Sunday, September 12, 2010

:: Hari raya pertama


Hari ni dah masuk hari ketiga bagi penduduk Malaysia beraya, kecuali bagi yang beraya lebih awal. Tak berapa sihat kali ini. Dah tiga hari sebegitu. Menunggu rumah seorang diri... yang lain menziarahi adik beradik, sedara mara, rakan taulan dan sahabat handai.

Berkesempatan untuk solat sunat hari raya di Pusat Pengajian Islam, IPG Kampus Tun Abdul Razak. Dipenuhi oleh jamaah dari kawasan sekitar, Kpg. Sindang dan Desa Ilmu. Bilangannya tidak seramai ketika solat Jumaat sebagaimana lazimnya. Secara kebetulan pelajar ILP, UiTM dan IPG turut pulang bercuti sementelahan beroleh cuti panjang.

Malamnya, sekitar jam 11.50 malam... tergerak hati nak ke Hospital Umum Kuching. Alang dan Ahmad turut sama. Berada di sana sehingga jam 4.00 pagi. Ramai juga pengunjung ikut sama berada di bilik yang sama untuk mendapat rawatan asthma... berusia antara 11 bulan hingga 78 tahun. Yang berusia 11 bulan tu... mula mengidapi asthma sejak berusia 6 bulan lagi... dimaklumkan oleh ayahnya apabila ditanya mengenai anaknya itu. Kesian... tercungap2 dia bernafas akibat saluran pernafasan yang tersekat... sewaktu menggunakan nebulizer.

Kelihatan amat sibuk sekali... doktor pelatih dan doktor terlatih pada awal pagi itu. Kebetulan kami berada pada ruang yang sama di ruang wad kecemasan. Ada kes bergaduh... muka pecah, ada kes kemalangan motosikal... muka cedera parah dan kakinya patah... ada kes pengsan... ada kes gatal2 seluruh badan...dan kes2 lain yang tak diketahui sebab dan puncanya. Terdapat juga 4 orang petugas sukarela dari St. John Ambulance yang dilihat berupaya mengurangkan kesibukan pihak petugas lain di hospital awal pagi tersebut.

Nampaknya mulai sekarang... lemang, ketupat dan masakan ayam wajar dikurangkan pengambilannya... semacam merupakan alahan terbaru yang dialami... dan pastinya... "rezeki" semakin ditarik sedikit demi sedikit.




...............bersambung..............