Guru besar SK St Mark maut dalam kemalangan jalan raya
Posted on January 9, 2011, Sunday
ENGKILILI: Seorang guru besar maut setelah kereta Proton Iswara yang dinaiki bersama isterinya bertembung dengan kereta jenis Pajero di kaki bukit berdekatan dengan Kampung San Raba, di sini pada jam 1.30 petang, Jumaat lalu.
Menurut sumber, kereta yang dipandu mangsa yang dikenali sebagai Umpi Belasan, 56, itu sedang dalam perjalanan dari Betong menuju ke Sri Aman, apabila ia bertembung dengan Pajero dipercayai milik sebuah agensi kerajaan di Sarikei.
Mangsa yang menjadi guru besar di Sekolah Kebangsaan St Mark, Ulu Layar meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya yang dikenali sebagai Catherine Sindu, 49 terselamat daripada maut namun mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Sri Aman untuk rawatan lanjut. Sementara pemandu Pajero terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.