Wednesday, February 09, 2011

:: Mr. Asia.. Bujang Taha: Tinggal sehelai sepinggang..




Rumah milik Bujang Taha musnah dalam kebakaran


Posted on February 9, 2011, Wednesday

KUCHING: Bekas jaguh bina badan negara Bujang Taha tinggal sehelai sepinggang apabila rumah kayu setingkat miliknya di Kampung Tanjung di sini musnah dalam satu kebakaran, semalam.

PASRAH: Bujang memerhatikan keadaan rumahnya yang musnah dijilat api.


Dalam kejadian pada 2.40 petang semalam, rumah jiran beliau turut terbakar.

Ketua Balai Bomba Petra Jaya, Madu Anggut berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi disiasat.

Menurut Bujang, 74, beliau baru sahaja selesai makan tengah hari dengan isteri dan tiga orang cucunya ketika dia menyedari asap datang dari tingkat atas rumahnya.

“Ketika saya naik ke atas untuk memeriksa, api sudahpun bermula dan asap menyelubungi kawasan tersebut,” kata Bujang yang menetap di kampung tersebut selama 46 tahun.

“Saya tidak dapat memikirkan untuk menyelamatkan apa-apa pada masa itu dan bergegas ke bawah untuk memberitahu yang lain agar keluar dari rumah.”

Antara pencapaian Bujang ialah meraih dua pingat emas dalam kategori bantamweight pada Sukan SEA 1977 dan 1979 dan memenangi Mr Asia pada 1980, 1982, 1983 dan 1986.

..................................................................................................


http://www.theborneopost.com/?p=92235

Former bodybuilder loses home to afternoon fire

by Gary Adit. Posted on February 9, 2011, Wednesday


KUCHING: Legendary Sarawak bodybuilder Bujang Taha was left with literally the clothes on his back when a suspected short circuit razed his house in Kampung Tanjong, Petra Jaya yesterday afternoon.


PINNACLE OF DESPAIR: A despondent Bujang looking at the charred ruins of his beloved house.

PRECIOUS MEMORIES: Bujang (right) and an identified man show reporters some framed photos and certificates of his former career, which were the only items saved from the burning house.

Although the former two-time Mr Asia title holder escaped the 2.05pm incident unscathed, he was unable to salvage any of his belongings, which included RM30,000 in cash, gold jewellery, as well as his many trophies and certificates collected during his long career in the sport.

According to the 74-year-old Bujang, he had just finished lunch with his wife and three grandchildren when he noticed smoke coming from the second storey of his wooden house.

“When I went upstairs to check, the fire had already started and smoke was everywhere.

“I couldn’t think about saving anything at the time and hurried back downstairs, telling the others to get out of the house,” said Bujang, who has been staying in Kampung Tanjong for the past 46 years.

The former bodybuilder, whose career reached its peak in the 1980s, estimated his losses at more than RM300,000, but added that he accepted the incident as fate.

Within minutes of his house being razed, the flames spread to and partially destroyed a second house belonging to Bujang’s neighbour Hood Mahmood.

Like Bujang, the 75-year-old Hood managed to escape unhurt together with his wheelchair-bound wife Daimah Jaya, 70, and their three grandchildren when the flames engulfed his three decade-old house.

Hood’s daughter rushed back from her workplace upon learning of the incident and broke down at the sight of her razed house.

Meanwhile, Petra Jaya fire station chief Madu Anggut told reporters that factors such as the proximity of the two wooden houses to each other and gusty wind played a part in the spread of the fire.

He said 28 personnel from the Petra Jaya and Padungan stations arrived at the scene in two engines and three Rapid Intervention Motorcycle (RIM) units eight minutes after a distress call was received at 2.45pm.

“The situation was brought under control at 3.08pm with no problems faced and no injuries reported,” said Madu, adding the cause of the fire was being investigated.


.....................................................................................................




.................................................................................................



Yakeb mahu berfungsi di belakang tabir


Bujang Taha (kiri) yang kehilangan rumahnya dalam satu kebakaran baru-baru ini memeluk erat Malek Noor di Kuching, semalam.


KUCHING 13 Feb. - Yayasan Atlet Kebangsaan (Yakeb) mengajak bekas atlet kebangsaan yang pernah menyertai sukan SEA, Asia, Komanwel dan Olimpik untuk menjadi ahli yayasan berkenaan dalam usaha membela serta menjaga kebajikan mereka.

