Sunday, May 30, 2010

:: Along dan Zul di sini

Hari minggu ni tak ke mana2.. di rumah je. Along dan Zul tiba dari Miri setelah bermalam semalam dua di rumah mertuanya di Gedong. Berenamlah kami hari ni.. Alang masih di Miri kerana menanti hari pernikahan rakan karibnya di sana.. alang2 nak balik ke Kuching katanya.. dan Ahmad ke Miri menaiki bas dari Bintangor.. untuk menemani Alang dan sama2 bergerak balik setelah tamat selesai majlis pernikahan kawan Alang nanti.

Along hanya berkesempatan bersama kami dalam dua tiga hari je.. dan perlu kembali ke Miri untuk menduduki PTK.. dan insyaAllah akan bersama Alang dan Ahmad nanti balik ke Kuching.. manakala Zul akan meneruskan tugasnya di sana.

Begitulah kita.. anak2 dan menantu akan bertebaran.. demi mengikut pasangan dan tuntutan rezeki.. dan tinggallah kita bersama pasangan dalam mengisi hari2 tua.. namun, ikatan kekeluargaan sebaiknya dijaga seutuh mungkin.

Petang tadi.. Along, Zul dan MakNgah berkesempatan menjengok rumah yang baru dibeli oleh Zul di Uni Garden.. di depan UNIMAS.. tak dapat dimasuki kerana pagar berkunci dan serahan kunci belum dilakukan.

Saturday, May 29, 2010

:: Selamat Hari Gawai 2010




Kepada yang menyambut Hari Gawai
pada 1 Jun 2010 ini
diucapkan

SELAMAT HARI GAWAI

GAYU GURU GERAI NYAMAI





Wednesday, May 26, 2010

:: Bahagiakah mereka ?

Sebelum ini, baru2 ini.. seorang kenalan yang telah berkeluarga dan beranak pinak.. telah menimbulkan persoalan berkaitan betapa perlunya setiap pasangan suami-isteri sentiasa memeluk dan menciumi pasangan.. terutama di pagi hari sebelum keluar bertugas.. sebaiknya dipraktikkan dan menjadikannya sebagai rutin harian. Perbincangan melalui bualan di alam maya itu lebih berfokuskan betapa perlunya perlakuan tersebut disertai oleh rasa kebersamaan dan rasa cinta.. rasa kasih.. dan rasa sayang.. yang kadang2nya tak terucap dengan kata2.. walau bagaimana cantik dan indah bahasa yang dicipta dan diucapkan.. pastinya tidak sama dengan indahnya serta nikmatnya pelukan dan ciuman dari pasangan.

Dan.. di bawah ini.. mungkin sedikit sebanyak berkaitan dengan isu tersebut.. dan dapat direnung fikir oleh kita.



Edukasi
linda - pernah menjadi wartawan selama 23 tahun untuk majalah Tempo, Gatra dan penulis lepas di beberapa majalah wanita. Berhenti menjadi wartawan 10 tahun silam ternyata sulit dibarengi dengan berhenti menulis. Musik dan tulis menulis adalah aliran jiwa, semburan nafas yang dasyat dan sebuah semangat kehidupan.....
Sssst….., Sering Ada Bekas Lipstik Lho di Sudut Bibir BJ Habibie….. !!

Linda
| 25 Mei 2010 | 19:50
621
52
11 dari 19 Kompasianer menilai Inspiratif.

BJ Habibi dan Ainun Habibi/Admin (Kompas/Totok Wijaya)

BJ Habibi dan Ainun Habibi/Admin (Kompas/Totok Wijaya)

Suatu saat BJ Habibie beracara di Istana ketika zaman Suharto di pagi hari. Keluar dari pintu mobil, Habibie yang masih Menteri Ristek dan Ketua BPPT itu seringkali menyalami wartawan dengan senyum ramah. Saya memperhatikan, di ujung bibir menuju pipi ada guratan lipstik merah. “Kok ada lipstik sih di situ?” tanya saya sembari bergurau. Habibie pun tersipu-sipu sambil buru-buru merogoh saputangan dari kantong celananya.

“Iya nih Linda…., tante Ainun masih cium Oom sebelum ke garasi mobil… hahahaaa…!” ujarnya dengan mata berbinar-binar dan tertawa penuh bahagia. “Ciuman istri kan semangat saya lho…!” katanya lagi.

