Monday, January 03, 2011

:: Pusat Jantung Kota Samarahan... bayaran termurah ?


Rawat jantung cuma RM5

Oleh Matzidi Dris
mzidi@bharian.com.my
2011/01/02

Hospital pertama di dunia tawar perkhidmatan canggih

KUCHING: Hanya dengan kadar bayaran minimum RM5, seorang pesakit jantung di negeri ini boleh mendapatkan rawatan jantung paling canggih di dunia di Pusat Jantung, Hospital Umum Sarawak (Pusat Jantung HUS) yang mula beroperasi semalam.
Pusat Jantung bernilai RM400 juta di Kota Samarahan itu mengenakan caj RM3 semalam iaitu kadar bayaran paling murah di dunia.
Ketua Unit Kardiak dan Pusat Penyelidikan Klinikal HUS, Professor Dr Sim Kui Hian, berkata sejurus seorang pesakit jantung dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Jantung (ICU), mereka diletakkan di atas katil khas bermuzik berharga RM58,000 seunit.

Beliau yang pernah berkhidmat selama 17 tahun sebagai pakar jantung di Australia, berkata setakat ini, hospital itu mempunyai lapan unit katil khas seumpama itu dan semua peralatan rawatan jantungnya antara tercanggih di dunia.

“Selepas menjalani pembedahan jantung, pesakit itu akan dipindahkan ke bilik rawatan dilengkapi katil khas berharga RM30,000 seunit.

“Semua peralatan rawatan jantung di sini belum lagi digunakan di Australia. Ini membuktikan Pusat Jantung HUS menggunakan rawatan tercanggih dengan kadar bayaran paling murah di dunia,” katanya kepada Berita Minggu ketika ditemui di hospital itu, semalam.
Dr Sim berkata, selain menyediakan rawatan jantung, Pusat Jantung HUS itu juga akan merawat pesakit kanser dan buah pinggang yang akan diadakan secara berperingkat.

Katanya, sejak dibuka, bermula jam 8 pagi ini (Sabtu) hingga jam 4 petang, seramai empat pesakit jantung dirujuk ke hospital itu, namun hanya seorang dimasuk ke wad, manakala yang lain dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Katanya, sebelum dijadikan hospital rujukan jantung di negeri ini, hospital berkenaan dikenali sebagai Pusat Perubatan Antarabangsa Sarawak (SIMC).

“Mulai hari ini (semalam), apa yang Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud nyatakan sebelum ini bahawa negeri memerlukan satu hospital rujukan bertaraf dunia, memandangkan kedudukan muka bumi dan geografi negeri ini yang luas dan mencabar, sukar mendapatkan pakar dan doktor di hospital bahagian, menjadi kenyataan,” katanya.

Dr Sim berkata, kini semua hospital bahagian di Sarawak boleh merujuk pesakit jantung mereka ke hospital ini bagi mendapatkan rawatan jantung lebih baik, yang dilengkapi dengan pakar jantung, teknologi moden dan terkini dengan kadar bayaran minimum RM5.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadual merasmikan Pusat Jantung HUS yang mempunyai 168 katil itu pada 16 Januari ini.

Sementara itu, seorang penduduk Kampung Melaban, Baru Tai, 50, berkata secara peribadi beliau amat berterima kasih kepada kerajaan kerana berusaha menjadikan SIMC sebagai Pusat Jantung HUS tercanggih di rantau ini dengan kos yang lebih rendah dan berpatutan.

Beliau berkata, sebelum ini semua pesakit jantung di Sarawak dirujukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.


...................................................................................................



SIMC or Pusat Jantung ... Kota Samarahan

Started operation on the 1st January 2011, 'Heart Center' of
Samarahan, Sarawak, Malaysia is housed in the used to call
Sarawak International Medical Center (SIMC) building.



Before reaching the main gate, this big direction signboard
welcomes you.



No, this hospital is not for kidney & stone patients.



The big Red heart tells the story, I would suggest
that they put heart shape tiles on the approaching
floor...but if the cancer department moves in,
the logo would be heart and....mutated cells?



I wish there is one of this near my house.
If you want good receptions at the hospital,
blue is the color.



Small wetland at the lower ground, is it designed so?








Didn't go in to the building,
I suppose my camera is not welcomed inside.


........................................................................................



Home - News - Local - Heart centre needs RM50 mln annually



Heart centre needs RM50 mln annually

Posted on January 2, 2011, Sunday

KUCHING: The Sarawak General Hospital (SGH) Heart Centre in Samarahan near here needs some RM50 million annually to run its services.

SGH cardiac unit head Prof Dr Sim Kui Hian said the fund was already in place.

“Normally we need RM29 million as budgeted for our services in SGH and another RM25 million for others … So, each year about RM50 million here.

“We have already the service and money there, just that we translocated it here,” he told journalists at the centre yesterday.

Dr Sim said the centre would be a good place for recovery in view of its “good air and environment”.

He said outpatients paid RM5 for services at the centre while RM3 would be charged per patient per night.

State Health Department director Dr Zulkifli Jantan said the centre would offer services at minimal charges for the first two years, but this might change after the period.

He pointed out that the day-to-day operating cost would only be known in a month or so.

“We have to look at utilities like electricity and water as these expenses are seen only after we run the centre,” he said.

He could not say when cancer treatment facilities would be available at the new centre.

“At the moment, we are short of cancer specialists in the government service,” he said, adding that there were only two experts in the state.

The centre, believed to be the first heart institute made public in the country, is located some 20 minutes from the city centre.

The National Heart Institute in Kuala Lumpur, which comes under the Finance Ministry, and charges private hospital rates.