Pengerusi Eksekutif Yakeb, Datuk Paduka Dr. Mumtaz Jaffar berkata, yayasan itu ditubuhkan untuk kepentingan bekas atlet kebangsaan dan sehingga kini, hampir 2,000 orang telah mendaftar sebagai ahli Yakeb di seluruh negara.

Menurutnya, Yakeb mahu berperanan sebagai pihak di belakang tabir yang membantu para bekas atlet ditimpa kesusahan sama ada mereka yang terlantar sakit, mengalami bencana, golongan orang kurang upaya (OKU) atau sebagainya.

"Sehingga kini, Yakeb telah membantu kira-kira 80 bekas atlet yang ditimpa kesusahan antaranya Santokh Singh dan hari ini pula bekas Mr. Asia, Kamis @ Bujang Taha," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu Mumtaz bersama rombongan Yakeb iaitu bekas jaguh bina badan, Datuk Malek Noor; Ketua Jurulatih Perseorangan Badminton, Rashid Sidek, Abdul Khalid Ali serta Kamarulzaman Yusuf (bekas pemain bola sepak kebangsaan); Ammar Abdullah (bola tampar) dan Ramlie Ahmad (silat) melawat Bujang.

Pada lawatan tersebut, Yakeb turut menyampaikan sumbangan yayasan kepada Bujang yang ditimpa musibah selepas rumah kediaman bekas jaguh bina badan itu musnah dalam kebakaran pada 8 Februari lalu.

Bujang, 74, pernah mengharumkan nama negara dengan empat kali memenangi gelaran Mr. Asia pada 1980, 1982, 1983 dan 1986 serta kelayakan pada cabaran Mr. Universe 1982 di Belgium.

Beliau juga pernah memenangi dua pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur pada 1977 dan di Jakarta pada 1979 dalam sukan bina badan kategori lelaki kelas 51 hingga 56 kilogram.

Sementara itu, Malek memberitahu, sebaik sahaja menerima berita mengenai musibah yang menimpa rakan baiknya itu, beliau terus menghubungi Mumtaz dan mereka bersetuju menyampaikan sumbangan kepada Bujang hari ini.

Beliau tidak menafikan hubungannya dengan Bujang umpama adik dan abang manakala kehadiran Yakeb itu diibaratkan sebuah keluarga yang menjenguk ahli keluarganya yang ditimpa kesusahan serta berkongsi kesedihan.

"Saya, Mumtaz dan Bujang serta yang lain dalam satu skuad sukan SEA satu ketika dulu dan kita umpama satu keluarga besar yang sentiasa bantu-membantu apabila ada ahli yang ditimpa kesusahan, ini peranan yang dimainkan oleh Yakeb.

"Kita berharap lebih ramai bekas atlet kebangsaan tampil mendaftar menjadi ahli Yakeb supaya segala bantuan boleh disalurkan. Kita melakukan semua ini bukan bergaji tetapi demi kepentingan bekas atlet," katanya.

Dalam pada itu, Malek turut memuji dan bangga dengan Mumtaz yang mengambil inisiatif menubuhkan koperasi yang boleh disertai oleh bekas atlet kebangsaan.

Beliau yang juga ali lembaga koperasi itu berkata, menerusi koperasi itu, pihaknya bercadang mengadakan program membawa bekas atlet kebangsaan yang beragama Islam mengadakan umrah pada April ini dan Bujang turut disenaraikan dalam program itu.


.................................................................................................


Rumah bekas Mr. Asia era 80-an terbakar


KAMIS @ Bujang Taha di halaman rumahnya yang hangus semasa anggota bomba dan penyelamat memadamkan kebakaran di Kampung Tanjong, Kuching, semalam.


KUCHING 8 Feb. - Dua buah rumah termasuk kediaman bekas Mr. Asia era 1980-an, Kamis @ Bujang Taha musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjong, di sini hari ini.

Kebakaran pukul 2.10 petang itu turut memusnahkan bilik serta peralatan gim jaguh bina badan tersebut dan semua piala kemenangan Bujang.

Bagaimanapun tiada sebarang laporan kecederaan atau perkara tidak diingini berlaku dalam kejadian itu.

