Sunday, September 05, 2010

:: Hujung Ramadhan



Ramadhan semakin ke penghujungnya menjadikan Syawal semakin menghampiri. Kemeriahan suasana di masjid dan surau sebelum ini seperti seawal puasa nampaknya semakin berkurangan. Tumpuan masing2 lebih ke arah persiapan menyambut ketibaan hari lebaran mungkin sebagai antara penyebabnya. Kuih muih, pakaian, makanan dan persiapan rumah lebih diberi tumpuan perhatian. Masing2 turut merancang balik berhari raya di kampung halaman, terutama yang punya orang tua atau mertua yang setia menanti kepulangan anak menantu, para cucu dan cicit. Maka akan riuh rendahlah dengan hilai tawa dan sembang santai antara ipar duai, biras besan dan isak tangis antara para cucu atau cicit yang sesekali bertemu dan bersua muka. Apa2pun, itulah nikmat dan indahnya apabila masing2 dapat berkumpul terutama yang memiliki keluarga besar.

Bazar ramadhan semakin kurang dikunjungi pelanggan dan pembeli...menjadikan penjual semakin merosot bilangannya. Keriuhan dan jeritan penjual memperkenalkan barangan dan jualan semakin kurang seperti sebelum ini nampaknya. Ada yang memilih untuk tidak mengunjungi bazar demi mengelak dari bersesak2 yang menyukarkan laluan dan melambatkan urusan memilih dan membeli juadah. Kepelbagaian keinginan, citarasa dan gelagat para pengunjung dan penjual menjadikan bazar ramadhan dikunjungi oleh pelbagai kaum.. seolah2 wujudnya pesta makanan sempena ketibaan ramadhan.

Pihak sekolah dan institusi lain telah mulai bercuti. Kelas gantian atau kuliah gantian telah dibuat seawal mungkin sebelum ini, walaupun mungkin ada juga yang akan menggantikannya selepas tempoh bercuti ini. Semoga perjalanan jauh yang bakal dilalui oleh rakan2 kita selamat pergi dan kembali. Kondisi kenderaan sebaiknya difokuskan, demi mengelak perkara2 yang di luar jangka. Rancanglah perjalanan sebaik mungkin. Rasa mengantuk yang teramat sangat yang disertai oleh rasa enggan berhenti dan berehat sebentar adalah antara punca kemalangan.

Berhati2 di jalan raya dan berhenti apabila mengantuk adalah antara pesan yang sentiasa diberikan kepada anak2 yang melibatkan perjalanan jauh sejauh dari Bintangor dan Miri. Alhamdulillah, Ahmad telah selamat tiba seminggu sebelum ini apabila perlu melaksanakan PBS di sebuah sekolah rendah di Kota Samarahan, manakala Alang baru tiba petang tadi, sebelum waktu berbuka puasa. Along menggunakan perkhidmatan Air Asia pagi tadi sementara Zul akan ke Kuching sedikit lewat iaitu pada 7hb nanti.