Showing posts with label IPGM Kampus Tun Abdul Razak. Show all posts
Showing posts with label IPGM Kampus Tun Abdul Razak. Show all posts

Friday, October 09, 2009

:: IPG KTAR: Solahuddin menangi hafazan lelaki kebangsaan 2009



BANGI 8 Okt 2009: IPGM Kampus Pendidikan Islam Bangi muncul Johan Keseluruhan Majlis Ujian Tilawah, Tafsir dan Hafazan Al Quran bagi tahun 2009. Naib Johan disandang oleh Kampus Dato Razali Ismal dan Kampus Kent tempat ketiga.


Upacara Penutupan dan Penyampaian Hadiah Majlis Ujian Tilawah, Tafsir dan Hafazan Al Quran kali ke 28 ini telah berlangsung di Kampus Pendidikan Islam Bangi.

Johan Tilawah kategori Lelaki telah disandang oleh Ahmad Ismail dari Kampus Persekutuan Pulau Pinang. Naib Johan ialah Norhakim Mohamed Nor dari Kampus Pendidikan Islam dan ketiga di menangi oleh Ismail Romli dari Kampus Perlis.

Manakala kategori perempuan disandang oleh Amirul Syahida Md Noor dari Kampus Pendidikan Islam. Tempat kedua ialah Ku Nur Asma' Ku Muhammad Ramli dari Kampus Tun Hussein Onn dan Aina Bazilah Abdul Rashid Kampus Sultan Mizan tempat ketiga.

Bahagian Tafsir pula telah dimenangi oleh Abd Wahab Abd Hamid dari Kapus Batu Lintang, Naib Johan dimenagi oleh Mohd Huzaimi Othman Kampus Kota Bharu dan Hafizul Husni Alias Kampus Pendidikan Islam tempat ketiga.

Johan Tafsir kategori perempuan disandang olrh Dayangku Siti Aisah Awangku Kalong dari Kampus Kent, Naib Johan ialah Musfariza Mansor Kampus Dato Razali dan Norfarahin Mohd Zambri dari Kapus Pendidikan Islam tempat ketiga.

Johan Hafazan kategori lelaki telah dimenangi oleh Nik Mohd Fahmi Nik Harun Aminarrashed dari Kampus Sultan Abdul Halim, Naib Johan pula telah dimenangi oleh Mohd Hakimi Hassim dari Kampus Pendidikan Islam. Tempat ketiga ialah Solahuddin Musa dari Kampus Tun Abdul Razak.

Kategori perempuan pula temenngi oleh Siti Soraya Lin Abdulallah Kamal Kampus Bahasa Antarabangsa. Naib Johan ialah Najwa Musa Kampus Ipoh Perak dan Siti Azizah Muhammad Kampus Pendidikan Islam tempat ketiga.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Y.Bhg En. Abdul Halim Abdul Razak Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia.

Oleh Abg Mortadza Abg Fauzan JK Rakaman dan Dokumentasi BPG

Sunday, August 23, 2009

:: Kemerdekaan : IPGM KTAR sambut awal

DSC_2249
DSC_2193
DSC_2196
DSC_2230
DSC_2239
DSC_2249
DSC_2254
DSC_2258
DSC_2269
DSC_2272
DSC_2284
DSC_2286
DSC_2305

Bulan Ogos adalah bulan sambutan kemerdekaan. Ada yang menyambutnya secara besar2an dan ada yang hanya secara kecil2an. Apa2pun, acara sambutan tetap diadakan samaada sebelum atau selepas tarikh kemerdekaan... 31 Ogos.

IPGM Kampus Tun Abdul Razak tidak ketinggalan untuk mengadakan perhimpunan khas sempena Hari Kemerdekaan ke-52 pada 21 Ogos 2009 yang lalu. Pengendalian majlis tersebut yang diusaha sama oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar amat terasa akan kehebatannya, walaupun tanpa kehadiran Y.Bhg. Datin Pengarah. Pengisian dan acara majlis amat memberi makna akan pencapaian objektif pengendalian majlis tersebut.

Antara acara yang dijalankan ialah nyanyian lagu patriotik dan persembahan koir daripada para pelajar. Selain itu, majlis juga diserikan dengan deklamasi sajak oleh Tn. Hj. Abg Mohamad Daud Abang Taha, pensyarah dari Jabatan Pengajian Melayu serta persembahan tarian yang diwakili oleh pelajar dari pelbagai kaum.

Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang bertungkus lumus demi kelangsungan majlis tersebut...

:: Salam kemerdekaan...

Monday, August 03, 2009

:: IPGM Kampus Tun Abdul Razak dipuji?

