Wednesday, July 29, 2009

:: Minda Mufti: Senjata makan tuan


KOLUMNIS - MINDA MUFTI
Ahad Julai 26, 2009

Senjata makan tuan
Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin


SAYA merenungi sebuah hadis yang selalu dibaca dan diketahui oleh kebanyakan kita iaitu sabda Nabi s.a.w: “Bandingan teman duduk berbual yang baik dan yang buruk seperti pembawa kasturi dan tukang besi. Adapun pembawa kasturi, sama ada dia berikan engkau kasturi, atau engkau beli daripadanya, atau engkau dapati bau harumnya. Sementara tukang besi, sama ada ia membakar pakaian engkau, atau engkau akan dapati bau yang busuk” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sebelum disalahfahami, perlu dijelaskan Nabi s.a.w bukan bermaksud menghina tukang besi, tetapi sebagai contoh kesan keburukan yang mengenai seseorang yang berada di samping orang tertentu. Apatah lagi bukan sepatutnya ketika tukang besi sedang melakukan kerjanya seseorang pergi berada di sampingnya. Mesej yang hendak disampaikan oleh Nabi s.a.w adalah agar kita memilih teman berbincang, berbual, berpakat, bermesra atau berdampingan dalam kalangan mereka yang baik. Kesan kebaikan itu akan datang kepada diri kita.

Dalam hidup ini, betapa banyak ilmu pengetahuan, pengalaman yang baik untuk kehidupan dan hikmah diperolehi ketika kita bersembang, bergurau, makan sehidang dan bekerja dengan seseorang yang berilmu, baik dan jujur. Justeru itu berusaha untuk berdamping dengan ilmuwan, orang yang baik dan jujur demi mengutip mutiara-mutiara hikmah dan manfaat ilmu serta akhlak adalah merupakan usaha yang tinggi nilainya di sisi Islam dan dihitung sebagai ibadah.

Orang yang baik itu bukan dilihat pada serbannya, atau jubahnya, atau bijian tasbih yang dibelinya, atau seumpamanya. Orang baik itu adalah insan yang mulia di sisi Allah. Namun kemuliaan di sisi Allah tidak dapat untuk kita salami, cuma ada petanda dalam kehidupan. Seseorang yang jujur dengan agamanya, berdisiplin dengan prinsip-prinsip mulia dan menghayati akhlak yang baik dalam hidupnya dapatlah pada zahirnya dihitung sebagai orang baik atau soleh. Ini dapat kita rasai apabila kita berada di sampingnya. Maka timbulnya perasaan untuk mendampingkan diri kepada Allah, bersemangat dalam perjuangan dan perancangan kebenaran, dan merasa janggal untuk menyalahi disiplin kebaikan merupakan antara kesan berada di samping mereka yang seperti ini.

Setiap kali bangun meninggalkan majlisnya, atau perbualan dengannya kita akan terasa penambahan kebaikan, atau ilmu pengetahuan berguna, atau teladan yang baik, atau pemikiran untuk kebaikan umat, atau pengalaman yang membawa kita mampu mengharungi hidup dengan cara yang lebih baik dan Allah redha. Jika kita berjumpa dengan orang yang seperti itu, sama ada dia rakan kita, atau teman pejabat, atau orang bawahan kita, atau jiran tetangga atau suami, atau isteri maka tidak rugilah untuk kita berusaha berdampingan dengannya. Tidak rugi untuk lama kita berbual. Tidak rugi untuk kita menemai perjalanannya, menjemputnya datang menjamah hidangan kita, menziarahinya dan apa sahaja yang membolehkan kita mendapat faedah daripada kelebihan yang dia miliki. Sehingga kadang-kala tanpa kita sedari cara fikir, cara bertindak, sikap serta kematangan hidup kita dibentuk olehnya secara tidak langsung. Betapa ramai insan yang mengubah cara fikir dan sikapnya hanya kerana teman baiknya.

Sebab itulah dalam karya-karya hadis yang silam sering dimasukkan bab Mujalasah al-Salihin bermaksud bersampingan dengan orang soleh sebagai satu ibadah dan satu langkah penting dalam membentuk peribadi insan.

Ada pula yang berkata, “saya mana ada ustaz yang nak berkawan dengan saya”. Saya katakan, Nabi s.a.w menyebut al-jalis al-salih ‘teman berdamping yang baik’, ia begitu umum. Siapa sahaja yang membawa kebaikan apabila kita duduk berdampingan dengannya maka dia termasuk dalam hadis ini. Bukan semestinya yang diberikan gelaran ‘ustaz’ itu mesti menjadi teman yang baik.

Entah berapa ramai yang memakai gelaran itu tidak menjadi teman yang baik, sebaliknya betapa ramai yang tidak bergelar ustaz merupakan teman yang baik untuk dunia dan akhirat kita. Maka carilah ditempat kerja kita, atau tempat tinggal kita, atau di mana sahaja orang yang baik untuk kita berada bersama ketika waktu rehat, waktu makan dan waktu bergembira. Saya lihat ramai rakan yang mempelajari solat musafir, menyapu stokin atau kasut, solat dalam kenderaan dan berbagai ilmu hanya kerana menyertai perjalanan bersama mereka yang berpengetahuan lalu memahami agama dan keluasannya yang mungkin tidak dibiasakan atau dihayati jika dia tidak bermusafir dengan mereka.

Demikian sebaliknya. Jika teman berbual atau musafir atau bersahabat atau berpakat merupakan orang yang buruk akhlak, buruk bahasanya, buruk perangainya maka dia akan mempengaruhi seseorang. Melainkan jika dia sentiasa menasihatinya dan berusaha mengubahnya.

Namun, dalam banyak keadaan jika teman itu selalu menguasai suasana dan kita membiarkannya, kita akan berkongsi dosa, atau berkongsi nama buruk, lebih buruk lagi akan terkesan dengan akhlak yang buruk. Ada insan memang dahsyat mulutnya, pantang kita berbual dengannya ada sahaja orang yang dimaki hamunnya, dicerca dan dihina, bahkan kadang-kala dia mencarut-marut terhadap orang lain.

Jika hal itu berlaku sekali-sekala, mungkinlah boleh dianggap sebagai terlanjur dan kesilapan lantas kita sering ingat mengingati. Namun jika itu menjadi kebiasaan, maka dia adalah teman yang buruk untuk kita bersamanya. Jika kita terus bersamanya, dosa pasti dikongsi, akhlak juga akan berubah.

Saya masih ingat ada seorang pemuda yang berbudi bahasa, namun apabila dia terpengaruh dengan rakan-rakan politiknya, budi bahasanya hilang dan maki-hamun menjadi ringan di lidahnya. Saya kata kepadanya, sesungguhnya pertunjukan artis yang saudara dan kumpulan saudara sering bantah itu, tidak lebih buruk daripada rakan dan ceramah maki-hamun yang saudara sering hadir sehingga mungubah diri saudara. Saya tidak menolak perbezaan aliran politik dan keluasaan untuk mengkritik dasar-dasar politik, juga disiplin ahli politik, namun maki-hamun dan carut-marut tidak pernah ditunjukkan oleh Islam. Dia berkata kepada saya, Saiyyidina Umar pun tegas. Saya kata kepadanya, tegas bukan bererti maki dan carut. Dalam hadis al-Bukhari daripada Anas bin Malik r.a. katanya:: "Bukanlah Nabi s.a.w itu seorang pemaki orang, tidak juga seorang pengucap kekejian dan bukan seorang pelaknat orang lain".

Kemudian, kita hendaklah sedar bahawa teman yang kita sering duduk dengannya ketika dia memaki hamun orang lain, tidak mustahil besok dia akan duduk dengan orang lain pula untuk memaki hamun kita. Jikalah setiap orang yang dia tidak bersetuju dimaki hamunnya, apalah mustahilnya apabila dia tidak bersetuju dengan kita, dia akan memaki hamun kita pula. Tiada nilai takwa, tiada nilai bimbangkan hari Akhirat.

Saya lihat ramai orang politik yang kawan-kawannya yang dulu ‘sakan’ memaki musuh politik mereka, hari ini apabila berpaling tadah memaki mereka pula. Itulah bahaya berkawan dengan orang jahat. Hal ini berlaku bukan sedikit dalam UMNO juga dalam PAS baru-baru ini pun sama. Apabila berlaku persaingan jawatan, tuduh-menuduh, kutuk mengutuk dan cerca mencerca dihalakan kepada rakan sendiri sama seperti mereka maki dan kutuk musuh politik mereka yang lain. Mungkin di peringkat tertinggi setiap parti tidak berlaku, tetapi ‘anak buah’, ‘penyokong setia’ dan ‘jentera melobi’ yang sudah lama terdidik, atau mendapat tarbiyyah tidak rasmi memaki orang, dengan petah dan lancarnya memaki sahabat dan rakan separti sendiri. Saya ditunjukkan laman web parti-parti berkenaan yang anak-anak buah mereka memaki hamun pemimpin sendiri. Itulah training yang mereka dapat selama ini.