Beberapa waktu setelah itu, ada lagi saya lihat guratan lipstik. “Lha, bekas lipstik lagi tuh?” , kata saya usil. BJ “Rudy” Habibie kembali tertawa lebar. ‘Ya begini nih istri Oom….. seperti nggak mau pisah dan ditinggal ke kantor lama-lama. Senang ya punya pasangan seperti begini?” jawabnya lagi dengan bangga sekali.

Suatu saat saya bertemu dengan sang istri, ketika sedang beracara dengan Ibu Tien Suharto. “Sebelum berangkat memangnya cium suami berapa kali, tante? Bekasnya disimpan terus lho”, kata saya. Kedua bola mata Ainun wanita cantik yang sering tanpa dandanan berlebihan itupun terbelalak. “Memangnya kenapa Linda? Memang Oom cerita-cerita??” “Lha iyaaaaa…. katanya selalu dicium sampai mau masuk mobil juga masih dicium lagi”, jawab saya.

“Aduuuh, bikin malu ya? Artinya suami saya nggak hapus lagi dong kalau memang masih ada bekas lipstik?” , ujar sang istri. “Awas saja nanti sampai di rumah mau saya tanya ah …hahahaaa… !”, katanya lagi sambil tersipu-sipu.

Duh, betapa bahagianya saya melihat pancaran ’sinar petromax’ penuh cinta dari ibu yang satu ini. Puluhan tahun mereka bersama, dari masa-masa sulit sampai sukses gemilang dilalui bersama dengan penuh cinta segunung dan ketabahan.

Kekuatan cinta mereka tidak sekedar hanya dari sebuah guratan lipstik di pipi….., tapi semerah indahnya pelangi yang memiliki gradasi warna yang sungguh gemerlap dan penuh rasa takjub. Dan kini sang mantan Presiden RI ini akan menyimpan seluruh kenangan indah ini, .. dalam kesendiriannya. Sedih memang ! Kita doakan Beliau agar ikhlas dan ketabahan selalu menyertai dalam memenuhi sisa-sisa hidupnya. Amin..amin.. kabulkanlah ya Allah……


Sebarkan Tulisan:

Saturday, May 22, 2010

:: Guru (GSTT) mohon Kursus Dalam Cuti (KDC)

Surat
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Guru GSTT kecewa tiada perhatian

2010/05/22

TAHUN ini, tahun kelima saya merayakan perayaan Hari Guru. Malangnya tiada kepuasan yang dapat saya rasakan selagi saya tidak dapat berdiri tegak sebagai seorang guru tetap. Ingin sekali berasa bangga sebagai seorang guru, tetapi jawatan sebagai guru sandaran tidak terlatih (GSTT) masih membelenggu saya.

Memang mudah menyatakan bahawa guru kontrak juga guru sebenar, banyak membantu dalam mendidik anak bangsa tetapi hakikatnya kami guru kontrak saja yang masih memendam rasa melihat pelbagai insentif yang kerajaan berikan setiap kali menjelangnya perayaan ini sebagai sokongan kepada guru dalam menjalankan tugas masing-masing.

Apa yang ingin saya tulis di dalam ruangan ini bukanlah berlandaskan perasaan cemburu mendengar rakan setugas berjawatan tetap terus menerus mendapat hadiah galakan daripada kerajaan, cuma berharap supaya nasib golongan seperti kami guru GSTT turut diberi perhatian. Kami mahu dihadiahkan dengan jawatan tetap selepas cukup syarat untuk menjadi seorang guru, dengan pengalaman lebih tiga atau empat tahun mengajar di sekolah menengah mahupun rendah menjadikan kami tiada beza dengan guru biasa.

Kami memohon supaya pihak Kementerian Pelajaran mengambil inisiatif untuk merangka semula kursus dalam cuti untuk guru seperti kami.

PENDIDIK SEJATI,
Kulim, Kedah.

Friday, May 21, 2010

:: Bungan-Dalat: Sikap guru kita ?

Guru disyaki cabul lima murid sekolah

by Michael Ubam
SIBU: Disebabkan isterinya sedang sarat mengandung, seorang guru dipercayai telah mengambil kesempatan untuk memuaskan nafsunya ke atas lima murid sekolah rendah di Kampung Bungan, Dalat dekat sini. Menurut sumber, perbuatan cabul itu dipercayai berlaku di sebuah makmal sekolah berkenaan, di mana guru terbabit dikatakan mengarah mereka ke sana tanpa sebab.

