Saturday, May 22, 2010

:: Guru (GSTT) mohon Kursus Dalam Cuti (KDC)

Surat
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Guru GSTT kecewa tiada perhatian

2010/05/22

TAHUN ini, tahun kelima saya merayakan perayaan Hari Guru. Malangnya tiada kepuasan yang dapat saya rasakan selagi saya tidak dapat berdiri tegak sebagai seorang guru tetap. Ingin sekali berasa bangga sebagai seorang guru, tetapi jawatan sebagai guru sandaran tidak terlatih (GSTT) masih membelenggu saya.

Memang mudah menyatakan bahawa guru kontrak juga guru sebenar, banyak membantu dalam mendidik anak bangsa tetapi hakikatnya kami guru kontrak saja yang masih memendam rasa melihat pelbagai insentif yang kerajaan berikan setiap kali menjelangnya perayaan ini sebagai sokongan kepada guru dalam menjalankan tugas masing-masing.

Apa yang ingin saya tulis di dalam ruangan ini bukanlah berlandaskan perasaan cemburu mendengar rakan setugas berjawatan tetap terus menerus mendapat hadiah galakan daripada kerajaan, cuma berharap supaya nasib golongan seperti kami guru GSTT turut diberi perhatian. Kami mahu dihadiahkan dengan jawatan tetap selepas cukup syarat untuk menjadi seorang guru, dengan pengalaman lebih tiga atau empat tahun mengajar di sekolah menengah mahupun rendah menjadikan kami tiada beza dengan guru biasa.

Kami memohon supaya pihak Kementerian Pelajaran mengambil inisiatif untuk merangka semula kursus dalam cuti untuk guru seperti kami.

PENDIDIK SEJATI,
Kulim, Kedah.