Ada pemimpin mereka yang mengeluh kerana dituduh oleh ahli parti sendiri. Dalam isu kerajaan perpaduan, ada yang dituduh ‘gila kuasa’, ‘gila nak jadi menteri’, ‘nyanyuk’ ‘nak mampus’ dan berbagai lagi yang jika dibaca di forum-forum internet mereka tidak tergamak hendak disebutkan.
Apa hendak dikatakan? Sudah sekian itu berjalan dalam dunia politik kita. Ya, tidak menjadi masalah berbeza pendapat, bertegas, membantah kesalahan tetapi mengapa mesti memaki orang. Belajarlah untuk hidup sebagai pengkritik yang bernas, bukan pemaki yang tiada nas. Didik anak buah dan rakan kita untuk tidak memaki dan menggunakan bahasa yang hodoh dan keji terhadap orang lain, tetapi mengkritik secara membina dan berwibawa.

Ada yang bersungut panjang apabila dia dimaki hamun oleh ahli partinya dalam ucapan, internet dan sms. Saya katakan, itulah senjata selama ini yang anda gunakan, atau biar digunakan oleh pengikut untuk menikam orang lain, maka akan sampai masanya ‘senjata makan tuan’.

Monday, July 27, 2009

:: Quit smoking: 13 tips


No. 1: Know Why You Want to Quit
So you want to quit smoking, but do you know why? “Because it's bad for you” isn't good enough. To get motivated, you need a powerful, personal reason to quit. Maybe you want to protect your family from secondhand smoke. Maybe the thought of lung cancer frightens you. Or maybe you'd like to look and feel younger. Choose a reason that is strong enough to outweigh the urge to light up.

No. 2: Don't Go Cold Turkey
It may be tempting to toss your cigarettes and declare you've quit, plain and simple. But going cold turkey isn't easy to do. Among those who try to stop smoking without therapy or medication, 95% end up relapsing. The reason is that smoking is an addiction. The brain depends on nicotine. In its absence, the symptoms of nicotine withdrawal occur.


No. 3: Try Nicotine-Replacement Therapy
When you stop smoking, nicotine withdrawal may make you frustrated, depressed, restless, or angry. The craving for “just one drag” may be overwhelming. Nicotine-replacement therapy can reduce these feelings. Studies suggest nicotine gum, lozenges, and patches can help double your chances of quitting successfully when used with an intensive behavioral program. But using these products while smoking is generally not recommended.


No. 4: Ask About Prescription Pills
To ease nicotine withdrawal without using products that contain nicotine, ask your doctor about prescription medications. There are pills that reduce cravings by altering the areas of the brain affected by nicotine. This change may also make smoking less satisfying if you do pick up a cigarette. Other drugs can help reduce troubling withdrawal symptoms, such as depression or inability to concentrate.


No. 5: Don't Go It Alone
Tell your friends, family, and co-workers that you're trying to quit. Their encouragement could make the difference. You may also want to join a support group or talk to a counselor. Behavioral therapy is a type of counseling that helps you identify and stick to quit-smoking strategies. Combine behavioral therapy with nicotine-replacement products or medication to boost your odds of success.


No. 6: Manage Stress
One reason people smoke is that the nicotine helps them relax. Once you quit, you'll need another way to cope with stress. Try getting regular massages, listening to relaxing music, or learning yoga or tai chi. If possible, avoid stressful situations during the first few weeks after you stop smoking.


No. 7: Avoid Alcohol & Other Triggers
Certain activities may boost your urge to smoke. Alcohol is one of the most common triggers, so try to drink less when you first quit. If coffee is a trigger, switch to tea for a few weeks. And if you usually smoke after meals, find something else to do instead, like brushing your teeth or chewing gum.


No. 8: Clean House
Once you've smoked your last cigarette, toss all of your ashtrays and lighters. Wash any clothes that smell like smoke and clean your carpets, draperies, and upholstery. Use air fresheners to help rid your home of that familiar scent. You don't want to see or smell anything that reminds you of smoking.


No. 9: Try and Try Again
It's very common to have a relapse. Many smokers try several times before giving up cigarettes for good. Examine the emotions and circumstances that lead to your relapse. Use it as an opportunity to reaffirm your commitment to quitting. Once you've made the decision to try again, set a “quit date” within the next month.


No. 10: Get Moving
Physical activity can reduce nicotine cravings and ease some withdrawal symptoms. When you want to reach for a cigarette, put on your inline skates or jogging shoes instead. Even mild exercise is helpful, such as walking the dog or pulling weeds in the garden. The extra calories you burn will also ward off weight gain as you quit smoking.


No. 11: Eat Fruits & Veggies
Don't try to diet while giving up cigarettes – too much deprivation is bound to backfire. Instead, focus on eating more fruits, vegetables, and low-fat dairy products. A Duke University study suggests these foods make cigarettes taste terrible. This gives you a leg up in fighting your cravings while providing disease-fighting nutrients.


No. 12: Choose Your Reward
In addition to the tremendous health benefits, one of the perks of giving up cigarettes is all the money you will save. Reward yourself by spending part of it on something fun.


No. 13: Do It for Your Health
There's more than the monetary reward to consider. Smoking cessation has immediate health benefits. It lowers your blood pressure and reduces your pulse after only 20 minutes. Within a day, oxygen and carbon monoxide levels in your blood return to normal, and risk of a heart attack decreases. Long-term benefits include a reduced risk for coronary heart disease, stroke, lung cancer, and other cancers.

:: Banyak alasan bakal diberi

JALAN MENDAP.. Sebatang jalan mendap teruk petang semalam
mengakibatkan 22 keluarga yang tinggal di kawasan Kuarters DBKL
dan JKR Jalan San Peng, Kuala Lumpur dipindahkan ke sebuah
hotel berhampiran. Foto SIN CHEW.

BERITA
Ahad Julai 26, 2009


Tanah mendap penduduk flat San Peng diarah kosong kediaman



KUALA LUMPUR: Kira-kira 22 rumah dengan 100 penghuni kuaters Jabatan Kerja Raya(JKR) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan San Peng di sini diarah supaya mengosongkan kediaman masing-masing setelah berlakunya mendapan tanah di sekitar kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman berkata kejadian mendapan yang berlaku kira-kira pukul 7 malam itu dipercayai berpunca daripada kebocoran paip bawah tanah yang berusia lebih 40 tahun.
"Kita difahamkan paip itu sedang diperbaiki selepas beberapa kali penduduk mengadu ada lelehan air dari paip itu, tetapi sebab kerja-kerja pembaikian belum selesai, masih ada air yang meleleh menyebabkan mendapan tanah berlaku," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Kejadian itu menyebabkan flat yang berusia kira-kira 30 tahun itu sedikit mendap menyebabkan kedudukannya agak senget selain beberapa rumah yang mengalami keretakan.

Katanya kejadian itu juga dipercayai berlaku ekoran kerjakerja pembinaan satu blok pusat pemborong 19 tingkat, di Jalan Gelugor, hanya kira-kira 50 meter daripada kawasan perumahan berkenaan.

Turut meninjau kawasan kejadian ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang bergegas ke lokasi sebaik dimaklumkan mengenainya ketika menghadiri sebuah majlis bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya.

Shahrizat ketika ditemui pemberita berkata, kesemua mangsa akan dipindahkan ke hotel berdekatan untuk sementara waktu. Beliau juga meminta punca kejadian disiasat segera bagi memastikan tidak ada sebarang kejadian buruk berlaku terhadap penduduk kawasan berkenaan.

Manakala seorang penghuni flat berkenaan A.Chandran, 35 mendakwa pemaju lambat mengambil tindakan walaupun banyak aduan keretakan rumah telah dibuat oleh penghuni.
"Mereka cuma tampal retakan itu...masa mereka gerudi tanah kami dapat rasa rumah bergegar. Kami risau dan telah buat aduan tetapi tidak ada sebarang tindakan," katanya.

Sehingga pukul 12 malam tadi pasukan penyelamat dan polis masih dalam proses memindahkan penghuni perumahan berkenaan. Bagaimanapun belum dapat dipastikan kadar mendapan yang berlaku.
BERNAMA

Sunday, July 26, 2009

:: Samy Vellu: Not healthy?