Katanya, guru yang telah berkahwin itu berkemungkinan sering melakukan perbuatan terkutuk itu ke atas murid-muridnya sehinggalah ditemui oleh pihak sekolah.

Ibu bapa lima murid yang menjadi mangsa guru terbabit tidak sama sekali menyangkakan insiden seumpama itu akan berlaku jika tidak dimaklumkan oleh pihak sekolah.

Salah seorang daripada ibu mangsa berkata, anak perempuannya terpaksa tinggal di asrama sekolah kerana jarak ke sekolah dari rumahnya terlalu jauh.

“Saya sangat terkejut kerana perkara ini terjadi kepada anak saya apabila dimaklumkan oleh pihak sekolah,” katanya.

Empat daripada mangsa berkenaan merupakan pelajar Tahun Enam dan seorang lagi adalah pelajar Tahun Lima.

Kesemua mangsa diiringi oleh guru besar sekolah berkenaan dan salah seorang daripada ibu mangsa untuk membuat aduan polis di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Shafie Ismail ketika dihubungi, mengesahkan ada menerima laporan kes berkenaan.

“Kesemua mangsa telah dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan perubatan,” katanya dan menambah polis sedang menyiasat kes tersebut untuk menentukan sama ada guru yang terbabit akan didakwa atas kesalahan rogol atau mencabul kehormatan.

Suspek dalam lingkungan umur 30-an dan berasal dari pekan Kanowit, merupakan guru sains dan tinggal di asrama sekolah berkenaan bersama isterinya sejak 10 tahun lalu.


berita berkaitan:

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gurucabullimamurid/Article
http://www.theborneopost.com/?p=31024

Wednesday, May 19, 2010

:: 25 orang murid bagi setiap kelas ?

thumbnail

25 setiap kelas

Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my

2010/05/18

PENOLONG  Kanan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Johor Bahru, Mustapha Kamal Idris, mengarahkan lebih   30 guru  yang memakai pakaian seragam sekolah berbaris  sempena Sambutan Hari Guru  yang bertemakan 'Back To School', semalam.
PENOLONG Kanan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Johor Bahru, Mustapha Kamal Idris, mengarahkan lebih 30 guru yang memakai pakaian seragam sekolah berbaris sempena Sambutan Hari Guru yang bertemakan 'Back To School', semalam.

Had murid antara 40 cadangan atasi beban guru

KUALA LUMPUR: Mengehadkan murid kepada hanya 25 orang bagi setiap kelas di sekolah rendah dan menengah adalah antara 40 cadangan mengatasi beban tugas guru yang dikenal pasti oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan Kementerian Pelajaran bagi mengkaji masalah berkenaan.

Ia berdasarkan kajian ilmiah yang pernah dilaksanakan dengan mengambil kira model sekolah di negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Australia yang menunjukkan 25 pelajar bagi setiap kelas adalah jumlah yang ideal untuk membolehkan guru memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

Menurut sumber, ia adalah antara 40 cadangan yang dikenal pasti oleh jawatankuasa khas yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Ketika ini, kebanyakan sekolah, terutama sekolah di bandar, mengalami masalah kepadatan kelas sehingga ada yang melebihi 40 murid, menyebabkan guru menanggung beban seperti kesukaran mengajar kerana tahap penguasaan belajar murid yang berbeza, selain kerja merekod, pemantauan disiplin, pengurusan bilik darjah serta menyemak latihan.

“Berdasarkan cadangan itu, kerajaan perlu memikirkan langkah mengatasi masalah kepadatan bilik darjah supaya mencapai jumlah ideal 25 pelajar, termasuk menambah bilangan kelas di sekolah. Jika dilaksanakan, kementerian juga perlu menambah guru.

“Bagaimanapun secara prinsip, persetujuan sudah dicapai dalam jawatankuasa itu supaya setiap cadangan disokong dengan fakta saintifik yang bernas bersama anggaran kos supaya dapat diberi pertimbangan sewajarnya oleh kerajaan,” katanya semalam.

Pada majlis pelancaran Sambutan Hari Guru 2010 Peringkat Kebangsaan Ke-39, kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan empat syor jawatankuasa khas itu yang boleh dilaksanakan segera untuk meringankan beban tugas guru.

