MEASAT-3 (Satelit Asia Timur Malaysia Ke-3) telah menambah bilangan koleksi di orbit dengan pelancarannya pada jam 5.28 pagi waktu Kazhak bertepatan jam 7.28 pagi waktu Malaysia.
Wednesday, December 27, 2006
:: MEASAT-3
MEASAT-3 (Satelit Asia Timur Malaysia Ke-3) telah menambah bilangan koleksi di orbit dengan pelancarannya pada jam 5.28 pagi waktu Kazhak bertepatan jam 7.28 pagi waktu Malaysia.
Monday, December 25, 2006
:: Cuti di Miri/Bintulu 2
Terjumpa pejabat JPJ Miri dalam perjalanan ke Bandar Miri sebelum ke rumah Wardati. Biasanya denda RM200, kata boss JPJ. Entah macam mana terlembut hatinya bila Pak Ngah merayu secara lisan...cuma kena bayar separuh je. Alhamdulillah. Kemudian lesen memandu untuk Pak Ngah dan Mak Ngah pun disambung untuk setahun...hehehe.
:: Cuti di Miri/Bintulu 1
Dalam Perjalanan: Jauh lagi woooo....!! Jalannya agak sunyi dan kurang bertembung atau berselisih dengan kenderaan lain. Kawasan yang dilalui hanyalah hutan2, pokok renek dan ladang kelapa sawit. Tahap kerisauan agak tinggi sebab tidak convoy dengan Jazlan (adik ipar) yang dahpun ke Miri petang semalam dan kami pula terpaksa bermalam di Bintulu. Bukan bimbang apa...cuma bimbangkan kereta meragam je walaupun line celcom OK untuk menghubungi sesiapa je le jika berlaku sebarang kecemasan. Perjalanan dari Bintulu ke Miri ada le sekitar 3 jam (80-90 km/jam).
Taman Tumbina Bintulu: Alang yang nampak sign Taman Tumbina di depan Pasar Utama Bintulu tu lantas mengajak Acik bergambo sama sebab kami takkan ke Taman tu demi menjimatkan masa untuk bertolak ke Miri pula. Sign pun sign le....kata Alang sebelum beraksi sakan untuk bergambo. Maksud Taman "Tumbina" tu ialah tumbuhan dan binatang.
Orang Muda: Begitu le lagaknya orang muda sekarang. Sememangnya tak sama sebagaimana lagak dan gaya Pak Ngah di tahun2 "mudanya" dulu...hehehe. Zaman dah berubah... sekarang ni 2006...., zaman Pak Ngah dulu adalah sekitar pertengahan 1970an....kalau dikira usia sebegitu le...kahkahkah.Sunday, December 24, 2006
:: Ada Tugas di Pangkor
Sunyi dan sepi: Inilah chalet yang Pak Ngah diami tu.Terletak di pinggir pantai. Bila ditunjukkan gambo2 ni kat anak2...."kenapa le ayah tak nak bawak kami ikut sama?", kata Anjang. "Kalau tidak...best woooo...", pintas Acik pula.
Laluan: Bangunan utama Teluk Dalam Resort yang dilihat dari jalan masuk. Bas takde. Cuma van je yang dijadikan teksi untuk pergi balik ke Pekan Pangkor dengan bayaran RM30 dengan muatan 10 orang. Kira dah murah le tu... Nak murah lagi, resort ni ada sediakan sewaan motosikal dengan bayaran RM15 untuk 2 jam...kira jenuh le nak meronda seluruh pulau tu. Nak lagi murah pun ada....iaitu berjalan kaki....hehehe...tapi kena sediakan minyak untuk urut betis nanti...hehehe.
Deretan: Inilah antara deretan kedai di Pekan Pangkor. Pekannya "agak besar" (10 minit dah habis kesemua kedai di pekan tu dimasuki...hehehe...). Di kedai inilah dibeli dua tiga helai t-shirt "Pangkor" untuk anak2. Di depan kedai inilah juga kami pekena cendol dan pisang goreng panas. Best wooo..., di tepi jalan yang agak sepi sebab jarang2 sekali kenderaan melaluinya, berada di bawah pokok rendang dan angin bertiup sepoi2 bahasa. Fuh....best betul!!
Rakan2 dari Semenanjung banyak le memborong sakan segala mak nenek ikan masin, sotong dan ikan bilis. Sebaliknya bisikan rakan2 dari Sabah dan Sarawak..."murah lagi di tempat kami...". Kata2 itu juga turut diucapkan oleh Pak Ngah sendiri.