Begitulah bagai dikata orang... tak tumbuh tak melata... tak sungguh orang tak berkata. Pujian dan cacian adalah lumrah. Memuji pada yang baik dan mencaci pada yang sebaliknya juga adalah lumrah. Namun, sewajarnya catatan oleh "Jasamu Dikenang" dari Kuala Lumpur dalam ruangan "SURAT" di Berita Harian keluaran 02 Ogos 2009 seperti di bawah boleh diteliti untuk renungan bersama... semoga ada manfaatnya.

------------------------------------------------------------------------------------



Layanan IPTAR 'bagai menatang minyak penuh'

BARU-baru ini laporan sebuah akhbar menyatakan mengenai layanan diterima ketika sesi pendaftaran Kursus Perguruan Lepasan SPM di salah sebuah Institut Perguruan. Di sini saya ingin berkongsi pengalaman yang boleh dicontohi atau diambil pengajaran oleh Institut Perguruan lain ketika mendaftar anak saya di Institut Perguruan Kampus Tun Abdul Razak (IPTAR), Kota Samarahan, Sarawak. Pada mulanya saya berasa susah hati dan bimbang apabila mendapat berita bahawa anak saya akan menjalani kursus perguruan di Sarawak.

Setiba saja kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, kami disambut oleh salah seorang pegawai dan pelajar kampus terbabit dan dibawa terus ke kampus dengan diberi bilik untuk kami sekeluarga sementara menunggu hari pendaftaran. Ketika pendaftaran pula, apa yang kami perhatikan pelajar junior disambut seperti menatang air yang penuh, sebaik keluar dari kenderaan, beg mereka terus diambil oleh pelajar yang bertugas, dilabelkan nama seperti di lapangan terbang dan diletakkan di dalam bilik khas. Maka pelajar membuatlah pendaftaran tanpa rasa bimbang beg mereka hilang. Selesai saja mendaftar, pelajar baru kemudian dihantar ke asrama mereka oleh perwakilan yang bertugas. Selain kemudahan asrama yang lengkap dan bersih, layanan pelajar senior yang baik membuat hati gelisah dan bimbang, terus hilang dan saya berasa yakin dengan kampus ini.

Di sini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas segala pertolongan diberikan kepada kami, lebih-lebih lagi kepada Saimon, bukan saja bantuan ketika mendaftar malah sebelum kami datang pun kami sering bertanya. Untuk mereka yang belum tiba ke Sarawak, jangan berani cakap pasal Sarawak. Sarawak negeri yang cantik, bersih dan pesat membangun. Rakyatnya ramah dan suka menolong orang. Semoga apa yang saya ceritakan ini menjadi contoh kepada semua.
JASA MU DIKENANG IPTAR,
Kuala Lumpur.

Friday, July 17, 2009

:: Pertandingan Drama Piala Ketua Menteri Sarawak

[13.JPG]



Pertandingan drama Piala Ketua Menteri Sarawak kali ke-8 tiba lagi. Bertempat di Dewan Sri Samarahan, IPGM Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan sebagai tuan rumah... berlangsunglah pertandingan antara kesemua IPGM bagi zon Sarawak iaitu IPGM Kampus Batu Lintang, Kuching... IPGM Kampus Rajang, Bintangor dan IPGM Kampus Sarawak, Miri pada 15 - 16 Julai 2009.

Seawal 12 Julai 2009, ketibaan kontijen IPGM Kampus Sarawak, Miri... diikuti IPGM Kampus Rajang, Bintangor dan IPGM Kampus Batu Lintang, Kuching telah berjaya menemukan para penyarah pengiring, pengarah drama, para krew dan dan peserta yang mengambil bahagian selain daripada kontijen tuan rumah.

Setiap pasukan berpeluang melakukan penyesuaian pentas pada sebelah siang dan malam mengikut penggiliran yang ditetapkan. Perasmian penutupan pertandingan dilaksanakan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Tan Sri Hj. Abdul Taib Mahmud pada 17 Julai 2009 mulai jam 8.15 malam. Pemenang pertandingan tersebut berpeluang mempersembahkan drama pada malam penutupan tersebut.

Keputusan:

1. Johan - IPGM Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan (Wasiat)

2. Naib Johan - IPGM Kampus Batu Lintang, Kuching (Ilang)

3. Sagu hati - IPGM Kampus Rajang, Bintangor (Sidak Mek Masih Terit)

4. Sagu hati - IPGM Kampus Sarawak, Miri (Satu keluarga)


Saturday, May 16, 2009

:: Selamat Hari Guru




Selamat Menyambut Hari Guru

kepada semua warga pendidik di Malaysia
daripada
warga IPGM Kampus Tun Abdul Razak,

Kota Samarahan, Sarawak.

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.