Beliau berkata, syor itu ialah mengurangkan bilangan jawatankuasa pada peringkat sekolah kepada jumlah lebih wajar, mengkaji semula bilangan peperiksaan dan ujian yang menjadi antara punca pertambahan beban tugas guru, menyusun semula tugas perkeranian di sekolah dan kursus yang perlu dihadiri oleh guru diselaraskan pada peringkat kementerian supaya tidak berlaku pertindihan.

Sumber itu berkata, 40 cadangan yang disenaraikan selepas beberapa siri mesyuarat adalah hasil penelitian mendalam dan semakan semula terhadap beberapa kajian utama yang pernah dijalankan mengenai beban tugas guru sebelum ini, termasuk Laporan Tan Sri Abdul Rahman Arshad pada 1997.

Selain itu, beliau berkata, sebahagian daripada saranan dicadangkan oleh pertubuhan perguruan yang turut menganggotai jawatankuasa berkenaan, di samping pemantauan dan hasil soal selidik dengan guru peringkat akar umbi.

Katanya, satu lagi cadangan ialah kementerian mematuhi pekelilingnya dengan memastikan ada guru ganti bagi mengisi kekosongan untuk guru cuti bersalin atau berkursus bagi tempoh lama dan bukan dibebankan kepada guru lain.

Cadangan lain ialah pengagihan tugas yang sama rata kepada semua guru di sekolah dan bukan hanya kepada kumpulan tertentu semata-mata berdasarkan ‘siapa boleh buat kerja.’

Jawatankuasa berkenaan juga mencadangkan supaya kementerian menambah dua lagi kerani di sekolah yang murid melebihi 500 orang dan pentadbiran sekolah diberi kebebasan menentukan pembabitan dalam program anjuran pihak luar tanpa dikenakan sebarang tindakan.

“Ketika ini, sekolah terpaksa akur jika ada arahan menyertai program anjuran pihak luar, walaupun kadang kala ia diadakan secara mengejut. Ini membebankan guru kerana pada masa sama mereka terpaksa menjalankan program lain yang sudah diatur terlebih dulu dalam takwim sekolah,” katanya.

Monday, May 17, 2010

:: Tokoh Kepimpinan Pendidikan (Guru) 2010

Profesor Ibrahim Penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2010


Profesor Datuk Dr Ibrahim Bajunid (tiga, kiri) dinobatkan
sebagai penerima anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan
2010 pada majlis pelancaran perayaan hari Guru ke-39
peringkat kebangsaan di Kuantan, hari ini.
Beliau dipilih berdasrkan sumbangannya
sebagai perunding dalam membuat dasar kerajaan,
sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).
Turut menerima anugerah pada majlis itu
Ainun Jamilah Mohd Ali (kiri)
Awang Mohamad (dua, kiri)
Datuk Chuang Keng Kuang (dua, kanan)
dan Encharang Agas (diwakili anak, kiri).
- Foto BERNAMA

KUANTAN: Profesor Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid dipilih selaku penerima anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2010 sempena Sambutan Hari Guru ke-39 hari ini.

Ibrahim merupakan mantan Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB) dipilih penerima anugerah berkenaan di atas sumbangannya sebagai perunding dalam pembuatan dasar kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan.

Beliau adalah Penasihat Kebangsaan/Perunding Asia-Eropah Pembelajaran Sepanjang Hayat di Malaysia dan kini terlibat dalam beberapa projek penyelidikan dan mengawasi beberapa pelajar peringkat Sarjana dan Kedoktoran.

Ibrahim juga menganggotai Lembaga Penasihat Akademik di beberapa pusat pengajian tinggi negara dan beliau telah menulis lebih daripada lima ratus rencana dan penulisan ilmiah yang merangkumi isu penting dalam pembangunan nasional yang berkaitan dengan pendidikan, modal insan, intelektual dan sosial.


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah)
bersama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob
(enam, kanan) dan Ketua Pengarah Pelajaran
Tan Sri Alimuddin Mohd Dom (lima, kanan)
bergambar kenangan dengan penerima
Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan pada
majlis Pelancaran Perayaan Hari Guru ke-39
Peringkat Kebangsaan 2010
di Universiti Malaysia Pahang (UMP)
di Kuantan, hari ini.