Saturday, December 23, 2006
:: Di Pantai 1
Mendahului kami: Inilah batu nisan allahyarhamah bonda Che Mah bt Mat Isa yang mencatatkan..."Alfatihah. Che Mah bt Mat Isa kembali kerahmatullah pada 27 Zulkaedah 1423 bersamaan 30.1.2003.....". Dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Sungai Batu, Pantai Remis, Perak Darul Ridzwan. Pak Ngah sempat le menjengok muka ke Pantai sebelum allahyarhamah dikebumikan, walaupun Pak Ngah ada beritau sedara mara dan waris yang lain .. "kalau dapat tunggu..tunggu le" sebab kurang "manis" sebenarnya melewat2kan jenazah untuk dikebumikan. Pak Ngah mohon maaf atas kelewatan tersebut. Pak Ngah tiba dah dinihari di Manjung, dijemput dik Pak Ndak dan Pak Tam. Sempat le Yaasiin dibacakan untuknya yang diletakkan di ruang yang menjadi kegemarannya berehat, berbual dan bersantai, iaitu di penjuru luar bilik tidurnya. Amat tenang wajahnya, bila diteliti dan diamati. Sebelum Pak Ngah kembali ke Sarawak, maka tertubuh le Yayasan Che Mah yang dianggotai oleh anak2nya yang bakal menjaga "kebajikan dan masa depan" generasi Lin & Che Mah, InsyaAllah.
Alfatihah: Batu nisan allahyarham ayahanda Lin bin Che Rus yang mencatatkan.."Lin bin Che Rus kembali kerahmatullah 11.11.1986". Pak Ngah terkilan sedikit tentang ini. Tak sempat balik sebenarnya dan pada masa tu jadual penerbangan dari Sibu ke Kuching tidak le sekerap sekarang ni. Jika balikpun tak sempat. Namun kami telah mengadakan sembahyang berjamaah Maghrib dan Insya' selama seminggu serta mengadakan tahlil bersama jiran2 terdekat. Dan kalau tak salah ingatan, Pak Ngah baru je balik bercuti ke Pantai untuk menziarahi ayah yang tenat ketika itu, seminggu sebelum pemergiannya. Tidak berpeluang untuk bersama2nya di saat2 akhir pemergiannya. Ini bermakna, allahyarham ayahanda dahpun melewati 20 tahun meninggalkan kita demi menyahut seruan Ilahi. Dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Sungai Batu, Pantai Remis, Perak Darul Ridzuan, berdekatan isteri tercintanya (Allahyarhamah Che Mah bt. Mat Isa) disemadikan.Mula Melangkah: Mak Ndak Rahimah sedang mengira dan menyemak baki stok dan barangan yang baru dibeli. Didoakan agar berjaya sebagai stokis revell atau bidang lain yang bakal diceburi nanti. Keazaman dan kegigihan Pak Ndak Yan dan Mak Ndak Rahimah yang ditunjukkan selama ini, dikirakan mereka akan mampu bergerak jauh ke hadapan, InsyaAllah.
Sesekali Berkumpul: Bergambo ramai. Agak2 le...apa yang menjadikan mulut "hero dan waris keras" Pak Ndak Yan tu kelihatan berwarna putih? Kalau tak ditampal plaster tentu le botol susu....
Bersopan: Bersama2 Syami yang sentiasa bersopan santun, bertertib lendit dan "malu2 kuching".. Anak kesayangan Pak Teh Man dan Mak Teh Nurul ni amat berminat dan menampakkan minat yang mendalam dalam hal2 keagamaan. Banyak pertandingan hafazan yang diikuti dibuktikan dengan pulang tidak dengan tangan kosong. Hebat!! Syabas!!
...................................................................................................
Friday, December 22, 2006
:: Di Pantai 2
Thursday, December 21, 2006
:: Di Pantai 3
Milik Siapa Ni?: Inilah banglo milik Pak Ndak Yan dan Mak Ndak Rahimah sekeluarga di Lorong Masjid, Kg. Sungai Batu, Pantai Remis, Perak Darul Ridzuan. Inilah juga tempat Pak Ngah "melepak" sepanjang balik bercuti ke Pantai Remis baru2 ni. Terima kasih bebanyak le kepada tuan rumah kerana sudi menerima tetamu dari Kuching tu.
"Mungkin dalam tempoh terdekat ni akan ada satu lagi bangunan baru di bahagian depan halaman rumah ni..." ...itulah antara kata2 yang diucapkan oleh Pak Ndak Yan ketika berbual2 tentang perancangan masa depannya. Pak Ngah doakan agar cita2 dan harapannya menjadi kenyataan.