Showing posts with label jalanraya. Show all posts
Showing posts with label jalanraya. Show all posts

Saturday, December 31, 2011

:: Jalan Trans-Borneo (km 77 jalan Serian - Balai Ringin / Sri Aman) dibuka semula...







OPEN AGAIN: Long line of vehicles at the reopened stretch of road. On the right is the collapsed stretch.

— Photo by Jeremy Veno



Culverts provide temporary solution to allow two-way traffic, smooth passage



SERIAN: The stretch at Km77 Kuching-Sri Aman Road, which was hit by a landslip on Wednesday night, is now passable to all vehicles.


This should bring cheer to many who had thought their plans to return home after the holidays would be disrupted by the incident.


A spokesperson from the district police operations room here said the 100-metre stretch of road was reopened to the public at 3.40pm yesterday.


He said this was possible after culverts were laid across the collapsed road, while soil and gravel were used to fill up the cracks, to allow two-way traffic and a smooth passage.


However, the collapsed section remains closed for repairs by the road maintenance concession company – PPES Works Sdn Bhd.


“Police personnel are in the area to facilitate the movement of traffic. The road is still not tar-sealed and I advise motorists to exercise caution when approaching the area. We hope the repairs can be done as soon as possible,” said the spokesperson.

He also said that a lorry which had broken down in the middle of the road near the landslip had already been removed.


A check of the road yesterday afternoon found a long crawl of vehicles near the landslip even though the culvert had been laid to allow for a temporary two-lane access.


Motorists had the option of using the by-pass route of Jalan Mentung Merau through Slabi and Krait junctions, but many chose to use the reopened road despite the snail pace.


The reason they gave was that the by-pass route, used since Wednesday night, was longer.


Balai Ringin assemblyman Snowdan Lawan who visited the site yesterday said: “The important thing now is to control the traffic flow.”


He agreed with Deputy Works Minister Datuk Yong Khoon Seng’s comment on Thursday that it was unusual for the road to sink.


The landslip, believed to occur about 8pm on Wednesday, had caused the 100-metre stretch of the road to sink by two to three metres.


Starting Thursday morning, there were traffic jams in Serian town as many vehicles were forced to use the alternative road.



Read more: http://www.theborneopost.com/2011/12/31/road-reopens-relief-for-users/#ixzz1i4bqfnxy


.......................................................................................................



COLLAPSED: A closer look at the landslip.


TERUK: Keadaan jalan raya tersebut sebelum kerja-kerja membaik pulih bermula.

KM 77 Jalan Serian-Sri Aman ditutup untuk kenderaan berat hingga baik pulih selesai


SERIAN: Jalan Trans Borneo iaitu di Kilometer (KM) 77 Jalan Serian-Sri Aman ditutup untuk kenderaan berat ekoran kejadian tanah runtuh sehingga kerja-kerja membaik pulih jalan raya tersebut selesai.


Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng berkata, sebagai alternatif lain, semua kenderaan berat yang mengunakan laluan tersebut diminta menggunakan Jalan Slabi, Serian di KM 62.


“Kejadian ini berlaku sekitar jam 8 malam semalam (27 Disember) di mana sepanjang 100 meter jalan raya ini telah runtuh serta mendap kira-kira 3 meter.


“Ekoran itu, buat masa ini mereka yang akan melalui laluan ini khususnya kenderaan berat diminta menggunakan laluan alternatif lain iaitu melalui sebuah jalan yang kira-kira lapan kilometer lebih jauh dari laluan asal ini,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melawat lokasi tanah runtuh tersebut, di sini semalam.


Yong juga mengharapkan kerjasama daripada semua pihak agar memastikan kerja-kerja membaik pulih jalan dapat dipercepatkan.


“Saya mengharapkan kerja-kerja membaiki jalan ini akan dapat dilaksanakan secepat mungkin kerana ini merupakan laluan utama yang menghubungkan seluruh bahagian di negeri ini.