Ibrahim berkata bila seseorang menerima sesuatu anugerah bukan atas usahanya sendiri sahaja malah turut membabitkan usaha orang lain.

"Anugerah ini adalah untuk semua kaum guru yang memikul tanggungjawab yang besar mendidik anak bangsa.

"Guru mempunyai cabaran yang banyak untuk perubahan masyarakat bukan sahaja di negara ini malah seantero dunia," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.

Sementara itu, empat bekas guru, Awang Mohamad, 59, Encharang Agas, 66, Datuk Chuang Keng Kung, 72, dan Ainun Jamilah Mohd Ali, 60, pula telah dipilih bagi menerima anugerah Tokoh Guru 2010.

Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan dan anugerah Tokoh Guru 2010 itu disampaikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran.

Salah seorang penerima Tokoh Guru berkenaan, Awang Mohamad amat berbangga dengan anugerah yang diterima itu.

"Tahun demi tahun saya lihat upacara pelancaran ini semakin hebat dan ini merupakan satu manifestasi kepada lebih 400,000 guru dan 7,000 Guru Besar seluruh negara," katanya.

Bagaimanapun beliau mengharapkan anugerah Tokoh Guru itu dapat diperluaskan lagi kerana nisbah empat penerima dengan jumlah guru yang ada amat sedikit.

Kesemua pemenang berkenaan masing-masing menerima wang tunai RM10,000, piala serta sijil penganugerahan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika berucap pada majlis itu berkata kunci kepada kecemerlangan pendidikan ialah guru-guru yang berkualiti.


Guru-guru mengibarkan jalur gemilang
ketika menyanyikan lagu Negaraku.

Katanya dalam usaha untuk meningkatkan kualiti guru dan memartabatkan profesionalisme keguruan, agendanya bukan hanya sekadar penambahbaikan skim perkhidmatan dan kebajikan semata-mata.

"Ianya turut bergantung kepada tahap kualiti, kompetensi, jati diri dan semangat para guru. Faktor-faktor ini banyak mempengaruhi persepsi dan penerimaan masyarakat terhadap profesion ini yang akhirnya, akan menentukan sejauh mana profesion keguruan akan terus dihormati dan dipandang tinggi," katanya.

Para pendidik juga katanya, hendaklah sentiasa bersedia untuk berubah dari satu tahap amalan kerja yang biasa ke suatu tahap yang berprestasi tinggi. - BERNAMA

Sunday, May 16, 2010

:: P212 - Sibu: Majoriti 398 undi

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh50RdjJGvqKc1jsGZK5uZZB3NY766II0c1DQMkT6-eU1Idd19xSK4uqu8Z2eRLIBG1R-5oIHQbYTmTPReLrcrD2dbi9gh9g12zYrNu6XWqwZwRCVEIvVikX321G3gL5dzz-ab4Z8O1PSwo/s1600/prk+sibu.gif

:: P212 - Sibu: Pemilihan berdasarkan emosi ?







Hari ini bersempena HARI GURU (16 Mei 2010),

penduduk Sibu yang merupakan pengundi bagi P212 - Sibu
akan menentukan siapakah yang bakal mewakili mereka.

Calon BN di tengah - mengangkat tangan kanan - jari telunjuk
Calon DAP/PR di kanan - mengangkat tangan kiri - jari telunjuk
Calon BEBAS di kiri - mengangkat tangan kanan - ibu jari

Siapakah yang bakal dipilih?
Apakah asas pemililihannya?

Emosi?
Persepsi?
Personaliti?
Taburan janji?
Berdasarkan parti?
Sabar.. kita tunggu dan kita nanti!
Keputusannya - malam ini!



Saturday, May 15, 2010

:: Selamat Hari Guru : 16 Mei 2010




16 Mei 2010
( Ahad )


Terima kasih cikgu

SELAMAT HARI GURU




Tuesday, May 11, 2010

:: Aduan pensyarah IPG

FORUM (utusan malaysia)

ARKIB : 26/04/2010

Pensyarah perguruan mengadu penat, letih kerja

PADA Sabtu, 10 April 2010, saya ada membaca sebuah artikel bertajuk Seksa jadi guru dan dalam laporan yang sama juga turut menyatakan sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk mengkaji bebanan tugas guru.