Many Indian Parties Not Healthy



SEREMBAN: MIC president Datuk Seri S. Samy Vellu today said having many Indian-based political parties could cause the community to be split. He said he took a serious view of the matter and urged the government to be careful when Selanjutnya...

Sumber
: MIC HQ
Tarikh acara

: 20 July 2009, 10:08 AM

:: Perginya Yasmin Ahmad





Yasmin Ahmad meninggal dunia
Jul 26, 09 12:18am

Pengarah filem dan iklan yang terkenal Yasmin Ahmad, 51, telah meninggal dunia setelah dilaporkan tenat awal malam ini. Pemergian Yasmin, seorang pengarah yang mengangkat perfileman negara mutakhir ini bersama kontroversinya sendiri, diumumkan dalam berita tengah malam TV3 sebentar tadi. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira 11.25 malam ini di Hospital Pakar Damansara, lapor Bernama, yang memetik pengesahan daripada ketua pegawai operasi Media Prima, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di situ.

Khamis lalu, Yasmin dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital swasta itu setelah diserang angin ahmar kira-kira jam 4.30 petang di stesen TV3. Beliau waktu itu berada di Sri Pentas untuk berjumpa dengan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan suaminya Datuk Khalid Jiwa apabila beliau dilaporkan menghadapi kesukaran bernafas dan pengsan. Siti Nurhaliza, duta Persatuan Bulan Sabit Malaysia, dilaporkan turut memberikan bantuan penafasan (CPR) kepada Yasmin bersama dengan seorang doktor panel stesen tersebut. Di hospital pakar itu, para doktor dilaporkan berjaya menstabilkan beliau sebelum membuat pembedahan otak kira-kira jam 6 petang hari yang sama. Filem-filemnya Sepet, Gubra dan Mukhsin cukup terkenal, termasuk di di luar negara dan menggondol beberapa anugerah di beberapa festivel filem antarabangsa seperti di Berlin, San Francisco, Singapura dan Cannes.

:: Shanghai pushes 'two-child' policy


UPDATED ON: Friday, July 24, 2009 09:08 Mecca time, 06:08 GMT
Watch Now

FRONT PAGE


News Asia-Pacific

Shanghai pushes 'two-child' policy

In a slight easing of China's tight family planning policies, authorities in the city of Shanghai are to actively encourage some families to have more than one child, state media has said. Officials in the Chinese financial hub are to urge some "eligible" couples to have two children, the China Daily newspaper reported on Friday, citing worries about the looming liability of a rapidly ageing population.

Volunteers and family planning officials in Shanghai are to fan out across the city to make home visits and distribute leaflets to promote the slightly larger families.
"We advocate eligible couples to have two kids because it can help reduce the proportion of ageing people and alleviate a workforce shortage in the future," the China Daily quoted Xie Lingli, head of the city's Family Planning Commission, as saying.

Al Jazeera's Tony Cheng, reporting from the capital Beijing, said that by "eligible", authorities mean young, urban couples who are relatively well off.

'One-child' policy

Friday's announcement did not amount to a reversal of the country's longstanding "one-child" policy, but the government appeared to be experimenting as it re-examined the policy across the country, our correspondent said.

China's "one-child" policy is actually far less rigorous than its name suggests, with many exemptions, he added. For example, urban parents can have two children if they themselves are both only children, or they pay a relatively small fine to have a second child. And rural couples are allowed a second if their first is a girl.

Still, since the late 1970s, the government has always pushed to keep families as small as possible, worried about population growth outstripping limited resources. But Shanghai is now apparently focusing on a new, growing concern: the burden of an ageing population on the generation born since the "one-child" policy was started.

Greying population

More than one-fifth of Shanghai's residents or three million people, are already above 60-years-old, and that proportion is expected to rise to around one-third by 2020, the China Daily said. China is ill-prepared to cope with its greying population, with an under-funded state pension system and shrinking family sizes removing a traditional layer of social support for elders.

The US-based Centre for Strategic and International Studies warned in April that by 2050 China will have more than 438 million people older than 60, with more than 100 million of them aged 80 and above. That means the country will have just 1.6 working-age adults to support every person over 60, a far cry from the 7.7 to one ratio in 1975.

Source:
Al Jazeera and agencies

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ulasan:

Setiap dasar yag kita tetapkan sekarang, pastinya memberi kesan kepada rakyat dan negara pada masa akan datang. Banyak contoh dan pengajaran di sekeling kita yang dapat diambil pengajaran bermakna.


Saturday, July 25, 2009

:: H1N1: 160 countries + 800 deaths

Health officials are looking into ways to speed up the
production of H1N1 vaccines




News Europe

H1N1 virus spreads to 160 countries

The H1N1 flu virus has spread to at least 160 countries across the world, the World Health Organisation (WHO) has said. The global virus, which the UN health agency declared a pandemic in June, has resulted in nearly 800 deaths worldwide since it was first detected in Mexico four months ago, WHO officials said in Geneva, Switzerland, on Friday.
"The spread of this virus continues, if you see 160 out of 193 WHO member states now have cases, so we are nearing almost 100 per cent, but not quite yet," said Gregory Hartl, a WHO spokesman.
"For the moment we haven't seen any changes in the behaviour of the virus," he said.
"What we are seeing still is a geographic expansion across countries."

H1N1 cases double

The WHO says the number of H1N1 cases has doubled in the last three weeks, with most of the deaths from the virus concentrated in the Americas. But the spread of the disease into other continents continues, as authorities in Britain announced more than 100,000 infections were diagnosed in the country last week.

Hartl said the pandemic strain is causing mainly mild symptoms, but he warned that the virus could mutate with the onset of colder temperatures in the northern hemisphere.
"We don't know how the virus will change going forward," he said.
"We do have to be aware that there could be changes and we have to be prepared for those."

Health officials and pharmaceutical companies are looking into ways to speed up production of an H1N1 vaccine before the northern hemisphere enters its flu season in the fall.
Hartl said he expects the first doses of a vaccine to be available for use in early autumn of the northern hemisphere
.

New phenomenon

But Dr Keiji Fukuda, the assistant director-general of health security and environment at the WHO, warned that the situation will continue to change.
"Right now we're trying to get a handle on what is the real effect of the infection with this particular virus," he told Al Jazeera on Friday.
"We're dealing with a very new phenomenon, a new virus, a virus which is spreading to most countries in the world and over the next year, probably all countries," he said.
"In the current situation, most people who are getting infected develop mild illnesses ... they get better. However, what is of concern is we continue to see people die from the virus.
"What we want to know is, is this pattern going to change?"

Source:
Al Jazeera and agencies

Thursday, July 23, 2009

:: PCB - 6,337 complaints


6,337 complaints on govt agencies
20th July, 2009

KOTA BELUD : The Public Complaints Bureau (PCB) received 6,337 complaints against the public sector agencies in the first six months of this year over dissatisfactory service delivery. Its director (Complaints) Aziz Ismail said of the figure, 4,281 cases or 67.6 per cent were resolved.

He said complaints over delay or inaction made up 31.5 per cent of the total,followed by poor service including at the counters or through the phone (18.4 per cent) and failure to enforce (10 per cent). “Although not all the complaints were on delays in taking action to resolve problems, they nevertheless give negative public perception that the civil service is more of a bane than a boon.
“Therefore, public servants must give satisfactory service to the public as that is what the service is for in the first place,”
he said when officiating at a programme on the Integrated Mobile Counter for Complaints organised by the PCB and Kota Belud District Office here yesterday.

Sabah PCB director Georgie Abas and Kota Belud district officer Mohd Najib Muntok were also at the programme where 21 state and federal government agency took part.

Aziz said by going to the ground to meet the people,it was hoped that public service delivery could be enhanced as the community could directly forward complaints,pose queries or make suggestions to improve services.
“This programme is a people-friendly approach to also prove the government’s seriousness in providing efficient,quality service to the public towards improving their quality of life in line with the concept of ‘1 Malaysia, People First, Performance Now’,” he said.

Aziz also urged the public not to make wild accusations that could tarnish the government’s image,but to use the right channels to forward their complaints or suggestions for the good of the nation.

:: The New DUN Sarawak building

New Landmark: The new DUN building




A building to serve 100 years, says Asfia
By Lim How Pim

KUCHING: The new State Legislative Assembly (DUN) building, set to become a landmark for the state, is expected to be of good use to the state for a century to come. DUN Speaker Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar said a parliamentary building usually served the legislature for 100 years. “When you build a parliamentary building, it must be for 100 years, for the future and beyond,” he told a news conference held at the new DUN building near Astana in Petra Jaya yesterday.