Ketua Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya, Madu Anggut berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 2.45 petang sebelum jentera pertama tiba di tempat kejadian pada pukul 2.53 petang.

Anggut berkata, ketika bomba tiba api sedang marak, namun pihak bomba berjaya mengawalnya kira-kira 20 minit kemudian.

"Api merebak dengan pantas ekoran angin bertiup agak kuat manakala dua buah rumah terbabit diperbuat daripada kayu menyebabkan ia cepat terbakar," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Dua buah jentera dari Balai Bomba Petra Jaya dan Kuching dengan kekuatan anggota seramai 28 orang termasuk bantuan daripada unit Motosikal Gerak Cepat (RIM) terlibat dalam operasi itu.

Dalam pada itu, Anggut memberitahu, pihaknya masih menyiasat punca kebakaran dan jumlah kerugian kebakaran terbabit.

Sementara itu, Bujang, 74, yang pernah bergelar Mr. Asia pada 1981 dan 1982 ketika ditemui hari ini memberitahu, ketika kejadian dia baru habis makan tengah hari bersama isteri dan tiga cucunya.

Katanya, dia yang duduk di ruang tamu tiba-tiba terdengar beberapa letupan kecil pada kabel elektrik sebelum terbakar dan menyambar barang-barang di rumahnya.

"Ia berlaku begitu pantas dan saya tidak berfikir panjang, terus menyelamatkan tiga cucu saya berusia sembilan, 10 dan 12 tahun lalu terjun ke bawah apabila melihat api semakin marak.

"Barang berharga lain tidak dapat diselamatkan termasuk wang simpanan kira-kira RM35,000, dokumen peribadi serta piala-piala kemenangan dalam kejohanan bina badan sebelum ini," katanya yang reda dengan ketentuan Allah itu.

Bujang memberitahu, dia tinggal di rumah berkenaan sejak 46 tahun lalu bersama 11 ahli keluarganya termasuk anak dan cucu-cucunya.

Menurutnya, kejadian tersebut telah menyebabkan mereka sekeluarga rugi kira-kira RM300,000.

Sementara itu, sebuah lagi rumah yang terbabit dalam kebakaran itu dimiliki oleh Abdul Halim Hud, 51, yang tinggal bersama sembilan ahli keluarganya.


...................................................................................................


Usaha dilakukan ganti piala milik Bujang Taha yang hangus


KAMIS @ Bujang Taha memegang trofi kejohanan Mr. Asia yang hangus selepas rumahnya musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung dekat Petra Jaya, Kuching, Sarawak, semalam.


KUCHING 10 Feb. – Usaha sedang dilakukan bagi membantu bekas jaguh bina badan, Kamis @ Bujang Taha mendapat gantian piala kemenangan miliknya setelah rumah beliau musnah dalam kebakaran di Kampung Seberang Tanjung di sini, kelmarin.

Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Fadillah Yusof berkata, perkara itu dimaklumkan wakil Kementerian Belia dan Sukan kepadanya yang mengesahkan Majlis Sukan Negara (MSN) akan berikhtiar mendapatkan gantian pingat serta piala bekas Mr. Asia itu.

‘‘MSN akan cari jalan termasuk berunding dengan penganjur terdahulu sama ada boleh mendapat gantian piala-piala berkenaan atau ada sijil yang mengesahkan kemenangan Bujang ketika era kegemilangannya sehingga dinobat sebagai Mr. Asia

‘‘Kita harap usaha MSN berjaya memandangkan piala serta pingat kemenangan itu merupakan kenangan bahawa beliau (Bujang) pernah menjadi juara Asia dalam sukan bina badan,” katanya.

Fadillah yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada Bujang dan seorang lagi mangsa kebakaran, Hood Mahmud, di sini hari ini.

Kebakaran pukul 2.10 petang kelmarin itu turut memusnahkan bilik serta peralatan gim jaguh bina badan tersebut dan semua piala kemenangan Bujang.

Bagaimanapun tiada sebarang laporan kecederaan atau perkara tidak diingini berlaku dalam kejadian itu.

Sementara itu, Bujang ketika ditemui pemberita memberitahu, beliau bersyukur di atas bantuan segera pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri, Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), MSN, persatuan bina badan di Kuching serta anak-anak muridnya.

Beliau turut melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh rakyat negara ini yang prihatin dengan nasib malang yang menimpanya.