Saya juga hendak mengucapkan syabas kepada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) atas keprihatinan persatuan itu terhadap bebanan guru sebagaimana dikongsi dalam ruangan pendapat pada 10 April 2010.

Saya akui cabaran berada dalam bidang pendidikan bukannya mudah kerana saya juga seorang pendidik walaupun bukan guru. Saya hendak menarik perhatian Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Bahagian Pendidikan Guru bahawa kami, pensyarah di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) juga berhadapan dengan masalah yang sama.

Kemuncak kepada beban itu kami terpaksa tanggung dengan bekerja lebih masa setelah Maktab Perguruan di seluruh negara dinaikkan taraf kepada Institut Pendidikan Guru pada tahun 2008.

Untuk makluman, kerjaya pendidik tidak sama seperti kerjaya lain. Sebagai pensyarah, tugasan kami tidak selesai di pejabat, malah dibawa ke rumah.

Selain mengajar, kami terpaksa menyemak tugasan pelajar, menggubal kertas soalan, mencari bahan dan membuat power point untuk pengajaran pada keesokan hari, di samping melaksanakan pelbagai lagi tugasan dalam jawatankuasa di peringkat IPGM.

Lazimnya tugasan yang tidak sempat disiapkan di pejabat akan disiapkan di rumah. Bayangkan kami habis bekerja di IPGM pada pukul 5 petang setiap hari dan terpaksa pula melalui lebuh raya dalam keadaan jalan raya sesak pada waktu kemuncak, sehinggakan pukul 6.30 petang pun saya dan kebanyakan rakan sekerja belum tentu lagi dapat memijak tangga rumah.

Kami bertolak dari rumah ke pejabat seawal 6.30 pagi dan sampai ke rumah pula paling awal 7 malam. Inilah rutin yang terpaksa kami hadapi setiap hari.

Seperti yang telah saya katakan, masalah kami tidak banyak bezanya dengan guru di sekolah, malah mungkin lebih.

Paling menyedihkan, saya berasa seolah-olah tidak ada pihak yang berjuang atau prihatin dengan masalah kami, walaupun kami juga membentuk anak bangsa dan berada dalam bidang pendidikan sebagaimana guru yang nasibnya mendapat pembelaan Kesatuan Perkhidmatan Keguruan Kebangsaan (NUTP).

Kadang-kadang saya berasa terlalu tertekan apabila memikirkan rutin yang terpaksa saya lalui sehinggalah saya pencen kelak. Apa salahnya jika kami di IPGM dibenarkan pulang seperti sediakala pada jam 1.30 tengah hari?

Pulang pada waktu itu, bukan bermaksud kami boleh bergoyang kaki, tetapi supaya kami dapat menyegarkan diri dan menyambung semula tugasan dalam keselesaan suasana di rumah.

Ini kerana walaupun berada di IPGM sehingga jam 5 petang, sebaik sahaja matahari berada tegak di atas kepala, kami tidak lagi produktif dan hilang daya tumpuan. Buktinya ada yang mengambil masa rehat sesingkat satu jam dari jam 1 tengah hari hingga 2 petang untuk tidur.

Pada pendapat saya, lebih baik masa tersebut digunakan secara berkualiti dengan bekerja di rumah mengikut kesesuaian waktu kami sendiri.

Saya juga berharap agar masyarakat, kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dapat menunjukkan keprihatinan yang sama kepada kami, pensyarah di IPGM.

Besarlah harapan kami agar NUTP dapat menimbangkan untuk membawa pensyarah di seluruh negara berpayung di bawah kesatuan keguruan terbesar itu.

Ini kerana ramai juga dalam kalangan kami ketika menjadi guru, sebelum berkhidmat di IPGM, mendaftarkan diri dalam NUTP dengan harapan nasib kami yang berada dalam bidang pendidikan mendapat pembelaan sewajarnya.

PENSYARAH PENAT

Kota Bharu

Sunday, May 09, 2010

:: Sup luar biasa - jangan dicuba


Sup Luarbiasa, Tingkatkan Stamina. Mahu Cuba? Jangan...

JENDELA GLOBAL
INILAH ‘Healthy Soup’ dipercayai dapat meningkatkan stamina dan keperkasaan seorang lelaki. Anda nak cuba? Jangan.. Lihat betu-betul gambar di atas, dalam senduk itu. Daging apa? Hee, itu kepala janin, bayi manusia berumur 6–8 bulan, dapat dibeli per porsi seharga 3000-4000 RMB matawang Taiwan. Orang makan orang!!