Asfia said the new building, much like the Sydney Opera House of Australia and the Eiffel Tower in Paris, France, “is handicapped friendly”.

Two books namely, ‘The New DUN Sarawak Building – Symbol of the People Sovereignty’ and ‘Change and Continuity’ would be launched in conjunction with the grand opening of new DUN building on July 27, he revealed.

Institute of Architect Malaysia compiled ‘The New DUN Sarawak Building – Symbol of the People Sovereignty’, which contains the construction of the new DUN complex as well as depicting the design and architectural values of the building.

Wednesday, July 22, 2009

:: Gerhana di Brunei - 22.07.2009

Peringkat-peringkat gerhana matahari separa yang akan disaksikan
dari negara ini (Brunei) pada 22 Julai 2009
Fenomena gerhana matahari esok pagi
Oleh Hazarry Haji Ali Ahmad

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Para penduduk negara ini akan berpeluang menyaksikan fenomena gerhana matahari separa esok pagi, 22 Julai, bermula pukul 8.48 pagi sehingga 10.22 pagi. Ketika gerhana matahari, sebahagian kawasan di bumi akan berada di dalam bayangan bulan di mana dari kawasan ini kejadian gerhana matahari penuh ("total") dapat di saksikan. Fenomena gerhana kali ini akan bermula dari negara India, menuju ke Tanah Besar Cina dan berakhir di kawasan lautan Pasifik.

Dari negara ini, kejadian alam ini akan dapat disaksikan selama 1 jam 34 minit di mana hanya sebahagian kecil matahari iaitu 8.3 peratus akan di selindung oleh bulan pada puncak gerhana jam 9.33 pagi. Orang ramai yang ingin melihat fenomena ini dinasihatkan agar tidak melihat matahari secara terus. Beberapa kaedah selamat antaranya ialah dengan melihat matahari menggunakan penapis suria.

Kejadian gerhana matahari separa yang seterusnya akan berlaku di negara ini pada petang 15 Januari 2010 tahun depan.

Monday, July 20, 2009

:: Kisah UPSR lagi

BERITA UTAMA

UPSR diteruskan - Muhyiddin

SHAH ALAM 19 Julai - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak akan dimansuhkan sebaliknya asas penilaiannya diubah supaya kecemerlangan murid-murid tidak lagi bergantung seratus peratus kepada keputusan peperiksaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, transformasi itu selaras dengan usaha kerajaan untuk memastikan sistem pendidikan di negara ini tidak terlalu berorientasikan peperiksaan dalam mengukur kecemerlangan murid-murid.

''UPSR hanya menilai lima subjek sahaja sedangkan murid-murid belajar banyak subjek lain dan sekarang kita mungkin ambil kira faktor subjek Sejarah dan mata pelajaran yang lain.

''UPSR akan terus digunakan sebagai asas penilaian cuma kayu pengukurnya mungkin sekarang 100 peratus dikurangkan kepada 30 hingga 40 peratus," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Shah Alam di sini hari ini.

Muhyiddin diminta mengulas cadangan Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim supaya UPSR dimansuhkan kerana ia didapati tidak fokus kepada pencapaian murid-murid dalam semua mata pelajaran.

UPSR juga menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu menjadi medium persaingan murid-murid untuk memasuki sekolah berasrama penuh dengan hanya menumpukan lima mata pelajaran sahaja.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pandangan Razali sememangnya diambil kira oleh kerajaan yang mahu menggunakan pendekatan baru dan seimbang seperti menilai prestasi pelajar secara holistik.

Ujarnya, ia juga selaras dengan langkah menyusun semula sistem pendidikan asas yang turut melibatkan sistem penilaian menerusi peperiksaan termasuk UPSR.

UPSR diperkenalkan pada tahun 1987 bagi menggantikan peperiksaan Penilaian Darjah Lima.

Murid-murid yang menduduki peperiksaan itu diwajibkan mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu (Penulisan), Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.


Sumber: Utusan Online - 20.07.2009

Sunday, July 19, 2009

:: Drama "Wasiat" - IPGM Kampus Tun Abdul Razak

Taib wants to see revival of theatre in Sarawak
By Lee Ya Yun & Zora Chan

KUCHING: Pehin Sri Abdul Taib Mahmud on Friday night hoped to see a revival of theatre in Sarawak.

The chief minister believed performing arts could help create a healthy and balanced modern society.

He said gone were the days when people would flock to see plays and dramas such as in the 1960s.

“That generation is gone. We need to develop new talents and revive the interest so that we can create a market for this activity …We need to revive some drama activities in Sarawak.

“People are getting very busy nowadays and we have to find out what are the popular versions of drama that young people will love,” he told reporters after closing the Chief Minister’s Challenge Trophy Inter-Teacher Training Institute Drama Competition for Sarawak Zone in Kota Samarahan.

Taib said for a start, trainee teachers needed to be exposed to all levels of drama production — from script writing to performing on stage.

With sufficient interest, training and experience, these teachers could then impart their skills and knowledge to their students and create a young generation who would be curious and attracted to drama, the chief minister said.

He said teachers could also work with the people on the ground where they were teaching like associations or villagers towards this end.

“When we have a state theatre (in the future), drama activities can be enjoyed by the younger generation,” he said, adding that Singapore was doing very well in drama.

Earlier in his speech, Taib said stage performances like drama could act as a communication tool to convey the message of change experienced by a country during the process of social and economic transformation.

He pointed out that conflicts could occur between rural and urban folks in their daily lives as presented in one of the dramas — ‘Wasiat’ — and therefore, it was essential to create an understanding between the people to reduce possible conflicts.

He said the development of a country should not only emphasise its growth in wealth or gross national product (GNP) while neglecting other areas such as arts.

“A nation’s economic development should be accompanied by development in the social and cultural fields as well. Everyone of us have a role in contributing towards social development.

“We could equip ourselves to become a cultural people, to become a member of the society to enjoy arts,” he said.

Taib suggested that teacher training institutes in Sarawak hold a symposium or seminar on drama next year in connection with the 10th anniversary of the competition.

“I hope the four institutes could organise something like a symposium or seminar about drama to celebrate the 10th anniversary. It would help to further promote arts in the state,” he said.

He also suggested that teacher training institutes in other parts of the state host future drama competitions.

Tun Abdul Razak Teachers’ Training Institute deputy director Mohd Lin said this year’s competition was themed on education, and the champion would represent Sarawak at the national-level competition next year.

He commended the participants, who came from different teaching courses, for pooling together their resources for the love of performing arts and their commitment to learn and impart whatever knowledge and experiences they had gained.

The drama entitled ‘Wasiat’, performed by Tun Abdul Razak Teachers’ Training Institute in Kota Samarahan emerged champion in the competition and took home the Chief Minister’s Challenge trophy as well as the champion’s trophy, RM1,500 and certificate of participation.

“Wasiat’ also earned Mohd Nur Asri Hamdan the Best Director Award; Jack Joannaes Limbing who played the leading role as Faruk and Jamal the Best Male Actor Award; and Zainal Abidin Abdul Wahab who played Tok Penghulu and Wak Leman the Best Supporting Male Actor Award.

Tun Abdul Razak Teachers’Training Institute also swept the Best Choreography and Best Script awards.

The first runners-up was Batu Lintang Teachers’ Training Institute of Kuching with the play entitled ‘Ilang’, while the two consolation prizes went to Rajang Teachers’ Training Institute in Bintangor with the play entitled ‘Sidak Mek Maseh Terit’ and Sarawak Teachers’ Training Institute in Miri with the play entitled ‘Satu Keluarga’.

The Best Female Actress Award went to Merina Akim from Rajang Teachers’Training Institute who played Cikgu Emon; Best Supporting Female Actress Award went to Rozana Ahmad from Sarawak Teachers’ Training Institute in Miri who played Dayang Sutinah; and Best Costume Award went to Batu Lintang Teachers’ Training Institute.

Social Development and Urbanisation Minister Dato Sri William Mawan, Assistant Minister in the Chief Minister’s Department Naroden Majais, Asajaya assemblyman Abdul Karim Rahman Hamzah and Tun Abdul Razak Teachers’Training Institute director Datin Zahrah Bujang were also present.


The Borneo Online

----------------------------------------

Ulasan: Pak Ngah ada bersama dalam majlis tersebut. Ada kesilapan dalam laporan akhbar berkenaan. Timbalan Pengarah IPGM Kampus Tun Abdul Razak memaklumkan bahawa "mungkin akan ada pertandingan drama peringkat kebangsaan antara 28 IPGM pada tahun depan dan ini merupakan suatu kelebihan kepada semua IPGM Zon Sarawak kerana telah berpengalaman mengadakan pertandingan drama ini... dan bukannya sebagaimana yang dilaporkan... iaitu juara pada tahun ini akan mewakili Sarawak ke peringkat kebangsaan... haru betul...

