Petang semalam sekitar jam 5... sahabat sekuliah Angah di UNITAR hantar mesej bahawa ayahnda sahabat lama mereka ketika sama2 di SMK Meradong dah meninggal dunis akibat serangan angin ahmar di hospital Kuching. Allahyarham... En. Abang Sazali bin Abang Masagus... adalah mantan guru besar di SK Abg Amin, Bintangor... berusia kira2 50 tahun... meninggalkan seorang isteri, 5 orang anak dan seorang cucu.
Kira2 jam 7.30 malam kami sekeluarga (kecuali Ahmad) bertolak ke sana. Jenazah allahyarham sedang dimandi dan dikapankan ketika itu... sebelum dibawa balik ke Bintangor pada malam tadi jugak... menggunakan kereta 4WD (JPN) dengan diiringi 6 kereta lain oleh sedara mara terdekat... sejauh 7 jam perjalanan dengan kelajuan 90 km/jam.
Ramai sedara mara, kaum kerabat dan sahabat handai yang menziarahi termasuk Timbalan Pengarah Pelajaran Sarawak (Tuan Hj. Mortadza Alop) di Rumah Mayat yang terletak di bahagian hujung bangunan hospital. Berjumpa juga dengan En. Wahab Abu Bakar dan En. Daud Ikeram. Kedua2 mereka adalah mantan/pesara pensyarah di Maktab Perguruan Rajang dahulu... berubah profesion kini.
Kemudian kami lajak ke tingkat 3... Unit ICU... untuk bertemu dengan Tuan Hj. Saidol Bolhassan (Penghulu Rajang)... mantan/pesara pensyarah Maktab Perguruan Rajang yang melawat adik iparnya yang sedang menjalani pembedahan jantung dan ketumbuhan bahagian perut... sedang kritikal... kononnya doktor dah berusaha... kuasa Allah yang menentukan. Berjumpa juga dengan Ust. Ahmad Sharkawi Suhaili... juga adalah mantan/pesara pensyarah Maktab Perguruan Rajang... yang anaknya sedang dirawat kerana sakit yang belum dapat dikesan serta belum diketahui puncanya.
Dalam kesibukan kita yang seolah2 tak berpenghujung ini... kadang2 kita terlupa... tentang "penggunaan masa sihat sebelum datangnya masa sakit." Masa kita... yang sentiasa terpenuh dengan tugas/kerja rutin harian, tugas rasmi dan yang tak rasmi... dan kesemua ini menjadikan kita terlalai dan teralpa akan hakikat hidup ini... bukannya kita nak "menongkat dunia"... sebab apabila dah sampai masa dan ketikanya... "bye2 dan selamat tinggal kepada semua waris dan semua yang dicintai" termasuk harta benda dan kekayaan yang melimpah ruah... yang kita penuhi segala usaha dan tenaga kita untuk mengumpulnya... hinggakan kekadang tu... kita terlupa untuk "menjaga" diri sendiri... yang sepatutnya kita perlu mengasihani pada diri sendiri... tapi... kita seperti kebiasaannya... kita hanya tersedar apabila keadaan sudah tak dapat membantu... dan ketika itu... tinggallah waris2 kita untuk meneruskan sisa2 hidup sediaada...