Kita biasanya punya personaliti yang berbeza antara kita. Di kalangan kita... di dalam keluarga yang sedarah sedaging pun berbeza... inikan pula dalam suatu organisasi yang mungkin terdiri dari ratusan staf yang berlainan latar belakang... berbeza cara bekerja... berlainan cara berfikir... malah punya kelainan dalam tindakan... dan kelainan2 inilah yang memberikan "keceriaan" suasana di dalam organisasi kita. Namun... apakah di dalam kepelbagaian itu... kita tidak langsung mempunyai persamaan walaupun sedikit? Sedikit janggal bunyinya jika kita memberikan jawapan... tidak ada!
Cuba kita imbau kembali kisah lama sebelum ini yang kita alami dan yang kita lakukan. Ingatkan kembali suasana kita bersama rakan2 berehat santai... berbual2 ringan... yang mungkin diselangseli dengan soal2 berat... mungkin ketika sambil minum2 di bilik rehat... atau ketika berada di jabatan masing2 atau di kantin atau di mana2 sahaja... dan biasanya kita akan berbual atau berbincang satu topik yang sama. Dan biasanya juga... ketika berbual2 itu kita sesekali akan ketawa bersama2... malah kekadangnya serentak... dan jika itu yang berlaku dan jika itulah yang kita alami... maka apakah yang mampu kita tafsirkan daripada keujudan hilai tawa kita itu?
Mungkin dapat kita katakan... bahawa kita punya citarasa yang sama ketika kita ketawa itu. Mungkin juga dapat kita katakan bahawa kita punya kesepakatan dalam memahami kisah yang dibualkan itu. Walau pun mungkin tidak kesemua kita yang menyumbang ide ketika berbual itu... tetapi pendengar lain akan secara serentaknya ketawa berdekah2... ada yang sekadar senyum memanjang... malah dapat dikatakan bahawa ramai di kalangan kita akan seolah2 sepakat untuk ketawa... walaupun mungkin akan ada di kalangan kita... yang hanya sekadar tersenyum kambing. Ini bermakna... secara tidak bertulisnya... kita bersetuju untuk mengatakan bahawa kita boleh berkongsi nilai yang sama di kalangan kita... kita juga mampu memberi fokus yang sama ketika itu... malah mungkin boleh kita katakan bahawa kita adalah sama serta serupa ketika itu. Pelik bunyinya... tapi itulah hakikatnya... sebab kita mempunyai persamaan ketika itu.
Ketawa yang yang kita pamerkan itu... sebenarnya mungkin boleh dikaitkan dengan kemampuan kita untuk menyatakan sesuatu... iaitu melakukan perbuatan ketawa itu tanpa kata2... tanpa ucap bicara atau tanpa bualan... namun kita telah berjaya "berkongsi ketawa" ketika itu.
Analogi mudah ini... yang biasa kita lakukan selama ini iaitu "berkongsi ketawa" mungkin boleh kita kekalkan perkongsian itu... yang akhirnya membawa kita kepada ikatan kebersamaan yang dapat dijamin keberkesanannya dalam tugas dan peranan kita di dalam organisasi kita... atau paling tidak di dalam keluarga kita.
Kita mampu dan boleh laksanakan kebersamaan ini... jika kita mahu dan jika kita punya tahap keinginan yang tinggi untuk mencapainya... dan akhirnya kita akan "enjoy" di dalam memainkan peranan serta tugas kita di dalam organisasi yang kita anggotai selama ini.