:: SM Sains Kuching - H1N1



Ten SMK Sains Kuching students H1N1 positive

Students now undergoing treatment at Sarawak General Hospital

KUCHING: Ten students of SMK Sains Kuching tested positive for Influenza A(H1N1) virus yesterday, while 32 students in Limbang were awaiting their results.

The ten students are now undergoing treatment at the Sarawak General Hospital, while their schoolmates who are boarders at SMK Sains Kuching have all been quarantined.

The school is closed until July 23.

In Limbang, 17 students from SMK Patiambung and 15 from SMK Kubong were quarantined yesterday after they contracted influenza like illness. Their samples were sent for testing at the Institute of Medical Research in Kuala Lumpur and their results are expected the latest by today.

Their school, however, was not closed and their schoolmates were not quarantined, said an officer from the State Operations Room when contacted by thesundaypost.

When asked why they were not closed and their students quarantined, the officer said that further information were unavailable.

On Friday, eight students of SMK Agama Limbang tested H1N1 positive virus and were admitted at Miri Hospital.

The school was closed and its students were quarantined either at home or in the school’s hostel until July 23. There has been no explanation yet as to how the students in the four schools could have contracted the virus.

The new cases yesterday brought the total number of suspected H1N1 cases in the state to 55, with 23 imported cases and 32 locally transmitted.

The total number consists of 16 from Kuching (12 import and four local transmission), one from Sibu (import), two from Bintulu (all import), 17 from Miri (seven import and 10 local transmission), and nine from Limbang (one import and 18 local transmission).

Friday, July 17, 2009

:: Pertandingan Drama Piala Ketua Menteri Sarawak

[13.JPG]



Pertandingan drama Piala Ketua Menteri Sarawak kali ke-8 tiba lagi. Bertempat di Dewan Sri Samarahan, IPGM Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan sebagai tuan rumah... berlangsunglah pertandingan antara kesemua IPGM bagi zon Sarawak iaitu IPGM Kampus Batu Lintang, Kuching... IPGM Kampus Rajang, Bintangor dan IPGM Kampus Sarawak, Miri pada 15 - 16 Julai 2009.

Seawal 12 Julai 2009, ketibaan kontijen IPGM Kampus Sarawak, Miri... diikuti IPGM Kampus Rajang, Bintangor dan IPGM Kampus Batu Lintang, Kuching telah berjaya menemukan para penyarah pengiring, pengarah drama, para krew dan dan peserta yang mengambil bahagian selain daripada kontijen tuan rumah.

Setiap pasukan berpeluang melakukan penyesuaian pentas pada sebelah siang dan malam mengikut penggiliran yang ditetapkan. Perasmian penutupan pertandingan dilaksanakan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Tan Sri Hj. Abdul Taib Mahmud pada 17 Julai 2009 mulai jam 8.15 malam. Pemenang pertandingan tersebut berpeluang mempersembahkan drama pada malam penutupan tersebut.

Keputusan:

1. Johan - IPGM Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan (Wasiat)

2. Naib Johan - IPGM Kampus Batu Lintang, Kuching (Ilang)

3. Sagu hati - IPGM Kampus Rajang, Bintangor (Sidak Mek Masih Terit)

4. Sagu hati - IPGM Kampus Sarawak, Miri (Satu keluarga)


Thursday, July 16, 2009

:: Memendam dan menjeruk rasa

Kata orang memendam rasa bakal menjeruk rasa. Betul dan benarkah sebegitu? Selalunya alam berumah tangga terbiasa dengan keadaan ini. Suami atau isteri atau anak2 selalunya berusaha untuk memendam rasa walaupun bukan itu tujuan sebenarnya. Memendam perasaan ini selalunya lebih kepada berusaha untuk bersabar dan tidak meluahkan. Itulah asal mulanya... dan bermula dari situlah... keadaan berterusan... lama kelamaan sifat itu tersimpul erat bagi individu tertentu... walaupun kekadangnya cuba diluahkan tetapi selalunya juga ada yang masih tersimpan... masih terpendam dan terbuku di hati... dan begitulah biasanya.
Selalunya pertengkaran, pergaduhan dan perbalahan yang melibatkan individu sebegini... memberi kesan yang parah. Kekadang masalah kecil akan menjadi besar dan sukar diselesaikan apabila segala yang dipendam selama ini... segala yang diperam sejak mula... diluah dan dimuntahkan. Segala hal dan perkara akan disebut berulang2 dan diungkit semau2nya... menjadikan pasangan atau anak2 atau individu lain terkapa2 dan terpinga2... lantas akan keluarlah segala kata nista, maki hamun dan lain2 yang memungkinkan masalah bukannya dirungkai tetapi semakin kusut jadinya.
Cubalah berusaha berlaku adil pada diri sendiri dan kepada orang lain. Lahirkanlah segala rasa ketidakpuasan hati... luahkan... luahkan... dan jangan disimpan atau diperam. Bagi yang telah menjiwainya... alhamdulillah... teruskan sifat dan sikap sedemikian, tetapi bagi yang belum melaksanakannya... berusahalah sedapat mungkin dengan penuh daya dan usaha... walaupun agak sukar pada mulanya.
Selalunya juga kita luahkan kekesalan dan kesalahan hanya sanya ketika bermaafan di hari raya... dengan iringan kata2 muluk maaf zahir batin. Ini bermakna setelah terkumpul kesalahan, kesilapan dan segala yang dipendam serta yang terbuku di hati sekian lama... baru nak diluahkan... dan inilah sifat sebahagian daripada kita.

:: Nostalgia: Pangkor/ Pantai Remis/Batu 12/Bumi Hijau/Gelong Gajah

Sekembali dari Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor baru2 ini... terus lajak ke kampung halaman yang kira2 30 minit memandu dari Lumut berdasarkan cara pemanduan sederhana laju oleh Pak Ndak yang datang bersama2 waris kerasnya Ahmad. Terima kasih Pak Ndak.
Sepanjang berada di pantai yang semakin sukar dicari remisnya... berkesempatanlah berkunjung ke rumah Mak Long Besah dan adiknya Mak Cik Yam di Batu 12, Jalan Damar Laut. Bukan saudara jauh tuu... masih dekat... cuma sekadar menghampiri tempoh 30 tahun tidak pernah bertemu dan bersua muka. Mujurlah Mak Njang dan Pak Njang sudi menemani ke sana dan dengan ihsan Pak Ndak meminjamkan kereta. Alhamdulillah.
Rumah pusaka tidak dilupai untuk dijengok. Pak Ngah Chan dah semakin sihat... sekitar 20 kg berjaya dikurangi berat badannya... cumanya kekadang sukar membendung selera terutama durian... hampir 2 biji sekali hadap... mak datukkkk... maka membebellah Mak Ngah Minah isteri tersayangnya itu. Pak Ngah Aq... seperti biasa... tak makan tua... berbuallah kami di depan rumah Pak Ngah Chan yang berkisar hal2 keluarga dan kekeluargaan.
Mengambil peluang kereta wira biru yang dipinjamkan oleh Pak Ndak... berkesempatanlah juga bergerak ke Kpg. Tersusun di Gelong Gajah... kawasan perumahan kepada staf Gula Perak Bhd. suatu ketika dulu. Bersama Mak Njang ke sana, melalui Batu Hampar/Bruas dan melalui jalan menuju ke Air Tawar. Sekadar meninjau lot tapak rumah yang dimiliki puluhan tahun lalu yang tak berkesempatan dijengok dan dijengah... dah jadi belukar... dan kononnya sebagai istana hinggap kera dan babi hutan... mengikut kata Harun (rakan baik Pak Njang Mansor) dan Husni Non Panjang yang telah lama menghuni di kampung tersebut. Masih banyak lot yang belum didirikan rumah nampaknya.
Kebetulan jiran di bahagian belakang lot tanah itu adalah Husni Non Panjang yang bertugas di KDN Manjong... junior setahun ketika di SDI dahulu... berbuallah kami berkisar sejarah lampau... dah 30 tahun tak pernah berjumpa. Menariknya... beliau hanya tahu bahawa jiran bahagian belakang lot tanahnya itu adalah orang Pantai... kerja cikgu... lama di Sarawak... tapi tak tahu siapa. Begitulah... nak jadi cerita. Ada juga niat nak bina rumah Mesra Rakyat di tanah tersebut...
Berpeluang juga menjamu selera di Matang Acheh bersama Pak Njang dan Mak Njang... pekena puyuh goreng dan sup puyuh... dan "melawat" kebun sawit di Matang Raja yang tak pernah dijengok sejak ditanam... cuma ketika ditanam tebu pada suatu tempoh yang sudah lama dahulu.
Apa2pun... pada malam Ahad bersama Pak Teh, Pak Ndak dan Mak Njang di rumah Pak Teh... kami berlabun panjang berkaitan hal keluarga dan hal2 "balik sana"... rasanya suatu perjumpaan yang amat bermakna... suatu perjumpaan terancang... cuma berkebetulan yang Mak Teh ke KLIA menghantar anak sedara yang nak ke IPGM Kampus Keningau, Sabah... nak jadi cikgu le tu. Ada yang tak tidur hingga ke pagi.
Pagi Ahad dihantar Pak Teh ke Manjong untuk perjalanan ke KLIA dan seterusnya ke Borneo. Terima kasih semua... terutama Pak Teh yang belanja makan "tempek nyioq" di sebuah gerai di Sg. Batu... sedappp... rangup... garing... mengingatkan kembali kisah silam di zaman kanak2 dan masakan Allahyarhamah mak. Bersua juga dengan Che Omar Shariff (mantan kerani SDI) yang pekena "tempek nyioq" sebelum ketibaan kami... yang bergerak aktif dalam politik di Tanjung Ara/Bumi Hijau/ Pengkalan Bharu... orang kuat YB Dato' Cikgu Hamdi Abu Bakar.

