan itu.

Langkah itu katanya, dikawal menerusi injap pelepasan bagi mengekalkan aliran minimum asas di sungai yang mana pengurangan tahap air di hulu dapat diperhatikan.

“Oleh kerana ia mengambil sedikit masa sebelum projek elektrik hidro Bakun boleh beroperasi pada tahap maksimum, pelepasan air limpahan secara biasa akan dilakukan bagi meningkatkan tahap air di bahagian hulu sungai bagi membantu pengangkutan air beroperasi di Sungai Rajang terutama di bahagian antara Kapit dan Belaga ketika musim kemarau,” katanya.

Sarawak Hidro berkata, kajian hidrologi di bahagian hulu sungai yang dilakukan di bawah Penilaian Mendalam Impak Alam Sekitar menunjukkan bahawa bakal terdapat pengurangan tahap air di Kapit masing-masing antara 0.25 meter hingga 2.6 meter ketika aliran tinggi dan perlahan.

Justeru katanya, menerusi kaedah dilaksanakan itu, sistem pengangkutan air di Kapit masih boleh digunakan bagi penumpang bot ekspres ketika musim kemarau, tetapi pergerakan di bahagian hilir Kapit ke Belaga tidak boleh digunakan kecuali bagi penumpang bot laju kecil.

“Pengangkutan sungai menggunakan bot ekspres dari Kapit ke hilir sungai yang ketika ini terganggu semasa musim kemarau akan boleh digunakan sepanjang tahun apabila projek empangan elektrik hidro Bakun ini beroperasi sepenuhnya menerusi air yang dilepaskan daripada limpahan empangan,” katanya.




Tuesday, September 28, 2010

:: Bakun.. Sarawak tawar maksima RM7 bilion






Bakun: Tidak lebih RM7 bilion



Kerajaan negeri bida untuk ambil alih projek empangan itu pada harga RM6 bilion


BIDAAN: Taib bercakap kepada pemberita ketika ditemui di Kuching semalam.

BIDAAN: Taib bercakap kepada pemberita ketika ditemui di Kuching semalam.

KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud memberitahu kos pengambilalihan Empangan Hidroelektrik Bakun tidak akan melebihi RM7 bilion.

Menurut beliau, kerajaan negeri telah menawarkan RM6 bilion ke atas dan mencari jalan untuk satu cara pembayaran yang lebih rendah.

Katanya, kerajaan persekutuan tidak mengemukakan sebarang nilai sehingga semalam.

“Kami telah membuat bidaan tetapi ia adalah fleksibel dari segi di mana kami akan mencuba untuk melihat jika cara pembayaran itu lebih rendah, maka kami akan bersetuju.

“Tetapi ada had dalam bidaan kami kerana keinginan untuk dapat menarik industri berat.

“Ada juga had dalam harga, dengan harga yang diketengahkan, berapa banyak yang kami dapat usahakan tanpa kerugian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena majlis Hari Raya Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 1 Divisyen dan majlis meraikan anggota cedera 1 Divisyen, di Kem Penrissen di sini semalam.

Taib yang juga Menteri Kewangan berkata bidaan mungkin mencecah sehingga RM7 bilion di bawah syarat tertentu.

“Kami tidak pasti kerana ia bergantung kepada cara pembayaran dan kosnya,” katanya.

Sama ada rundingan mengenai persetujuan pembelian tenaga di antara Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Sarawak Hidro Sdn Bhd masih berjalan, Taib berkata ia masih dalam rundingan.

“Saya mempunyai gambaran saya sendiri mengenai harga yang boleh kami tawarkan, itu adalah parameternya, yang mana kami akan dapat membuat keputusan… rundingan masih berjalan,” katanya.

Sabtu lepas, Menteri Kewangan Kedua Dato Seri Ahmad Husni Hanadziah berkata kerajaan persekutuan tidak mempunyai hasrat untuk mengaut keuntungan daripada penjualan Empangan Hidroelektrik Bakun.

Katanya, kos keseluruhan pembinaan projek berkenaan adalah RM7.3 bilion.

Jumaat lepas, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin memberitahu bahawa projek Bakun yang dimiliki Kementerian Kewangan akan diambil alih oleh kerajaan negeri.

Laporan menyatakan bahawa Sarawak berminat untuk mengambil alih projek empangan Bakun untuk industri intensif tenaga dalam Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) termasuk loji peleburan aluminium dan industri lain.

Menurut sumber, empangan Bakun dijangka siap menjelang Disember tahun ini selepas 16 tahun pembinaan.

Tenaga yang dihasilkan daripada empangan ini boleh mencecah 2,400 megawatt.