Menurut tinjauan dari seorang penulis Taiwan, yang menemui seorang pengusaha dari daerah Tong Wan,Taiwan, mengaku sebagai pelanggan tetap ‘Healthy Soup’. Lelaki berusia 62 tahun menjelaskan khasiat ‘Healthy Soup’ ini ialah boleh berhubungan seks dan tahan beberapa kali dalam satu malam, walaupun umurnya sudah begitu. Sebuah restoran lain di kota Fu San, Canton, pula memberitahu makanan tersebut sukar di dapati dan tiada ‘ready stock’, apalagi jika perlu disajikan secara fresh, bukan frozen. Tetapi kalau berminat waktu itu juga, mereka boleh menyediakan ari-ari bayi (plasenta) yang khasiatnya dapat meningkatkan gairah seksual dan juga ubat awet muda.

Juru masak restoran tersebut mengatakan jika memang inginkan Healthy Soup juga, dia menganjurkan untuk pergi ke sebuah desa di luar kota di mana ada sepasang suami isteri yang isterinya sedang mengandung 8 bulan. Diceritakan pula bahawa isterinya itu sebelumnya sudah pernah mengandung 2 kali, tetapi keduanya anaknya itu perempuan. Jika kali ini lahir perempuan lagi, maka ‘Healthy Soup’ dapat diperoleh dalam waktu yang dekat, darinya.


Bagaimana cara membuatnya? Kata penulis itu.. "Janin yang berumur beberapa bulan, ditambah Pachan, Tongseng, Tongkui, Keichi, Jahe, daging ayam dan Baikut, di tim selama 8 jam, setelah itu dimasak selayaknya memasak sup." Tiba-tiba selepas beberapa hari kemudian, dia dapat maklumat, di Thaisan ada sebuah restoran yang mempunyai stok Healthy Soup. Dia pun pergi, begini ceritanya di bilik dapur..

"Di atas papan potong nampak janin tidak bernyawa itu, tidak lebih besar dari seekor kucing. Tukang masak menjelaskan janin tersebut baru berusia 5 bulan. Tidak dijelaskan berapa harga belinya, yang pasti itu tergantung besar-kecil, hidup-mati janin tersebut dan sebagainya. Kali ini, harga per porsi Healthy Soup 3,500 RMB kerana stok susah didapati.. Sambil menyiapkan pesanan kami, dia memberitahu janin yang keguguran atau digugurkan, biasanya mati, dapat dibeli hanya dengan beberapa ratus RMB saja, sedangkan kalau dekat waktu lahir dan masih hidup, boleh semahal 2.000 RMB. Urusan bayi itu diserahkan ke restoran dalam keadaan hidup atau mati, tidak ada yang tahu."

Menurutnya lagi, setelah selesai dimasak, disajikan panas di atas meja. Dia dan fotografernya sudah hilang selera makan kerana melihatnya di dapur. Menurut beberapa sumber, janin yang
dipesan semuanya adalah janin bayi perempuan. Apakah ini akibat dari pemerintah China yang mewajibkan satu anak dalam satu keluarga bagai kawasan-kawasan yang padat penduduk? Apakah kerana manusia sudah jemu memakan daging binatang dan ingin mencuba daging manusia pula? (AK)


..................................

Saturday, May 08, 2010

:: Hari ibu 2010 - 09 Mei



ibu sejahtera
keluarga bahagia
negara berjaya

kepada para ibu
selamat menyambut hari ibu 2010





Saturday, May 01, 2010

:: 1 Mei: Hari Pekerja

ASAL USUL HARI PEKERJA


Oleh Rosa Luxemburg

Ditulis pada tahun 1894. Diterbitkan buat kali pertama dalam Bahasa Poland, dalam Sprawa Robotnicza. Diterjemahkan mengikut petikan dari Selected Political Writings of Rosa Luxemburg, Dick Howard (New York: Terbitan Monthly Review, 1971), muka surat 315-316.

Diterjemahkan oleh Muhammad Salleh (2002).