Malah Bujang berkata, beliau tidak putus-putus menerima panggilan dari seluruh negara bertanya khabar sebagai mengenang jasanya yang pernah mengharumkan nama negara satu ketika dulu.

Tambahnya, bekas jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor turut menghubunginya dan memaklumkan akan datang menemuinya bersama rombongan beliau pada Ahad ini.

‘‘Malek Noor akan datang ke Kuching untuk menemui saya sendiri kerana beliau mahu menemui rakan lamanya yang satu jiwa dalam perjuangan sukan bina badan ini.

‘‘Hubungan saya dengan Malek Noor boleh dikatakan umpama adik dan abang yang tidak pernah renggang sewaktu sama-sama menyertai kejohanan sukan bina badan sama ada peringkat negeri, kebangsaan mahupun Asia,” ujarnya.


.....................................................................................................


Bantuan segera terhadap mangsa bencana di Sarawak


Fadillah Yusof (empat dari kanan) bersama wakil Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menyampaikan sumbangan wang ihsan kepada Kamis @ Bujang Taha di Kampung Tanjung, Petra Jaya, Kuching, semalam.


KUCHING 10 Feb. - Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan menubuhkan Tabung Bencana PBB sebagai dana kecemasan yang boleh disalurkan dengan segera kepada mana-mana mangsa bencana di negeri ini.

Ketua Pemuda PBB, Datuk Fadillah Yusof berkata, penubuhan tabung tersebut dipersetujui oleh rakan-rakan dalam Pemuda PBB dan pihaknya akan menggerakkan jentera untuk melakukan kutipan.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menambah, tujuan Tabung Bencana PBB ini adalah membantu mangsa kebakaran misalnya untuk menyegerakan pembinaan rumah mereka bagi menggantikan kediaman sedia ada.

''Seperti sedia maklum, mangsa-mangsa kebakaran ini hanya menumpang di rumah sanak-saudara selepas bencana berlaku dan sudah tentu ia tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan keluarga, maka ini menjadi keutamaan kita.

''Kutipan dana ini bukan hanya untuk pembinaan rumah sahaja tetapi untuk mangsa-mangsa memulakan kehidupan baru seperti membeli perkakasan rumah, peralatan dapur dan sebagainya," katanya.

Terdahulu beliau melawat serta menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran yang juga bekas Mr. Asia, Kamis @ Bujang Taha, 74 dan sebuah lagi keluarga iaitu Hood Mahmud,70, isterinya, Daimah Jaya, 70-an di Kampung Seberang Tanjung di sini hari ini.

Turut menyampaikan sumbangan hasil kutipan exco-exco Pemuda PBB kepada mangsa-mangsa kebakaran ialah Ketua Pemuda PBB Zon Kuching, Wan Hamzah Wan Paie di samping wakil Kementerian Belia dan Sukan serta wakil Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU).

Dalam pada itu, Fadillah memberitahu, sekiranya dana Tabung Bencana PBB itu terdapat lebihan bagi membantu dua keluarga mangsa kebakaran terbabit, maka ia akan dijadikan sebagai dana kebajikan untuk menghadapi apa-apa musibah pada masa akan datang.

Ini kerana, katanya, di peringkat Pemuda Barisan Nasional (BN) dan PBB telah menubuhkan unit Sukarelawan BN yang boleh digerakkan pada bila-bila masa jika berlakunya sebarang bencana dan dana tabung tersebut boleh disumbangkan kepada mangsa-mangsa terbabit.

''Tabung ini perlu kerana jika ingin menunggu bantuan daripada kerajaan mungkin ia agak memakan masa.

''Ini kerana bantuan daripada kerajaan memerlukan proses dan prosedur yang diikuti, maka dengan adanya dana kecemasan ini sekurang-sekurangnya boleh membantu mangsa dengan segera bagi membeli barang keperluan asas," katanya.


......................................................................................................



1MDB bantu Bujang Taha RM20,000

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Bekas jaguh bina badan Asia, Bujang Taha menerima bantuan sebanyak RM20,000 daripada Malaysia Development Berhad (1MDB) akibat rumahnya yang terbakar Selasa lalu.

Bujang, dari Kampung Tanjung di Petra Jaya Sarawak menerima sumbangan itu daripada wakil 1MDB yang telah berkunjung ke tapak rumahnya yang musnah dalam bencana itu, hari ini.