“Di samping itu, saya mengharapkan kerjasama daripada semua pihak kerana kita tidak mahu kerja-kerja membaik pulih jalan ini mengambil masa yang lama kerana ia akan memberi kesan buruk kepada rakyat,” katanya.


Tambahnya, pihaknya akan membina satu lencongan bagi me-mudahkan pergerakan kenderaan.


“Saya dimaklumkan, satu lencongan di bahagian tepi jalan akan dibina dan dijangka siap dua hingga tiga hari lagi sementara menunggu jalan raya ini diperbaiki,” katanya.


Bercakap mengenai punca runtuhan tersebut, Yong menyifatkan runtuhan tersebut adalah berpunca daripada sistem saliran air jalan raya tersebut.


“Ini adalah sesuatu yang tidak dijangka kerana selalunya runtuhan tanah adalah di kawasan yang bercerun atau di lereng bukit tetapi keadaan itu adalah berbeza di sini di mana kalau dilihat di sini tidak ada cerun dan lereng bukit.


“Kerana itu saya menjangkakan punca kejadian adalah daripada saliran air jalan raya ini… disebabkan itu perlunya satu saliran air yang sempurna seperti sistem perparitan kerana sering juga runtuhan tanah berpunca daripada saliran air,” katanya.


Jalan berkenaan telah ditutup untuk laluan semua kenderaan sejak malam kejadian dan dibuka semula sekitar jam 12 tengah hari semalam hanya untuk kenderaan ringan.


Sementara kenderaan berat masih dihalang untuk menggunakan laluan tersebut dan diminta menggunakan laluan yang telah ditetapkan.



Read more:


http://www.theborneopost.com/2011/12/30/tanah-runtuh-jalan-ditutup/#ixzz1i4XKVa6v


http://www.theborneopost.com/2011/12/30/landslip-puts-road-users-in-a-fix/


Friday, August 19, 2011

:: 9 warga Indonesia terbunuh di Jelukong, Engkilili...

Foto
kereta yang remuk

Foto
antara ahli keluarga yang bersedih

SRI AMAN: Seramai sembilan orang warga Indonesia terbunuh manakala seorang cedera parah dalam kemalangan yang membabitkan kenderaan SUV dengan sebuah lori mengangkut buah-buahan di Jelukong, Engkilili dekat sini, jam 3.30 pagi, semalam.

Kesemua sembilan penumpang yang terkorban di tempat kejadian itu dikenali sebagai Juhran, 26, Asmadi, 51, Yusran Said, 29, Maulidi Jabiah, 25, Ilham Tamrin, 27, Ilham Muzani, 26, Jafri Annuar, 26, Muslimin Jabiah, 25 dan Junaidi Tamrin, 38 tahun.

Manakala pemandunya yang juga warga Indonesia dan mengalami cedera parah, dikenali sebagai Pamdin Tam, 40 tahun, telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching untuk rawatan lanjut.

Kesemua mayat mangsa telah dihantar ke rumah mayat Hospital Sri Aman.

Pihak polis dilaporkan sedang berhubung dengan Konsulat Kedutaan Indonesia bagi tujuan pengurusan kesemua mayat mangsa ke kampung halaman mereka.

Konsul Indonesia Joko Suprapto ketika dihubungi memberitahu semasa kemalangan tersebut berlaku kesemua mereka dipercayai sedang bercuti di Sarawak, dalam perjalanan pulang ke Sambas, Kalimantan Barat dari Bintulu.

Kesemua mangsa juga memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Kejadian dipercayai bermula apabila kesemua mangsa yang menumpang kenderaan SUV jenis Toyota Rush itu sedang dalam perjalanan pulang dari Bintulu menuju ke arah Kuching.

Sementara itu pemandu lori berkenaan hanya mengalami cedera ringan manakala rakannya pula patah kaki dalam kejadian tersebut.

Menurut sumber terdekat, sebaik sahaja melepasi kawasan Jelukong dekat Engkilili, kenderaan SUV yang dinaiki oleh 10 mangsa itu dipercayai hilang kawalan dan terus merempuh lori pengangkut buah dan sayur yang sedang dalam perjalanan dari Kuching ke Saratok.