Idea gembira untuk menggunakan perayaan cuti proletariat sebagai cara untuk mencapai hari bekerja lapan jam dilahirkan di Australia. Para pekerja mengambil keputusan pada tahun 1856 untuk mengajurkan sehari pemberhentian sepenuhnya bersama dengan mesyuarat-mesyuarat dan hiburan sebagai demonstrasi demi hari bekerja lapan jam. Hari bagi perayaan ini ditetapkan pada 21hb April. Pada mulanya, pekerja Australia itu mengajurkan ini hanya bagi tahun 1856. Tetapi perayaan pertama ini membawa kesan yang sangat kuat pada golongan proletariat Australia, menghidupkan mereka dan membawa pemberontakan baru, sehingga keputusan diambil untuk mengulangi perayaan tersebut setiap tahun.


Sebenarnya, apakah yang dapat memberikan para pekerja semakin banyak keberanian dan kepercayaan pada kekuatan mereka sendiri daripada pemberhentian bekerja yang mereka sendiri telah menganjurkan? Apakah yang dapat memberikan lebih banyak keberanian kepada hamba-hamba abadi kilang-kilang dan bengkel-bengkel daripada pengaturan askar-askar mereka? Maka, idea perayaan proletariat diterima dengan laju dan, dari Australia, bermula menyebar ke negara-negara lain sehingga akhirnya ia telah menguasai seluruh dunia proletariat.


Yang pertama untuk mengikuti contoh pekerja Australia merupakan pekerja Amerika. Pada tahun 1886, mereka mengambil keputusan bahawa 1hb Mei patut menjadi hari pemberhentian bekerja antarabangsa. Pada hari ini, 200,000 pekerja meninggalkan tempat bekerja dan menuntut hari bekerja lapan jam. Kemudiannya, pihak polis dan serangan perundangan menghalang para pekerja selama beberapa tahun daripada mengulangi demonstrasi [saiz] ini. Namun, pada tahun 1888, mereka memperbaharui keputusan mereka dan mengambil keputsan bahawa perayaan seterusnya akan diadakan pada 1hb Mei, 1890.


Sementara itu, gerakan pekerja di Eropah telah bertumbuh dan menjadi segar. Perluahan paling kuat oleh gerakan ini berlaku di Kongres Pekerja Internasional pada tahun 1889. Di Kongres ini, yang dihadiri oleh empat ratus wakil, keputusan diambil bahawa hari bekerja lapan jam mesti menjadi yang pertama dituntut. Dengan itu, wakil kesatuan-kesatuan Perancis, pekerja Lavigne dari Bordeaux, mengutarakan bahawa tuntutan ini diluahkan di semua negara melalui pemberhentian bekerja antarabangsa. Wakil dari pekerja-pekerja Amerika menarik perhatian kepada keputusan komrad-komrad dia untuk bermogok pada 1hb Mei, 1890, dan Kongres mengambil keputusan untuk mengadakan perayaan proletariat antarabangsa pada tarikh ini.


Dalam kes ini, seperti tiga puluh tahun sebelum itu di Australia, para pekerja hanya memikirkan demonstrasi sekali. Kongres telah mengambil keputusan bahawa pekerja dari semua negara akan berdemonstrasi bersama bagi hari bekerja lapan jam pada 1hb Mei, 1890. Tidak ada sesiapa yang berucap mengenai pengulangan cuti itu bagi tahun-tahun akan datang. Sememangnya, tidak ada sesiapa yang dapat meramalkan cara seperti kilat idea ini akan berjaya dan betapa lajunya dipupuk oleh kelas-kelas pekerja. Namun, ia cukup untuk meraihkan Hari Mei [Pekerja] hanya sekali supaya semua orang memahami dan berpendapat bahawa Hari Mei mesti menjadi perayaan tahunan dan berterusan […].


Satu haribulan Mei menuntut pengenalan hari bekerja lapan jam. Tetapi malah selepas matlamat ini telah dicapai, Hari Mei tidak dilepaskan. Selagi perjuangan pekerja menentang borjuasi dan kelas pemerintah berterusan, selagi segala tuntutan-tuntutan belum dicapai, Hari Mei akan menjadi perluahan tahunan bagi tuntutan-tuntutan ini. Dan apabila hari-hari yang lebih baik muncul, apabila kelas pekerja sedunia telah memenangi kejayaannya, pada masa itu juga umat manusia akan meraihkan Hari Mei dalam kehormatan bagi perjuangan-perjuangan pahit dan kemelaratan masa yang lalu.