Wednesday, July 15, 2009

:: Lidah tergigit

Setiap insan yang sihat dan waras akan terpanggil untuk berumah tangga. Niat dan hasrat untuk tujuan tersebut mungkin berbeza antara individu. Mungkin ada yang bertujuan untuk bergantung hidup dan menumpang kasih, mungkin ada yang lebih kepada untuk menjaga dirinya ketika sakit dan uzur apabila usia menuju ke penghujungnya, dan mungkin akibat desakan keadaan dan keluarga. Semua ini adalah serba mungkin dan pelbagai kemungkinan lain yang mungkin sama atau mungkin berbeza antara individu. Apa2pun kesemuanya menjurus kepada perlunya pasangan hidup yang berlainan jantina, bukan yang sebaliknya.
Ada masa dan ketikanya pasangan ini berbahagia dan amat berbahagia... hidup dan kehidupan mereka serta ahli keluarga yang terhasil memperlihat dan menjelaskan keadaan tersebut. Hidup dan kehidupan mereka dipenuhi kegembiraan, keseronokan, ketenangan dan kebahagiaan... walaupun kekadangnya lidah tergigit juga. Apa2pun kesemua ini terpancar pada pergaulan, cara hidup mereka, rupa, wajah dan watak mereka... walaupun kekadangnya ada juga yang bijak berlakon seolah2 "beres" semuanya tetapi sebaliknya yang berlaku.
Ada masa dan ketikanya pasangan ini menuju ke arah keruntuhan dan kemusnahan... namun jika bijak menakhodakan bahtera rumah tangga serta berkongsi matlamat yang sama... cerah harapan untuk berpatah balik serta mengubah haluan ke arah tujuan dan matlamat yang diidamkan. Begitulah biasanya.
Sewajarnya tujuan dan matlamat dicipta, dibentuk dan dipupuk bersama. Ini bermakna bahawa penglibatan pasangan ke arah yang diidamkan itu perlu ada dan dijiwai bersama. Alangkah baik, alangkah cantik dan alangkah manisnya apabila kesemua ini disekalikan dengan kehidupan beragama... agar tidak mudah goyah dan tersasar.

Tuesday, July 14, 2009

:: Keintiman dan keserasian

Sudah lama kita terbiasa dan terdengar akan kisah rumah tangga diperkatakan orang. Kekadangnya amat berkaitan dengan hal2 yang baik, hal2 yang muluk2 dan hal2 yang menyenangkan kita untuk mendengarnya. Begitulah selalunya. Namun, kekadangnya kita juga dikisahkan akan hal2 yang kurang enak didengar, hal2 yang sewajarnya ditutup erat dari dihebahkan, malah kekadangnya sering pula kita diajak untuk berkongsi masalah rumah tangga pihak lain. Begitulah selalunya.
Biasanya masalah rumah tangga mulai muncul apabila pasangan suami isteri menari berlainan rentak. Rentak tari yang sepatutnya sama telah menjadi sebaliknya. Lagu yang diputar yang seharusnya sama mulai tidak diminati dan tidak digemari lagi oleh pasangan. Malah kekadangnya pasangan berkenaan masih meneruskan tarian dan terus menari, walaupun rentak tari mereka sudah berbeza sedangkan dalam masa yang sama mereka mendengar lagu yang sama. Begitulah selalunya.
Ada pihak yang melihat keadaan ini wujud apabila keserasian mulai hambar di kalangan pasangan. Kekadangnya kehambaran tersebut bukan sahaja berkisar pada gerak rasa malah turut berkisar pada setiap gerak. Keadaan2 inilah antara punca dan penyumbang kepada keserasian yang semakin menguncup dan semakin menghilang di kalangan pasangan.
Ada pihak lain pula melihat... jika keserasian dan keintiman ini tidak diusahakan kewujudannya dalam hidup dan kehidupan oleh pasangan, maka tunggulah akan ketibaan kehambaran di kalangan mereka. Siapakah yang akan dipersalahkan? Mahu tidak mahu, suami isteri atau pasangan inilah yang bertanggungjawab sepenuhnya... walaupun banyak angkubah lain yang mungkin saling berkait dan menyumbang ke arah yang lebih parah dalam hidup dan kehidupan serta alam berumah tangga... dan pasangan inilah yang sepatutnya dipersalahkan apabila kehambaran dan kedinginan mulai mengambil alih. Malah... pasangan juga sepatutnya rasa bersalah dan bertanggungjawab apabila keserasian dan keintiman akhirnya berubah menjadi kebencian yang meluap2 dan yang tak terluah... sekadar tersimpan dan terbenam di hati sanubari, di benak dan di dalam minda masing2.

Monday, July 13, 2009

:: Makhluk halus... Jin

Baru2 ni terbaca suatu buku yang memperihalkan makhluk Allah. Diisikan segala kisah sejarah dan segala hal berkaitan makhluk dengan memfokuskan kepada jin. Pembahagian makhluk bernyawa:
1. Malaikat
2. Syaitan
3. Jin
4. Manusia
Kelompok di atas itu dijadikan dari 10 bahagian. Malaikat mewakili 9 bahagian, manakala syaitan, jin dan manusia 1 bahagian... dan dari 1 bahagian itu apabila diagihkan mengikut kadar tertentu menjadikan manusia merupakan makhluk bernyawa yang paling sedikit seperti contoh berikut:
Makhluk bernyawa: 1000
Malaikat: 900 (90%)
Syaitan: 90 (9%)
Jin: 9 (0.9%)
Manusia: 1 (0.1%)
:: berdasarkan nisbah tersebut, kita sekadar mewakili 1 dari setiap 1000 makhluk lain... dan itulah kita.
:: maka setiap 1 orang daripada kita akan berdepan dengan makhluk pengacau berjumlah 99... selain dari kita perlu juga berdepan dengan golongan pengacau dari kumpulan manusia itu sendiri...

Thursday, July 09, 2009

:: PPSMI : diulas jiran

Malaysia Batalkan Pengantar Bahasa Inggris di Sekolah

Mantan Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad.
Kamis, 9 Juli 2009 | 02:02 WIB

KUALA LUMPUR, KOMPAS.com — Pemerintah Malaysia mencabut kebijakan penggunaan bahasa Inggris sebagai bahasa pengantar untuk pelajaran matematika dan sains mulai 2012.

Wakil Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pendidikan Muhyiddin Yassin mengumumkan kebijakan itu di Putrajaya pada Rabu (8/7), setelah kebijakan itu menimbulkan kontroversi sejak awal dan terakhir menimbulkan gelombang unjuk rasa besar.

Bahasa Melayu akan digunakan pada mata pelajaran matematika dan sains sebagai pengganti bahasa Inggris untuk sekolah dasar negeri etnis Melayu, sedangkan sekolah dasar negeri etnis China dan India akan menggunakan bahasa ibu masing-masing.

"Pencabutan itu akan dijalankan bertahap, sehingga semua pelajar terkena kebijakan baru tersebut lulus pada 2014," kata Muhyiddin.