“Rempuhan kuat ini menyebabkan lori pengangkut buah dan sayur yang dinaiki rakyat tempatan itu terbabas tidak jauh dari kawasan kemalangan tersebut,” demikian menurut sumber.

Faktor kabus tebal semasa kejadian berlaku dipercayai menjadi punca kemalangan itu berlaku.


http://sriamannews.blogspot.com/2011/08/9-mati-2-cedera-parah-1-cedera-ringan.html

http://www.theborneopost.com/2011/08/18/9-warga-indonesia-terbunuh/

http://www.theborneopost.com/2011/08/18/9-indonesians-die-in-road-crash/

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sembilanmautpulangberaya/Article

http://www.nst.com.my/nst/articles/6rush/Article/


Monday, October 04, 2010

:: Samarahan-Asajaya: Guru dan 2 anggota tentera maut



MENGELUARKAN MANGSA: Beberapa anggota bomba berusaha mengeluarkan

mayat mangsa yang tersepit di dalam kenderaan dalam kemalangan maut di Kota

Samarahan.


Tiga maut kereta bertembung bas

SAMARAHAN 3 Okt. – Dua anggota tentera dan seorang guru maut apabila kereta Perodua Kancil yang mereka naiki bertembung lalu terperosok di bawah bas sekolah di Kilometer 15, Jalan Samarahan-Asajaya, dekat sini pagi ini.

Kemalangan ketika hujan itu menyebabkan ketiga-tiga mangsa yang berusia 25 tahun maut di tempat kejadian.

Dalam kejadian pada pukul 6.40 pagi itu, pemandu kenderaan, Mahidi Akun dan penumpang tempat duduk hadapan, Sabdi Kamri yang kedua-duanya anggota tentera maut dalam keadaan mengerikan dengan kepala mereka berkecai.

Seorang lagi mangsa, Mohd. Zoolnezam Alon dipercayai guru di Asajaya tersepit di bahagian tempat duduk belakang, juga meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Supritendan Abdul Rahman Ahmad berkata, ketika kejadian kesemua mangsa dipercayai dalam perjalanan menghala ke Asajaya.

Bagaimanapun menurutnya, sebaik melalui satu kawasan selekoh, kenderaan tersebut dipercayai bertembung dengan bas sekolah yang tiada penumpang.

‘‘Kemungkinan disebabkan laluan di kawasan tersebut tidak begitu besar, kita percaya salah sebuah kenderaan terbabit memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung di selekoh berkenaan.

‘‘Pemandu bas sekolah itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata, mayat kesemua mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

Menurutnya, polis akan mendapatkan keterangan pemandu bas terbabit untuk membantu siasatan.

Dalam pada itu, operasi mengeluarkan mayat mangsa mengambil masa lebih dua jam menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di laluan itu.

Operasi mengeluarkan kesemua mangsa dilakukan bersama pasukan polis, Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Pada mulanya, kemalangan itu disangka hanya membabitkan dua mangsa, bagaimanapun setelah Perodua Kancil dikeluarkan dari bawah bas sekolah, pasukan penyelamat dikejutkan dengan seorang lagi mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk belakang.



Friday, April 09, 2010

:: Seronoknya memandu laju

The fast and the curious
bahagian depan kereta di sini..
bahagian lain berada di seberang sana
Amat seronok memandu laju ni..
terutama apabila keadaan mendesak dan terdesak..
namun keadaan di luar jangka mungkin berlaku
yang mungkin melibatkan pihak lain
termasuk pihak yang
memandu
tersebut.
Rancanglah masa
dan mulakan
perjalanan seawal mungkin..
agar bahaya dapat dielakkan..
walaupun kekadangnya kemalangan tidak mampu dielakkan..
kita sekadar berusaha.. berdoa dan bertawakkal.
Berhati2lah.. sebab suami atau isteri..
anak2 serta cucu cicit sedang menunggu kita di rumah.