Saturday, January 12, 2008

:: Tunggulah cahaya fajar


Sedari kecil kita sentiasa inginkan sesuatu... dan kita akan berusaha untuk mendapatkannya walau apa cara sekali pun... begitulah kita... kekadang perlu berusaha sendiri... kekadang perlu merengek malah kekadang perlu mendesak agar keinginan kita dipenuhi... dan biasanya ibu bapa dijadikan sasaran untuk memenuhi segala keinginan atau hasrat kita itu... dan perkara itu berterusan hinggalah kita membesar... terus membesar dan hinggalah kita berumah tangga... dan keinginan itu terus kita dambakan.

Kekadang kita terlupa... bahawa tidak semua keinginan kita itu munasabah untuk dipenuhi... dan amat jarang kesemua keinginan kita itu akan dipenuhi oleh mana2 pihak yang berkaitan... sebab mungkin ada sebab tertentu yang menjadikan keinginan kita itu tidak wajar dipenuhi malah tidak sepatutnya dituruti... dan jika itu yang berlaku... kita biasanya akan kecewa... kita biasanya berasa sedih yang teramat sangat.

Jika kita menagih dan mengharap bahawa segala sesuatu itu mesti sesuai dengan keinginan kita... serta kita enggan menerima sesuatu kecuali yang kita sukai sahaja... maka kita sewajarnya bersedia untuk menerima kenyataan iaitu rasa sedih dan rasa kecewa yang jika tidak dibendung sebaik mungkin... kita akan melihat seolah2 dunia tidak berlaku adil terhadap kita. Sesetengah daripada kita kekadangnya meluahkan kekecewaan itu dengan menjerit sekuat2 hati... dan kekadangnya merintih pilu bukan sahaja kerana tidak berjaya memenuhi keinginan tetapi kerana kehilangan apa yang sepatutnya kita miliki... dan begitulah kita biasanya.

Masa beredar dan terus beredar dan begitulah seterusnya... tetapi kekadangnya kita tidak berusaha untuk mengubah keinginan kita mengikut kesesuaian dan peredaran masa. Kekadang juga kita terlupa bahawa putaran bola dan peredaran masa itu adalah benar... ada turun naiknya... sentiasa beredar dan berputar serta berubah setiap detik... tetapi kita terlupa tentang itu... walaupun kita maklumi mengenainya.

Di mana sahaja kita berada... di bandar atau di desa... di istana tersergam atau di gubuk buruk... berkereta mewah atau hanya berjalan berkaki ayam... menikmati juadah semeja penuh atau sekadar nasi bergaram... kesemua ini adalah roda kehidupan... ada pasang surutnya... ada siang malamnya.

Kita bertuah kerana diberi kesempatan mempunyai pasangan hidup... berbanding yang hanya mampu melihat gandingan pasangan lain... kita beruntung kerana diberi peluang membina rumah tangga dan berkeluarga... dan kita juga sewajarnya bersyukur akan segala limpahan nikmatNYA berbanding ujian dan cubaanNYA ke atas kita atau ke atas pasangan kita atau ke atas keluarga kita... hinggalah kepada skop yang lebih besar... iaitu masyarakat dan negara kita.

Orang tua2 selalu menegaskan... ingatlah bahawa malam pekat yang gelap gelemat bukanlah penghujung kepada malam itu... tetapi itulah petanda bahawa cahaya fajar akan segera menjelma... cuma perlukan kesabaran menunggu saat tibanya sahaja.