Kebijakan penggunaan bahasa Inggris sebagai pengantar dalam dua mata pelajaran itu dikeluarkan pada masa Perdana Menteri Mahathir Mohamad pada 2002. Dengan hanya rapat kabinet khusus, Mahathir memutuskan penggunaan bahasa Inggris sebagai bahasa pengantar dua mata pelajaran tersebut.

Kebijakan itu menimbulkan protes dari semua kalangan, baik etnis Melayu, China maupun India, tetapi pemerintah Malaysia mengabaikannya hingga terjadi unjuk rasa besar-besaran di Kuala Lumpur pada awal 2009 dari sastrawan dan budayawan serta oposisi.

Perdana Menteri Abdullah Badawi kemudian membentuk tim kajian mengenai hal itu. Kebijakan tersebut juga ditentang guru, dosen serta rektor. Berbagai survei menunjukkan hasil bahwa banyak pelajar enggan dan kurang tertarik pada pelajaran matematika dan sains karena bahasa pengantarnya bahasa Inggris. Mantan Perdana Menteri Mahathir menolak kebijakan baru tersebut.


ONO
Sumber : Ant
Together We Stand Against Terrorism! KOMPAS.com support #IndonesiaUnite

Friday, July 03, 2009

:: Bermasalahkah kita?

Biasanya setiap orang punya gaya tersendiri dalam menghadapi masalah dan dalam usaha merungkaikannya. Ada yang berkerut dahi dan kening, ada yang menompang dagu, ada yang berperap di rumah dan berdiam diri, ada yang menghebahkan kepada manusia lain sekurang2nya untuk didengari, ada yang berdiam diri dan berusaha sendiri menyelesaikannya... dan berbagai2 lagilah cara dan gaya masing2... dan itulah cara kita serta gaya kita apabila bermasalah...
Biasanya juga kita bukannya keseorangan. Masih ramai lagi manusia lain di luar sana atau di sekeliling kita yang kewujudannya kita sedari atau tidak. Ramai... bukannya sedikit... malah tak terhitung layaknya. Apa yang kita alami, apa yang kita rasai... malah segala masalah yang kita hadapi bukanlah merupakan suatu perkara baru. Segala yang kita alami, segala yang kita rasai dan segala masalah yang kita hadapi juga telah dialami... telah dirasai... dan telah dialami juga oleh orang lain... dan ini bermakna segala yang kita alami, segala yang kita rasai dan segala masalah yang kita hadapi lebih merupakan sebagai pengulangan yang pernah dialami, dirasai dan dihadapi oleh orang lain... oleh insan lain... oleh manusia lain. Selalunya juga kita dapati ramai di kalangan kita yang mampu dan berjaya menghadapinya dengan penuh tabah serta penuh redha dan rela. Oleh itu... tanya diri... di manakah kedudukan kita?
Selalunya juga sesuatu masalah yang dihadapi oleh kita yang kekadangnya berbeza tahap kesukaran masalah tersebut lebih berpunca kepada penilaian kita terhadap masalah tersebut. Sesuatu masalah yang dihadapi oleh dua insan yang berbeza mungkin menjadikan masalah tersebut berbeza tahap kesukarannya, berbeza berat ringannya, berbeza kecil besarnya... dan itulah kita...
Kekadangnya kita merasakan bahawa masalah yang kita hadapi adalah besar... amat berat dan dahsyat... tetapi selalunya dalam masa yang sama kita terlupa bahawa masih ada orang lain yang turut mengalami serta menghadapi masalah yang lebih besar, lebih berat dan amat dahsyat... berbanding dengan kita.
Oleh itu... bermasalah sangatkah kita...?

Saturday, May 16, 2009

:: Selamat Hari Guru




Selamat Menyambut Hari Guru

kepada semua warga pendidik di Malaysia
daripada
warga IPGM Kampus Tun Abdul Razak,

Kota Samarahan, Sarawak.

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.

Tuesday, April 07, 2009

:: Bukit Gantang, Bukit Selambau & Batang Ai

Hari ini (Selasa - 07 April 2009) para pengundi yang turun mengundi di kawasan pilihanraya Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai telah menetapkan calon pilihan hati masing2 dan pastinya diterjemahkan dalam bentuk "pangkah" yang tidak akan dikategorikan sebagai "undi rosak" nanti. Begitulah yang diharapkan.
Sebelum lewat malam ini dijangka keputusan pilihanraya akan diumumkan. Pastinya yang menang akan beraya sakan dan yang kalah sewajarnya menerima kenyataan. Begitulah adat bertanding, ada kalah menangnya, namun jarang yang seri.

Monday, March 30, 2009

:: Begitulah kita

Siang berganti malam dan malam berganti siang.. dan begitulah selanjutnya hingga ke penghujung usia dunia ini. Kita pun begitu juga. Sakit demam dan sihat sejahtera juga silih berganti. Rumah pun akan bersawang apabila lama tidak didiami dan dijengah. Perlu digagahi sedapat mungkin demi mengurangkan sawang.
Perhimpunan UMNO dah selesai. Ada yang menang dan ada yang kalah. Banyak yang di luar jangkaan telah berlaku.
Penamaan calon bagi kawasan Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai dahpun selesai. Setiap pihak menjangka kemenangan akan berpihak kepada mereka. Apa2pun 7 April akan memberikan makna yang amat bermakna.

Saturday, October 18, 2008

:: Timbalan Pengerusi BN... Timbalan Perdana Menteri...?

17 Oktober, 2008 15:37 PM

Sudah Tiba Masanya Untuk Kaji Semula Struktur BN, Kata Chan
By: Ramjit-->

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Masanya sudah tiba untuk Barisan Nasional (BN) mengkaji semula struktur kepimpinannya bagi mencerminkan komposisi parti campuran pemerintah pelbagai bangsa yang lebih baik, kata Timbalan Presiden MCA Tan Sri Chan Kong Choy hari ini. Beliau berkata tidak ada peraturan muktamad dalam BN bahawa pengerusi dan timbalan pengerusi campuran 13 parti mestilah dipegang oleh presiden dan timbalan presiden Umno. "Cadangan mengenai timbalan ketua BN adalah cadangan yang wajar...jika diimbau kembali sejarah Barisan Nasional, tidak ada peraturan muktamad bahawa pemimpin Umno mestilah menduduki jawatan kanan tertentu dalam BN. "Saya masih ingat apabila BN mula ditubuhkan pada 1974, setiausaha agungnya daripada MCA...iaitu Tan Sri Michael Chen. "Tidak ada bahawa pemimpin kanan Umno secara automatik dilantik mengisi jawatan utama BN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Agung Pemuda MCA di ibu pejabat parti itu di sini.
Chan dan Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti esok. Timbalan presiden MCA itu diminta mengulas saranan Ketua Pemuda yang akan melepaskan jawatan itu Datuk Liow Tiong Lai, yang juga Menteri Kesihatan bahawa BN wujudkan jawatan timbalan pengerusi kedua untuk memberi ruang kepada pemimpin MCA. "Sesungguhnya cadangan Liow itu sudah tiba masanya dan bukan tidak berasas...lihat pada sejarah. Pemimpin BN hendaklah serius dengan cadangan ini terutamanya ketika kita bercakap mengenai perkongsian kuasa dan perubahan dalam BN," tambah beliau.
Mengenai pengharaman Hindraf oleh Kementerian Dalam Negeri, katanya sungguhpun negara membenarkan penubuhan persatuan dan pertubuhan, ini tidak bermakna bahawa mereka yang menubuhkan pertubuhan ini boleh bertindak mengikut sesuka hati mereka. "Ada undang-undang dan peraturan untuk diikuti dan dihormati, ini adalah undang-undang negara ini. Jadi apabila sesebuah pertubuhan itu ditubuhkan, ia tidak boleh bertentangan dengan undang-undang lain dan menggunakan undang-undang sendiri. Mereka mestilah mematuhi peraturan negara. "Saya fikir kerajaan hendaklah memberikan perhatian sangat khas kepada masyarakat India dan cuba mencari jalan membantu komuniti India", tambah Chan.-- BERNAMA

Saturday, October 11, 2008

:: Ganja bernilai RM1.4 juta dilupus





KASTAM Diraja Malaysia (KDRM) Perlis melupuskan 730 ketulan ganja mampat bernilai RM1.4 juta menggunakan insinerator khas ciptaan syarikat Bumiputera, ABM Mix Trading di perkarangan Ibu Pejabat KDRM Kuala Perlis, petang kelmarin.

