Saturday, February 12, 2011

:: DPTS Alfred Jabu: Universiti di Betong.. Sarawak




Universiti dibina di Betong


by Edwin Raoh. Posted on February 10, 2011, Thursday


Jabu mahu abadikan sebuah universiti sebagai ‘hadiah’ sebelum bersara

BETONG: Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang semalam mengumumkan sebuah cawangan universiti kampus Sarawak akan dibina di Betong sebagai ‘hadiah’ daripada beliau sebelum bersara daripada karier politik.

Jabu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar berkata beliau amat mengimpikan untuk melihat sebuah bangunan universiti tersergam indah di bahagian ini, justeru bercadang mahu menubuhkan cawangan kampus Sarawak di Betong pada masa akan datang.

“Sebelum bersara dari karier politik saya maka saya berharap tahun 1975 (selama tujuh penggal), sebanyak enam buah sekolah menengah termasuk sebuah Maktab Rendah Sains MARA telah pun dibina bagi tujuan pendidikan di Betong berbanding hanya dua buah sekolah rendah sebelum itu.

Katanya, standard kemudahan pendidikan dalam kawasan Betong kemudiannya dipertingkatkan lagi ke tahap lebih tinggi dengan adanya kelulusan projek pembinaan metro politeknik di Betong.

“Pihak Kementerian Pengajian Tinggi akan ke Betong hari ini (Rabu) untuk mengisytiharkan berita baik itu,” katanya.

Jabu yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkap Menteri Permodenan Pertanian berharap agar pembangunan pendidikan yang pesat di kawasan Betong dapat memberi manfaat dari segi peningkatan taraf hidup rakyat di negeri ini terutamanya kawasan luar bandar seperti Betong.

Sementara itu di majlis tersebut, Jabu menyampaikan geran MRP berjumlah RM738,600 kepada 42 buah persatuan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan tadika di kawasan Betong.

Turut hadir di majlis itu ialah Residen Bahagian Betong, Datu Romie Sigan Daniel, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Isik Utau serta Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Betong, Peggy Ronin dan pegawaipegawai kerajaan.