Dalam kunjungan tersebut, 1MDB turut menghulurkan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada sebuah lagi keluarga, Hood Mahmud, yang juga menjadi mangsa dalam kebakaran tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Shahrol Halmi berkata, jumlah tersebut adalah kecil berbanding kerugian yang harus ditanggung Bujang, namun ia merupakan tanda penghargaan kepadanya yang pernah berjasa kepada Malaysia.

"Bujang banyak memberi penghormatan dan mengharumkan nama negara dalam arena sukan dengan memenangi pelbagai anugerah dan ini merupakan sumbangan kecil daripada 1MDB kepada beliau.

"1MDB berharap langkah ini akan mendorong individu atau organisasi lain untuk turut menghulurkan bantuan kepada Bujang sekeluarga," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Kebakaran pukul 2.10 petang kelmarin itu turut memusnahkan bilik serta peralatan gim jaguh bina badan tersebut dan semua piala kemenangan Bujang.

Kamis @ Bujang Taha pernah mengharumkan nama negara dengan memenangi gelaran Mr Asia sebanyak empat kali pada tahun 1980, 1982, 1983 dan 1986 serta kelayakkan pada cabaran Mr Universe tahun 1982 di Belgium.

Beliau juga pernah memenangi dua pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur pada tahun 1977 dan di Jakarta pada tahun 1979 dalam sukan bina badan kategori lelaki kelas berat sederhana antara 51kg hingga 56kg.


.........................................................................................


Yakeb, Naim and Bank Rakyat give aid to Bujang Taha

by Perry Ragam. Posted on February 14, 2011, Monday


KUCHING: Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Naim Holdings Bhd and Bank Rakyat yesterday joined forces to contribute a total sum of RM21,000 to former Mr Asia Bujang Taha.

GIVING HELPING HAND: Taha (second right) together with guests in a group photo after the end of the handing over ceremony at Taha’s residential area, in Kampung Tanjong, Petra Jaya.


Yakeb, lead by former national number one sprinter Datuk Paduka Muntaz Jaafar, contributed RM1,000 to Taha, Naim Holdings Bhd with RM10,000 while another RM10,000 from Bank Rakyat.

The contributions were mainly to lighten Taha and his family’s burden after suffering a great lost of their three decade-old home that was burnt down last Tuesday, suspected due to short circuit.

Nevertheless, the contributions which were made to Taha were also one of the ways to treasure, recognise and appreciate his past achievements and contributions to the country.

Muntaz, who is also the chairperson of Yakeb, said that she was very happy that they were able to be part of the aid in helping Taha and his family in regaining back their lives.

“We definitely remember Taha during his peak time when he was still the national star in the bodybuilding arena.

“His contributions towards the country will be a great encouragement to the younger generations. Taha will always have our support.

“Besides that, we also want to let the people know that Yakeb will always be there for all the registered former national athletes throughout Malaysia in times of needs,” she said during the contribution handing over ceremony, held at Taha’s residential area, in Kampung Tanjong, Petra Jaya, yesterday.

Former national athletes who wish to register with Yakeb, forms can be obtained at the Sarawak State Sports Council (MSNS), at Kuching Civic Centre. Registration is free.

Meanwhile, Yakeb assistant chairman Datuk Malek Noor, who is also a former national bodybuilding champion himself said that former or ex-national athletes will be well taken care of, especially in times of difficulties.

“Yakeb is a non-profitable organisation which is co-founded by Muntaz. The main objective of having Yakeb is to take care of the welfare of registered former national athletes when they are in need.

“There are many former national athletes in Peninsular who have registered with us. So, I encourage all former national athletes here in Sarawak to register themselves with Yakeb. The reason why we are doing this is to show our appreciation to former national athletes who had given much sacrifices to the country,” he said.

Among those present, showing strong support to Taha during the ceremony was former national badminton player Rashid Sidek, former national football players Abdul Khalid Ali and Kamarulzaman Yusuf, former national volleyball player Ammar Abdullah and former national silat champion Ramliee Ahmad.

Taha won Mr Asia titles in 1980, 1982, 1983 and 1986. He also won two SEA Games gold medals in Kuala Lumpur in 1977 and Jakarta in 1979. He was also one of the qualifiers in the 1982 Mr Universe, in Belgium.