Tuesday, August 30, 2011

:: Malaysia & S'pura berhari raya 30.08.2011...Indonesia rabu...



Aidilfitri disambut hari ini


2011/08/30


KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia hari ini menyambut Aidilfitri. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan malam tadi.

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Selasa, 30 Ogos 2011,” katanya.
– BERNAMA