:: Kisah cikgu lagi


SURAT
Guru tidak berhenti merungut

KERAP KALI saya membaca ruangan Surat Pembaca di akhbar ini, pasti ada isu berkaitan dengan guru. Isu seperti perbezaan gaji di antara guru berijazah atau tidak, elaun yang perlu ditambah kepada guru luar bandar, guru warden, guru kanan, isu cuti sekolah, bebanan tugas berat, penempatan guru, kuarters dan sebagainya. Untuk makluman, saya pernah bertugas menjadi guru sementara selama enam bulan sebelum memasuki sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam pengajian ijazah sarjana muda bidang kejuruteraan. Pengalaman singkat itu memperlihatkan tugas guru tidaklah seberat digembar-gemburkan. Pemerhatian saya terhadap tugas guru adalah seperti berikut. Pertama, jumlah jam bekerja terlalu singkat. Seseorang guru hanya bertugas mengikut sesi pagi atau petang. Bagi sekolah yang mempunyai satu sesi, bermakna seorang guru hanya bekerja enam jam setengah setiap hari.

Bagaimanapun, guru hanya mengajar selama dua hingga tiga jangka waktu (satu jangka waktu bersamaan 40 minit) dan selebihnya adalah waktu untuk menyediakan laporan, rehat, makan di kantin dan berbual-bual. Kedua, jumlah hari bekerja sedikit. Secara umumnya, hari bekerja guru adalah mengikut hari persekolahan murid. Oleh itu, guru tidak bekerja pada cuti hujung minggu, cuti umum, pertengahan semester, pertengahan tahun atau akhir tahun. Sekiranya ditolak daripada 365 hari setahun, maka amatlah sedikit jumlah hari bekerja guru. Walaupun dengan bebanan tugas yang ringan ini, guru membuat banyak permintaan serta rungutan banyak perkara. Tolong jangan katakan bahawa mengadakan mesyuarat mingguan, profil pelajar, soalan peperiksaan, berkursus, kokurikulum adalah tugas sangat berat di samping waktu lapang yang ada di luar waktu mengajar.

Permintaan guru seperti pertambahan gaji atau elaun dan kenaikan pangkat lebih cepat daripada gred 29 ke gred 41 dan ke gred 44, contohnya membuatkan saya tertanya-tanya sama ada wajar ia ditunaikan oleh Kementerian Pelajaran semata-mata menangani isu itu. Kekerapan isu guru dihantar ke ruangan Surat Pembaca juga menyebabkan saya tertanya-tanya adakah profesion guru saja yang wujud dan penting dalam kerajaan. Ataupun sebenarnya guru adalah kakitangan kerajaan yang paling pandai merungut dalam isu gaji yang sebenarnya tidak setimpal dengan input kerja mereka. Adakah guru akan berhenti merungut apabila gaji mereka setaraf dengan gaji bagi profesion peguam, doktor, jurutera dan sebagainya yang memerlukan pencapaian akademik lebih tinggi? Saya ingin meminta golongan pendidik ini supaya memberhentikan penghantaran isu, rungutan peribadi dan luahan rasa kepada media massa secara terbuka dan cukuplah sekiranya Persatuan Guru Kebangsaan (NUTP) menyelesaikannya dengan pihak atasan secara tertutup.

Saya juga mencadangkan supaya NUTP menubuhkan Biro Aduan Khas bagi profesion guru sebagai tempat untuk guru yang menghadapi masalah khusus untuk menyuarakan pendapat secara peribadi.
KAKITANGAN BUKAN GURU,Kuala Lumpur.
... mungkin kenyataan ini akan mendapat reaksi daripada para pendidik lain atau mana2 pihak yang mungkin lebih tahu mengenai guru... pendidik... dan alam pendidikan...

:: Datuk Shah Rukh Khan


Shah Rukh kini Datuk

Oleh Amir Mamat


MELAKA: “Saya gembira dengan pengiktirafan ini dan saya terima tawaran ini dengan hati terbuka. Terima kasih kepada kerajaan Melaka atas penganugerahan itu,” kata aktor popular Bollywood, Shah Rukh Khan kepada wakil Kedutaan India di Malaysia, bulan lalu selepas menerima surat tawaran darjah kebesaran Melaka, Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.


Beliau kini berada di India, berkata demikian menerusi jawapan lisan disampaikan kepada wakil kedutaan berkenaan, sebelum dimaklumkan kepada pihak Jabatan Ketua Menteri, baru-baru ini.


Shah Rukh, 43, yang popular menerusi filem Kuch Kuch Hota Hai, Khabi Khusi Khabi Gham, Kal Ho Na Ho dan yang terbaru, Lagaan adalah artis pertama luar negara menerima darjah kebesaran dari negara ini yang membawa gelaran Datuk apabila disenaraikan menerima DMSM sempena sambutan hari jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob ke-70, hari ini.


Surat tawaran penganugerahan darjah kebesaran berkenaan dihantar melalui Kedutaan India di Malaysia atas nama syarikat produksinya, Dreamz Unlimited bulan lalu sebelum pihak kedutaan memaklumkan kepada beliau mengenai perkara itu, seterusnya mengesahkan mengenai persetujuan penerimaan anugerah terbabit.


Pemilihan beliau oleh kerajaan negeri menerima darjah kebesaran itu dibuat selepas melihat pembabitannya dalam memartabatkan industri perfileman dunia, selain mampu membantu kerajaan menarik lebih ramai pelancong datang ke negara ini.


Ini kerana, beliau melalui syarikatnya banyak membuat penggambaran di beberapa lokasi di negara ini termasuk Menara Berkembar KLCC dan Dataran Lang di Langkawi menerusi filem One Two Ka Four serta beberapa filem yang mencapai kutipan ‘pecah panggung’.


Beliau yang berasal dari Mumbai, India dijangka menerima anugerah ketiga tertinggi Melaka itu dalam satu majlis khas yang diadakan tidak lama lagi kerana difahamkan tidak dapat hadir menerimanya pada sesi penganugerahan pada hari ini dan esok.


Setiausaha Politik Ketua Menteri, Sardon Basiron, berkata kerajaan Melaka yakin dengan penganugerahan DMSM kepada Shah Rukh akan memberi banyak manfaat kepada industri pelancongan negara di samping memeriahkan lagi dunia hiburan antarabangsa.


Selain itu, katanya, penganugerahan itu adalah memberi semangat kepada artis tempatan supaya lebih maju dalam bidang seni dan bersaing dengan aktor popular peringkat antarabangsa. “Kami melihat Shah Rukh yang mempunyai ramai peminat di negara ini mampu membantu kita dalam bidang pelancongan kerana beliau boleh memilih banyak lokasi menarik, termasuk Melaka untuk penggambaran filem keluaran syarikatnya,” katanya.


harianmetro


:: Kata beralas

















Saturday, October 04, 2008

:: Terkandas nak beraya





Penumpang berbaris menaiki feri bagi perjalanan dari Jeti Kuala Kedah ke Pulau Langkawi. Pengunjung yang ingin menghabiskan cuti Aidilfitri di pulau itu terkandas lebih lima jam apabila perjalanan feri tidak mengikut jadual. Daripada lapan syarikat feri hanya empat yang beroperasi menyebabkan kekerapan perjalanan berkurang. Kasihan...
Pengalaman yang hampir sama telah dilalui oleh PakNgah sekeluarga untuk berhari raya di Perak sebelum ini. Tersadai lama di LT Kuching dan jadual penerbangan ke KLIA yang ditunda beberapa kali dalam jarak waktu yang lama... dan kesemua itu berakhir dengan berhari raya di Kuching... dan ternyata kita sekadar merancang...

Wednesday, October 01, 2008

:: Beraya tidak serentak

Seperti biasa dengan ucapan standard... dan oleh orang yang sama sejak dulu... maka Penyimpan Mohor Raja2 Melayu pun mengisytiharkan hari raya aidilfitri tahun ini ditetapkan pada 1 Oktober 2009... disiarkan melalui radio dan tv... dan begitulah selalunya.
Teringat suatu ketika dulu... Sultan Perak sebelum Sultan Azlan Shah... telah memaklumkan sehari lebih awal berhari raya bagi segala rakyat jelata yang berada di dalam negeri Perak Darul Ridzuan dan segala jajahan takluk di bawah pemerintahan baginda... kononnya pihak2 tertentu agak lewat memaklumkan penetapan hari raya tersebut... kesannya... rakyat negeri Perak sendiri tidak berhari raya secara serentak... ada yang berhari raya sehari lebih awal mengikut arahan yang dikeluarkan oleh pihak istana... dan ada yang lewat sehari mengikut keputusan Penyimpan Mohor Raja2 Melayu... dan kesemua ini bergantung kepada kepercayaan serta keyakinan masing2...